my section at dusk |
as-salaamualaikum,
keadaan terkini di Jubail: musim panas sudah mula menunjukkan taringnye (hehehe). ramalan kaji cuaca sepanjang minggu lepas dan minggu seterusnya menunjukkan cuaca cerah yang tiada awan atau cuaca cerah with scattered clouds, jadi maknanya panas la sepanjang minggu. suhu minggu lepas minimum 32C dan maksimum sudah mula mencecah *42C (*rabu 12May 2010). humidity pun dah start increasing. kalau tak buat apa2 pun boleh berpeluh. sebagai langkah berjaga-jaga, time breakfast kena minum susu & kena banyak minum air, & kurangkan activity outdoor termasuk routine plant walkabout (supervising activity in plant). waktu siang pun lebih panjang dari waktu malam. waktu subuh bermula pukul 3:30 pagi (currently still getting earlier) & waktu maghrib semakin lewat 6:35 petang (currently still getting later). so waktu siang sekarang jadi 15jam dan malam cuma 9jam. biasanya kalau lepas solat subuh tu kena tido dulu (walau hari dah cerah) bangun balik 5:30 utk siap2 gi keje.
minggu lepas (hari sabtu) after lunch hour (11-12) pukul 1230 tiba2 keadaan jadi gelap semacam, ketika sedang walk around the plant (all plant are outdoor), tiba-tiba angin bertiup kencang(dari arah mainland) . memang kuat angin ni, tapi yang pelik angin ni amat panas! mungkin kalau pakai thermometer suhu angin maybe above 50C! so terpaksalah masuk balik ke ofis, dan pada masa yang sama hujan mulai turun setitik demi setitik. 5 minit kemudian hujan mulai turun dengan amat lebat! bila hujan turun dgn lebat, boleh kata hampir semua orang arab keluar dari bilik & tengok hujan turun macam orang tak pernah jumpa hujan. Kita orang malaysia tak heran pun tengok hujan turun sebab kadang2 tiap-tiap petang pun hujan lebat, contohnya kat KL. suasana diorang tengok hujan lebat ni seolah2 macam orang kita tengok salji turun kat KL kot. hujan berlarutan selama hampir sejam, jadi semua kerja maintenance terpaksa ditangguhkan.
"never seen rain like this before?" bertanya pada assistant arab
"this is the first time this year we see heavy rain like today" jawabnya
ooo.. patut la..
I thought my department je yang "kagum" tengok hujan, rupa-rupanya habis satu plant impress dengan hujan macam tu, lebih-lebih lagi orang arab.
bila balik nampak la beberapa tempat yang selalu kering, dilimpahi air banjir sampai ke paras lutut. rasanya dalam minggu yang sama riyadh pun banjir tapi lagi teruk sampai berpuluh kenderaan tenggelam. jubail tak banjir macam riyadh maybe sebab dekat dengan pantai. cuma di jubail ada "banjir" lain. sistem sewer jubail selalu tersumbat. so jangan terkejut kalau ke jubail, walau hari tak hujan tapi ada lopak air. lopak air macam ni cuma terjadi di bandar jubail sahaja. so kalau nak jalan kena la berhati-hati kalau ada nampak air atas jalan.
sejak minggu pertama berada di jubail, nama pun dah berubah. what is my name now? Muhammad bin Muhammad! Malaysian common name for guys started with Muhammad, jadi geng2 malaysia ni yang namanya start dengan muhammad akan dipanggil muhammad. tapi orang arab ni dia suka ikut cara US. biasanya nama nama orang arab ada 3 perkataan, contohnya ahmad mishri al-ghamdi, salman saeed al-asmari. ok, contoh nama arab ahmad saad al-fadli akan start dengan third name (al-fadli), tapi nama panggilan adalah first name (ahmad), and guess what my name was called? Muhammad. but my fullname was started with BIN! oh! what make it worse is that the "bin" was also stated in my formal e-mail address!
one day, a week after i get my e-mail address, my collegue ask me what is your e-mail address? so i told him my first 5letters of my email that start with bin. "why is your email doesn't have muhammad? its hard to remember your e-mail" then one filipino guy menyampuk "his email is easy to remember, just remember Bin Laden then you will remember Muhammad's e-mail"
What! ade ke nama kita di kaitkan dengan Osama Bin Laden! terasa macam pengganas la plak.
orang arab ni secara specifiknya adalah pro-amerika. kalau amerika kata afganistan tu pengganas, maka diorang pun akan anggap afganistan tu pengganas. begitu juga dengan abu sayaf, osama bin laden, Iran & Iraq apa yang amerika copkan sebagai pengganas adalah pengganaslah bagi orang arab. mereka tidak memikirkan tentang persaudaraan sesama islam. orang arab tak kisah pun tentang krisis antara yahudi dengan palestine, kalau masuk berita pun maybe macam lakonan semata-mata. mungkin sebab tu la nabi terakhir di utus di tanah arab kerana mereka ni degil & mementingkan diri sendiri. jadi kalau nak bercakap pasal politik dunia yang mengecam amerika, baik tak payah, baik cakap pasal hal lain. sebab perkara ni boleh di anggap sebagai isu sensitif. kalau nak cakap pasal politik cakap pasal Tun Mahathir, diorang memang cukup respect dengan Tun. kalau ada orang kutuk Tun Mahathir gerenti pak-pak arab ni lawan balik. sesetengahnya ada gak yang tau pasal Tok guru Nik Aziz, nama tok guru termasuk dalam satu buku 50 nama ulama' terkenal yang most of the name is from middle east.
tempat kerja ni pernah kena sabotaj dengan pekerja puak syi'ah Iran tahun 1987, pekerja tu berniat nak letupkan satu plant dengan melempar molotov cocktail ke diesel tank, yang berhampiran dengan tank-tank methanol & liquid2 yang mudah terbakar. kalau dia berjaya sabotaj tu memang kilang ni dah tak exist.the guy was caught on the spot, but emergency response team terpaksa melawan api selama seminggu. rasanya mamat iran tu kena execute kot. kerana dia sorang, semua pekerja iran kena buang dan digantikan dgn org filipina (tak tau kenapa arab pilih kaum nasrani ni).
GPMG M-60 |
Glock 0.5 |
No comments:
Post a Comment