nuffnang

nuffnang LR

Thursday, July 25, 2013

Alamak!! Polis!! 2 (Kisah Benar)

Sambungan Alamak Polis (Klik Untuk baca bahagian pertama Alamak!! Polis!!)

Dua kilometer kemudian mereka tiba di lampu isyarat dan berhenti bersebelahan antara satu sama lain ketika lampu merah, yang mana kereta wira hitam itu berada disebelah kanan paling hadapan di lampu isyarat. Pemandu di sebelah kiri melihat keadaan kereta hitam itu yang diubahsuai dengan pelbagai aksesori dan body kit dan ngauman eksos besar. Tiba-tiba pemandu wira hitam itu menurunkan cermin kereta sebelah penumpang depannya seperti ingin berkata sesuatu. Lalu pemandu Honda juga menurunkan cermin keretanya.

"die dang amik nombor kete deme" dalam loghat terengganu yang pemandunya kelihatan sudah berumur lewat 50an.
"kerete deme pun sama la" kata pemandu honda dengan ketawa kecil. dan kelihatan pakcik yang memandu wira hitam itu tersengih dan menampakkan 'pagar' hadapan yang sudah hilang (gigi depan, empat batang gigi atas dan empat batang gigi bawah)

pemandu Honda menutup kembali cerminnya keretanya sebelum ketawa memberitahu penumpang sebelah bahawa pakcik yang memandu wira hitam dah tua dan tiada "pagar depan". tidak sangka kereta yang diubah suai sebegitu dipandu oleh seorang pakcik yang agak berumur. 




Lampu insyarat yang tadinya merah bertukar hijau, wira hitam itu meluru kedepan diikuti kereta honda dan kereta-kereta lain. laluan selebar dua lorong menjadi satu lorong sahaja menyebabkan pemandu honda terpaksa memberi jalan kepada sebuah kereta sebelum memasuki lorong utama 100meter selepas lampu isyarat. 400meter kemudian kenderaan depan memperlahankan kenderaan di selekoh kedua. selepas melepasi selekoh pertama kelihatan operasi sekatan jalanraya yang dijaga oleh pegawai berbaju seragam putih dan dua buah kereta polis.

"Alamak!! Polis!!"

Beberapa kenderaan mewah diarahkan ke laluan ladang kelapa sawit diikuti seorang polis yang memegang buku saman. kelihatan seorang polis trafik sedang memeriksa satu demi satu kenderaan dihadapan. dibahu polis trafik itu tersangkut sebuah walkie-talkie yang wayarnya bersambung dipinggang. pemandu honda membuka cermin automatik tetapi tersilap membuka cermin belakang sebelum membuka cermin di sebelahnya. 
Gambar Hiasan
(Nora Danish tiada kaitan dengan Kisah ini :P

giliran pakcik yang memandu wira hitam diperiksa. Namun pakcik itu dibenarkan meneruskan perjalanan! ketika polis tersebut memeriksa kenderaan dihadapan, beliau menarik walkie-talkie yang tergantung dan memegangnya tidak jauh dari telinga kirinya, kemudian menekan butang sambil berkata 
"kereta tu baru sahaja lepas". sambil melepaskan kereta kedua dan kata-kata itu didengari pemandu honda, sekarang tiba giliran keretanya. pemandu itu memberikan salam, salam dijawab dan polis trafik itu berkata
"ok jalan" ketika itu walkie talkie berbunyi! dan pemandu itu suda beredar
"kereta tu pun baru je terlepas..." didengari melalui cermin belakang yang terbuka ketika kereta itu sudah melewati polis yang sedang menahan kereta dibelakang. 
"Fuh! nasib baik lepas.." kata pemandu honda sambil melepaskan nafas lega. 

cuma satu sahaja lagi cara untuk memastikan beliau benar-benar terlepas. jika pembaharuan cukai jalan tiada masalah maka itu menandakan pegawai jpj tidak dapat mengenalpasti nombot plet ketika kejadian itu, atau tiada surat saman ekor yang sampai ke rumah.

beberapa bulan kemudian, memang tiada surat saman ekor dan pembaharuan cukai jalan dengan JPJ juga tidak mengalami sebarang masalah. yang pasti, itu bukanlah kejadian kali pertama! malah bukan juga yang terakhir! Mungkin ianya hanya kebetulan, membuat sesuatu yang salah, tetapi bernasib baik dengan situasi tersebut. Siapa tahu niat dan tujuan watak yang sedang bermusafir dipermudahkan Allah. 

PS: sekali lagi diingatkan penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda cuba meniru aksi watak yang diceritakan dalam kisah benar ini dan tertangkap. bak kata Aaron Aziz dalam Fear Factor "sesiapa pun dilarang meniru atau melakukannya walau dimana dan pada bila-bila masa pun!"

(HOME)

Monday, July 15, 2013

Alamak!! Polis!! (Kisah Benar)

Assalamualaikum, 

Sebelum memulakan cerita kali ini, adalah di nasihatkan para pembaca sekalian agar tidak mengikuti apa yang telah dilakukan oleh watak yang diceritakan dalam kisah ini. mungkin apa yang berlaku adalah kebetulan at the right time at the right place atau mungkin hanya kerana nasib yang telah ditakdirkan berlaku pada hari itu.

(Base on Real life event)

Kelihatan sebuah kereta Honda membelah kesunyian jalan yang lengang dipandu dengan kelajuan melebihi had laju yang ditetapkan. daun-daun kering berterbangan diatas jalan apabila kereta itu menyusuri jalan yang diselaputi helaian daunan yang gugur dari pokok kayu di perkampungan di kiri dan kanan jalan. sesekali pemandu itu mengerling ke screen GPS yang dilekatkan pada dashboard kereta. Estimated Time arrive (ETA) berkurangan setiap beberapa belas kilometer dilalui.

Hanya beberapa motorsikal dari kawasan kampung sahaja yang melalui jalan tersebut. apabila kereta melepasi kawasan kampung, kiri kanan jalan hanyalah terdapat hutan. beberapa ketika kemudian barulah pemandu itu terpaksa memotong beberapa lori kecil dan lori panjang dan lebar. Pada mulanya memotong kenderaan berat mudah sahaja sehinggalah kereta itu melalui jalan berbukit dan laluan berselekoh tajam. selepas memotong lori panjang terakhir pemandu kereta tersebut sedar hampir keseluruhan jalan selepas itu adalah jalan garisan berkembar (double-line) dan jalan yang banyak selekoh.

Tidak berapa lama kemudian kereta tersebut terpaksa mengekori sebuah treler panjang dan lebar yang hanya berkelajuan 50-70 km sejam. pemandu itu cuba mencari peluang untuk memotong kenderaan berat tersebut namun jalan dengan selekoh merbahaya membataskan niatnya. kenderaan yang datang dari arah bertentangan juga kelihatan semakin bertambah bukan sahaja kereta malah kenderaan berat lain juga datang dari arah bertentangan.

Beberapa minit berlalu kereta itu masih lagi terpaksa mengekori treller tersebut, memandu pada kelajuan seperti treller itu amat menguji kesabaran. Tiba-tiba pemandu itu menyedari sebuah kereta proton wira hitam semakin menghampiri belakang keretanya. kereta itu juga terpaksa mengekori sahaja dari belakang mungkin juga tidak berani memotong dengan selekoh berbahaya dan juga di jalan double line di sepanjang perjalanan tersebut. kedua-dua kereta tersebut terpaksa mengekori treler hampir 20minit dengan penuh kesabaran.




Tiba-tiba peluang untuk memotong terbuka didepan mata, cuma masih berada di jalan double line dan apalagi bila tiada kenderaan yang datang dari arah bertentangan! tanpa membuang masa pemandu terus menekan accelerator dan memecut untuk memotong treller di depannya tanpa menoleh kepada GPS yang sedang menunjukkan simbol sekatan jalan pihak berkuasa. kereta hitam dibelakangnya juga turut memecut mengikuti kereta pemandu di depannya.

Alangkah terkejutnya kedua-dua pemandu berkenaan apabila terlihat seorang pegawai memegang bendera kecil 200 meter dihadapan mengarahkan untuk berhenti kerana kesalahan memotong di jalan 'double line'. pemandu honda melepaskan pedal accelerator dan kelajuan menurun terlepas 50 meter kedepan dari pegawai yang berada di tengah jalan yang juga cuba menahan kereta hitam di belakang. 
Gambar Hiasan

Pada masa yang sama pemandu honda itu memikirkan plan kalau berhenti memang confirm duit melayang, kalau tak berhenti belum tentu lagi duit melayang. jika memecut kembali tentu sekali pegawai tersebut tidak dapat mengenalpasti nombor pendaftaran melainkan nombor pendaftaran kereta hitam dibelakangnya. tanpa berfikir panjang pemandu itu terus memecut kembali. melihatkan situasi itu pemandu kereta hitam juga mengikut memecut tanpa menghiraukan pegawai yang kelihatan panik dan berlari ke post dalam kelam kabut pegawai itu juga cuba mengelak daripada dilanggar treller menyebabkan treller itu berhenti dengan mengejut.

pemandu honda ketawa bersahaja melihat gelagat dua pegawai muda di post yang sedang kelam kabut melalui cermin pandang belakang. kereta hitam masih berada dibelakang kerana pemandunya hampir memberhentikan kereta betul-betul di depan post semasa di tahan. cuma apa yang tidak menyedapkan hati apabila ternampak walkie-talkie di tangan pegawai di post. alat komunikasi seperti ini mempunyai capaian 3-6 kilometer radius. mungkinkah ada operasi sekatan lalulintas lain 3-6 kilometer selepas post tersebut?

penumpang disebelah pemandu honda bertanya
"ok ke buat macam tu tadi?"
"memang salah, tapi kalau berhenti dah confirm kena denda maksimum 'red handed' lak tu, kalau lari belum tentu lagi dia dapat ingat nombor plet, lain la kereta kat belakang tu, dia dah nak berhenti depan post tapi boleh pecut balik, sah-sah la nombor plet kereta tu diorang dapat.."

dua kilometer kemudian mereka tiba di lampu isyarat. mereka belum mengetahui apa yang bakal di hadapi selepas lampu isyarat tersebut!

Bersambung... (Baca Sambungan)

Friday, July 05, 2013

How To Improve Your Life

Personality
1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
3. Don't over do; keep your limits 
4. Don't take yourself so seriously; no one else does 
5. Don't waste your precious energy on gossip 
6. Dream more while you are awake 
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present 
11. No one is in charge of your happiness except you 
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
15. Call your family often
16. Each day give something good to others 
17. Forgive everyone for everything 
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6 
19. Try to make at least three people smile each day 
20. What other people think of you is none of your business 
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do. 
23. GOD heals everything 
24. Do the right things 
25. However good or bad a situation is, it will change 
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up 
27. The best is yet to come 
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful 
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it 
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy. 

While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with. Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you. 

PS: coming soon Kisah Benar in the making, recently my blog page could not be viewed due to some technical reason. sorry for any inconveniences, I have just resolved the problem. Thank you for your support! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages