nuffnang

nuffnang LR

Saturday, July 31, 2010

Heat Level

hari ni suhu meningkat dengan humidity tinggi, naik sampai level 4, so takleh buat keje maintenance outdoor.



Thursday, July 29, 2010

Jubail episode IX

Jubail Episode 9,

sebulan cuti di malaysia untuk visa proses terasa macam terlalu cepat berlalu, pejam celik pejam celik dah nak kena balik ke saudi semula. daripada 6 orang batch pertama yang datang ke saudi hari tu cuma tinggal 3 orang je yang balik semula ke saudi ikut flight schedule gulf air 24July. sorang dah serik taknak pergi balik ke saudi, sorang lagi ada masalah dengan visa kena datang lambat sikit daripada orang lain, dan sorang lagi yang jenis kaki batu api mintak delay seminggu. jadi this second trip cuma tiga orang je la yang balik ke saudi. kali ni datang dengan working visa bukan macam yang pertama yang cuma atas nama business visa.

kapal terbang gulf air jika dibandingkan dengan Qatar Airways, Qatar airways lagi best. yang berbeza dapat naik flight siang, jadi bleh la tengok pemandangan dari window (dapat tempat tepi window). tapi pemandangan cuma sekejap sahaja sebab selama lebih 7 jam pesawat terbang pada ketinggian 40,000 kaki, jauh di atas awan, takde pemandangan darat kecuali awan2 je yang memutih dan menyilaukan mata. most of the time semua orang slide down window panel untuk elak silau. dalam pesawat gulf air usah sikit nak lelap maybe sebab agak sempit. tapi okla kalau dibandingkan dengan air asia.perjalanan berjalan lancar cuma bila lebih separuh jalan pesawat memasuki ruang udara pakistan terkena turbulence yang amat teruk selama lebih 10minit. selama hayat naik flight tak pernah kena turbulance yang sebegitu teruk, gayat takyah cakap la. sebab ni jugaklah ramai yang jadi air sick & ada budak yg vomitting. dalam pesawat ni macam2 yang di serve, kecuali beer yang diberi atas permintaan. sebelum ni dengar cerita je orang arab minum arak, tapi kat dalam flight memang nampak la pak arab minum carlsberg! tak tau la arab ni arab mana, nak kata bukan islam ternampak tiket dia bernama ahmed. kalau arab mesir maybe ramai yang kristian tapi takkan la nama ahmed kot.

transit at Bahrain Airport
berlepas di KLIA pukul 11am dan tiba di Bahrain pada pukul 1340 waktu bahrain, flight selama 7jam setengah. terpaksa menunggu untuk transit di bahrain selama 4 jam, nasib baik la gulf air sediakan 2 meal, sekali nasik rendang daging & sebelum mendarat dihidangkan dengan sandwich. kalau tak mesti kelaparan menunggu di bahrain. nak makan kat airport boleh tapi tau2 ajelah the price kat dalam trnasit area memang cekik darah, foreign exchange pun tak berbaloi. jadi lepas solat jamak zohor &asar, layan internet sambil tengok pemandangan kapal terbang berlepas & mendarat di bahrain airport.



lepas 4 jam menunggu barulah naik flight ke saudi dengan perjalanan selama 20minit je. menunggu 4 jam hanya untuk flight 20minit! tiba di King Fahad airport terpaksa beratur panjang selama hampir 2 jam. imigration saudi memang teruk, paling teruk dalam the whole world kot. first time datang dulu hampir 3 jam. airport saudi yang ok sikit maybe di jeddah sebab ramai orang nak mengerjakan haji dan umrah. hanya orang yang selalu turun di king Fahad airport je tau macamana teruknya imigration saudi di dammam.selepas pick up bag maghrib dah nak habis dah, jadi terpaksalah keluar ke masjid betul2 depan airport, keluar je dari airport terus terasa bahang panas udara luar walau hari dah malam. its the peak of hot season! but this time the humidity also increased.

selepas selesai solat jamak maghrib&isya' company van pun sampai, perjalanan dari dammam ke jubail mengambil masa 1 jam. tiba di jubail company staff terus register check-in di fully furnished apartment tepi pantai yang pernah duduk dulu masa bulan pertama di jubail ataupun nama sebenarnya 'dream home'. sewanya paling kurang SR4000 utk apartment biasa & SR6000 for seaview.

keesokan harinya, pukul 830pagi company van datang jemput untuk ke office untuk urusan iqamah(ic saudi). untuk apply iqamah, kena ikut procedure, kena submit medical check up result dari hospital cawangan KPJ sahaja dari malaysia. dan kena buat lagi sekali medical check up di hospital saudi. untuk buat medical check up ni biasanya kena puasa, jadi puasa la hari tu dari pagi, ingatkan pagi tu gak bleh buat medical check up, tapi rupa2nya jubail national dispensary hanya buat medical check-up dari pukul 4.30 petang sahaja. dengan perut yang lapar & letih travelling tak abis lagi, bila time ambik darah ternampak banyak darah sendiri dalam test tube rasa macam nak pitam pun ada. bila time ambik test tekanan darah, nurse filipina tu amik reading punye la cepat, nampak gaya bleh silap reading.

lepas buat blood pressure test kena masuk bilik doktor.
"how are u" tanya doktor
"fine"
"any surgery done before?"
'no'
"any fever?"
"no"
"your blood pressure was very low, what happen?"
"err.." with body language saying i dont know
aku dah agak dah, hantu punye nurse filipina! member yang lagi dua orang tu plak, kena darah tinggi!

lepas settle medical check-up semua dah lapar, balik terus keluar gi kedai makan, kita ikut je la diorang masuk kedai mana, tengok2 masuk kedai masakan india. bila dapat kari & nasik, makan sesuap, pedasnye masya'allah, tak pernah makan lauk sepedas tu,tapi lapar punye pasal makan la gak slow-slow, member dua orang tu siap tambah nasik.kita cukup je la sepinggan nak abiskan pun berpeluh-peluh, pedas betul. esok memang confirm sakit perut. seharian sakit perut serik dah pasni memang tak gi makan masakan india lagi.

biasanya orang arab kalau lama tak jumpa diorang akan bersalam sambil berlaga pipi kanan tiga kali sambil buat bunyi macam kiss. kebiasaannya hanya sesama arab, tapi on the first day masuk office semua arab salam sambil berlaga pipi, ingatkan dengan orang malaysia diorang salam biasa je. tapi diorang layan sama macam orang arab, terasa kita ni amat di alu-alukan untuk kembali bekerja disitu. yang lainya first day sampai di office, perasan macam ada kekurangan pekerja arab. rupa-rupanya ramai yang vacation pegi luar negara untuk lari dari musim panas sebelum bulan puasa. patut la kat KL ramai je orang arab, selain sebab panas, bulan 7 & bulan 8 adalah musim cuti sekolah bagi negara2 arab.

thats all for now, perut sudah lapar..

Saturday, July 24, 2010

transit di Bahrain

letihnye transit macam ni kat bahrain. 4 jam tuuu.. dah la perut tengah lapar ni, kalau naik qatar airways mesti ada meal free time transit. tapi gulf air ni macam takde apa pun, termenung sambil layan internet pakai wifi je la jawabnye.







Sunday, July 18, 2010

terkejut?

time cuti ni rasa2nya dah banyak kali menterkejutkan orang, bukan secara sengaja tapi accidental. dua minggu lepas time aku nak pergi ke suruhanjaya sumpah untuk proses visa ada seorang terkejut beruk secara accidental. aku sebenarnya nak cepat, tapi sebab parking kereta agak jauh aku gi la bayar parking kat mesin parking di taman melawati takut kang kena saman lak.

bila dah dapat tiket parking, aku berjalan semula ke kereta nak letak tiket tu kat dashboard kereta. kebetulan plak ada la sorang awek berjalan depan aku bawak handbag besar. masa tu dia tak perasan kot aku berjalan belakang dia. rupa2nya kereta dia parking depan kereta aku, patut la kami menuju ke kereta masing2 mengikut arah yang sama. bila nak lintas jalan aku berjalan cepat sikit sebab ada kereta nak lalu dgn laju, dan pada masa yang sama jugaklah awek tu terperasan kelibat aku yang tinggi ni lalu betul2 sebelah kanan yang mana dia gantung handbag kat bahu kanan. masa tu jugaklah dia berpaling dan terkejut sampai hampir melompat, dengan muka yang tidak terkata keterkejutannya. nasib baik dia tak menjerit kalau dia jerit tak tau la apa dah jadi petang tu. tapi sempat la dia cover dia punye terkejut & terus masuk kereta toyota altis.

aku direct je bukak pintu kereta aku, letak parking tiket kat dash board dan terus berjalan menuju ke pejabat suruhanjaya sumpah. tapi pejabat tu tutup, so aku jalan balik ke kereta aku dan perasan kereta toyota Altis tu masih kat situ & awek yang terkejut tadi tu masih lagi tak start kereta. masa aku lalu sebelah kereta tu dia buat2 tak nampak, malu le gamaknya tu, aku agak2 la memang dia terkejut beruk la tadi sampai nak luruh jantung dia kot, tu pasal la kena duduk dalam kereta tenangkan diri sebelum drive. hehehe, what to do its not my fault...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages