nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, July 04, 2012

Semangat Yang Hilang


hye! hari ni eric cuma gamble je masuk entry baru. dah hampir 5 hari nampaknya menghadapi masalah tenknikal dengan internet connection, entah apa yang tak kena, serba tak kena. kejap ada, kejap takde.  semalam dah post satu tapi rupanya tak keluar pun dan hilang begitu sahaja. nak remake balik memang tak dapat beb. tak pernah buat draft melainkan spontan je.ni la akibatnya bila tak buat backup. 

bila tengok tajuk... lain macam je.. semangat yang hilang... apa sudah jadi? keadaan ibarat menggali kubur untuk menguburkan career sendiri sebagai engineer. semakin hari semakin dalam... eric buntu untuk menyelesaikan masalah macam ni, solat istikharah pun belum dapat apa-apa petunjuk selama beberapa hari. dijanjikan dengan kerja site tetapi end up in the office. tuhan aje yang tau betapa blanknya bila selepas hampir sedekad bekerja dalam plant environment dan tiba-tiba menjadi desktop engineer dalam sekelip mata.

walaupun bidang yang sama dalam mekanikal, antara bekerja di kawasan loji ibarat bekerja di alam realiti, semuanya boleh dilihat secara fizikal. manakala bila bekerja didalam pejabat ibarat bekerja di alam imaginasi. semua machine hanya dapat dibayangkan melalui engineering drawing dan piping diagram. dari menjadi client bertukar menjadi sebaliknya. semuanya jauh berbeza...

opss broadband berkelip balik.. insyaallah sambung esok in same entry.. sorry
(masalah blogger ke apa ni? facebook ok lak.. eeee...)



----continue



at last dapat pakai semula internet. tak tahulah berapa lama. rasanya bila dah terlalu banyak membuat engineering statement dan technical data, nampaknya bahasa dalam blog pun terikut sama macam nak menuju kearah bahasa teknikal. memang terasa entry kali ni agak pelik. 




pagi-pagi masuk pukul 7 masih ok lagi, tapi bila dah pukul 9 hampir 2 jam mengadap screen desktop mata mula berat seperti berkampit-kampit beras yang melekat di kelopak mata. jari jemari masih menari-nari menaip technical description. bila buka mata balik, oh hapemende yang dah aku taip siap ada symbol #$@ masuk dalam ayat! (oh!). bak lagu Nico, mengapa kamu, mengapa jadi begitu? inilah nasib ku!


even eric baru masuk, setakat ni dah 4 orang staff dah berhenti, empat orang resign enam orang lagi masuk. puak bawang lagi, macam takde rakyat lain yang nak amik keje! huh! nak kata eric ni racist? no i am not, tapi eric hanya akan racist dengan orang yang racist. in this organization memang banyak racism occured, banyak bangsa, banyak kroni tapi bukan workplace politics. mungkin orang arab kuat racist dalam puak-puak mereka tapi di brunei? dua kali lima, yang melayu dengan melayu, yang cina dengan cina. tengok la sapa bos. ini benda yang paling tak best in work organization. 


dulu eric pernah terkena masa kat saudi, dalam area tu cuma eric seorang sahaja rakyat lain, setiap kali bos bagi instruction eric terus call contractor untuk settlekan problem. dan bila arab yang lagi sorang call contractor, contractor dah dalam proses nak settlekan kerana eric dah bagitau dulu. dah tu mula tak puas hati, terasa macam eric nak mengambil alih tempat dia padahal maintenance plant tu under eric's instruction. masing masing jaga tempat sendiri la, eric jaga plant eric, biar dia jaga plant dia sendiri, apsal nak dengki? pastu mula buat cerita sampai ke management. eric gak yang kena.. sebab eric buat keje lagi cepat dari biasa! pathetic!


dan skang orang lain yang blah eric lak yang kena ganti. apa yang bestnya kalau eric blah, 2 company boleh gulung tikar kena penalty. tengoklah cemana, dapat offer lain blah je, buat apa tunggu, janji kerja lain, bagi kerja lain, bila dapat kerja memang bersemangat, tapi bila jobscope yang di janjikan berubah, semangat mula hilang. yang menjadi dilemma, kalau nak temporary takkan nak beli kereta? memang kereta murah tapi kalau nak blah awal kena la jual balik.. 
"giving up eric?"
"Never give up! biar putih tulang, jangan putih mata!! if I failed, at least I try with honors"
so apa nak buat, semangat yang hilang kita cari pulang...
(XPDC)

1 comment:

  1. bro.. Field engineer dengan paper work, umpama langit dan bumi!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages