sejak hari rabu lepas suhu sekeliling dah mula naik, tapi tak tahu la berapa celcius panasnya kat jubail. dalam masa sebulan je cuaca hari pertama 25C dah bertukar lebih panas daripada suhu masa keje kat putrajaya sebelum ni. at least kat putrajaya kalau panas tengahari petang start hujan lebat. lain lak kalau keadaan di jubail kalau panas tu panas la sampai kepetang, satu ke tiga kali seminggu ribut pasir. kalau kat sini hujan dalam sebulan boleh kira sebelah tangan baru 3 kali, 2 hujan renyai-renyai 15 minit dan lagi satu hujan lebat sebelum subuh (sebab datang keje jalan2 kat plant habis basah).
ribut pasir: kalau di malaysia selalu jerebu bila hutan kat indonesia terbakar. kat jubail ribut pasir yang buat keadaan lagi teruk dari jerebu. ribut pasir berlaku di mana mana padang pasir sekeliling, hasilnya particle pasir halus berterbangan yang biasanya hilang selepas siang bertukar malam. oleh kerana tak banyak pokok ada di sini jadi tiadalah wind speed reducer. kadang2 tu sekali angin kuat bertiup rasa macam nak diterbangkan angin. bila masa ribut pasir, the best thing to do is stay in your office or stay in your room, mata pun tak masuk pasir, hidung pun tak tersumbat. kat luar tu hanya sesuai untuk unta je hehehe..
weekend di sini adalah pada hari khamis & jumaat. kalau ada rezeki, time weekend boleh buat umrah, perjalanan dari jubail ke mekah dengan bas biasanya 12jam. so far belum berpeluang lagi untuk buat umrah, selain umrah activity biasa hujung minggu samada pergi ke dammam, alkhobar &dahran, jaraknya >100km dari jubail. kat dahran ada banyak shopping mall termasuklah IKEA. Design IKEA memang sebijik macam IKEA kat KL, cuma takde the curve je kat depan IKEA tu.perjalanan ikut highway biasanya hampir sejam perjalanan. speed limit 120KPH tapi pak arab takde pun ikut, normally diorang tekan accelerator sampai 160KPH even ada pun yang drive above 180KPH. takde speedtrap pun. sebab tu la mengikut kajian statistik kemalangan jalanraya tertinggi di dunia ada lah di arab saudi dengan purata sebanyak 16 fatality per day all over saudi arabia.
Pak arab suka pakai american car for example GMC, semua cc above 2.5 average 3.5 or even 6.0 why? sebab petrol baru 45sen je seliter. air mineral pun lagi mahal dari minyak. driving skill pak arab, org penang cakap caca marba! nak masuk kanan tapi drive lorong kiri, masuk wrong way sesuka hati pendek kata macam takde undang2 jalan raya. buat zebra crossing, tapi takde faedah lansung utk pejalan kaki. kalau melintas jugak kat zebra crossing memang biasanya kena hon. collegue pak arab dalam supervisor room pernah kata "maybe you could drive in malaysia, but you might not be able to drive in saudi, saudi drivers are CRAZY! they don't implement the rules." there are only one driving rule in saudi, u just need to have a valid saudi approved driving license, others? it is up to you.
No comments:
Post a Comment