nuffnang

nuffnang LR

Saturday, August 04, 2012

Berundur Bukan Bererti Mengalah

kepada yang dah baca entry (Semangat Yang Hilang) dalam paragraph yang last tu eric ada kata never give up rite? tapi makin lama digging deeper into the rabbit hole dalam bidang lain, kerja menjadi semakin complicated dan eric tidak lagi berdaya nak meliatkan nyawa dalam bidang yang asing ini. sebelum confirm lebih baik blah before its too late or reach the point of no return!

Bukan berputus asa, solat istikharah dan berbincang dengan sibling, parent and spouse, nampaknya menunjuk kearah untuk tidak meneruskan usaha atau dalam kata lain resign je. setelah berbincang dengan bos rupa-rupanya memang tak ada pun kerja dalam plant melainkan semasa projek berjalan. dan tempoh projek tidaklah lama mana pun. seperti yang di ceritakan paling lama pun sebulan setengah dan selebihnya depan desktop. dan dari perbincangan ni juga diorang realize, eric bukan in the same background malah eric juga realize mereka kata kerja at site semasa interview adalah kerana terlalu terdesak memerlukan engineer. 

walau bagaimanapun rupa-rupanya mereka tidak menghentikan taktik keji seperti ini kepada orang lain. dan eric dapat tahu salah seorang daripada rakan eric juga hampir-hampir dikenakan dengan taktik keji yang sama. nasib baiklah rakan dari saudi ni tanya eric dulu, kalau tak mungkin dia yang bakal menggantikan eric. menggantikan eric? ya, eric dah pun meletakkan notice of resignation pada masa itu. memang haram jadah gak lah taktik penipuan keji mamat australian ni bila desperate memerlukan engineer.
Leader pula berkata dia akan betul-betul cuba untuk menolong eric, tapi rupa-rupanya hanya berkata demikian bila depan bos je la. bila tak jumpa document yang di cari untuk 7 equipment jawapan yang eric dapat "cari sendiri". kalau ikutkan hati eric yang tengah 'panas' masa tu, ada kemungkinan besar  muka si lahanat tu berbekas dengan tapak kasut 'timberland' yang eric pakai hari tu. tapi entah mengapa eric dapat menahan kesabarannya dengan si talam dua muka tu. however, pada firasat eric, mamat leader ni amat menggeruni eric kerana eric boleh nampak 'fear' dari pandangan matanya. nak tegur pun tak berani... kenapa? eric pun tak tau dan memang bagus la macam tu hahahaha... 

bukan perkara diatas sahaja yang menguatkan sebab eric untuk berhenti, ada satu sebab paling utama yang eric lansung tidak akan berkompromi. iaitu dalam hal solat. sanggupkah korang meniggalkan solat hanya kerana perkara dunia seperti kerja? ramai diantara kita yang melewat-lewatkan solat hanya kerana kerja. bagi eric yang pernah bekerja di saudi, solat mesti didirikan apabila sebaik sahaja masuk waktunya kerana sudah biasa begitu selama dua tahun disana. dan al-kafiruun tidak akan ambil kisah samada korang solat atau tidak.

apa yang paling membuat eric paling hangin adalah bila soal solat mula dipersoal. berlaku pada satu hari jumaat ketika eric sedang berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan solat asar selepas mendengar azan, dan pada ketika itu eric berselisih dengan bosnya dan ketika berselisih itulah bosnya bertanya bukan dah pergi friday prayer ke tadi? (kalau korang dengar the tone, eric rasa korang pun boleh hangin satu badan) dan apa yang eric kata dalam hatinya "kau sapa nak persoalkan hal solat aku? jahanam punya kafir laknat!" tetapi eric hanya mengangguk dan meneruskan perjalanan ke masjid walaupun hatinya sedang terbakar 

enough is enough and that is the main point untuk eric berhenti. few days later, eric menghantar notice of resignation. hasilnya, pandai-pandai le diorang bila mengadap client nanti. dan beberapa hari lepas sekali lagi eric di phone interview oleh new company, nak accept ke tak, tunggu dapat jobscope dulu, belajar dari kesilapan...

kalau tiang agama dipersoalkan baik blah je.. tiada perkara yang lebih penting dari seruan ilahi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages