nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, August 08, 2012

Sketsa Bergambar: Bila Tiba Bulan Puasa

Bila tiba bulan puasa macam-macam ragam yang boleh kita lihat. Yang tak puasa dengan helahnya dan yang puasa lak dengan macam-macam yang tak biasa berlaku di bulan lain. antaranya...


paling malas bila nak bangun sahur. belum lagi buka mata dah tanya lauk apa untuk bersahur... kalau lauk tak best, confem sambung tidur...

"alaaa nak kena bangun sahur gak ke? 
ada lauk ayam goreng tak?"

Nak buat apapun mesti lemah semacam je, walaupun baru beberapa jam berpuasa.
"walau aku tak larat nak lompat, 
kabinet ini tetap akan ku daki"
bila lunch hour, mulalah nak cari port tersorok untuk tidur dalam ofis termasuklah bawah meja sendiri...
"line clear?"

"Oh... nikmatnya tidoq"






Bila buka tv pun banyak rancangan pula ditayangkan rancangan masak-memasak menambahkan lagi godaan berpuasa.
"oh ayam percik... oh ikan bakaq..
comelnya pengacara nih, opsss aku puasa..."
kalau yang masih kecil, masuk waktu zohor dah tanya mak nak Puasa separuh hari je atau sambil mandi telan air...
"sebelum sesiapa nampak baik aku minum dulu,
sapa la tertinggal coffee bean nih"
Bermacam-macam godaan yang datang yang cuba menggoyahkan iman dari segi pandangan dan juga makanan..
"mentang-mentanglah aku puasa berani ko pijak kepala aku,
Oh tuhanku, Kau kuatkanlah iman ku, amin.."
tapi kalau iman tak cukup kuat dan mula menipis...
"Allahummalakasumtu wa bika amantu wa 'ala RIZKI ka..


di Klinik doktor kena ready dengan stok ubat-ubat gastrik kerana ramai yang mengaku sakit perut atau diserang gastrik...
"pagi pertama dah 19 orang patient mengadu sakit perut, 
pada firasat ahlil nujum..  tuan hamba adalah yang ke 20 kan?"

kebanyakan aktiviti harian di penuhi dengan aktiviti membuta dari pagi sampai petang kononnya tidur sunat, kalau sejam sebelum zohor boleh la terima, tapi kalau tidur hingga waktu berbuka, apa cerita..
"zzz, tidur sunat berjemaah... 
kami cuma ikut imam muda kat atas mimbar tu"
adegan yang tak ingin kita lihat pula kaki tak puasa akan cari port 'line clear' dan rakan untuk 'cover line'
"WOii bobo cepat sikit! pegawai JAIS kat bawah"
"Gua tak kira lu abang long ka, ayahanda ka

Ahmad Jais ka, Ini tempat gua pegang!"
Bila pergi bazar ramadhan semua benda nak beli ikut nafsu yang akhirnya menjadi 'bazir' ramadhan...
"apa la tuan aku ni.. ada ke bagi aku popcorn? 
bagi la friskies, baru la kenyang.."
kurang aktiviti riadah atau sukan tak kira samada pagi atau petang..
"aik! selamba je si bobo main bola! 
puasa ke tak puasa mamat tu?"

ramai yang ambil peluang untuk mengurangkan berat dan lemak tetapi bila hari raya semua makanan nak di baham.
"eh! 325 gram je? biar betik!"

tapi apa yang penting jangan lupa niat puasa!
"Huk aloh, Terlupa niat posa!! huhuhu.."
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa!   :)
(HOME)

Saturday, August 04, 2012

Berundur Bukan Bererti Mengalah

kepada yang dah baca entry (Semangat Yang Hilang) dalam paragraph yang last tu eric ada kata never give up rite? tapi makin lama digging deeper into the rabbit hole dalam bidang lain, kerja menjadi semakin complicated dan eric tidak lagi berdaya nak meliatkan nyawa dalam bidang yang asing ini. sebelum confirm lebih baik blah before its too late or reach the point of no return!

Bukan berputus asa, solat istikharah dan berbincang dengan sibling, parent and spouse, nampaknya menunjuk kearah untuk tidak meneruskan usaha atau dalam kata lain resign je. setelah berbincang dengan bos rupa-rupanya memang tak ada pun kerja dalam plant melainkan semasa projek berjalan. dan tempoh projek tidaklah lama mana pun. seperti yang di ceritakan paling lama pun sebulan setengah dan selebihnya depan desktop. dan dari perbincangan ni juga diorang realize, eric bukan in the same background malah eric juga realize mereka kata kerja at site semasa interview adalah kerana terlalu terdesak memerlukan engineer. 

walau bagaimanapun rupa-rupanya mereka tidak menghentikan taktik keji seperti ini kepada orang lain. dan eric dapat tahu salah seorang daripada rakan eric juga hampir-hampir dikenakan dengan taktik keji yang sama. nasib baiklah rakan dari saudi ni tanya eric dulu, kalau tak mungkin dia yang bakal menggantikan eric. menggantikan eric? ya, eric dah pun meletakkan notice of resignation pada masa itu. memang haram jadah gak lah taktik penipuan keji mamat australian ni bila desperate memerlukan engineer.
Leader pula berkata dia akan betul-betul cuba untuk menolong eric, tapi rupa-rupanya hanya berkata demikian bila depan bos je la. bila tak jumpa document yang di cari untuk 7 equipment jawapan yang eric dapat "cari sendiri". kalau ikutkan hati eric yang tengah 'panas' masa tu, ada kemungkinan besar  muka si lahanat tu berbekas dengan tapak kasut 'timberland' yang eric pakai hari tu. tapi entah mengapa eric dapat menahan kesabarannya dengan si talam dua muka tu. however, pada firasat eric, mamat leader ni amat menggeruni eric kerana eric boleh nampak 'fear' dari pandangan matanya. nak tegur pun tak berani... kenapa? eric pun tak tau dan memang bagus la macam tu hahahaha... 

bukan perkara diatas sahaja yang menguatkan sebab eric untuk berhenti, ada satu sebab paling utama yang eric lansung tidak akan berkompromi. iaitu dalam hal solat. sanggupkah korang meniggalkan solat hanya kerana perkara dunia seperti kerja? ramai diantara kita yang melewat-lewatkan solat hanya kerana kerja. bagi eric yang pernah bekerja di saudi, solat mesti didirikan apabila sebaik sahaja masuk waktunya kerana sudah biasa begitu selama dua tahun disana. dan al-kafiruun tidak akan ambil kisah samada korang solat atau tidak.

apa yang paling membuat eric paling hangin adalah bila soal solat mula dipersoal. berlaku pada satu hari jumaat ketika eric sedang berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan solat asar selepas mendengar azan, dan pada ketika itu eric berselisih dengan bosnya dan ketika berselisih itulah bosnya bertanya bukan dah pergi friday prayer ke tadi? (kalau korang dengar the tone, eric rasa korang pun boleh hangin satu badan) dan apa yang eric kata dalam hatinya "kau sapa nak persoalkan hal solat aku? jahanam punya kafir laknat!" tetapi eric hanya mengangguk dan meneruskan perjalanan ke masjid walaupun hatinya sedang terbakar 

enough is enough and that is the main point untuk eric berhenti. few days later, eric menghantar notice of resignation. hasilnya, pandai-pandai le diorang bila mengadap client nanti. dan beberapa hari lepas sekali lagi eric di phone interview oleh new company, nak accept ke tak, tunggu dapat jobscope dulu, belajar dari kesilapan...

kalau tiang agama dipersoalkan baik blah je.. tiada perkara yang lebih penting dari seruan ilahi.

Thursday, August 02, 2012

Kuih Tempatan Dan Titlenya


kuih-kuih berikut selalu dijumpai di pasar-pasar ramadhan dan sesetengahnya digunakan sebagai kuih ketika hari raya. tetapi nama-nama kuih yang pelik adalah seperti berikut termasuk dengan gelarannya.
Kuih Lompat Tikam

Kuih paling gangster:            Kuih lompat tikam
Kuih paling sexy:                  Kuih puteri mandi
Kuih paling jijik:                   Kuih taik itik
Kuih bajet cute:                   Kuih cek mek molek
Kuih yang awet muda:           Kuih seri muka
Kuih paling alim:                  Kuih ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik:    batang buruk
Kuih suka pukul:                  Kuih lompang
Kuih dalam zoo:                   badak berendam
Kuih yang bangun sendiri:      Kuih bangkit
Kuih orang tak mandi:           Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram:            Kuih makmur
Kuih paling lembap:              Kuih siput
Kuih paling Munafik:              Kuih talam dua muka
Kuih Taik itik
PS: eric tak makan kuih taik itik kerana nama nya hehehe, sebenarnya taik itik dibuat daripada telur putih lebih yang mana telur kuning digunakan untuk membuat kuih jalur emas dan kuih buah tanjung (terkenal di kelantan). selain dari taik itik, putih telur yang sama juga digunakan untuk membuat kuih akok... craving for akok bulan-bulan puasa nih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages