TEET! TEET! telefon berbunyi. Eric masih lagi tidak membuka mata, di tekannya butang snooze lalu meletakkan handset hitam dibawah salah satu bantal sambil menarik selimut sampai ke muka. mata masih terpejam rapat, kesejukan pagi ditambah pula dengan penghawa dingin membuat dia lebih malas untuk bangun. Enam minit berlalu alarm Eric kembali berbunyi, maka perkara yang samalah yang eric lakukan pada handsetnya, kali ini dipeluk pula bantalnya sambil mengiring ke kiri. selang beberapa minit, TV didepan katil eric mula berbunyi kerana timer tv yang telah di set 'automatic switch on' oleh eric sebelum dia tidur semalam, dengan malasnya eric membuka sebelah mata lalu mencapai satellite remote dan menukar ke rancangan ke MTV-Arabia. sekali lagi eric sambung tidur sambil didendangkan lagu english dan arab.
Selang beberapa minit kemudian telefon eric berdering, lalu terpaksalah eric melihat screen handset dan tertera "whats the story morning glory?" bila terbaca text tersebut barulah Central Processing Unit (CPU) dalam kepala Eric mula "running". difikirnya apa yang dia termimpi semalam, lansung eric terlupa apa yang dimimpikan, tapi teringat mimpinya minggu lepas kerana buat pertama kalinya Maya karin hadir didalam mimpinya dan terbayang senyuman maya karin macam filem duyung yang pernah ditonton. ini lah akibatnya kalau hari sebelumnya terbaca berita hiburan online tentang maya karin. sebenarnya text message yang tertera di handphone adalah apa yang di set sendiri oleh eric sebagai benteng terakhir untuk bangun pagi, untuk mengelakkan terlepas subuh. jika benteng terakhir tumpas, maka terpaksalah eric solat 'subuh gajah' atau lebih teruk mungkin eric terpaksa 'subuh dinasour'. begitulah rutin eric pada hujung minggu di saudi.
Suhu persekitaran di saudi sudah mula turun, suhu siang hari paling panas cuma 29 celcius, dan suhu awal malam cuma 24-27 celcius, suhu persekitaran bertambah sejuk pada waktu subuh. persekitaran yang mula berubah dingin bermula pada minggu lepas, apabila buat pertama kalinya melihat kabus tebal di kawasan persekitaran dan lebih jelas apabila melihat kabus di kawasan padang pasir yang terbentang luas. apa yang ketara berubah adalah kelembapan persekitaran atau 'humidity' berubah menjadi lebih kering daripada biasa. Angin dingin yang bertiup dengan lebih kerap menambah kedinginan udara persekitaran, kadang kala apabila berdiri menunggu rakan diluar rumah meremang bulu roma seluruh badan. nampaknya seminggu dua lagi, kenalah pakai jacket.
bila musim dah berubah, kebanyakan orang arab ni suka ber'picnic' kat padang pasir pada malam hari. agak pelik juga bila melihat orang berpicnic malam-malam buta, kat tengah padang pasir lak tu. tapi perkara yang paling penting untuk picnic macam tu kena ada karpet dan kopi arab. ada juga yang siap pasang khemah dan unggun api. tapi untuk berpicnic cara arab di tengah padang pasir kena la ada 4X4. kalau 2 wheel drive je alamat jenuh la menolak kereta yang tayarnya terkandas dalam pasir. sebab tu ramai arab pakai 'sport Utility Vehicle' (SUV).
cheezy macaroni alter sediri |
waktu malam dan siang pun nampaknya dah mula seimbang iaitu 12jam malam 12 jam siang. yang mana sebelum ini, waktu siang lebih panjang dari malam. waktu subuh mula menghampiri ke pukul 5 pagi dan waktu maghrib menjadi lebih cepat, yang mana sebelum pukul 5 petang dah masuk waktu maghrib. asal balik keje je dah malam, asal nak malam je baru balik keje. Tu yang jadi malas nak masak asyik-asyik makan kat kedai je. kena lak lampu dapur apartment tak menyala, lagi la malas nak masak. (alasan..)
sesetengah rakan arab memberitahu bahawa musim hujan akan bermula. cuma yang peliknya awan masih belum kelihatan walau satu pun. macamana nak hujan kalau tiada awan? pokok-pokok dan rumput-rumput di persekitaran dilihat lebih hijau daripada biasa. tiada musim luruh rupanya. bercakap mengenai pokok, pokok-pokok didalam ofis yang hampir mati dalam episode lepas mula hidup kembali kerana Eric mula menyiram air setiap 3 hari. pokok yang beberapa minggu lepas kering kontang mulai diganti dengan pucuk baru, pada mulanya sehelai daun, sekarang dah tumbuh 4 helai daun. it is the sign of life, nasib baik ada orang yang berperike'pokok'an..
kebelakangan ni banyak urusan yang nak di selesaikan. nak kena buka account bank supaya takyah nak bersusah payah untuk ambik gaji setiap kali hari payday. ye la kadang-kadang bagi cash mau tak gabra, dalam poket ada berpuluh keping note 500 setiap kali hari gaji. urusan untuk membuka akaun baru di bank adalah perkara yang agak rumit, ianya mengambil masa yang agak lama terutamanya di bank-bank di dalam kawasan bandar. yang ni kena describe dalam blog lain kot.
satu lagi urusan ialah urusan settlekan driving license. Di saudi orang Malaysia, Europe dan US hanya cuma perlu convertkan sahaja lesen memandu malaysia ke lesen saudi. cuma perlu ada arabic translation lesen malaysia, eye test, surat with letterhead of sponsor company, copy of license, copy of Iqama, payment slip SR400, chop from chamber of commerce dan chop polis. hantar semua document pada 'jpj' saudi di dammam. di kaunter, submit semua document, lesen malaysia di check, dua tiga minit kemudian dapat la lesen memandu Saudi yang valid for 10 years! apa yang perlu sekarang cuma kereta je!
Al-Fana |
selain sibuk dengan urusan rasmi, kebelakangan ni juga banyak keluar makan-makan dan minum dengan geng-geng saudi dengan Pyan, encik J (dulu dikenali sebagai encik F tapi dia mintak tukar jadi J) dan juga 'abang angkat' pyan. asal pukul 7 je keluar dinner, asal dinner je keluar pukul 7. ye la isya' masuk pukul 6:30 petang. tempat yang selalu keluar minum malam-malam adalah di kedai al-fanar (kedai kopi ala-ala starbuck) dan boleh dikatakan hampir semua stesen minyak sepanjang highway terdapat cawangan al-fanar. malangnya penulis tak minum kopi jadi terpaksalah order teh hijau atau ice blended atau orange juice. kalau minum kopi alamat susah la nak tidur setiap malam. even kalau minum teh tarik berhampiran dengan fish market pun memang tak bleh tidur, bukan sahaja penulis terkena, encik J pun terkena sekali.
Encik J & Pyan (penulis takde gambar 'low profile trademark'') |
'lautan' kereta lelong |
selain keluar malam-malam weekdays untuk dinner, weekend juga tidak ketinggalan untuk keluar ke dahran, al-khobar atau dammam. dan kebiasaannya naik H3. baru semalam keluar ke dammam untuk survey harga kereta. tempatnya dinamakan car zouk? lain macam je bunyi tempat ni. di sini beratus-ratus kenderaan di tinggalkan di kawasan lapang ditepi Highway Dammam - Riyadh. diatas dashboard kereta diletakkan nombor telefon dan sesiapa yang berminat boleh menelefon nombor tersebut. kereta-kereta yang dilelong disini seperti melelong ikan dipasar. selepas waktu asar ramai orang mula memenuhi kawasan ini untuk menjual dan membeli kereta.
brand new anyone? |
kami tiba di lokasi kira2 pukul 2 petang. ini adalah tempat jualan kereta terbesar dikawasan timur saudi. beribu kereta second hand dan re-con dari US dijual dikawasan ini. 'gelap mata' bila melihat terlalu banyak pilihan. cuma untuk membeli kereta second hand perlulah menyediakan cash secukupnya, kerana hanya cash full price sahaja yang diterima. tiga daripada kami berempat datang survey kereta di sini mempunyai plan untuk membeli kereta termasuk driver H3 yang mahu membeli kereta kedua! fuh! banyak betul duit, siap nak beli kereta kedua untuk dipakai di saudi! ketiga-tiga orang dah plan nak beli kereta selepas aidil adha kerana semuanya akan pulang ke Malaysia bercuti minggu depan sempena cuti aidiladha selama seminggu.
Ford Mustang GT 2010.. Ada brani? |
to be continued..
note: episode terlewat skit, tiap-tiap malam penulis keluar dinner with the gang bila balik 'bateri' dah abis directly tertido. walaupun masih di Saudi tapi fikiran dah berada di Malaysia 5hari lagi nak balik!
No comments:
Post a Comment