seperti yang di ketahui, malaysia sekarang dalam ranking antara yang teruk dalam bab rasuah. pernah orang mintak rasuah? who? eric? yup setakat ni dah dua kali. sekali dengan polis lebih dari sepuluh tahun dulu dan satu lagi yang baru je minggu lepas, bukan dengan polis tapi dengan mechanic kereta. yang cerita polis tu lain kalilah cerita.
ceritanya bermula ketika menghantar my father ke hospital untuk follow up check beberapa minggu yang lalu. my father's car and my car adalah model yang sama, cuma eric punya model 4tahun lebih baru. kalau tengok dari luar lebih kurang sama, cuma ada sedikit perbezaan. hari tu eric drive kereta yang model lama kerana sejak pembedahan, kereta tu jarang-jarang digunakan. tetapi eric juga membawa remote dan kunci keretanya sendiri didalam poket jeans sebelah kanan (yang biasa diguna)
nak dijadikan cerita eric terpaksa drop by parent kat hospital dan mencari parking di tempat biasa. malangnya hari tu takde tempat parking yang dekat melainkan parking di hotel berhampiran dan berbayar. selepas lebih sejam menunggu di hospital eric kembali ke parking kereta untuk mencari parking yang lebih dekat walaupun dalam hujan renyai-renyai. setibanya di kereta eric terus menekan remote, sekali, tiada apa-apa bunyi, dua kali pun sama, berkali kali pun sama. maybe di bangunan hotel tersebut terdapat menara transmitter mobile provider yang selalu membuat signal remote jammed.
eric mencuba dari kiri, kanan, depan, dan arah-arah yang lain dan ditekan dengan kuat tetapi tetap tidak berjaya. orang yang sedang menunggu di tempat parking pun kelihatan agak kehairanan dengan gelagat eric. dalam kesejukan hujan eric memasukkan kedua-dua tangannya kedalam poket jeansnya, masa tu barulah eric tersedar rupa-rupanya remote kereta itu didalam pocket sebelah kiri dan yang ditekan-tekan adalah remote kereta sendiri yang berada dirumah! clumsy betul.
selepas dapat result dan ayah eric admitted sekali lagi kedalam ward eric balik kerumah untuk mengambil beberapa barangan kali ini mahu mengguna kereta sendiri. tetapi kali ni dengan remote yang betul tetapi tidak berfungsi. pakai kunci buka pintu kereta alarm meraung membingitkan telinga. nak start kereta tak boleh sebab immobilizer lock tak bleh nak unlock dengan remote. jadi terpaksalah guna spare remote.
dengan hanya satu remote tentulah hati tak tenteram. kang remote tu tak function gak takleh nak unlock immobilizer nak kena tunda kereta pakai tow truck ke car dealer service center. kereta dibawa ke kedai accesories, nyonya tauke kedai cakap
"itu system mesti mau tukar lor! alarm code kita talak tau ma"
tukar system? nak kena tukar immobilizer sekali, mau makan beratus kalau gitu.
kedai, kedai lain pun sama gak jawapannya nak tak nak tidak boleh tidak akhirnya minggu lepas eric bawa ke original manufacturer service center.
senior technician dipanggil, technician duduk di driver seat dan tutup pintu tak mau kasi eric tengok apa dia buat. tapi eric tengok dari luar walau gelap dengan tinted window eric pakai la kuasa bionik eye (iyolah tu). dia buka remote tu dan keluarkan electronic system dalam remote. ditekan2 button electronic betul-betul depan immobilizer dan remote tu OK balik.
dia panggil eric masuk kereta duduk di seat penumpang sebelah driver seat untuk test spare remote dan remote asal. settle problem yang sangat simple tu eric tanya perlu bayar ke? macam takde benda complicated sangat pun.
"takkan takde duit kopi kot?" kata technician india tu.
"duit kopi?" (hai lebih kurang macam polis makan suap jugak mamat ni)
"ye la takkan takde apa-apa, kalau nak bayar kat kaunter mahal kena charge"
sah-sah la mamat ni nak makan duit senyap-senyap eric buat muka clueless macam tak faham.
"ok kalau nak bayar kat kaunter, masuk kat kaunter"
sebelum eric masuk technician ni cakap something kat receptionist tanpa eric dengari. eric duduk depan receptionist untuk dapatkan bill. receptionist bertanya nombor plet kereta dan terus print bill.
"berapa?"
"lima puluh ringgit"
"buat kerja tak sampai lima minit pun lima puluh ringgit? kalau saya tukar part remote ni dulu pun baru 20 ringgit! kalau kena bayar lima puluh saya keluar tak bayar apa-apa!" cakap eric buat-buat gertak sambil tunjuk remote ditangannya
receptionist tu print satu lagi bill.
"ok encik bayar 20 ringgit" katanya
"Cik... 20 ringgit tu tukar part, ni buat kerja sekejap macam tu macam tak buat apa-apa dua puluh ringgit?" kata eric lagi buat-buat garang
"tapi encik kena bayar gak" katanya takut-takut
"kalau nak saya bayar 20, saya bangun saya keluar dari sini tak bayar apa-apa, apa awak nak buat?" ugut eric
"oklah encik nak bayar berapa? tapi encik kena bayar sebab ni policy sini"
dengan situasi macam ni nak kata 5 ringgit pun boleh, tapi rasa macam rendah sangat lak
"10 ringgit" kata eric sambil letak note 10ringgit atas meja
tanpa cakap banyak receptionist tu print bill baru, suruh eric sign kat bill dan ambik duit tu.
eric mengambil salinan bill dan berlalu keluar. (selamat duit aku, dan selamat dari dosa memberi rasuah)
Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya".
(surah al-Baqarah : 188)