nuffnang

nuffnang LR

Monday, September 06, 2010

Jubail Episode XII (visa untuk beraya)

Sekali lagi ramadhan terasa begitu cepat berlalu. semoga di kurniakan Allah dengan umur yang panjang agar kita dapat bertemu kembali dengan bulan ramadhan tahun depan. Warga kota mulai bercuti untuk beraya dikampung, begitu juga dengan warga Malaysia yang bekerja di Saudi, ramai yang mulai pulang ke Tanahair.

Ada juga yang terpaksa bertugas terutamanya yang bekerja shift. Bagaimana perasaan untuk beraya jauh dari tanahair? Pernah juga tak dapat balik beraya kerana kerja, pada tahun 2001 dan 2005 kerana bertugas. Tapi tahun 2005 lah yang paling terasa bila hanya dapat pulang pada hari raya yang keempat, bila dah sampai di rumah suasana raya sudah tidak semeriah hari raya. Hari raya pertama Cuma beraya di control room berhadapan pula dengan plant trip (total blackout).

Solat terawih di Saudi berlainan dari malaysia. Hampir semua masjid bersolat terawih lapan rakaat, termasuklah di Jubail, Dammam dan al-Khobar.  Satu masjid yang berhampiran dengan sempadan antara Saudi dan Bahrain di imamkan oleh imam hafiz dengan bacaan surah seperti masjidil haram, satu jam baru habis 8 rakaat!

Dua puluh malam pertama solat witir diikuti dengan doa qunut yang amat panjang,  jauh sekali berbeza dengan Malaysia. Doa qunut sahaja mengambil masa 5 minit! Sepuluh malam terakhir Imam Cuma mendirikan 4rakaat sahaja solat terawih! Mana ada solat terawih 4 rakaat sahaja, sambungan lagi 4 rakaat bermula pukul 1 pagi (kena buat qiamullail la). Oleh kerana kerja, terpaksalah sambung terus yang lagi empat rakaat tu sendirian berhad (hehehe)

Tahun ini hampir-hampir tak balik raya, minggu lepas lah yang menentukan segalanya. Hari-hari yang penuh debaran sepanjang minggu lepas.

Semuanya bermula dengan satu panggilan telefon yang memberitahu visa permanent & exit entry dah siap, memang dah di jangka siap pun. Tapi bila sampai office on the first day agak terkejut bila baca email. Visa ready for all except for ME! Oh my god! Tersentak baca e-mail tu! Tuhan sahaja yang tahu perasaan masa tu, tiket dah beli, member2 yang lain memang dah confirm balik. Nak beraya berseorangan kat sini? Mungkin tidak! Dalam kepala mula memikirkan untuk solat raya di masjid nabawi dan berjumpa kawan di kota Madinah atau di Yanbu.

Following day dapat email lagi

“The delay was that the Medical Insurance Company them self have forgot to issue your medical card because once the medical insurance card is issued then after that it’ll be activated in 24 hours at the Passport Dept.
 However this morning I’ve been following up with issuing your medial card, which was issued but as I mentioned before  it’ll be activated in 24 hours at the Passport Dept.  This is for your information.”

 Apa?! Another 24 hours?  Cuma tinggal 3 hari saja lagi sebelum pejabat kerajaan arab saudi bercuti selama tiga minggu untuk akhir ramadhan dan aidilfitri. Terasa seperti berada di dalam terowong gelap yang tiada berpenghujung. Nak berbuka pun tiada selera, nak tidur pun tak lena, Cuma mandi je gerenti basah, sempat lagi buat lawak.

Hari ke empat “follow up” dapat email lagi:

“I regret to inform that the process is on hold because of the Border Entry Number which cannot be activated in Passport Dept. due to conflict between our company and Azmeel Border Entry Numbers.  However I’m still following up the case, if this issue cannot be solved by tomorrow (01.09.2010) then there is only after Eid to solve it.   This is for your information.”

It looks like I’m getting deeper into the tunnel of darkness. Tomorrow is the last day last chance for me to go back to Malaysia. And i reply

“If I cannot get it, is there any other procedure for me to still go back to Malaysia during the eid? I hope you could experdite the process by tomorrow.”

Balik kerja hari tu memang dah down habis. Esok saja penentuannya. Cuma solat hajat dan doa sahaja yang dapat menenangkan sikit perasaan yang gundah gulana. Dan zikir para nabi apabila di timpa musibah **“laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzalimiin” zikir itulah yang sentiasa di sebut setiap masa sehingga ke jam teraknir beberapa minit sebelum masa kerja tamat pada hari terakhir minggu lepas.
Pada hari terakhir 5 jam sebelum pejabat government mula bercuti, satu lagi e-mail diterima:

“Up to now we are still trying to solve this issue,  I’ll keep you posted.”

Beberapa jam berlalu hingga tiba waktu asar pukul 1525hours satu lagi email diterima, ayat pertama pada outlook display, kalau bahasa melayu boleh di bezakan dengan sukacita atau dukacita, Cuma in english begini yang diterima:

“I would like to inform you that yours has been issued and your visa Exit-Re-entry is under process. We sincerely apologize for the delay.”

Lega dapat e-mail tu, urusan dengan government dah selesai, Cuma tinggal exit-re-entry je yang boleh di proses di Riyad Bank yang mengambil masa sehari. Pada masa tu barulah ternampak cahaya dihujung terowong yang gelap itu. KLIA HERE I COME! *Namshi! Malaysia... I'm coming home...

*namshi = lets go! (dalam bahasa arab daa)

**

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages