nuffnang

nuffnang LR

Saturday, December 25, 2010

Jubail Episode XIX: Bokbong Transformers





Setiap kali makan malam pukul 12 tak sah kalau takde kabsah kambing. dan setiap kali makan juga pasti ada kepala kambing di dalam dulang kumpulan eric. dan malam tadi seorang operator arab "menjamah" kepala kambing, dipatahkannya rahang kambing dan ditariknya lidah kambing tersebut. 
"have some" kata operator arab dihadapan eric yang menawarkan lidah kambing
"no thank you"
"if you eat this, you will be good in singing" kata arab sebelah kiri eric
"yes its true" kata arab sebelah kanan pula
"banyak la ko punye singing" kata eric dalam hati (eric bukanlah kaki karaoke)
dipelawanya lagi lidah tersebut tapi eric tetap menolak sambil memberikan senyuman. jadi mereka bertiga menghabiskan lidah kambing tersebut. Eric memang tak makan organ-organ pelik dan organ dalaman kecuali hati sahaja. sebelum mereka "operate" kepala kambing untuk otak, eric cepat-cepat menhabiskan minumannya dan menarik diri.
"khalas?" (dah cukup?) tanya arab sebelah eric
"khalas, syukran" (settle, terima kasih) jawab eric lalu bangun dan pergi membasuh tangan.

tetapi malam sebelumnya eric dihidangkan ayam panggang, seekor ayam untuk setiap seorang. and guess what? eric berjaya menghabiskan seekor ayam! tak pernah terlintas di neuron-neuron eric untuk menghabiskan seekor ayam dalam masa 20minit.

Sudah empat hari Eric bekerja dalam shift malam dah sudah tujuh hari berturut-turut eric bekerja 12jam sehari untuk plant MTBE (Methyl-Tertiary-Butyl-Ether) Turn Around (TA). TA adalah major activity didalam sebuah production plant. pada asalnya eric bekerja pada shift siang, tapi oleh kerana seorang arab mangkuk ayun menarik diri, dan lagi seorang arab mangkuk ayun yang mendakwa dirinya tak boleh bekerja malam kerana terkena kencing maniseric ditukarkan ke shift malam. (ada kaitan ke kencing manis dengan kerja shift malam). Masa kerja GDC dulu eric tengok orang diabetes elok je kerja shift malam..

Sekarang masa berjaga dan masa tidur eric berubah, selepas solat subuh baru balik rumah tidur sampai waktu zohor. dah jadi keluangman malam berjaga siang tidur. tapi kalau kat kampung yang berjaga malam dan makan ayam seekor ni macam bokbong*. rasanya sepanjang 45hari lah eric transform menjadi bokbong transformers. hentam sajalah labu..

bokbong- ganas ke cute
specifikasi bokbong (mengikut bahasa kelantan)
saiz: sama besar dengan kucing
bergigi taring yang tajam sambil buat muka ganas
pekerjaan: suka makan ayam yang dicuri dari orang kampung, atau buah yang berbiji besar (kopi)
hobi: bergaduh dengan kucing, jogging atas bumbung rumah kampung malam-malam buta sampai tuan rumah terjaga. tidur sepanjang siang.
kegunaan: nama bokbong digunakan untuk takutkan budak-budak kecik
sesetengah orang panggil musang, atau 'muse galo'. bukan fox in english, civet kot.
dulu-dulu, asal balik dari surau je mesti nampak bokbong, sekarang dah tak banyak kot

Eric: paling tak best kerja malam time-time winter.. dekat-dekat subuh suhu under five, naik biru jari amik wuduk kat site. pakai baju 4 lapis, dalam tshirt, kemeja, sweater, winter jacket. I need to get a snow cap, sejuk telinga.

Thursday, December 23, 2010

Jubail Episode XVIII: Hanya kerana sekeping slip Kuning

Sharqiya Chamber
Pagi itu Sejak jam 7 pagi lagi Eric menapak sejauh hampir 2km dari apartmentnya untuk sampai ke Sharqiya Chamber (SC). Apabila tiba di lokasi, yang ada cuma seorang cleaner yang duduk di tepi kaki lima dan seorang arab yang sedang menunggu di dalam sebuah kereta Mercedes.
"When will the office Open?" tanya Eric kepada cleaner
"Yesterday 7:50 already Open but today nobody coming yet"


Sebelum ini Eric pernah pergi ke SC lama untuk urusan lesen memandu bersama Encik J. Tetapi minggu ini SC telah berpindah ke bangunan baru yang lebih besar. dibangunan lama SC memulakan operasi sejak pukul 7:45 pagi.


Tepat Jam 7:55pagi sebuah van berhenti betul-betul dihadapan pintu utama SC, keluarlah seorang pengawal keselamatan sambil membawa kunci dan membuka automatic sliding door. Pak arab yang menunggu untuk urusan di office tersebut mempelawa Eric masuk sebab dia sedar dari 7:30 pagi lagi Eric menunggu depan pintu office tersebut. Lantas menjadi customer pertama yang mengambil nombor giliran. Diikuti pak arab dan beberapa customer lain.

bukti first customer

kelihatan tujuh orang customer menunggu untuk mendapatkan chop untuk urusan kerajaan Saudi tetapi tiada seorang pun kakitangan SC berada di dalam pejabat tersebut. beberapa minit berlalu seorang lagi pak arab yang berusia 30an masuk mengambil nombor giliran dan duduk di kerusi menunggu di hadapan Eric. Jam sudah menunjukkan pukul 8:15 pagi tak seorang pun pekerja SC masuk kerja. Eric tertanya didalam Hati "cuti ke diorang hari ni?"
guard melepak je
kelihatan tiga orang india yang telah mengambil nombor giliran selepas mereka bertanya sesuatu kepada pengawal, kemudian mereka meninggalkan tempat duduk lalu keluar dari pejabat SC. Eric mengeluarkan handsetnya dan tertera misscall dari transporter untuk ke dammam, lalu terus menelefon kembali. Rupa-rupanya transporter yang bernama Mansur sudah pun berada di hadapan SC. Eric keluar bertemu dengan mansur dan meminta untuk menunggu sementara urusan di SC selesai. kemudian kelihatan mansur memasuki SC dan menghampiri Eric


"what is your number?" tanya mansur
"I'm the first one" sambil menunjukkan kertas giliran yang tertera 1001 iaitu giliran yang pertama.
"The staff was not here yet?"
"Not yet, just waiting for them"
"I will go to the petrol station first, then I come back"
"ok"


dua minit kemudian ternampak cleaner cepet-cepat keluar dari pintu utama dan masuk kembali membawa beg bimbit. Fuh siap tolong bawa beg tu untuk staff SC. Tiba-tiba customer arab muda yang duduk dihadapan eric tadi terus duduk di atas kerusi kaunter pertama. kemudian staff SC pun masuk dan duduk menghadap customer tadi sambil menghisap rokok! peh! macam bapak dia punye ofis je!


staff tadi terus proses dua dokumen dan menampal sticker SC diatas dokumen tersebut dan menerima bayaran SR50. Selesai urusan staff tadi, dia menekan butang, tetapi yang tertera kat LED display adalah nombor giliran kedua. seorang lagi customer berurusan di kaunter tersebut. tiba-tiba seorang India berkulit hitam-legam masuk dan mengambil nombor dan berdiri satu meter dari kaunter. Eric berdiri kerana customer yang pertama tadi telah mengambil kesempatan tanpa mengikut giliran. India yang berdiri tadi nampak nombor Eric dan berkata
"Go take the number again"
"cilaka punye paria, banyak la ko punye cantek nak suruh aku tunggu lepas berbelas customer lain" (eric kata dalam hati je)
Eric buat hati kering lalu duduk di kaunter pertama selepas customer kedua selesai Urusannya.
"what is your number" tanya staff tersebut.
Eric menunjukkan nombornya tetapi diam.
"your number have passed, go take another number"


arab tersebut menekan lagi butang, tertera giliran ketiga, eric tetap duduk dan meletakkan satu dokumen diatas meja sambil buat selamba badak. tiada customer untuk giliran ketiga. mungkin itu giliran salah satu dari tiga customer yang keluar awal-awal tadi. staff tersebut menekan lagi butang, pun tiada yang datang, begitu juga dengan giliran kelima. At last dia pun mengambil dokumen Eric menampal sticker SC dan menandatangani dokumen tersebut, sambil menerima bayaran SR25 dari eric. Apabila selesai barulah Eric bangun dan meninggalkan kaunter. terkebil-kebil paria jahanam tu tengok eric, eric buat tak tau je lalu keluar dari pejabat tersebut.


beberapa saat kemudian Mansur pun tiba dengan Nissan Sunny (Kat malaysia Nissan Sentra). Eric memasuki kereta dan berkata.
"Now we can go to Istikdam office in Dammam. You know the place?"
"yes"
Mansur memandu mengikut halaju 120kph kadang-kadang terlebih sikit kerana alarm amaran berbunyi apabila memandu melebihi halaju. eric melihat persekitaran dan melihat awan 'kumulus-nimbus' yang mula memasuki ruang  langit yang membiru sejak semalam sambil berbual mengenai cuaca. dan mansur memberitahu bahawa hujan telah turun di Bahrain dua hari berturut-turut. cuma di Jubail je belum lagi.


apabila tiba di Dammam, mansur sekejap belok kiri, sekejap kanan, belok situ belok sini, lantas menyebabkan Eric lupa dari arah mana kereta masuk ke bandar Dammam. 
"biar betul mamat ni, kemana hala la yang dia nak bawak aku ni" kata Eric lagi didalam hati. 


Di dalam bandar Dammam terdapat banyak lampu isyarat. patutlah transporter lain kata kalau nak ke istikdam pukul 6:30 pagi dah kena bertolak dari Jubail, kerana traffic jam.kalau sampai pukul 10 alamatnya selepas zohor baru boleh siap urusan istikdam.


jam di dashboard kereta sudah menunjukkan pukul 10. sesampai je di istikdam eric menunjukkan segala dokumen kat pakcik arab yang dah agak tua tukang bagi nombor giliran, dan nombor giliran eric ialah 86! selepas mengambil nombor giliran eric pun masuklah ke dewan menunggu, masuk aje ke dewan tersebut eric terasa pelik sebab dalam dewan tu cuma dua customer je yang duduk atas kerusi menunggu dan seorang sedang berurusan di kaunter. oleh kerana eric terasa seperti nak terkucil maka eric masuk le tandas sekejap. nombor giliran di kaunter menunjukkan nombor 85. keluar je daripada tandas belum sempat eric duduk nombor 86 tertera di screen LED. eric pun menyerahkan segala dokumen, degree, passport copy, iqamah dan yang lain2. 


Tak sampai dua minit pak arab kat kaunter pun terus print yellow slip. wlite slip dia simpan yellow slip dia bagi kat Eric. bila eric tengok yellow slip, ler macam ni je ker yellow slip untuk visa. 
"Khalas?" tanya Eric
"khalas.." jawab pak arab kat kaunter
"jazakallah.. ma'assalaamah"
"hayaakallah"


eric pun berlalu dan keluar dari istikdam office. the total process time tak sampai pun 10 minit, tapi orang yang dah pernah pergi ke istikdam office selalu kata kena tunggu lama untuk dapat sehelai yellow slip tu. maybe sebab datang pagi kot.arab selalu rushing untuk urusan government awal-awal pagi siap potong line lagi.



dalam perjalanan pulang, diseparuh jalan dari dammam ke jubail, rintik-rintik hujan membasahi windscreen kereta mansur, inilah hujan pertama selepas musim panas melanda negara padang pasir ini setelah hujan lebat yang menimpa pada bulan mei. (episode awal) kelihatan awan kumulus-nimbus semakin tebal di daerah jubail dari jauh. kadang-kadang nampak je begitu tapi awan tu maybe pergi menghujani padang pasir di belakang Kilang satorp yang jauh dibelakang kawasan perindustrian jubail. 

apabila sampai kembali ke jubail bersama yellow slip tersebut, eric memberi note SR100 kepada transporter sebagai tambang yang telah dipersetujui melalui telefon pada malam sebelumnya. yang tinggal didalam wallet eric pada waktu tersebut cuma beberapa keping note 500 sahaja. (ni bukan malaysia berani le bawak beribu dalam wallet) eric singgah sebentar dirumahnya untuk menunaikan solat zohor sebelum kembali ke tempat kerja, malangnya eric terlupa bahawa dia sendiri telah meninggalkan makanan untuk lunch didalam microwave oven di rumahnya kerana rushing. 

eric menelefon transporter ibrahim untuk menghantarnya ke tempat kerja kerana mansur tidak mempunyai ID yang boleh melepasi checkpoint pemeriksaan keselamatan pertama untuk memasuki kawasan kompleks plant sabic. ketika menunggu ibrahim datang menjemput perut eric sudah mula berkokok minta di isi. lalu eric terus memasuki kedai Kadiwa membeli roti dan menghulur note 500. cashier india lansung tak mau menerima wang tersebut sambil memberi alasan tiada duit baki, padahal eric sendiri nampak beberapa keping note 100, 50, 10, 5 dan 1 tersusun didalam cashier machine tadi. india tadi masih lagi membebel lalu eric berkata dengan selambe.
"bodoh punya keling"
terdiam india tu sambil terkebil-kebil, tak paham bahasa melayu le tu hahaha, kalau india malaysia confirm bertumbuk kat situ hahaha..
Eric cuba menukar wang di kedai berhampiran tapi hampa. apabila ibrahim tiba dengan mazda merahnya, eric terus menaiki keretanya
"why you go to work at this time?"
"I have something to settle this morning." jawab eric ringkas
apabila sampai eric menghulur note 500, dan ibrahim memberi baki SR470, baru la dapat duit kecik.
setibanya di plant masa lunch dah tamat pun, lalu eric terus menuju ke pejabatnya kerana weekly meeting bakal bermula, masuk je pejabat bos keluar
"Ya muhammad, how's about the visa?"
"Already got the yellow slip sir"
"good" kata bosnya sambil memberikan two thumbs up

selepas meeting eric masuk ke biliknya, check e-mail, check SAP system, masuk plant walau masih lapar tapi minum air mineral je lah sampailah masa balik. 

bila dah sampai rumah, still eric terlupa makanan dalam microwave. selepas mandi dan solat maghrib, eric minum susu segar yang tak pernah habis stock dalam peti sejuk. tiba-tiba ada sms masuk daripada encik J. "pyan on the way". petang tadi eric dah plan dgn encik J keluar makan dgn pian. malam tu eric makan capati 3keping (standard serving kedai kat saudi) and that was the only meal for the whole day. nasib baik la bukan hari khamis @ isnin, kalau tak lagi baik puasa.

well thats was all. seems like I lost my track menulis blog sejak kena masuk MTBE shutdown.

Eric: will correct ayat & words later bila free. dan hanya kerana sekeping slip kuning korang kena baca panjang-panjang, sure blog ni yang paling boring.



Monday, December 06, 2010

tok moh

cerita ini adalah rekaan penulis semata-mata, tiada kaitan dengan mereka-mereka yang masih hidup atau telah meninggal dunia, jika ada hanyalah kebetulan sahaja. ceh ye ye je padahal memang takde kaitan hahaha...
begini ceritanya...

Al-kisah, di sebuah kampung tinggal seorang tok bomoh (tokmoh) yang handal tetapi agak pendek akalnya. disebalik kehandalannya dia membela jin dan makhluk halus termasuklah hantu raya dan toyol. Jin adalah sebagai pembantu tok moh, hantu raya pula sebagai pengawal tokmoh, manakala toyol pula merupakan side income untuk tok moh. di antara semua makhluk belaannya toyol lah yang menjadi kesayangan tokmoh kerana apa sahaja kehendaknya pasti dituruti tanpa dibantah sedikit pun. 

pada suatu hari Tokmoh merasa masa ajalnya sudah hampir sampai. lalu dia terfikir kerana amalanya tidaklah banyak mana untuk dibawa ke alam seterusnya. lalu tokmoh membuat kira-kira siapa yang akan menolongnya sebelum ajalnya sampai. tokmoh membuat andaian mengenai jin peliharaannya, pastinya jin akan merasuk penduduk kampung apabila ketiadaannya kelak. bagaimana pula dengan hantu raya? pasti hantu raya akan memasuki badanya dan menguna jasad tok moh untuk kepentingan hantu raya itu sendiri. kalau toyol pula pasti toyol akan lari kedalam hutan mencari darah binatang didalam hutan berhampiran. 

lalu tok moh telah membuat keputusan siapa yang akan menolongnya sebelum dia mati. pada hari pertama tok moh membawa jin peliharaannya bersiar-siar di laut dengan speedboat turbo kepunyaan tok moh, tetapi yang pulang cuma tokmoh sorang sahaja, maka hairanlah sang hantu raya melihat kejadian tersebut lalu bertanya.

"kemana jin pergi tok?"
"entah, aku bawak dia satu tempat yang cantik tapi dia taknak ikut aku balik, dari dulu lagi selalu je jin tu tak dengar cakap aku" kata tokmoh menipu hantu raya
lalu hantu raya berfikir didalam hati (cilakak punye jin nanti aku lak yang kena pikul tugas jin nanti)
tok moh dapat membaca isi hati hantu raya dan tersenyum puas kerana helahnya menjadi.
keesokan harinya tok bomoh mengajak hantu raya keluar bersiar-siar ke pulau tidak berpenghuni. tanpa berfikir panjang hantu raya mengikut sahaja kerana menyangka dia boleh lari dari tugas hariannya, tanpa menyedari bahawa dia bakal di buang oleh tokmoh sama seperti jin sebelumnya. petang itu cuma tokmoh seorang sahaja yang pulang kerumah. 

seperti biasa toyol cuma terkebil-kebil melihat orang tua itu pulang kerumah. malam itu tokmoh berkata kepada toyolnya.
"yol, ajal aku dah hampir sampai, hanya kau sahaja harapan aku untuk aku meminta tolong."
toyol terasa sedih mendengar kata tuannya itu kerana bakal kehilangan tempat bergantung. 
"yol, aku nak kau tolong aku cari jawapan apabila aku ditanya didalam kubur nanti, aku nak kau tulis jawapan tu dan jangan balik selagi kau tak dapat cari jawapan tu. maka keluarlah toyol dari kampung untuk memenuhi kehendak tuannya. semakin hari semakin jauh toyol mencari jawapan namun tak juga dijumpai. tok moh mula keresahan kerana keadaanya sudah nazak tetapi toyol masih belum pulang, tetapi tok moh yakin toyol pasti tidak akan menghampakan harapannya. 

2 hari kemudian tokmoh meninggal dunia dan dikebumikan ditanah perkuburan tidak jauh dari surau berhampiran dengan rumahnya. didalam kubur tokmoh mencari-cari jawapan kalau2 ada yang ditinggalkan oleh toyol semasa upacara pengkebumiannya tadi. 

tidak lama kemudian tokmoh ternampak tulisan yang dicetak pada kain kapan yang membungkus jasadnya. 
"Fuh tak sia-sia aku bela toyol sejak kecik, siap print lagi jawapan atas kain kapan aku"
pada masa yang sama datanglah malaikat untuk menyoal soalan biasa kepada orang yang baru memasuki alam kubur.
"heheh nak soal aku le tu, kata tok moh dalam hati dengan bangga kerana over confident dengan jawapan yang di sediakan oleh toyol belaannya.
tiba-tiba sekuat guruh soalan ditanyakan kepada Tokmoh
"MA ROBBUKA?!!!"
sambil tersengih confident tokmoh menjawab
"MADE IN CHINA!"




Eric: Sesungguhnya yang bakal menjawab soalan di alam barzakh adalah ibadah dan amalan yang baik.


a new blog in the making, coming soon.

Tuesday, November 30, 2010

Husband Store vs Wives Store

A brand new store has just opened in
New York City that sells Husbands.

When women go to choose a husband,
they have to follow the instructions
at the entrance:

"You may visit this store ONLY ONCE!"
There are 6 floors and the value of
the products increase as you ascend
the flights. You may choose any item
from a particular floor, or may choose
to go up to the next floor, but you
CANNOT go back down except to exit the
building! So, a woman goes to the
Husband Store to find a husband.

On the 1st floor the sign on the door
reads:
Floor 1 - These men have jobs. The 2nd
floor sign reads:
Floor 2 - These men Have Jobs and Love
Kids.
The 3rd floor sign reads:
Floor 3 - These men Have Jobs, Love
Kids and are extremely good looking.
"Wow," she thinks, but feels compelled
to keep going.

She goes to the 4th floor and the
sign reads:
Floor 4 - These men Have Jobs, Love
Kids, are Drop-dead Good Looking and
Help with Housework.
"Oh, mercy me!" she exclaims, "I can
hardly stand it!"

Still, she goes to the 5th floor and
sign reads:
Floor 5 - These men Have Jobs, Love
Kids, are Drop-dead Gorgeous, help
with Housework and Have A Strong
Romantic Streak.
She is so tempted to stay, but she
goes to the 6th floor and the sign
reads:

Floor 6 - You are visitor 31,456,012
to this floor. There are no men on
this floor. This floor exists solely
as proof that women are impossible to
please. Thank you for shopping at the
Husband Store.

To avoid gender bias charges, the
store's owner opens a New Wives store
just across the street.

The 1st floor has wives that love sex.
The 2nd floor has wives that love sex
and have money.
The 3rd through 6th floors have never
been visited. 

Friday, November 12, 2010

Pulang ke tanah air

King Fahd International Airport - Dammam
Today, I'm back in KL after 2 months since back there after eid-fitri Vacation. sleepless flight and flight delay due to weather condition in Colombo. and also flight course diversion to get away from Mt. Merapi Indonesia volcanic dust.





Gate 25







Getting in "rich with cloud region




























anak-anak awan
Pembentukan awan Kumulus-Nimbus yang akhirnya menghujankan KLIA
In KLIA the aerotrain was under-maintenance so have to take a bus in Gate 5-Satellite A. At Imigration passport I just wait for 2 minutes. pak-pak arab yang nak masuk malaysia kat imigration kena beratur panjang giler, lebih panjang dari Saudi, padan muka korang, buat kat orang di Saudi sekali kena balik kat korang kat sini wakakaka....

Later I get my supersize bag at baggage claim and take the ERL. sesampai KL around 3:50 terus mencekik satay kat satay samuri taman melati with my wife hehehe, lama tak makan satay beb...

Wednesday, November 10, 2010

Petua Tercekik Tulang - 18SL

Aku datang dari keluarga yg besar....16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku,
apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"tak baik lutut tinggi pada makanan.."

" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen.....aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua-dua tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. 
H
utang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke
inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke copper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja....bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai
perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara-suara yang sound:

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok-elok habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3
kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka, Jadi aku ubah topik dengan bertanya :

Tahu kah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan... (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku....

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer....Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi...

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..

Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.


PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!

(supermanpun akan jadi mayat!)





Kisah Cinta Kopi Masin


Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.
Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.
Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.
Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.
Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!
Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,
"Berikan saya kopi masin!"
Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.
Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.
Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.
Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.
Setelah peristiwa terseburt, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.
Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.
Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.
"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.
Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."
Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Eric: pada firasat ahlil nujum, doktor tu mati sebab darah tinggi... terlebih hirup garam hari-hari, tak gitu?

source: I Luv Islam

Saturday, November 06, 2010

Jubail Episode XVII

TEET! TEET! telefon berbunyi. Eric masih lagi tidak membuka mata, di tekannya butang snooze lalu  meletakkan handset hitam dibawah salah satu bantal sambil menarik selimut sampai ke muka. mata masih terpejam rapat, kesejukan pagi ditambah pula dengan penghawa dingin membuat dia lebih malas untuk bangun. Enam minit berlalu alarm Eric kembali berbunyi, maka perkara yang samalah yang eric lakukan pada handsetnya, kali ini dipeluk pula bantalnya sambil mengiring ke kiri. selang beberapa minit, TV didepan katil eric mula berbunyi kerana timer tv yang telah di set 'automatic switch on' oleh eric sebelum dia tidur semalam, dengan malasnya eric membuka sebelah mata lalu mencapai satellite remote dan menukar ke rancangan ke MTV-Arabia. sekali lagi eric sambung tidur sambil didendangkan lagu english dan arab.  

Selang beberapa minit kemudian telefon eric berdering, lalu terpaksalah eric melihat screen handset dan tertera "whats the story morning glory?" bila terbaca text tersebut barulah Central Processing Unit (CPU) dalam kepala Eric mula "running". difikirnya apa yang dia termimpi semalam, lansung eric terlupa apa yang dimimpikan, tapi teringat mimpinya minggu lepas kerana buat pertama kalinya Maya karin hadir didalam mimpinya dan terbayang senyuman maya karin macam filem duyung yang pernah ditonton. ini lah akibatnya kalau hari sebelumnya terbaca berita hiburan online tentang maya karin. sebenarnya text message yang tertera di handphone adalah apa yang di set sendiri oleh eric sebagai benteng terakhir untuk bangun pagi, untuk mengelakkan terlepas subuh. jika benteng terakhir tumpas, maka terpaksalah eric solat 'subuh gajah' atau lebih teruk mungkin eric terpaksa 'subuh dinasour'. begitulah rutin eric pada hujung minggu di saudi.

Suhu persekitaran di saudi sudah mula turun, suhu siang hari paling panas cuma 29 celcius, dan suhu awal malam cuma 24-27 celcius,  suhu persekitaran bertambah sejuk pada waktu subuh. persekitaran yang mula berubah dingin bermula pada minggu lepas, apabila buat pertama kalinya melihat kabus tebal di kawasan persekitaran dan lebih jelas apabila melihat kabus di kawasan padang pasir yang terbentang luas. apa yang ketara berubah adalah kelembapan persekitaran atau 'humidity' berubah menjadi lebih kering daripada biasa. Angin dingin yang bertiup dengan lebih kerap menambah kedinginan udara persekitaran, kadang kala apabila berdiri menunggu rakan diluar rumah meremang bulu roma seluruh badan. nampaknya seminggu dua lagi, kenalah pakai jacket.

bila musim dah berubah, kebanyakan orang arab ni suka ber'picnic' kat padang pasir pada malam hari. agak pelik juga bila melihat orang berpicnic malam-malam buta, kat tengah padang pasir lak tu. tapi perkara yang paling penting untuk picnic macam tu kena ada karpet dan kopi arab. ada juga yang siap pasang khemah dan unggun api. tapi untuk berpicnic cara arab di tengah padang pasir kena la ada 4X4. kalau 2 wheel drive je alamat jenuh la menolak kereta yang tayarnya terkandas dalam pasir. sebab tu ramai arab pakai 'sport Utility Vehicle' (SUV).

cheezy macaroni alter sediri
waktu malam dan siang pun nampaknya dah mula seimbang iaitu 12jam malam 12 jam siang. yang mana sebelum ini, waktu siang lebih panjang dari malam. waktu subuh mula menghampiri ke pukul 5 pagi dan waktu maghrib menjadi lebih cepat, yang mana sebelum pukul 5 petang dah masuk waktu maghrib. asal balik keje je dah malam, asal nak malam je baru balik keje. Tu yang jadi malas nak masak asyik-asyik makan kat kedai je. kena lak lampu dapur apartment tak menyala, lagi la malas nak masak. (alasan..)

sesetengah rakan arab memberitahu bahawa musim hujan akan bermula. cuma yang peliknya awan masih belum kelihatan walau satu pun. macamana nak hujan kalau tiada awan? pokok-pokok dan rumput-rumput di persekitaran dilihat lebih hijau daripada biasa. tiada musim luruh rupanya. bercakap mengenai pokok, pokok-pokok didalam ofis yang hampir mati dalam episode lepas mula hidup kembali kerana Eric mula menyiram air setiap 3 hari. pokok yang beberapa minggu lepas kering kontang mulai diganti dengan pucuk baru, pada mulanya sehelai daun, sekarang dah tumbuh 4 helai daun. it is the sign of life, nasib baik ada orang yang berperike'pokok'an..

kebelakangan ni banyak urusan yang nak di selesaikan. nak kena buka account bank supaya takyah nak bersusah payah untuk ambik gaji setiap kali hari payday. ye la kadang-kadang bagi cash mau tak gabra, dalam poket ada berpuluh keping note 500 setiap kali hari gaji. urusan untuk membuka akaun baru di bank adalah perkara yang agak rumit, ianya mengambil masa yang agak lama terutamanya di bank-bank di dalam kawasan bandar. yang ni kena describe dalam blog lain kot. 

satu lagi urusan ialah urusan settlekan driving license. Di saudi orang Malaysia, Europe dan US hanya cuma perlu convertkan sahaja lesen memandu malaysia ke lesen saudi. cuma perlu ada arabic translation lesen malaysia, eye test, surat with letterhead of sponsor company, copy of license, copy of Iqama, payment slip SR400,  chop from chamber of commerce dan chop polis. hantar semua document pada 'jpj' saudi di dammam. di kaunter, submit semua document, lesen malaysia di check, dua tiga minit kemudian dapat la lesen memandu Saudi yang valid for 10 years! apa yang perlu sekarang cuma kereta je!
Al-Fana

selain sibuk dengan urusan rasmi, kebelakangan ni juga banyak keluar makan-makan dan minum dengan geng-geng saudi dengan Pyan, encik J (dulu dikenali sebagai encik F tapi dia mintak tukar jadi J)  dan juga 'abang angkat' pyan. asal pukul 7 je keluar dinner, asal dinner je keluar pukul 7.  ye la isya' masuk pukul 6:30 petang. tempat yang selalu keluar minum malam-malam adalah di kedai al-fanar (kedai kopi ala-ala starbuck) dan boleh dikatakan hampir semua stesen minyak sepanjang highway terdapat cawangan al-fanar. malangnya penulis tak minum kopi jadi terpaksalah order teh hijau atau ice blended atau orange juice. kalau minum kopi alamat susah la nak tidur setiap malam. even kalau minum teh tarik berhampiran dengan fish market pun memang tak bleh tidur, bukan sahaja penulis terkena, encik J pun terkena sekali. 

Encik J & Pyan (penulis takde gambar 'low profile trademark'')
'lautan' kereta lelong
selain keluar malam-malam weekdays untuk dinner, weekend juga tidak ketinggalan untuk keluar ke dahran, al-khobar atau dammam. dan kebiasaannya naik H3. baru semalam keluar ke dammam untuk survey harga kereta. tempatnya dinamakan car zouk? lain macam je bunyi tempat ni. di sini beratus-ratus kenderaan di tinggalkan di kawasan lapang ditepi Highway Dammam - Riyadh. diatas dashboard kereta diletakkan nombor telefon dan sesiapa yang berminat boleh menelefon nombor tersebut. kereta-kereta yang dilelong disini seperti melelong ikan dipasar. selepas waktu asar ramai orang mula memenuhi kawasan ini untuk menjual dan membeli kereta.

brand new anyone?
kami tiba di lokasi kira2 pukul 2 petang.  ini adalah tempat jualan kereta terbesar dikawasan timur saudi. beribu kereta second hand dan re-con dari US dijual dikawasan ini. 'gelap mata' bila melihat terlalu banyak pilihan. cuma untuk membeli kereta second hand perlulah menyediakan cash secukupnya, kerana hanya cash full price sahaja yang diterima. tiga daripada kami berempat datang survey kereta di sini mempunyai plan untuk membeli kereta termasuk driver H3 yang mahu membeli kereta kedua! fuh! banyak betul duit, siap nak beli kereta kedua untuk dipakai di saudi!  ketiga-tiga orang dah plan nak beli kereta selepas aidil adha kerana semuanya akan pulang ke Malaysia bercuti minggu depan sempena cuti aidiladha selama seminggu.

Ford Mustang GT 2010.. Ada brani?

to be continued..

note: episode terlewat skit, tiap-tiap malam penulis keluar dinner with the gang bila balik 'bateri' dah abis directly tertido. walaupun masih di Saudi tapi fikiran dah berada di Malaysia 5hari lagi nak balik!



Wednesday, November 03, 2010

Al-kisah: Cerita Katak Kecil

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,...
...berlumba lari
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama  mengelilingi menara untuk menyaksikan  perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...
Perlumbaan dimulai...
Secara jujur:
Tak satupun penonton benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
"Oh, jalannya terlalu sukar!!
Mereka  TIDAK AKAN sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berhasil...Menaranya terlalu tinggi...!!
Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
..... Kecuali mereka  yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak
"Terlalu sukar!!! Tak seorangpun akan berjaya!"
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah...
.....Tapi ada  SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali  satu katak kecil yang telah berusaha keras  menjadi  satu-satunya katak yang mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

Morale of the story:
Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
  ...kerana mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu:
Tetaplah selalu....
POSITIVE!
Dan yang terpenting:
Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak akan mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I CAN DO IT!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages