Kita pun tengok-tengok, buka pintu kereta cuba merasa bagaimana memandu kereta yang kita idam-idamkan, sudah terbayang bagaimana kita memandu kereta tersebut dengan gah. Kemudian datanglah amoi atau aweks atau balaks jurujual kereta.
“Encik nak mencuba test drive? Kami ada test drive unit di luar sana, biar saya sediakan document dulu”
Kita pun tersenyum dapat testdrive kereta yang kita idam-idamkan. Selepas menandatangani document insurance, kunci diberikan. Kita pun ikut belakang jurujual hingga ke kereta dan di bukakan pintu ke ruang pemandu. Kemudian jurujual duduk seat sebelah. Dan kita terus memandu, kalaulah aweks atau amoi yang duduk kat seat sebelah, lagi la bangga bawak kereta tu. (ops! Tu baru kereta testdrive)
Selepas testdrive kita tersenyum sendiri dan berasa puas hati dengan prestasi kereta tersebut. Selepas testdrive, kita masih meneliti kereta-kereta didalam galeri, Kemudian jurujual tadi menghampiri kita dengan membawa sesuatu dalam paperbag.
“kami ada sedikit saguhati untuk customer yang testdrive kenderaan kami” lalu memberikan hadiah berupa T-shirt, topi atau cenderamata.
“berapa pinjaman bulanan yang boleh saya buat untuk kereta ni?”
“biar saya bawa encik untuk berbincang dengan pihak account kami”
Di dalam bilik perbincangan Kita dihidangkan dengan minuman sambil diterangkan tentang pembayaran ansuran mengikut downpayment yang di persetujui. Jika kita bersetuju, kita akan diterangkan bila kita akan mendapat kenderaan tersebut setelah membuat ‘booking payment’. Kita pun keluar dari galeri sambil tersenyum.
Setelah sebulan membuat pembelian, kita menghantar kereta untuk servis & inspection, kita mengambil nombor giliran dan di layan dengan senyuman. Self service untuk minuman juga disediakan. Jika kita hantar servis waktu lunch hour kadang-kadang kita dipelawa untuk pergi makan tengahari oleh jurujual yg berurusan dengan kita tempoh hari. Kita pun bertanya
“takpe ke cik keluar time kerja, bos tak marah ke?”
“takpe. Saya bagitau bos, saya bawak customer pergi tengok aksesori kereta” peh! Siap tipu bos tu!
Itu Cuma beberapa babak jualan kereta di Malaysia…
bagaimana pula babak jualan kereta di saudi?
Macamana? Fuh! Tak tau la macamana nak cakap. Begini ceritanya, empat orang dari malaysia masuk galeri kereta, kami Nampak pak arab salesperson duduk kat meja diorang buat tak tau je dengan kehadiran kita yang dok membelek2 kereta dalam galeri tu. Mula2 kami masuk Toyota, muka pak-pak arab dalam tu semua serius, kami lak rasa umpama rusa masuk kampung. Kita yang terpaksa menghampiri dan duduk di kerusi berhadapan dengan pak arab tu untuk bertanya mengenai ansuran kereta yang kita idamkan.
“you want full accessory or basic car?”
“How much is the full accessory and how much is the basic”
Pak arab tu mengambil satu kertas bersaiz tapak tangan dan menulis harga perbezaan antara full accessory dan basic sambil menekan2 calculator didepannya.
“this is the price”
Ketika kami tengah melihat2 kereta yang lebih besar kami ternampak ramai orang sedang menunggu kereta mereka yang sedang di servis, seorang rakan yang baru selesai menservis keretanya mununjukkan harga servis, sambil berkata
“harga alat ganti ok je, tapi upah servis aje beratus!”
Memang tertera harga workmanship untuk servicing yang tak sampai sejam tu hampir SAR200. giler mahal!
Honda showroom -right wing civic type-R & Accords |
Kemudian kami ke kedai Honda, pak arab ni muka bukan aje serius tapi bengis macam singa! Seorang rakan bertanya mengenai sebuah kereta kemudian pak arab tu Tanya
“what is your salary?!”
“my salary is private and confidential” katanya sambil menulis jumlah gaji di atas sekeping kertas
“oh! ****** thousand! Kata pak arab tu kuat-kuat dengan sengaja sambil menulis harga ansuran diatas sekeping kertas.
Tengok kepada air muka rakan tadi memang dalam hati menyumpah2 pak arab tadi yang agak menyakitkan hati. Oleh kerana kejadian tersebut semua yang lain melupakan hasrat untuk bertanya mengenai harga kereta Honda yang lain.
“How much is the price of Honda Civic?” I ask
“we don’t sell that model now unless you want that Civic type-R!”
Civic Type-R - the price SR 110K je tapi di Malaysia MYR 200K |
Kemudian, lagi tiga rakan berminat nak tengok kereta kat gallery Nissan, Chevrolet & GMC, I just sit at the sofa and watch the TV, malas nak layan. Maybe I should think of buying a second hand car, cuma kena tengok condition kereta yang nak dibeli. Or if I found a respectful salesperson elsewhere. Amoi-amoi & aweks-aweks? Jangan mimpi! Unless you are in Dubai or Bahrain!
No comments:
Post a Comment