Sebelum ni aku post blog menggatal kahwin dengan perempuan arab. Berikutan post tersebut ada lak seseorang yang malu nak letak nama (anonymous) bagi soalan "cam ne plak kalau nak kahwin lelaki arab??? susah gak nak jawab soalan ni sebab aku tak pernah lak selidik macamana nak kawin dengan lelaki arab sebab memang aku tak interested. tapi bagi memenuhi kehendak 'cik anon'(singkatan bagi anonymous, tu la orang suh letak nick name, awat ketegak** tak letak?) yang bertanya, tapi sebelum itu aku rasa aku perlu menyelami sedalam-dalamnya hati para wanita dulu... jap!
(menyelam dan mengahayati kejap..)
...
...
...
ok setelah di selami
"hmmm agak sukar untuk diterangkan..."
Apesal la banyak lelaki-lelaki dalam dunia ni arab jugak yang ko pilih cik anon? adakah kerana tergoda dengan kehenseman cucu Raja Faisal seperti gambar di bawah? oleh kerana tadi aku baru menyelam bila aku tengok gambar ni dalam hati aku berkata "peh! memang ensem" (hoi! jangan salah anggap, I'm straight ok!)
Top 5 most handsome man cucu Raja Faisal (Saudi) |
So camne nak kawen? Mula-mula pandai-pandai la pikat dengan teknik sendiri, bab pikat lelaki please don't ask me ok? lagi-lagi kalau nak pikat lelaki arab yang lebih kurang ketegak! bila dah dapat lelaki arab yang di idam-idamkan macam ni prosesnya:
merisik dan meminang
pihak lelaki akan bertandang di rumah pengantin perempuan, datang tengok sendiri rupa paras bakal isteri yang ingin dinikahi. rupa paras yang sedap dipandang mata, menyejukkan hati bakal suami. melihat ini adalah sunah (rujuk note1 kat bawah). dan yang penting awek yang dirisik bukanlah tunangan orang.
jika bakal suami berkenan maka cincin disarungkan sebagai tanda pertunangan. mahar perkahwinan ditentukan. standard minimum price ialah SAR 50K and above. Tapi ingat Rasulullah mengingatkan bahawa perkahwinan yang paling berkat adalah yang rendah nilai maharnya walaupun dengan sebentuk cincin besi. (bukan macam nak jual anak). tapi arab duit banyak, setakat 50K tu kacang butir je, sebab tu ramai letak 100K and above!oh!
Ijab/kabul
Bila dah cukup segala syarat setelah ijab kabul, maka pasangan pun sah menjadi suami isteri (lebih kurang je macam orang kita akad nikah)
Hari meraikan perkahwinan
selepas 'mencekik' nasi kabsah bersama lauk unta dan lauk kambing, pengantin tak pun meraikan bersama saudara mara tapi yang meraikan ialah seperti berikut:
saudara mara lelaki: termasuk bapa dan bapa mertua menari meloncat-loncat dengan pedang diikuti dengan paluan gendang. kalau ayah cik anon ni melayu ada lak keris 15 luk* boleh la ikut sama melompat-lompat, gerenti pak arab yang tengah meloncat tu terkesima tengok 'pedang' ayah yang berlekuk 15 tu.
saudara-mara perempuan: termasuk mak dan mak mertua bergossip dalam dewan khas untuk kaum wanita sambil memperagakan pakaian berwarna-warni yang dipakai didalam abaya masing-masing.
pengantin: dok diam-diam dalam bilik, pandai-pandai sendiri la ye! memang takde bersanding-sanding. kat Saudi, Haram! (ni kalau pompuan yang gedik melayuwiyah mesti cakap "eee tak suke, tak suke") hehehe...
padan muka! gatai sangat nak kawen dengan arab!
kehidupan berumah tangga saudi
isteri tak boleh keluar rumah suka-suki kena minta kebenaran suami kebanyakan masa terperuk kat rumah. isteri tak boleh drive kereta lansung. tak boleh pergi kerja, kalau keluar jalan-jalan cuma boleh nampak mata je macam ninja. kalau makan kat tempat awam kena selak purdah setiap kali suapan (leceh). Ni kat KLCC pun korang boleh tengok sendiri.(hanya jika suami saudi yang tak mengamalkan prinsip liberal, liberal? jangan harap!)
eric: amacam? best?
awek gedik: "Eeee, tak suka, tak suka!"
eric: haaa amik nak sangat kawen arab, hahaha
ok then the best part what happen after that? yang ni panjang sket, jadi bersambung in Menggatal kahwin lelaki arab part II! tunggu...
Note1:
Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada rasulullah). "Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan"
click to read (part II)
click to read (part II)
ketegak** = degil dalam loghat utara
*luk: bilangan lekuk pada sebilah keris
salam...owh pak arab...sgt x suke okes...byk negatif dr positif ( based from my environtment )...bukan ckp 0 k...
ReplyDelete