nuffnang

nuffnang LR

Sunday, March 24, 2013

Iman Seekor Semut

Untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan...

Nabi Allah Sulaiman AS adalah seorang Nabi yang di Kurniakan oleh Allah dengan keupayaan mampu memahami bahasa binatang walaupun dari seekor semut. selain dari memahami bahasa binatang baginda juga adalah Seorang Raja yang amat kaya dan memerintah, jin, manusia dan juga haiwan. dan terdapat tiga peristiwa yang melibatkan antara baginda dengan semut. 

Dan salah satunya berlaku satu peristiwa di tengah-tengah padang pasir, apabila Nabi Allah Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu. Lalu Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: 
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya
"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, Nabi angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".




Jawab semut
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

Dan satu peristiwa lagi ketika kerajaan Nabi Allah Sulaiman mengalami musim kemarau panjang yang menyebabkan kebun-kebun tanaman dan sungai-sungai kering. Lalu umatnya meminta baginda berdoa kepada Allah supaya menurunkan hujan. Lantas Baginda memerintahkan pengikutnya dari kalangan Jin dan manusia berkumpul di satu kawasan untuk Memohon kepada Allah agar diturunkan hujan dan menamatkan kemarau tersebut.

Apabila sampai di sana Baginda ternampak seekor semut yang sedang kehausan. Dan ketika itu Baginda mendengar sang semut berdoa memohon kepada Allah SWT. 
"Ya Allah Pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada Mu, aku berhajat akan air Mu, Tanpa air Mu kami akan kehausan, dan kami semua kekeringan. Ya Allah, aku berhajat sepenuhnya pada Mu akan air Mu. Kabulkanlah permohonanku"

Tatkala mendengar doa dari semut itu Baginda Sulaiman AS memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang dan berkata:
"Kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujanNya. Allah telah mengabulkan doa seekor semut."
Lantas Baginda AS dan rombongannya Pulang.

Itu Doa Semut!

Daripada dua kisah diatas cuba kita muhasabah diri. Adakah Iman kita sekuat seekor semut? Adakah kita percaya sepenuhnya kepada pertolongan Allah atau kita sentiasa berharap dengan pertolongan mereka yang berpangkat dari kalangan manusia atau yang biasa kita dengar sebagai 'memakai cable'? 

Mencari keredhaan Allah itu lebih utama dari memenangi hati pemimpin dan menggembirakan orang-orang munafik.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.


PS: kisah yang ketiga semua orang tahu kot. (lembah semut & tentera Nabi Sulaiman.
PS2: orang takde cable macam aku... berusaha dan berserah sahaja kepada Allah, redha dan bersyukur dengan segala rezeki yang di kurniakan...
(HOME)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages