nuffnang

nuffnang LR

Saturday, October 30, 2010

Hantu Bukit Putus

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai laS Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..

Thursday, October 28, 2010

Jubail Episode XVI

I should have updated this blog last two weeks, many event happened during last three weeks. because there are so many things to write but I don't know how to start. I think I should start by sequence of event. This time I will use my nickname as Eric.

Tiga minggu yang lalu Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) mengadakan sambutan hari raya,walaupun harinya sudah sampai ke penghujung syawal. bertempat di ibn zahr beach camp (tempat yang sama semasa duta malaysia datang dulu). Eric bersama rakan-rakan tiba di beach camp tepat jam 10 pagi. kehadiran rakyat malaysia tidaklah seramai bulan mac yang lepas. agaknya just 70% from previous event. Mungkin kerana ramai yang bekerja dalam shift terpaksa bekerja pada hari itu.

banyak juadah yang disediakan oleh ahli-ahli KRMJ, juadah yang special yang takleh dijumai di saudi adalah laksam, nasi himpit, rendang daging dan Satay!Eric sebenarnya memang hantu satay, tapi hari tu eric cuma sempat makan 4 ke 5 batang je satay, dgn nasi himpit dan kuah kacang. takpelah nanti balik malaysia kena lepas geram gerenti pergi mencekik satay kajang Hj Samuri kat MRR2 taman melati. 
selepas solat zohor berjemaah di dalam khemah beach camp, suasana nampak agak lengang, mulalah rakan-rakan termasuk eric merasa boring.  tiba-tiba salah seorang rakan mengajak pergi keluar ke al-khobar. 
"apa kata kita pergi ke khobar?"
"amacam eric? nak ikut ke pergi ke khobar?"
"kalau ko ikut, aku on je" kata eric

pukul 12 tengahari mereka pun bertolaklah ke khobar dengan menaiki Hummer H3, first time tu naik H3. bagi eric naik H3 ke Land Rover ke Toyota Sequoia sama je, cuma nampak macam H3 tu lagi keras la drpd keta lain. kalau nak lagi keras dan lagi selamat baik naik keta kebal! oh!

Sebenarnya a week before that weekend pekerja-pekerja Saudi Kayan dapat voucher SAR 500 setiap seorang for safety ke hapekebenda ntah. so tu lah masanya nak fully utilize the voucher. yang sorang member ni siap beli I-phone 3 dengan harga SR2800, yang sorang lagi nak beli jam tangan, tapi bila tengok harga terus tak jadi. dah tengok jam Tag Heuer memang le agak mahal, last-last member yang beli I-phone tadi lak yang tersangkut dan beli satu Jam Tag Formula 1 edition. Kalau nak banding harga Tag di Malaysia harga Tag kat Saudi memanglah harga di saudi jauh lebih murah sebab Saudi tak kenakan Tax pada barangan macam ni, tak macam Malaysia, semua benda pun cekik darah.

keluar je daripada pusat membeli belah, semuanya bersetuju nak pergi makan kat satu kedai thailand filipina di satu perhentian yang terletak di Highway dammam-Riyadh. agak 'ngok-ngek' gak bila nak dinner yang jarak kedainya dari jubail adalah lebih dari 150km jadi kalau total pergi balik jumlah perjalanan untuk hari tersebut adalah hampir kepada 400km termasuk tersesat kerana tak betul-betul ikut GPS. terpaksalah gak mereka menempuhi jalan tikus yang GPS arah untuk balik semula ke jubail. 

Apa yang special sangat pasal masakan di kedai tu? sebenarnya kedai tu di jumpai semasa dua daripada member Eric dalam H3 tersebut pernah berhenti untuk makan malam dalam perjalanan ke makkah beberapa bulan yang lepas.  The food rating kalau rate dari 1-10 yang mana kalau 1 tu paling teruk dan 10 tu terbaik, kedai ni boleh bagi rating 9, kalau restoran Pattaya di Jubail rating 8 dan last Malaysian Kitchen cuma mendapat rating 5 je. (sorry la brader malaysian kitchen if you read this you should improve the cooking served in malaysian kitchen and lower the price too) harga makanan di kedai thailand filipin jauh lebih murah dari Malaysian Kitchen. paling power adalah tomyam seafood (ketam, udang dan ikan secukup rasa) the price is 50 percent less than malaysian kitchen. (brader malaysian kitchen marah ke? rilek bro, ramai malaysian tak kenal kedai tu)

Last week lak, ada Malasian Festival, Malaysian festival ni held in SASREF beach camp. festival ni lebih kepada memperkenalkan makanan malaysia dan beberapa jenis barangan kot. sesampai je eric disitu, dia terus beli teh tarik akan tetapi malangnye, sekali lagi nasi lemak telah habis (pernah terlepas peluang masa KRMJ gathering March). oleh kerana sambal nasi lemak masih ada dan gerai tersebut juga ada menyediakan bihun, nak tak nak eric pun beli gak lah bihun dengan sambal nasi lemak tu untuk 3 orang termasuk Omar (bangsa arab campuran 4 dalam 1 hehehe). mereka bertiga makan di luar bangunan kerana tiada ruang terluang untuk makan didalam. sambal tu boleh tahan pedas, berpeluh eric & rakanya makan sambal tu, tapi yang peliknya Omar makan selamber je macam makan sambal tu tak pedas pun, licin lak tu. bila di tanya dia cuma cakap "I'm use to It". maybe sebab dia ada darah campuran melayu johor kot.(bukan jawa, cukup la mix 4 bangsa)

sebelum balik dari beach camp, eric membeli dan tapau nasi dagang yang telah dimasak oleh orang terengganu. nasi dagang berlaukkan ikan aya(orang pantai timur tau la ikan aya ni apa tapi penulis tak pasti apa yang dipanngil oleh orang pantai barat semenanjung Malaysia) yang pasti ikan aya bukanlah ikan yang di jual oleh orang yang bernama Rohaya yang dipanggil Aya hahaha.. kalau tak silap, ikan aya ni ikan tongkol kot, ataupun ikan tuna. yang pasti nasi dagang ni memang sedap, rasa sama macam nasi dagang yang selalu beli untuk breakfast kat kampung hehehe...

sedikit info pasal omar. merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal batch eric ke saudi. kebanyakan masa, eric dan rakannya banyak berhubung dengan omar untuk segara urusan kerja, imigration dan sebagainya. berdarah empat campuran iaitu melayu, turkey, arab dan satu lagi tak pasti. berkulit caucasian dan berbadan besar, berumur 35 tahun dan masih bujang. bila ditanya kenapa tak kahwin lagi, dia kata susah nak kawen dengan orang arab sebab terlalu banyak karenah orang arab hatta beliau sendiri pernah kehilangan kerja apabila kakaknya kawen dengan orang arab. why? I'm not sure. jadi dia membuat keputusan untuk cari awek jepun untuk dijadikan isteri, dan setakat ini masih belum menjumpai awek yang dicari-cari itu. ditempat kerja, beliaulah yang paling tensen kerana terlalu ramai pekerja yang diambil bekerja oleh manager pakistan yang ternyata hanya menghire kroni-kroni pakistan yang tak reti buat kerja atau secara ringkasnya boleh  diklasifikasikan sebagai species"perabiskan boreh jo". beliau pernah berkata beliau akan meninggalkan company tersebut dalam masa setahun dan sedang mula mencari kerja baru.

fuh, banyak lagi yang belum masuk dalam ni, maybe will update in next episode, insya'allah very soon.



Wednesday, October 27, 2010

Kucing Saudi vs Kucing Malaysia

Amaran: Blog ini hanyalah dari pandangan penulis, tiada kaitan dengan kucing-kucing selain yang disebut dan juga tiada kaitan dengan bandaraya kuching sarawak 
I'm not felis domestica, I'm felis Silvestris catus

Kucing atau nama saintifiknya felis domestica boleh dijumpai dimana-mana diserata dunia termasuklah di Arab Saudi. Di Australia kucing diburu kerana didakwa menjadikan penyebab kepupusan beberapa species burung di rantau tersebut. Kucing juga digunakan untuk menjaga bijirin dari serangan tikus atau haiwan rodensia. ia merupakan haiwan belaan paling popular di dunia. Tetapi di Mesir pada zaman kuno, kucing di anggap sebagai "represent of goddess Bastet". Kucing bukan sahaja haiwan kegemaran Firaun tetapi dianggap sebagai haiwan suci pada zaman tersebut. Jika kucing tersebut mati, kucing akan diawet menjadi mumia kucing. Malangnya apabila firaun  tuan empunye kucing mati, kucing yang hidup pun turut dijadikan mumia dan disemadikan bersama firaun. Kesian…

Lain macam je intro kali ni, rasa macam buat dokumentari 'geografi kebangsaan' (national geographic la tuh).Di Malaysia, ramai yang memelihara kucing. Tidak kira di desa atau di kota. Dalam ramai-ramai orang  ada gak orang yang takutkan kucing hahaha, kalau takut kat kucing jenis 'felis tigris' tu normal la, ni kucing biasa pun takut. Takpelah masing-masing punye hal. Akan tetapi bila kucing mula buat hal (berak dalam rumah) ada juga yang membuang kucing dan tempat buangan paling sinonim, pasar… (banyak ikan kot) maka terpaksalah mereka menjadi ahli kumpulan Alleycat (kucing jalanan). Thats why pasar kat Malaysia banyak kucing.

Kat Malaysia dulu, hari-hari penulis drive sepanjang MRR2, dan boleh dikatakan hampir hari-hari ada je kucing mati atas jalan, jadi MRR2 ni kiranya boleh letak sign kawasan kemalangan maut untuk kucing. Yang hairannya di Saudi ni memang sepanjang menetap disini, tak pernah nampak kucing mati kat tengah atau kat tepi jalan. Kalau ikut statistic dunia, bilangan kemalangan maut di Saudi adalah 17kematian(orang) sehari dan merupakan yang tertinggi di dunia. Dan maybe di Malaysia, boleh la letak statistic kemalangan maut kucing tertinggi kot.

Hari-hari memerhatikan kehidupan kucing kat Saudi, I realize rupa-rupanya kucing di saudi lebih berhati-hati di jalan raya. Jalan maintain je 'catwalk' slow and steady, di kawasan jalan sibuk, kucing ni sanggup berjalan bawah kereta yang parking, dan tak berani berjalan berhampiran dengan kawasan lalu lintas. apa lagi kalau nak menyeberang jalan.

Kalau kat Malaysia di MRR2 pantang kena kejar kucing Jahat, kucing yang dikejar tidak berfikir dua kali untuk menyeberang jalan, kalau yang dikejar tak kena langgar yang mengejar pulak yang jadi mangsa kemalangan jalanraya. lebih tragis dan dramatik kalau kedua duanya terlibat dalam kemalangan. Biasanya adegan kejar mengejar ni terjadi bila kucing-kucing jantan berebut awek. atau juga dikejar kerana termasuk territory yang telah dikencing oleh kucing jantan alfa. penulis memang biasa sangat tengok perangai kucing kat rumah, dulu banyak bela kucing. Kucing-kucing Malaysia ni suka sangat berlari, dan mungkin sebab itulah kita mendapat idea berpantun 'dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang'!

Pada firasat Ahlil Nujum, kucing-kucing Saudi lebih berhati-hati sebab diorang(diorang ke diakucing?)  tau orang arab drive kereta macam jalan tu bapak pak arab yang punye. Dan kucing Malaysia lak, mungkin tersilap menganggap pemandu kereta Malaysia berpegang pada kata-kata 'kesopanan dan kesusilaan' lantas menjadi mangsa keadaan dan mangsa kemalangan. Oh!

Kucing Saudi bukan sahaja berhati-hati dengan kereta malah dengan orang lalu-lalang pun dia tak berani dekat. Buat la bunyi cicak ke sambil panggil 'oi kucing meh sini jap' gerenti kucing ni buat dekk je atau buat muka confuse. Ke dia paham bahasa arab je? Takkan nak cakap "ta'al ta'al ya Qittun". Walau kita nak bagi makanan sekalipun mereka takut nak datang dekat. jadi kalau nak bagi makan, tinggal je kat mana-mana area tersembunyi dan beredar, baru kucing ni makan.

Di Malaysia dalam area plant pun ada kucing, biasanya cleaner yang bagi makan kat kucing ni dari sisa-sisa makanan. tapi bila bulan puasa, its me that feed the cat with friskies hehehe. kat saudi pun ada gak kucing, tapi kucing ni, sangat pandai menyorok, biasanya kucing plant membiak dalam process area yang dah tak beroperasi (to be demolish). apa kucing kilang ni makan? biasanya, tong sampah domestic penuh dengan lebihan makanan, (yea orang arab suka membazir makanan) kalau takde makanan mungkin burung-burung merpati dalam plant yang menjadi 'special menu'. biasanya kat saudi, kucing-kucing dalam kilang akan ditangkap oleh animal compound dan di diberi perlindungan sehingga ada yang berminat nak membeli mereka kot.

berikut adalah gambar kucing saudi yang tidak sudi untuk ditemuramah oleh wartawan peminat kucing.

"maafii maklum kallamta ya rijaal"
cakap arab konon kucing ni
"bring me fried chicken or lamb chop
or else no comment!"

"you speaking to me? my mother tell me
not to talk to stranger"

"makin dekat mamat ni, bahaya nih,
ada peluang ke nak lari?"

ready! sett! go!

asta lavista bebeh! cabutttt!
jenuh penulis mencuba untuk pegang kucing ni, tapi semua cubaan tidak berhasil kerana kelicikan kucing ini yang terer menyelinap dibelakang kotak satellite disc tv dan juga electrical panel box di sepanjang lorong. the end


Monday, October 25, 2010

Tazkirah: Kunci Syurga bagi Wanita

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita  memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila  seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan),  menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga  melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas  sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang  menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan  kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan  ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu  dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara  pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah  Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara  yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang;  sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan  sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih  kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk  menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang  lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada  Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak  boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan  tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya.  Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas.

Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan  itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan  menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya  dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok  didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu  Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan  adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga  akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika  kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya.  Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang  wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:  "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang  beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila  seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu  menyeleweng setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman,  dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh  itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu  lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal artikel  ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu  Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa,  bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan  berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi  sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka."  (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan  dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat  sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh  mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini,  para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.

Saidina  Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi  Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan  lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat  manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah  hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita  yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya,  Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia  berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat  Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di  atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada  Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga  dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan  redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di  akhirat.

Sunday, October 24, 2010

Dilemma mencari kereta



Makin lama makin celaru fikiran memikirkan kereta apa nak pakai nanti. yang pasti nak kena consider price, durability, ease to find sparepart dan sebagainya. bila dah banyak-banyak survey tengok kereta makin pening dibuatnya. kereta yang sememangya tak pening telah membuatku pening. lantaklah labu just wait and see.
Chevy Camaro: ada Bran?
der.. this chevy? ooo.. tak berani...










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages