nuffnang

nuffnang LR

Monday, December 06, 2010

tok moh

cerita ini adalah rekaan penulis semata-mata, tiada kaitan dengan mereka-mereka yang masih hidup atau telah meninggal dunia, jika ada hanyalah kebetulan sahaja. ceh ye ye je padahal memang takde kaitan hahaha...
begini ceritanya...

Al-kisah, di sebuah kampung tinggal seorang tok bomoh (tokmoh) yang handal tetapi agak pendek akalnya. disebalik kehandalannya dia membela jin dan makhluk halus termasuklah hantu raya dan toyol. Jin adalah sebagai pembantu tok moh, hantu raya pula sebagai pengawal tokmoh, manakala toyol pula merupakan side income untuk tok moh. di antara semua makhluk belaannya toyol lah yang menjadi kesayangan tokmoh kerana apa sahaja kehendaknya pasti dituruti tanpa dibantah sedikit pun. 

pada suatu hari Tokmoh merasa masa ajalnya sudah hampir sampai. lalu dia terfikir kerana amalanya tidaklah banyak mana untuk dibawa ke alam seterusnya. lalu tokmoh membuat kira-kira siapa yang akan menolongnya sebelum ajalnya sampai. tokmoh membuat andaian mengenai jin peliharaannya, pastinya jin akan merasuk penduduk kampung apabila ketiadaannya kelak. bagaimana pula dengan hantu raya? pasti hantu raya akan memasuki badanya dan menguna jasad tok moh untuk kepentingan hantu raya itu sendiri. kalau toyol pula pasti toyol akan lari kedalam hutan mencari darah binatang didalam hutan berhampiran. 

lalu tok moh telah membuat keputusan siapa yang akan menolongnya sebelum dia mati. pada hari pertama tok moh membawa jin peliharaannya bersiar-siar di laut dengan speedboat turbo kepunyaan tok moh, tetapi yang pulang cuma tokmoh sorang sahaja, maka hairanlah sang hantu raya melihat kejadian tersebut lalu bertanya.

"kemana jin pergi tok?"
"entah, aku bawak dia satu tempat yang cantik tapi dia taknak ikut aku balik, dari dulu lagi selalu je jin tu tak dengar cakap aku" kata tokmoh menipu hantu raya
lalu hantu raya berfikir didalam hati (cilakak punye jin nanti aku lak yang kena pikul tugas jin nanti)
tok moh dapat membaca isi hati hantu raya dan tersenyum puas kerana helahnya menjadi.
keesokan harinya tok bomoh mengajak hantu raya keluar bersiar-siar ke pulau tidak berpenghuni. tanpa berfikir panjang hantu raya mengikut sahaja kerana menyangka dia boleh lari dari tugas hariannya, tanpa menyedari bahawa dia bakal di buang oleh tokmoh sama seperti jin sebelumnya. petang itu cuma tokmoh seorang sahaja yang pulang kerumah. 

seperti biasa toyol cuma terkebil-kebil melihat orang tua itu pulang kerumah. malam itu tokmoh berkata kepada toyolnya.
"yol, ajal aku dah hampir sampai, hanya kau sahaja harapan aku untuk aku meminta tolong."
toyol terasa sedih mendengar kata tuannya itu kerana bakal kehilangan tempat bergantung. 
"yol, aku nak kau tolong aku cari jawapan apabila aku ditanya didalam kubur nanti, aku nak kau tulis jawapan tu dan jangan balik selagi kau tak dapat cari jawapan tu. maka keluarlah toyol dari kampung untuk memenuhi kehendak tuannya. semakin hari semakin jauh toyol mencari jawapan namun tak juga dijumpai. tok moh mula keresahan kerana keadaanya sudah nazak tetapi toyol masih belum pulang, tetapi tok moh yakin toyol pasti tidak akan menghampakan harapannya. 

2 hari kemudian tokmoh meninggal dunia dan dikebumikan ditanah perkuburan tidak jauh dari surau berhampiran dengan rumahnya. didalam kubur tokmoh mencari-cari jawapan kalau2 ada yang ditinggalkan oleh toyol semasa upacara pengkebumiannya tadi. 

tidak lama kemudian tokmoh ternampak tulisan yang dicetak pada kain kapan yang membungkus jasadnya. 
"Fuh tak sia-sia aku bela toyol sejak kecik, siap print lagi jawapan atas kain kapan aku"
pada masa yang sama datanglah malaikat untuk menyoal soalan biasa kepada orang yang baru memasuki alam kubur.
"heheh nak soal aku le tu, kata tok moh dalam hati dengan bangga kerana over confident dengan jawapan yang di sediakan oleh toyol belaannya.
tiba-tiba sekuat guruh soalan ditanyakan kepada Tokmoh
"MA ROBBUKA?!!!"
sambil tersengih confident tokmoh menjawab
"MADE IN CHINA!"




Eric: Sesungguhnya yang bakal menjawab soalan di alam barzakh adalah ibadah dan amalan yang baik.


a new blog in the making, coming soon.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages