nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, May 18, 2010

World Cup Betting



kerajaan Pusat Malaysia mempertimbangkan lesen perjudian Bola sepak Piala Dunia. hai sejak bila kerajaan nak makan tax pakai duit judi? macam ni ke negara islam? kalau kerajaan start pakai duit judi, bayar gaji kakitangan pun sah-sah termakan sama. nasib baik aku tak keje dengan kerajaan.

cuba fikirkan, kalau kakitangan di bayar gaji dengan hasil duit haram. bagi anak2 makan dengan duit haram. jadi darah daging sendiri, dah la tak berkat, hasil haram nilah yang merosakkan lagi anak2. lagi banyak lah masalah sosial sampai masalah remaja tak berkesudahan.

esok2 generasi tu lah yang akan jadi pemimpin lebih teruk dari pemimpin sekarang yang sememangnya macam haram! apa nak jadi dengan Malaysia selepas ni? aku lansung tak redha dengan kepimpinan haram jadah macam ni. menteri yang luluskan tu rasa macam kulit dah tebal sangat ke nak kena azab neraka? darah daging hasil haram tu lah yang bakal jadi bahan bakar kat akhirat kelak!

Datuk Awang Adek Hussein, muka macam hang nak tawan kelantan pilihan raya lepas boleh pegi mampos la. nak guna duit utk kemajuan sukan konon, tu yang sukan abis hancur! kau islam ke apa? na'uzubillah!

Thursday, May 13, 2010

Jubail Episode V

my section at dusk
Jubail Episode 5: keselamatan loji

as-salaamualaikum,
keadaan terkini di Jubail: musim panas sudah mula menunjukkan taringnye (hehehe). ramalan kaji cuaca sepanjang minggu lepas dan minggu seterusnya menunjukkan cuaca cerah yang tiada awan atau cuaca cerah with scattered clouds, jadi maknanya panas la sepanjang minggu. suhu minggu lepas minimum 32C dan maksimum sudah mula mencecah *42C (*rabu 12May 2010). humidity pun dah start increasing. kalau tak buat apa2 pun boleh berpeluh. sebagai langkah berjaga-jaga, time breakfast kena minum susu & kena banyak minum air, & kurangkan activity outdoor termasuk routine plant walkabout (supervising activity in plant). waktu siang pun lebih panjang dari waktu malam. waktu subuh bermula pukul 3:30 pagi (currently still getting earlier) & waktu maghrib semakin lewat 6:35 petang (currently still getting later). so waktu siang sekarang jadi 15jam dan malam cuma 9jam. biasanya kalau lepas solat subuh tu kena tido dulu (walau hari dah cerah) bangun balik 5:30 utk siap2 gi keje.

minggu lepas (hari sabtu) after lunch hour (11-12) pukul 1230 tiba2 keadaan jadi gelap semacam, ketika sedang walk around the plant (all plant are outdoor), tiba-tiba angin bertiup kencang(dari arah mainland) . memang kuat angin ni, tapi yang pelik angin ni amat panas! mungkin kalau pakai thermometer suhu angin maybe above 50C! so terpaksalah masuk balik ke ofis, dan pada masa yang sama hujan mulai turun setitik demi setitik. 5 minit kemudian hujan mulai turun dengan amat lebat! bila hujan turun dgn lebat, boleh kata hampir semua orang arab keluar dari bilik & tengok hujan turun macam orang tak pernah jumpa hujan. Kita orang malaysia tak heran pun tengok hujan turun sebab kadang2 tiap-tiap petang pun hujan lebat, contohnya kat KL. suasana diorang tengok hujan lebat ni seolah2 macam orang kita tengok salji turun kat KL kot. hujan berlarutan selama hampir sejam, jadi semua kerja maintenance terpaksa ditangguhkan.
"never seen rain like this before?" bertanya pada assistant arab
"this is the first time this year we see heavy rain like today" jawabnya
ooo.. patut la..
I thought my department je yang "kagum" tengok hujan, rupa-rupanya habis satu plant impress dengan hujan macam tu, lebih-lebih lagi orang arab.

bila balik nampak la beberapa tempat yang selalu kering, dilimpahi air banjir sampai ke paras lutut. rasanya dalam minggu yang sama riyadh pun banjir tapi lagi teruk sampai berpuluh kenderaan tenggelam. jubail tak banjir macam riyadh maybe sebab dekat dengan pantai. cuma di jubail ada "banjir" lain. sistem sewer jubail selalu tersumbat. so jangan terkejut kalau ke jubail, walau hari tak hujan tapi ada lopak air. lopak air macam ni cuma terjadi di bandar jubail sahaja. so kalau nak jalan kena la berhati-hati kalau ada nampak air atas jalan.

sejak minggu pertama berada di jubail, nama pun dah berubah. what is my name now? Muhammad bin Muhammad! Malaysian common name for guys started with Muhammad, jadi geng2 malaysia ni yang namanya start dengan muhammad akan dipanggil muhammad. tapi orang arab ni dia suka ikut cara US. biasanya nama nama orang arab ada 3 perkataan, contohnya ahmad mishri al-ghamdi, salman saeed al-asmari. ok, contoh nama arab ahmad saad al-fadli akan start dengan third name (al-fadli), tapi nama panggilan adalah first name (ahmad), and guess what my name was called? Muhammad. but my fullname was started with BIN! oh! what make it worse is that the "bin" was also stated in my formal e-mail address!

one day, a week after i get my e-mail address, my collegue ask me what is your e-mail address? so i told him my first 5letters of my email that start with bin. "why is your email doesn't have muhammad? its hard to remember your e-mail" then one filipino guy menyampuk "his email is easy to remember, just remember Bin Laden then you will remember Muhammad's e-mail"
What! ade ke nama kita di kaitkan dengan Osama Bin Laden! terasa macam pengganas la plak.

orang arab ni secara specifiknya adalah pro-amerika. kalau amerika kata afganistan tu pengganas, maka diorang pun akan anggap afganistan tu pengganas. begitu juga dengan abu sayaf, osama bin laden, Iran & Iraq apa yang amerika copkan sebagai pengganas adalah pengganaslah bagi orang arab. mereka tidak memikirkan tentang persaudaraan sesama islam. orang arab tak kisah pun tentang krisis antara yahudi dengan palestine, kalau masuk berita pun maybe macam lakonan semata-mata. mungkin sebab tu la nabi terakhir di utus di tanah arab kerana mereka ni degil & mementingkan diri sendiri. jadi kalau nak bercakap pasal politik dunia yang mengecam amerika, baik tak payah, baik cakap pasal hal lain. sebab perkara ni boleh di anggap sebagai isu sensitif. kalau nak cakap pasal politik cakap pasal Tun Mahathir, diorang memang cukup respect dengan Tun. kalau ada orang kutuk Tun Mahathir gerenti pak-pak arab ni lawan balik. sesetengahnya ada gak yang tau pasal Tok guru Nik Aziz, nama tok guru termasuk dalam satu buku 50 nama ulama' terkenal yang most of the name is from middle east.

tempat kerja ni pernah kena sabotaj dengan pekerja puak syi'ah Iran tahun 1987, pekerja tu berniat nak letupkan satu plant dengan melempar molotov cocktail ke diesel tank, yang berhampiran dengan tank-tank methanol & liquid2 yang mudah terbakar. kalau dia berjaya sabotaj tu memang kilang ni dah tak exist.the guy was caught on the spot, but emergency response team terpaksa melawan api selama seminggu. rasanya mamat iran tu kena execute kot. kerana dia sorang, semua pekerja iran kena buang dan digantikan dgn org filipina (tak tau kenapa arab pilih kaum nasrani ni).
GPMG M-60
sekarang security check memang strict. nak masuk plant saja ada 3 check point. check point pertama ID check, di check oleh beberapa orang polis bersenjatakan AK-47, 50meter dari check point ada armored car bersenjatakan general Purpose machine gun (GPMG) M-60 (machine gun peluru berantai besar yang selalu Rambo pakai tu). check point kedua ID check, oleh guard yang bersenjatakan glock handgun. 100m dari check point ada another armored car dengan GPMG. checkpoint ketiga barula scan ID card untuk acccess automatic gate. kalau bawak bag kena scan bag dengan x-ray scanner mcm kat airport. memang jauh beza dengan plant2 kat malaysia, kira jumpa guard tulis nama, terus masuk, no problemo!
Glock 0.5


Saturday, May 01, 2010

Jubail Episode IV

sejak hari rabu lepas suhu sekeliling dah mula naik, tapi tak tahu la berapa celcius panasnya kat jubail. dalam masa sebulan je cuaca hari pertama 25C dah bertukar lebih panas daripada suhu masa keje kat putrajaya sebelum ni. at least kat putrajaya kalau panas tengahari petang start hujan lebat. lain lak kalau keadaan di jubail kalau panas tu panas la sampai kepetang, satu ke tiga kali seminggu ribut pasir. kalau kat sini hujan dalam sebulan boleh kira sebelah tangan baru 3 kali, 2 hujan renyai-renyai 15 minit dan lagi satu hujan lebat sebelum subuh (sebab datang keje jalan2 kat plant habis basah).

ribut pasir: kalau di malaysia selalu jerebu bila hutan kat indonesia terbakar. kat jubail ribut pasir yang buat keadaan lagi teruk dari jerebu. ribut pasir berlaku di mana mana padang pasir sekeliling, hasilnya particle pasir halus berterbangan yang biasanya hilang selepas siang bertukar malam. oleh kerana tak banyak pokok ada di sini jadi tiadalah wind speed reducer. kadang2 tu sekali angin kuat bertiup rasa macam nak diterbangkan angin. bila masa ribut pasir, the best thing to do is stay in your office or stay in your room, mata pun tak masuk pasir, hidung pun tak tersumbat. kat luar tu hanya sesuai untuk unta je hehehe..

weekend di sini adalah pada hari khamis & jumaat. kalau ada rezeki, time weekend boleh buat umrah, perjalanan dari jubail ke mekah dengan bas biasanya 12jam. so far belum berpeluang lagi untuk buat umrah, selain umrah activity biasa hujung minggu samada pergi ke dammam, alkhobar &dahran, jaraknya >100km dari jubail. kat dahran ada banyak shopping mall termasuklah IKEA. Design IKEA memang sebijik macam IKEA kat KL, cuma takde the curve je kat depan IKEA tu.perjalanan ikut highway biasanya hampir sejam perjalanan. speed limit 120KPH tapi pak arab takde pun ikut, normally diorang tekan accelerator sampai 160KPH even ada pun yang drive above 180KPH. takde speedtrap pun. sebab tu la mengikut kajian statistik kemalangan jalanraya tertinggi di dunia ada lah di arab saudi dengan purata sebanyak 16 fatality per day all over saudi arabia.

Pak arab suka pakai american car for example GMC, semua cc above 2.5 average 3.5 or even 6.0 why? sebab petrol baru 45sen je seliter. air mineral pun lagi mahal dari minyak. driving skill pak arab, org penang cakap caca marba! nak masuk kanan tapi drive lorong kiri, masuk wrong way sesuka hati pendek kata macam takde undang2 jalan raya. buat zebra crossing, tapi takde faedah lansung utk pejalan kaki. kalau melintas jugak kat zebra crossing memang biasanya kena hon. collegue pak arab dalam supervisor room pernah kata "maybe you could drive in malaysia, but you might not be able to drive in saudi, saudi drivers are CRAZY! they don't implement the rules." there are only one driving rule in saudi, u just need to have a valid saudi approved driving license, others? it is up to you.



Thursday, April 29, 2010

jubail episode III

just a story from saudi
One morning at styrene plant, while sitting with arabs pipe fitter, while waiting for morning meeting, Hadi speak to me,

Hadi: I have a daughter, ismu fatimah, so people call me abu fatimah (father for Fatimah)
me: oK
Later he point to soleh
Hadi: soleh has a son, ismuhu Mishri, so he is Abu Mishri, and you? abu what?
me: Ma fii (dont have)
Hadi: abu?
since he keep asking the same Question, I thought about the Prophet (S.A.W) calling his friend who loves cat, and without thinking much i said with a joking voice
Me: ana Abu Hurairah (I am a father for cats)
tergelak arab ni dengar abu hurairah, later on mesti geng arab ni tanya soalan ni lagi. next time I want to answer, abu asad (Father for lions) oh!

Since arrived last 24 days in saudi arabia makan nasi bleh kira dengan jari lagi la, baru 8kali makan nasi, makanan lain yang selalu makan, kebab, roti masalla, mix fresh vegetable, broasted chicken, spaghetti and etc, (ikut org arab) same with my housemate. tapi dalam 6 orang malaysia yg same flight ni, ada dua orang je yang tak boleh tak jumpa nasik putih dalam sehari. biasanya org yg tak boleh tak makan nasik ni org filipina je, rasanya diorang ni orang melayu versi paray kot (paray=filipino). me & my housemate lak maybe melayu versi arab hahahaha... bukan apa, bila lagi nak cuba menu baru kan?
broasted chicken
kebab ayam -panjang tuu


hidangan arab ni kalau ayam, memang dia expect serving for a person ni ayam separuh sorang, so bila order nasik arab ayam untuk sorang servingnya separuh ayam + nasi yg amat banyak, satu serving arab, 2 hingga 3 org malaysia bleh makan. and so is al-laham (kambing), kalau hari2 makan nasik bleh naik badan. tapi orang arab kalau satu serving memang akan makan sorang dan biasanya memang diorang makan separuh tak habis. member yang dah lama kat sini kata orang arab ni boleh kata orang2 yang agak kufur nikmat & banyak membazir. macam orang kita, kalau makan nasik tak habis org tua-tua kata nanti nasi tu menangis, jadi kita belajar untuk habiskan nasi. kalau org malaysia makan berdua satu talam untuk 1 serving tu biasanya licin! maybe thats why tuan kedai makan respect org malaysia.
Kabsah Laham - nasi kabsah Kambing


orang arab boleh tau kita orang malaysia dari pemakaian je. dan kalau beli barang kat jubail org malaysia suka tawar harga, diorang memang bagi special price pada org malaysia, so dapat la jimat sket. Arab ni kalau jumpa org malaysia dia akan tanya "are u muslim?" bila kita cakap yes dia reply "alhamdulillah, good, good" then kalau kat tempat kerja, kalau jumpa orang malaysia, dia akan cakap "I want to go to malaysia, where is the best place should i go?" semua orang arab memang tanya soalan yg sama. orang arab, bila sampai musim panas (peak jun, July & August) memang akan ke Malaysia untuk vacation 1-2 minggu. tempat yg diorang suka, KL, Penang & Langkawi. they said Malaysian people are very friendly. diorang tak suka ke other asean countries sebab susah nak cari makanan halal. sama jugak dengan thailand, passport arab tidak membenarkan rakyatnya masuk thailand sebab ada konflict dgn thai, & juga israel.

kalau baca blog yang lepas, tengok schedule, time makan mesti lepas isya', kat sini bila azan je semua kedai akan tutup termasuk la fastfood macam MCD. so there is no 24hours punya kedai la!hehehe.. biasanya kedai akan tutup dari maghrib sampai isya'. solat kat sini mesti ikut waktu, masuk je waktu solat, semua pakat pergi masjid, termasuklah kat tempat kerja.kat dalam plant tu ada 3 masjid, semua penuh bila masuk waktu solat. tapi bila hari jumaat (weekend) masjid paling sesak kalau kat bandar. saf sembahyang sampai atas jalan 200m dari masjid. jadi kalau nak solat dalam masjid time solat jumaat kena la datang setengah jam awal dari waktu zohor.cuma subuh je la buat kat bilik, subuh kat sini pukul 4:30 pagi 2 jam sebelum van company datang ke apartment. sempat la breakfast kat rumah sebelum pegi keje.

To Be Continued in Next Episode


Saturday, April 17, 2010

Life in Jubail

desalination power plant 



how's life in jubail?

my everyday schedule

0430: solat subuh
0530: breakfast & prepare to go to work
0630: wait for a company van to work
0730: Toolbox Meeting & safety meeting
0800: permit to work at site (not in control room)
0830: technician start maintenance work-supervise
0930: tea break
0945: continue work
1130: lunch break
1215: Solat zohor and continue work
1300: next week maintenance plan meeting (monday only)
1330: Maintenance continue
1430: tea break
1445: Maintenance completion as per planned
1530: Asar prayer
1600: end of workhour, wait for van
1630: rest & free activity
1800: maghrib prayer
1930: Isya' Prayer
1945: Dinner
2100: back at apartment
2130: tido

this apply for weekdays, but on weekend (thursday & friday) different. pas solat subuh tido
balik bangun pukul 8 & think what to do on that day.
at work, most of the time pak arab guna bahasa arab pasar. so normally there are certain
thing that outsiders dont understand even they have knowledge in formal arabic language.
macam org melayu ni kalau tahu cakap bahasa arab, diorang akan tanya " why are u speaking
official arabic" agaknye dia dengar kita cakap arab macam pembaca berita arab kot.
nemermind, still learning bahasa arab pasar punye style, contoh:

kalau nak cakap selamat datang:
bahasa official "ahlan wasahlan"
kalau bahasa pasar "marhaba"
habis2 bahasa pasar "arrhabb!"
there u go... hhehehe

lagi satu tanya khabar:
1. official
kaifa haluka? (apa khabar)
ana bikhair alhamdulillah (saya baik, alhamdulillah)

2. pasar style
Kaifa haaluk? (apa khabar)
toyyiib (baik)'yang ni kena bunyi macam iklan kurma yusuf taiyoob' hhehehe

kat tempat kerja, bila ada supplier ke contractor ke kalau sesama arab memang diorang cakap
arab, so kita ni yang ada basic arab pun boleh terpinga-pinga, hapekemendenya pak arab ni
cakap! lagi2 kalau melibatkan engineering part lagi la lintang pukang. tapi ada masa pak
arab ni cakap english, ada yang bunyi macam american, tak kurang gak yang bunyi macam
orang2 jahat dalam citer hollywood yang jadi terrorist hahaha... for example "true lies" & latest "flight plan".
thats all for now!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages