nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, April 24, 2012

Soalan Popular Minggu Ini

Sejak menguruskan hal-hal final exit dari minggu lepas hingga minggu ni, eric sendiri pun dah tak terkira berapa kali kena tanya soalan yang sama dari orang yang berlainan tapi, exact same question. Final exit? Why? You don't like saudi? How long have you been in saudi? paling popular the first two question.

The first two question and last question jawapan yang eric bagi adalah sama. cuma soalan ketiga dan dijawab berlainan mengikut siapa yang bertanya soalan tersebut. jawapan pilih bulu hahaha... (mesti cover baeekkk punye beb!) lagi-lagi kalau 'tuan tanah' yang tanya. mesti cover line kan?




orang yang lansung tak tanya soalan ni adalah superintendent eric dan department  manager eric. anyway eric sendiri pun malas nak tengok muka diorang. tapi untuk dapat signature no obligation to resign kena la jugak tengok muka. manager... eric cuma mintak tolong pengganti secretary je tolong hantar. nasib baik secretary department tu cuti, pangkat secretary tapi berlagak macam manager. pengganti secretary ok sket, ikut je apa yang di minta.

eric sebenarnya baru balik dari berjalan-jalan di kotaraya dubai. next post will not be about dubai. 

entry lewat since blogger tukar new dashboard. pening gak new layout ni. next entry soon, not really soon sebab eric akan potong line internet sebagai salah satu dari procedure final exit. insyaallah kalau dapat broadband connection the new entry will be published.

Thursday, April 19, 2012

Komik: Evolusi

Mari kita tengok proses evolusi bila bekerja di middle east especially di Saudi. saja Melawak Sekali sekala. Yang dah dok lama jangan marah aaaa...

























Eric: diatas adalah komik rekaan sahaja, jika ada persamaan ianya hanya kebetulan sahaja. tak pernah dengar lak orang yang bertukar menjadi unta kat sini hahahaha.... (harapnye takde la heeee...)

Wednesday, April 18, 2012

EP64: Souq Al-Khamees II

semalam entry mengenai binatang peliharaan (klik: souq pet) yang dijual kat souq al-Khamees. Selain dari pakaian, ada juga sayuran dan buah-buahan dan barang kraftangan arab yang dijual oleh penjual-panjual disekitar pasar khamis tersebut. tempat kedua, dalam kawasan berpagar yang tidak mendapat sambutan seperti area pet market, tak ramai pun arab berminat kecuali barangan tembikar.

warna-warni tabung duit daripada tembikar

kraftangan ni bukan pakai mengkuang


bekas apa ntah, letak ular tedung pun boleh kot, hahaha







variety lain


barangan dibuat dari tanah liat (clay) dan kayu


some sort of smoking accessories (lebih kurang macam shisha)


barangan tembikar lain (atas para tu bekas air)

Jadi apa yang eric beli kat sini? eric cuma beli sekilo buah raspberry je... masam lak tu.

Tuesday, April 17, 2012

EP64: Souq Al-Khamees

OK sambung lagi cerita jalan-jalan, kali ni jalan-jalan dalam area dekat-dekat Jubail je. kat mana? Souq Al-Khamees atau bila dialih bahasa yang bermaksud pasar hari khamis. Apa tujuan eric pergi tempat ni? Sebenarnya eric nak mencari pet. sebab kat pasar ni ada banyaaaak sangat pet contohnya rabbit, bermacam jenis burung, kucing, anjing dan macam-macam.

Pet apa yang eric cari? sebenarnya banyak haiwan yang pelik yang boleh dijumpai kat sini termasuklah tupai, dhab dan buaya. Tupai.. tu le pet yang eric cari. ye la dah tak lama nak final exit. kalau beli kucing kang nak kena tinggal kat pusat quarantine. kalau tupai? smuggle je la dalam pouch bag hehehe. tupai kecik je simpan dua ekor dalam pouch bag bagi makan buah dalam flight. 

Eric pun pernah bela tupai masa kecik-kecik dulu. tupai suka buat sarang kat pokok pisang, jadi bila pokok kena tebang terjumpa la anak tupai. bila dah besar lepas la balik ke habitat asal.tak tau la semenjak dua menjak ni teringin nak bela tupai. ok meh kita tengok apa yang ada sekitar souq ni.
anak-anak bunny rabbit
Merpati, Itik, anak itik, anak ayam
Burung Parrot yang reti bercakap
cuma berbunyi "aarrk! aark!" 
burung Merak Jantan, Merak Betina dan telurnya





A Couple of Falcon


very cute kittens with their mom 
(ni baru 3 sebenarnya banyaak lagi)


Kalau ular sawa ok lagi, tapi ular garang jenis ada bisa
camni sapa yang nak jadikan pet? kerja Giler dowh!


Burung kakak tua ni takde suara
senyap seribu bahasa

Tetapi dukacita sekali seekor tupai pun takde di jual mungkin kerana persekitaran baru lepas bad sandstorm dan hujan renyai-renyai saudagar tupai tidak datang ke pasar kot. 


By the way, tempat ni di namakan Qatif, tempat yang hampir semua penduduknya adalah puak syiah (Click read about Puak 110). banyak kali tak jadi pergi semasa berlaku kekecohan 'civil war' (pertumpahan darah) yang tidak diketahui oleh negara luar. beberapa kali juga dibatalkan bila beberapa kali terdengar ura-ura akan berlaku rusuhan.


Eric: ada gak yang buat-buat cerita puak ni makan orang la, supaya ramai tak berani masuk area ni. kalau ada orang mati kena makan mesti la dah kecoh kan? eric pun confem tak berani pergi kalau betul!

Monday, April 16, 2012

Komik: Perasan

rasanya ramai yang pernah terkena, orang lain yang di panggil kita plak yang menyahut. tak pasal-pasal terpaksa menebalkan muka














hehehe...  ;)
(HOME)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages