nuffnang

nuffnang LR

Friday, May 28, 2010

Jubail Episode VII

Jubail Episode 7,

Baru je berbual-bual dengan orang yang agak lama di saudi, katanya "keje kat sini untuk orang-orang mata duitan yang sanggup hidup tanpa kasih sayang" apa yang member ni cakap ada gak betulnya. antara sebab orang datang kesini sebab gaji yang berbeza dengan rate di Malaysia sebagai expatriate. tapi bila datang secara solo, berjauhan dari keluarga, hometown, best friends, dan orang2 yang sama maksud dengannya, hanya kawan2 seperjuanganlah yang menjadi ahli keluarga di sini. maybe bila orang baca teks si atas mesti orang ingat "dah homesick ke penulis ni?" hahaha... dah homesick ke? hmmm susah nak jawab soalan ni. panjang ceritanya kalau nak di huraikan satu-satu. cuba la cakap pasal nasik lemak.. fuh... terbayang nasik lemak dalam fikiran... tapi jangan harap nak jumpa kat sini... tu baru satu!

setelah sebulan asyik makan masakan arab je kat sini, lama2 naik boring gak, minggu kedua & ketiga, masing2 dah pening nak makan apa? soalan cepu mas "nak makan apa malam ni?" sampai satu tahap sebelum keluar dinner kena fikir dulu nak makan apa malam tu, nasi mandy? nasi Bukhari? Falafil? Mutabak? Masalla? Kebab? sandwich? kena pula time isyak dah semakin lewat, takkan lepas balik dari dinner terus tido. bila dah masuk bulan kedua, ada cadangan terbaru... MEMASAK!

memasak, satu subjek yang agak asing bagi orang yang tak pernah memasak. dalam rumah ni dua-dua tak pandai masak, yang tau cuma setakat goreng ikan je la. nak masak kena la beli bahan mentah dulu, ikan dan sayur semua beli kat pasar. kat pasar ada banyak jenis ikan, tapi paling banyak ikan kerapu! cakap la ikan kerapu apa nak, semua ada! kerapu merah, kerapu besar, kerapu kecik, dan kerapu-kerapu yang sewaktu dengannye. nasib baik la ikan kerapu ni favorite, harga pun boleh kata murah sikit dari malaysia. kalau kat pasar mesti nak cari ikan-ikan yang segar kan? yang respek kat sini penjual ikan semua honest, dia akan tunjukkan ikan mana yang betul2 fresh, kalau dia nampak kita dok belek-belek ikan yang tak berapa fresh dia cakap tak payah beli! setakat mana ikan fresh kat sini? contohnya, minggu lepas pegi beli ikan kerapu merah, penjual ikan cakap, ikan tu masih fresh, since dia nak buktikan ikan tu masih fresh dia suruh kita tekan jari kat perut ikan kerapu merah tu. bila tekan je kat situ, ikan tu bergerak balik! ingatkan dah mati, rupa-rupanya hidup lagi! memang betul-betul fresh, baru naik dari laut la tu.

berbalik kepada cerita memasak, memasak memang pada mulanya buat secara try and error. hari pertama masak, ikan kembung goreng dengan sayur (ladies fingger) goreng, nasik kering takde kuah. second time ikan masak pedas, sayur dengan oyster sauce. cuma bila tiap2 kali makan, terfikir "kenapa ikan ni tak garing?" rupa2nya lupa nak kelar ikan tu. memasak gets improvement just from experience, tapi tak la expert, kalau biasa orang cakap "kopi bujang" yang ni maybe "nasi bujang" la kot. biasanya bila balik kerja, rehat kejap 20 minit, terus masak, sorang goreng ikan, sorang lagi process & masak sayur (that's me) sayur yang berkuah banyak for the first time was sayur air. lepas tu mula la, menu lain, daging goreng kunyit, ikan masak kicap, bawal sweet & sour setakat tu je la dulu, lain2 menu maybe will develop later. resepi ada, cuma bahan je susah sket nak cari.

pasal kerja, previously I thought kerja sebagai supervisor ni lagi rendah daripada engineer, tapi di saudi keadaan dah terbalik. supervisor lagi besar dari engineer. engineer kena report kepada supervisor. tapi agak terkejut bila tengok knowledge geng-geng arab ni, bukan nak memperkecil-kecilkan tapi itulah hakikatnya, tak tau lah macamana diorang belajar di universiti di sinun! Jawatan engineer, tapi third angle tak tau, isometrik pun tak tau, wafer valve pun tak tau, senang-senang je diorang ni kena tipu dengan mat filipino. selalunya orang filipino yang agak expert dia akan challenge orang arab, bila orang arab tak tau, dia panggil supervisor malaysia suruh terangkan, this is how I discover knowledge orang arab. I experience it myself, sebab biasanya it was all about basic engineering.

however, dengan kehadiran supervisor-supervisor Malaysia yang tau tentang banyak perkara engineering, supervisor2 arab terasa seperti tergugat. I sense this and my Malaysian friend also kena yang sama. ye lah supervisor arab yang sama level with me umur dah 50 tahun, kita baru 32 masuk2 dah sama level dengan dia, dah la tu bila meeting daily update, input maintenance progress datang dari supervisor malaysia... (I'm just doing my job) orang arab? dari pagi sampai petang dok depan desktop, call, call... call... kadang2 call bukan pasal kerja pun, call booking, call bini kat rumah, macamlah kita tak tau. call rumah pagi, tengahari & sebelum balik, pakai telefon ofis lak tu, boleh kata hampir semua arab macam tu.

solat orang-orang arab kat sini pun lain, kita kalau tengok orang malaysia solat cepat pun tak secepat sesetengah orang arab. diorang punya sembahyang, kalau kita pakai turbo, dia pakai triple turbo! biasanya solat macam ni jadi time zohor & asar, kita belum habis surah alfatihah dia dah rukuk. kita cuba gak baca habis cepat kalau nasib baik sempat la, tapi ada gak yang lagi cepat dari tu, kita baru ayat ketiga al-fatihah, imam dah rukuk. minggu pertama solat dulu terjegil gak bijik mata macam tak percaya diorang solat terlalu cepat, lama2 get used pun still mengejar lagi. jadi kalau solat maghrib dengan isya' je lah yang ok.

orang arab ni sesetengahnya sembahyang banyak bergerak. apa dia nak buat time sembahyang dia buat je, garu ke, check kuku ke apa2 jelah. pernah nampak sorang arab ni, lepas takbir je dia check kuku sambil gigit2 kuku, dari mula solat sampai salam dok tengok kuku sambil kadang-kadang gigit, kecuali time rukuk & sujud je. hai.. tak tau la diaorang ni belajar solat kat mana. bila kita fikir-fikir balik, kesimpulannya orang malaysia lagi arif dengan rukun solat daripada pak-pak arab.

to be continue next week, Insya'allah..
wassalam.

Wednesday, May 26, 2010

betul ke Port Dickson ada Buaya?


berita hari ni dah keluar gambar buaya tembaga kat pantai berhampiran dengan port dickson. sebelum ni ada gambar video buaya yang tak berapa terang (lihat post terdahulu). sekarang buaya ni mula naik ke darat kat Teluk Gong, rasanya buaya yang sama macam yang dalam video.
Species: Buaya Tembaga
Panjang: 3.5m (besar tuuu)
additional info: orang kata buaya air masin ni lagi ganas... tengok gambar aje pun buaya sesaja buat muka brutal bagi nampak gigi.

Monday, May 24, 2010

cooking

Long... long... time ago, aku tahu cara nak menggoreng, selalunya kentang dan telur. cuma skang ni banyak goreng ikan je. tapi memasak & menumis lansung tak tau, dan hari ni buat pertama kalinya memasak sendiri. buat apa? sayur air je.. tapi ok la jadi la & boleh makan dengan ikan goreng. tapi lupa nak amik gambar... takpela maybe next time...

Saturday, May 22, 2010

Jubail Episode VI

Jubail Episode 6,

current weather forecast for today, it was now 44 Degrees, the hottest weather so far I've been thru in my whole life. outside it was no cloud at all and the sun is shining brightly I guess? even though today is thursday, I dont feel like going out in the temperature like this. better stay in my room and switch on the air conditioning to the max. hehehe... and today I heard the weather in makkah nearly exceed 50 degrees which is far more than jubail. last few days while working in plant I could feel that the weather getting hotter everyday. the humidity also increases slightly.
when u are outside for more than 1 minutes now, u already starts sweating. yesterday i wear safety helmet and safety glass as usual, but this time I saw a drop of sweat flows thru the safety glass, that was just after 5 minutes in the plant.

I could not place any picture because I dont have one. camera was not allowed in the plant gate area, only people with camera pass can take picture inside the plant. handphone was stictly prohibited not just inside the process area but also inside the plant gate. thats why I could only make a call using my cellphone before going to work or after back from work, but now I prefered to call only on weekends.

semalam ikut member keluar kat cafe somewhere at the other side of jubail. the cafe have two sides, one in air conditioned room and the open air area. pak-pak arab yang datang kat cafe tu semua masuk kat air cond room. since the other three was smokers, so terpaksa la dok kat open area gak.tu dah pukul 10 malam tapi temperature kat luar still panas, tapi nak buat camana terpaksa la layan jugak. diorang punye la lama berbual, me and the other one dok layan spiderman 3 movie sampai habis kat cafe tu. movie kat TV dah abis tapi smokers yang dok berbual ni masih rancak lagi dok berbual. sampai la mamat waiter filipin tu nak tutup kedai baru nak balik. tengok2 dah pukul 1230 malam. never been that late before outside. biasa abis lewat pun pukul 11 dah lena pun.

sedikit info pasal orang arab, maybe kita ingat orang arab ni semua baik, tak tinggal solat banyak buat ibadah lebih dari kaum2 lain di dunia.. tapi sebenarnya orang arab tak semua pun baik. yang jenis tak solat tu tak solat jugak. ada gak jenis yang bila baru dapat bos arab baru yang tak tinggal solat, orang2 bawah yang sebelum ni tak pernah nampak solat, baru nak start solat. bila nampak bos gi solat kat masjid semua pakat2 gi masjid. yang ni lebih kurang macam "ada maksud tersirat kot". sebagaimana ayat di bawah:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab),atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan
ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)

(at this time i get a call informing that my grandmother died after few days unconscious. Al-Fatihah)
this Blog was written on thursday May 20, 2010 but was posted late after I heard the bad news and not in the mood to continue writing for this episode.

Thursday, May 20, 2010

20may 2010 weather



well, above weather forecast shows the temperature for today, 44 degrees celcius! no wonder its seems so bright outside, no clouds and very hot!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages