Highway to Dammam Airport |
sejam berlalu, tiba-tiba nampak Encik K, Encik A, dan Maulana(bukan nama sebenar) masuk ke airport. kenapa diberi gelaran maulana? sebab maulana punye mulut macam murai tercabut ekor. buat la apapun mulut dia memang takkan berenti bercakap. kalau sepuluh dia cakap, semua sepuluh takyah percaya, semuanya kelentong belaka. tiada yang tidak kelentong melainkan kelentong-kelentong belaka. bukan itu sahaja, kerana hasutan dialah seorang dari kami balik malaysia terus tak datang balik! dan kerana hasutan dialah yang lagi sorang kena buang kerja! tapi, siapa yang maulana tak berani tegur? Encik F & myself, kenapa? bila dia bercakap kami buat macam takde orang tengah bercakap dengan kami atau pun lebih tepat dikatakan "buat derkk je". atau bila dia nak bukak mulut je kami buat muka serius giler ala-ala arnold scwartzeneger yang tiada perasaan lagi ganas dalam filem terminator, hingga maulana tertelan air liur dan terus senyap! hahaha...
Encik K dan Encik A duduk bersebelahan dalam row yang sama, manakala maulana bila nampak muka serius ni, terus duduk di row ketiga yang agak jauh dari tempat kami bertiga duduk. setelah kami bertiga bergilir jaga bag untuk solat zohor dan asar, check in counter dibuka, Encik K dan Encik A beratur di lane pertama, tapi ternampak maulana beratur betul2 dibelakang. kalau macam ni chances duk sebelah dia dalam flight tu memang tidak boleh dielakkan unless I do something about it.
bila tiba giliran check-in ada masalah sket dengan e-ticket, jadi ambik masa lama untuk proses. tapi bila dah ok, bermulalah satu plan hehehe...
"can u give me a place far from the guy behind me" dengan nada suara yang agak perlahan sambil menunjuk isyarat dengan ibu jari ke belakang.
"ooo this guy" katanya sambil bangun tengok maulana yang tengah duduk atas trolley beg.
"if you can, give him a seat far from me"
"Okay, you want far from him, now i know" kata jurukaunter sambil tersenyum.
apa maksud dia 'now I know tu' aku sendiri pun tak paham, maybe sebab sebelum beratur behind me, maulana ada buat problem dengan kaunter ketiga.
selepas check-in kami terus masuk ke departure area & beratur untuk scan hand luggage dan urusan passport dengan kastam arab. semasa beratur seorang pembantu kastam berbangsa india memeriksa dokumen perjalanan kami.tiba-tiba Encik K naik angin entah apa yang berlaku antara dia dengan india tersebut. Encik K memarahi india tersebut dengan agak kasar, nampak gayanya encik K seolah-olah cuba membalas dendam setelah apa yang berlaku dalam blog bertajuk Kisah Benar yang lalu.
kebanyakan penumpang hari tu adalah warga India yang juga mengambil kesempatan bercuti sempena cuti umum hari raya selama seminggu. setelah sejam setengah menunggu barulah semua penumpang memasuki pesawat, yang pasti I dont even see maulana and have no idea where he was. cayalah, aman je flight ke muscat. cuma on that flight tersilap minum kopi yang disangka teh pekat. apabila tiba di muscat kami cuma mempunyai masa selama 15minit untuk transit. dan semua yang berada dalam bilik menunggu rata-ratanya warga malaysia dari seluruh tanah arab dan juga eropah.
apabila menaiki pesawat ternampak maulana duduk bersebelahan dengan Encik A, and my seat was beside encik K just in front of them. macamana boleh jadi begitu, sah la yg print tiket tu cuma arrange untuk flight ke muscat je. tapi nasib baiklah pakai headphone pasang kuat2 tengok movie sampai empat cerita tapi tak ngantuk, ni mesti kopi punye pasal, dah bertahun tak minum kopi kecuali yg decaff, mata terang je hingga tiba di KLIA.
"are u fasting sir" tanya stewardess
"yes" kataku ringkas
jadi breakfast tidak di hidangkan untuk yang berpuasa.
bila tiba turn encik A dan maulana, stewardess lansung tak tanya dan terus je serve breakfast. Encik A bertanya kepada encik K, sempat lagi ke bersahur? lalu encik K membuka window blind. apabila dibuka masuklah cahaya seterang-terangnya, menandakan waktu puasa sudah bermula beberapa jam yang lepas, lalu tak jadilah Encik A menjamah hidangan di hadapannya. lain pula dengan si Maulana yang sedang 'mencekik' hidangannya sampai licin walau tahu hari sudah siang. astaghfirullah.. lansung tak tau menghormati bulan ramadhan..
apabila tiba di KLIA tepat 12 tengahari, maulana masuk ke tandas dan tertinggal Aerotrain pertama, jadi kami bertiga proceed untuk mengambil beg. this time my beg keluar paling awal. selepas bersalam dengan Encik A & Encik K, directly I proceed to scanner machine.
"nak kena scan ke cik?"
kastam memberikan isyarat menandakan tak payah scan sambil tersenyum
"terima kasih, selamat hari raya!" kataku tersenyum dan terus berjalan keluar dari ruang ketibaan dan terus menuju ke lift untuk ke level ERL untuk pulang kerumah di KL
later that night beberapa jam setelah berbuka, tepat pukul 1 pagi mula drive dari kl balik kampung. terperangkap dalam kesesaKan di highway karak selama 2 jam dan selepas itu the road is clear, co-pilot & pembantu co-pilot direct tido sampai waktu bersahur, siap sambung balik tido lepas solat subuh hingga sampai ke kota bharu jam 10pagi. power betul kesan Kopi dalam flight, bertahan lebih 12 jam, bila sampai rumah barulah terasa mengantuk dan tertidur hingga pukul 6petang. selepas solat jamak sempatlah berbuka untuk hari puasa ke-30 di kampung halaman.
Raya next year? I should take early vacation leave dan cuti lama sket biar sempat puasa beberapa hari di kota bharu.
No comments:
Post a Comment