nuffnang

nuffnang LR

Thursday, July 25, 2013

Alamak!! Polis!! 2 (Kisah Benar)

Sambungan Alamak Polis (Klik Untuk baca bahagian pertama Alamak!! Polis!!)

Dua kilometer kemudian mereka tiba di lampu isyarat dan berhenti bersebelahan antara satu sama lain ketika lampu merah, yang mana kereta wira hitam itu berada disebelah kanan paling hadapan di lampu isyarat. Pemandu di sebelah kiri melihat keadaan kereta hitam itu yang diubahsuai dengan pelbagai aksesori dan body kit dan ngauman eksos besar. Tiba-tiba pemandu wira hitam itu menurunkan cermin kereta sebelah penumpang depannya seperti ingin berkata sesuatu. Lalu pemandu Honda juga menurunkan cermin keretanya.

"die dang amik nombor kete deme" dalam loghat terengganu yang pemandunya kelihatan sudah berumur lewat 50an.
"kerete deme pun sama la" kata pemandu honda dengan ketawa kecil. dan kelihatan pakcik yang memandu wira hitam itu tersengih dan menampakkan 'pagar' hadapan yang sudah hilang (gigi depan, empat batang gigi atas dan empat batang gigi bawah)

pemandu Honda menutup kembali cerminnya keretanya sebelum ketawa memberitahu penumpang sebelah bahawa pakcik yang memandu wira hitam dah tua dan tiada "pagar depan". tidak sangka kereta yang diubah suai sebegitu dipandu oleh seorang pakcik yang agak berumur. 




Lampu insyarat yang tadinya merah bertukar hijau, wira hitam itu meluru kedepan diikuti kereta honda dan kereta-kereta lain. laluan selebar dua lorong menjadi satu lorong sahaja menyebabkan pemandu honda terpaksa memberi jalan kepada sebuah kereta sebelum memasuki lorong utama 100meter selepas lampu isyarat. 400meter kemudian kenderaan depan memperlahankan kenderaan di selekoh kedua. selepas melepasi selekoh pertama kelihatan operasi sekatan jalanraya yang dijaga oleh pegawai berbaju seragam putih dan dua buah kereta polis.

"Alamak!! Polis!!"

Beberapa kenderaan mewah diarahkan ke laluan ladang kelapa sawit diikuti seorang polis yang memegang buku saman. kelihatan seorang polis trafik sedang memeriksa satu demi satu kenderaan dihadapan. dibahu polis trafik itu tersangkut sebuah walkie-talkie yang wayarnya bersambung dipinggang. pemandu honda membuka cermin automatik tetapi tersilap membuka cermin belakang sebelum membuka cermin di sebelahnya. 
Gambar Hiasan
(Nora Danish tiada kaitan dengan Kisah ini :P

giliran pakcik yang memandu wira hitam diperiksa. Namun pakcik itu dibenarkan meneruskan perjalanan! ketika polis tersebut memeriksa kenderaan dihadapan, beliau menarik walkie-talkie yang tergantung dan memegangnya tidak jauh dari telinga kirinya, kemudian menekan butang sambil berkata 
"kereta tu baru sahaja lepas". sambil melepaskan kereta kedua dan kata-kata itu didengari pemandu honda, sekarang tiba giliran keretanya. pemandu itu memberikan salam, salam dijawab dan polis trafik itu berkata
"ok jalan" ketika itu walkie talkie berbunyi! dan pemandu itu suda beredar
"kereta tu pun baru je terlepas..." didengari melalui cermin belakang yang terbuka ketika kereta itu sudah melewati polis yang sedang menahan kereta dibelakang. 
"Fuh! nasib baik lepas.." kata pemandu honda sambil melepaskan nafas lega. 

cuma satu sahaja lagi cara untuk memastikan beliau benar-benar terlepas. jika pembaharuan cukai jalan tiada masalah maka itu menandakan pegawai jpj tidak dapat mengenalpasti nombot plet ketika kejadian itu, atau tiada surat saman ekor yang sampai ke rumah.

beberapa bulan kemudian, memang tiada surat saman ekor dan pembaharuan cukai jalan dengan JPJ juga tidak mengalami sebarang masalah. yang pasti, itu bukanlah kejadian kali pertama! malah bukan juga yang terakhir! Mungkin ianya hanya kebetulan, membuat sesuatu yang salah, tetapi bernasib baik dengan situasi tersebut. Siapa tahu niat dan tujuan watak yang sedang bermusafir dipermudahkan Allah. 

PS: sekali lagi diingatkan penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda cuba meniru aksi watak yang diceritakan dalam kisah benar ini dan tertangkap. bak kata Aaron Aziz dalam Fear Factor "sesiapa pun dilarang meniru atau melakukannya walau dimana dan pada bila-bila masa pun!"

(HOME)

Monday, July 15, 2013

Alamak!! Polis!! (Kisah Benar)

Assalamualaikum, 

Sebelum memulakan cerita kali ini, adalah di nasihatkan para pembaca sekalian agar tidak mengikuti apa yang telah dilakukan oleh watak yang diceritakan dalam kisah ini. mungkin apa yang berlaku adalah kebetulan at the right time at the right place atau mungkin hanya kerana nasib yang telah ditakdirkan berlaku pada hari itu.

(Base on Real life event)

Kelihatan sebuah kereta Honda membelah kesunyian jalan yang lengang dipandu dengan kelajuan melebihi had laju yang ditetapkan. daun-daun kering berterbangan diatas jalan apabila kereta itu menyusuri jalan yang diselaputi helaian daunan yang gugur dari pokok kayu di perkampungan di kiri dan kanan jalan. sesekali pemandu itu mengerling ke screen GPS yang dilekatkan pada dashboard kereta. Estimated Time arrive (ETA) berkurangan setiap beberapa belas kilometer dilalui.

Hanya beberapa motorsikal dari kawasan kampung sahaja yang melalui jalan tersebut. apabila kereta melepasi kawasan kampung, kiri kanan jalan hanyalah terdapat hutan. beberapa ketika kemudian barulah pemandu itu terpaksa memotong beberapa lori kecil dan lori panjang dan lebar. Pada mulanya memotong kenderaan berat mudah sahaja sehinggalah kereta itu melalui jalan berbukit dan laluan berselekoh tajam. selepas memotong lori panjang terakhir pemandu kereta tersebut sedar hampir keseluruhan jalan selepas itu adalah jalan garisan berkembar (double-line) dan jalan yang banyak selekoh.

Tidak berapa lama kemudian kereta tersebut terpaksa mengekori sebuah treler panjang dan lebar yang hanya berkelajuan 50-70 km sejam. pemandu itu cuba mencari peluang untuk memotong kenderaan berat tersebut namun jalan dengan selekoh merbahaya membataskan niatnya. kenderaan yang datang dari arah bertentangan juga kelihatan semakin bertambah bukan sahaja kereta malah kenderaan berat lain juga datang dari arah bertentangan.

Beberapa minit berlalu kereta itu masih lagi terpaksa mengekori treller tersebut, memandu pada kelajuan seperti treller itu amat menguji kesabaran. Tiba-tiba pemandu itu menyedari sebuah kereta proton wira hitam semakin menghampiri belakang keretanya. kereta itu juga terpaksa mengekori sahaja dari belakang mungkin juga tidak berani memotong dengan selekoh berbahaya dan juga di jalan double line di sepanjang perjalanan tersebut. kedua-dua kereta tersebut terpaksa mengekori treler hampir 20minit dengan penuh kesabaran.




Tiba-tiba peluang untuk memotong terbuka didepan mata, cuma masih berada di jalan double line dan apalagi bila tiada kenderaan yang datang dari arah bertentangan! tanpa membuang masa pemandu terus menekan accelerator dan memecut untuk memotong treller di depannya tanpa menoleh kepada GPS yang sedang menunjukkan simbol sekatan jalan pihak berkuasa. kereta hitam dibelakangnya juga turut memecut mengikuti kereta pemandu di depannya.

Alangkah terkejutnya kedua-dua pemandu berkenaan apabila terlihat seorang pegawai memegang bendera kecil 200 meter dihadapan mengarahkan untuk berhenti kerana kesalahan memotong di jalan 'double line'. pemandu honda melepaskan pedal accelerator dan kelajuan menurun terlepas 50 meter kedepan dari pegawai yang berada di tengah jalan yang juga cuba menahan kereta hitam di belakang. 
Gambar Hiasan

Pada masa yang sama pemandu honda itu memikirkan plan kalau berhenti memang confirm duit melayang, kalau tak berhenti belum tentu lagi duit melayang. jika memecut kembali tentu sekali pegawai tersebut tidak dapat mengenalpasti nombor pendaftaran melainkan nombor pendaftaran kereta hitam dibelakangnya. tanpa berfikir panjang pemandu itu terus memecut kembali. melihatkan situasi itu pemandu kereta hitam juga mengikut memecut tanpa menghiraukan pegawai yang kelihatan panik dan berlari ke post dalam kelam kabut pegawai itu juga cuba mengelak daripada dilanggar treller menyebabkan treller itu berhenti dengan mengejut.

pemandu honda ketawa bersahaja melihat gelagat dua pegawai muda di post yang sedang kelam kabut melalui cermin pandang belakang. kereta hitam masih berada dibelakang kerana pemandunya hampir memberhentikan kereta betul-betul di depan post semasa di tahan. cuma apa yang tidak menyedapkan hati apabila ternampak walkie-talkie di tangan pegawai di post. alat komunikasi seperti ini mempunyai capaian 3-6 kilometer radius. mungkinkah ada operasi sekatan lalulintas lain 3-6 kilometer selepas post tersebut?

penumpang disebelah pemandu honda bertanya
"ok ke buat macam tu tadi?"
"memang salah, tapi kalau berhenti dah confirm kena denda maksimum 'red handed' lak tu, kalau lari belum tentu lagi dia dapat ingat nombor plet, lain la kereta kat belakang tu, dia dah nak berhenti depan post tapi boleh pecut balik, sah-sah la nombor plet kereta tu diorang dapat.."

dua kilometer kemudian mereka tiba di lampu isyarat. mereka belum mengetahui apa yang bakal di hadapi selepas lampu isyarat tersebut!

Bersambung... (Baca Sambungan)

Friday, July 05, 2013

How To Improve Your Life

Personality
1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
3. Don't over do; keep your limits 
4. Don't take yourself so seriously; no one else does 
5. Don't waste your precious energy on gossip 
6. Dream more while you are awake 
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present 
11. No one is in charge of your happiness except you 
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
15. Call your family often
16. Each day give something good to others 
17. Forgive everyone for everything 
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6 
19. Try to make at least three people smile each day 
20. What other people think of you is none of your business 
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do. 
23. GOD heals everything 
24. Do the right things 
25. However good or bad a situation is, it will change 
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up 
27. The best is yet to come 
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful 
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it 
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy. 

While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with. Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you. 

PS: coming soon Kisah Benar in the making, recently my blog page could not be viewed due to some technical reason. sorry for any inconveniences, I have just resolved the problem. Thank you for your support! 

Tuesday, June 18, 2013

Nak kahwin Dengan Awek Cun Punye Pasal

Assalamualaikum, 

Earlier today aku terbaca iklan kahwin dalam facebook cuba korang baca iklan dibawah:

PENGUMUMAN PENTING....PENGUMUMAN.....ikhwan mesir umum utk sesiapa yg sanggup utk ambil muzslimat syria sbg isteri hanya usd 40 shj... sekarang ramai berada d masjid2 di sekitar kaherah... masih muda2 lg lingkungan 15-20. .berrminat sila beri nama ke Ust Azizul: 01995xxxxx.Haaaa! Mari2 kita kawin ramai2
Mahar - Rm120
Airfare nak bawak dtg sini - Rm2000
Kenduri Kecik2 amik catering ngan 200 org x rm10=rm2000
Kadi + paperwork - Rm300
Total - Rm4420 dpt bini lagi sorang!

Aku rasa ramai juga yang terbaca about iklan ni, lagi-lagi bila gambar awek ala-ala mat salleh yang di post dalam iklan tu

Guess what? by 6:30pm dah berjangkit masuk dalam group whatsapp. lepas dinner, bila mengadap notebook, aku buka facebook, rupa-rupanya macam cendawan tumbuh selepas hujan daaa! that same advertisement penuh dengan beratus share! 

Apa yang nak buat aku tergelak lak, bila ramai yang dah start pasang angan-angan nak 'buka cawangan'. dan juga ada yang tanpa segan silu comment dalam iklan facebook dalam that shared advertisement, dan seriously betul-betul nak pasang lagi satu! dan aku perasan memang dari cara yang aku observe diorang memang nak for real! dan semestinya kalau wife dia baca comment diorang, ada kemungkinan terjadi perang dunia dengan pinggan mangkuk melayang?(oh!)

jadi aku pun send this to one friend, dan commentnya "so young! 15" ye la kalau ikut islam dah akil baligh dah boleh kawen. cuba bayangkan 15 tahun? kalau kat malaysia ni baru nak amik PMR! what a pity. 

sebenarnya semua ini adalah tidak benar... cuba korang fikirkan, kenapa bila pasal perkahwinan begitu cepat berita mendapat sambutan dan terus di share tanpa usul periksa. dan perbincangannya jauh menyimpang dari niat asal. Tapi bila di ajak bersama-sama dalam perjuangan solidariti rakyat syria, sambutannya sungguh menyedihkan.

apa yang berlaku disebalik realiti iklan ini juga amat menyedihkan. mereka sebenarnya dijual seawal usia 14 tahun untuk dipaksa berkahwin atau dijadikan hamba pelacuran selepas menjadi pelarian.

PS: to my friends yang beria-ia sangat petang tadi memang nampak aku asyik silent je, but I am observing. rasa macam nak dedahkan, tapi biarlah rahsia what goes in whatsapp stays in the whatsapp, and so is facebook. aku tak interested dengan iklan tu, tapi kalau ada peluang untuk mati syahid alangkah beruntungnya peluang sebegitu!
PS2:semoga kita tidak lari dari niat yang asal, dan moga Allah memberi hidayah kepada kita semua. 




Untuk bacaan lanjut, berikut merupakan keratan berita dari The Telegraph

Syrian Girls 'Sold' Into Forced Marriages

In Jordan, hundreds of Syrian females have been affected by an informal trade that has sprung up since the start of the war in Syria, where men use "agents" to source Syrian refugees to use for sex.

Often this is done under the guise of "marriage": The 'dowry', which in Muslim society is traditionally paid by the groom as a guarantee of the bride's security has become a payment for sex. And the "marriage", is an affair that lasts only a few days or even hours.

"We realised these were Mut'ah or 'pleasure marriages'," said Ziyad Hamad, whose charity, Kitab al-Sunna, is one of the largest organisations working with Syrian refugees in Jordan. "It is a fake marriage; they use handwritten documents that are not registered by a Shiekh [religious leader].

Men travelled from Saudi Arabia and other countries to marry girls in the camps. They would pay rent for a home outside the camp and tell the women they would support them. Then they would have sex with them and divorce them one week later."

Mr Hamad said: "They would tell them: 'we will marry you like this now and then formalise it when we go to Saudi Arabia.' But then they would leave and change their phone numbers. Many Syrian girls have been impregnated and abandoned in this way."
(HOME)

Saturday, June 08, 2013

Kisah Duit Syiling Dan Batu

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar kiasan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages