Setiap kali makan malam pukul 12 tak sah kalau takde kabsah kambing. dan setiap kali makan juga pasti ada kepala kambing di dalam dulang kumpulan eric. dan malam tadi seorang operator arab "menjamah" kepala kambing, dipatahkannya rahang kambing dan ditariknya lidah kambing tersebut.
"have some" kata operator arab dihadapan eric yang menawarkan lidah kambing
"no thank you"
"if you eat this, you will be good in singing" kata arab sebelah kiri eric
"yes its true" kata arab sebelah kanan pula
"banyak la ko punye singing" kata eric dalam hati (eric bukanlah kaki karaoke)
dipelawanya lagi lidah tersebut tapi eric tetap menolak sambil memberikan senyuman. jadi mereka bertiga menghabiskan lidah kambing tersebut. Eric memang tak makan organ-organ pelik dan organ dalaman kecuali hati sahaja. sebelum mereka "operate" kepala kambing untuk otak, eric cepat-cepat menhabiskan minumannya dan menarik diri.
"khalas?" (dah cukup?) tanya arab sebelah eric
"khalas, syukran" (settle, terima kasih) jawab eric lalu bangun dan pergi membasuh tangan.
tetapi malam sebelumnya eric dihidangkan ayam panggang, seekor ayam untuk setiap seorang. and guess what? eric berjaya menghabiskan seekor ayam! tak pernah terlintas di neuron-neuron eric untuk menghabiskan seekor ayam dalam masa 20minit.
Sudah empat hari Eric bekerja dalam shift malam dah sudah tujuh hari berturut-turut eric bekerja 12jam sehari untuk plant MTBE (Methyl-Tertiary-Butyl-Ether) Turn Around (TA). TA adalah major activity didalam sebuah production plant. pada asalnya eric bekerja pada shift siang, tapi oleh kerana seorang arab mangkuk ayun menarik diri, dan lagi seorang arab mangkuk ayun yang mendakwa dirinya tak boleh bekerja malam kerana terkena kencing maniseric ditukarkan ke shift malam. (ada kaitan ke kencing manis dengan kerja shift malam). Masa kerja GDC dulu eric tengok orang diabetes elok je kerja shift malam..
Sekarang masa berjaga dan masa tidur eric berubah, selepas solat subuh baru balik rumah tidur sampai waktu zohor. dah jadi keluangman malam berjaga siang tidur. tapi kalau kat kampung yang berjaga malam dan makan ayam seekor ni macam bokbong*. rasanya sepanjang 45hari lah eric transform menjadi bokbong transformers. hentam sajalah labu..
saiz: sama besar dengan kucing
bergigi taring yang tajam sambil buat muka ganas
pekerjaan: suka makan ayam yang dicuri dari orang kampung, atau buah yang berbiji besar (kopi)
hobi: bergaduh dengan kucing, jogging atas bumbung rumah kampung malam-malam buta sampai tuan rumah terjaga. tidur sepanjang siang.
kegunaan: nama bokbong digunakan untuk takutkan budak-budak kecik
sesetengah orang panggil musang, atau 'muse galo'. bukan fox in english, civet kot.
dulu-dulu, asal balik dari surau je mesti nampak bokbong, sekarang dah tak banyak kot
Eric: paling tak best kerja malam time-time winter.. dekat-dekat subuh suhu under five, naik biru jari amik wuduk kat site. pakai baju 4 lapis, dalam tshirt, kemeja, sweater, winter jacket. I need to get a snow cap, sejuk telinga.