nuffnang

nuffnang LR

Thursday, December 08, 2011

memori zaman kecik: Panjat Pokok

Beberapa minggu lepas aku tertengok satu gambar kat facebook, gambar ular besar macam anaconda atas  pokok kelapa. seriau gak tengok gambar ular tu dan teringat cerita zaman kecik-kecik dulu. 
gambar ni hanyalah satu hoax
Selalunya kalau cikgu suruh buat karangan mengenai hobi, memang ramai yang terbiasa dengan mengumpul setem. tapi hobi aku lain, hobi aku memanjat pokok dan apa-apa tempat tinggi yang boleh dipanjat. tapi bila cikgu suruh tulis karangan pasal hobi, aku tetap tulis hobi mengumpul setem, walau itu cuma part time hobby. takkan la nak tulis hobi memanjat pokok, nanti habis cikgu bantai gelak, lagi tak rela kalau disuruh baca dalam kelas. mau riuh satu kelas gelak. lagipun bila sama hobi senang la nak curi idea member, zaman tu manalah ada playstation atau internet, tak macam budak-budak zaman sekarang.

Aku rasa hobi ni akibat terpengaruh dengan cerita-cerita ninja bersiri yang dialih bahasa dari jepun dan tidak kurang juga pengaruh daripada spiderman. cakap je pokok apa semua aku boleh panjat, termasuklah pokok kelapa. tapi ada juga pokok yang aku tak berani panjat, contohnya pokok pinang, pokok salak (palma duri berbisa, orang gile pun tak berani rapat tengok duri pokok ni), pokok durian (tunggu buah jatuh je), pokok bunga, pokok pisang (haha) dan pokok-pokok yang orang lain tak panjat. 

keliling rumah aku, zaman tu ada macam-macam pokok kayu, langsat, duku, rambutan, llimau bali, limau manis, nangka, cempedak, jambu batu, jambu air, bermacam pokok mangga, dan banyak lagi pokok hatta pokok avocado pun ada (dari umur aku 10 tahun sampai sekarang pokok avocado ni tak pernah berbuah!). pokok yang bergetah macam cempedak dan nangka aku tak panjat sebab pokok ni cuma berbuah kat bawah je lagipun banyak getah melekat-lekat.

pokok yang selalu aku panjat ialah, pokok rambutan depan rumah(dah takde), pokok langsat belakang rumah, pokok kelapa (dah takde). pokok rambutan depan rumah tu boleh kata hari-hari aku panjat walaupun bukan musim rambutan, tapi aku tak panjat pokok jambu batu yang cuma 5 meter dari pokok tu sebab banyak kerengga. pokok langsat belakang rumah lak, selalu aku panjat bila musim langsat atau operasi menyelamatkan kucing yang takut nak turun dari bumbung rumah. pokok langsat ni sangat dekat dengan rumah sebab tu jadi 'main entrance' untuk aku naik ke atas bumbung rumah dan menyelamatkan kucing yang berani panjat keatas bumbung tapi takut nak turun balik.


begitu jugalah dengan pokok kelapa depan rumah, aku biasanya panjat setiap petang jumaat (kelantan cuti jumaat) untuk petik kelapa muda, buat apa lagi kalau bukan untuk air kelapa muda. pokok kelapa adalah antara pokok yang agak susah untuk dipanjat. kelapa tiada dahan macam pokok lain, kena panjat hingga sampai ke pelepah, baru boleh berpaut pada pelepah muda. ia memerlukan kekuatan kedua belah kaki dan tangan. 


nak panjat pokok kelapa memang susah, nak turun pun boleh tahan gak susah, tersilap langkah boleh free fall ke bawah! ada orang yang boleh panjat tapi tak reti nak turun, kalau dah terlampau tinggi tak boleh turun takkan nak minta tolong bomba hulur tangga! mau riuh sekampung. tapi aku tak pernah lak terjatuh ketika panjat pokok kelapa. memanjat pokok kelapa ada bahayanya kerana banyak serangga berbisa suka bersarang termasuklah lipan. semut juga banyak bersarang diatas pokok kelapa. 


jom main polis sentri!
pada suatu petang jumaat seperti biasa aku nak panjat pokok kelapa depan rumah, hajat tersekat kerana ayah eric memberitahu beliau ternampak seekor ular hitam melilit naik ke atas pokok kelapa tersebut. kalau ular hitam kat area tu tidak lain tidak bukan pastinya ular tedung. dan species ular tedung kat kampung tu semuanya ular-ular gangster, pantang nampak orang mesti nak kejar. eric sendiri pun dah beberapa kali kena kejar ular jenis ni. entah urat otak manalah yang putus yang membuatkan ular-ular itu sewel mengejar siapa sahaja orang yang dijumpainya. sepatutnya ular yang lari masuk semak! tapi terbalik, bila nampak ular semua berlari tak cukup tanah. dah la tu siap anak-anak ular pun mewarisi tebiat cari pasal dari mak dan bapak ular tu. Dan diakhir cerita, biasanya ular tedung yang mengejar ni confirm mati kena ketuk atau kena cantas dengan parang panjang. bila dah arwah barulah budak-budak kampung 'menziarahi' bangkai ular yang baru menghembuskan nafas terakhir.. hehehe


Sejak hari itu aku dah tak panjat pokok kelapa lagi. dan terus meninggalkan 'hobi' ni bila dah masuk asrama. kalau nak minum air kelapa kena upah pak mat yang memelihara beruk yang telah di latih untuk memetik kelapa atau membeli kelapa muda yang dijual ditepi jalan.


apa yang best sangat bila panjat pokok? apa yang aku suka, boleh nampak aerial view dari altitude yang agak tinggi. merasa tiupan angin yang segar walaupun pokok yang dipanjat terasa berayun. the best place to spent your time alone. dan banyak kelakuan aneh orang lain yang lalu lalang dan menyangka tiada siapa melihat mereka sedangkan kita berada lebih dari 7meter diatas pokok hehehe... boleh me'rasmi'kan buah-buahan dari atas pokok.  the best thing is, i like the scene of the village from above, maybe tu antara sebab antara banyak cita-cita, aku nak jadi pilot. 


PS: zaman tu jarang jumpa budak kampung yang tak pandai panjat pokok, kecuali pokok kelapa. tapi kalau pokok kelapa yang tingginya above 10meter, aku pun tak berani dowh, kena tiup angin kuat berayun lain macam!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages