nuffnang
nuffnang LR
Sunday, September 19, 2010
kisah benar di lapangan terbang
“OPEN THE BAG! There’s a knife in the bag!” Jerit polis kat lapangan terbang Saudi.
Encik K (bukan nama sebenar) terkial2 untuk Cuba membuka hand luggage yang telah siap berbalut dengan plastik.
“why are you bringing knife into the flight?”
“this is not my bag, this bag is his” kata encik K sambil menuding jari kearah Encik A (bukan nama sebenar)
sebenarnya Encik A membawa 3 bag untuk dibawa balik ke malaysia, satu bag yang beratnya genap 32kg telah di transfer masa check in, cuma tinggal 2 bag sahaja yang beratnya hampir 16kg setiap satu. tapi seorang penumpang cuma boleh membawa satu hand luggage sahaja yang beratnya tidak melebihi 7.5 kg. oleh kerana encik K membawa hand luggage yang agak kecik, jadi encik K bermurah hati untuk menolong encik A membawa lagi satu hand luggage. malangnya hand luggage yang di bawanya terdapat pisau pemotong daging!
maka pucatlah muka encik A dan encik K bila semua pengawal airport mula kecoh di depan mesin scan, jerit sana, jerit sini, encik F (bukan nama sebenar) telah melepasi gate terakhir dan dipaksa menunggu diatas buggy with me. banyak lagi persoalan yang berlaku antara encik K dan Encik A di depan mesin scan bersama pengawal airport & polis. I don't know the detail because I was already on the buggy 30m from the both.
“why are you coming at this time? The cabin crew was about to close the door!” kata sorang mamat India kepada encik K dan Encik A.
mamat ni yang kejenya check list penumpang yang masuk pesawat, dia terpaksa keluar untuk mencari 4 orang penumpang yang belum menaiki pesawat setelah check in lebih awal dari penumpang lain. semua terdengar apa yang tukang check tu cakap, pengawal gate terus merampas hand luggage yang mengandungi pisau dan menyuruh encik K dan Encik A cepat-cepat bagi passport untuk di check oleh pegawai imigresen. Selesai urusan imigresen Encik K dan Encik A menyertai kami di atas buggy. biasanya buggy ni hanya digunakan untuk VIP atau penumpang first class & business class. tapi that day kami berempat terpaksa naik sebab emergency case. Yang nyata semua terdiam kerana kejadian tersebut.
Apabila tiba di gate, e-ticket diperiksa dan kami terus diarah masuk ke pesawat. Tak sampai 30saat selepas masuk, pintu pesawat pun ditutup. We are the last to enter the aircraft! Tak pernah lagi masuk selewat macam ni.
Memang hari tu kami berempat check in paling awal di airport untuk penerbangan tapi kami terlebih lepak kat luar dan tak masuk-masuk ke dalam ruang menunggu lebih awal. Dan hari itu menjadi pengajaran buat kami untuk masuk ke kawasan bilik menunggu untuk departure lebih awal.
Apabila tiba di airport transit di bahrain Encik A meminta maaf kepada rakan-rakan kerana kesulitan yang terjadi di airport saudi. Apabila tiba di KLIA I am the last to receive the baggage claim and was the last to found air zam-zam yang dibawa balik dari makkah. Apabila keluar dari gate arrival semua 3 orang dah hilang, maybe sebab 3 bulan tak balik malaysia… ish ish ish… I then proceed to ERL to head back to KL.
Kisah ini berlaku pada penghujung bulan julai 2010. Bag bersama pisau pemotong daging dan juga uniform kerja Encik A kena yang dirampas sampai sekarang encik A tidak berkesempatan untuk menuntut kembali bag tersebut. Mungkin jika Encik A check in lebih awal lagi banyak soalan yang di tanya, silap-silap boleh dituduh sebagai pengganas! Kalau mamat India tak bagitau pintu dah nak tutup, sah-sah terlepas flight.
Tu baru satu cerita, satu lagi kisah benar coming up dalam sehari dua juga di airport yang sama. Kita lihat sapa yang kena.
Labels:
Jubail Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment