gambar hiasan |
(sambungan dari episode lalu)
Seminit berlalu, tiada apa-apa reaksi dari polis-polis yang berada di guardpost 7 meter dibelakang kereta Civic eric. eric keluar dari kereta dan menghampiri polis yang menahannya tadi.
"whats the problem?" tanya eric
"maa fii musykila, go and sit heena..... sit in car" (english memang fail)
eric memasuki semula keretanya, beberapa ketika kemudian, kelihatan seorang ketua pegawai polis berpangkat tinggi yang berkulit gelap berbincang dengan empat orang polis yang lain. sebatang rotan dikepit diketiaknya dan kelihatan seperti jeneral negara afrika yang gila kuasa seperti dalam filem hollywood. seorang dari lima orang polis meneliti cermin sisi kanan kereta eric. lalu eric keluar dari keretanya, dan di hampiri oleh ketua polis tersebut.
"you have accident back there?" kata mamat gelap tu sambil menunjukkan jalan dibelakang checkpoint.
"no" jawab eric ringkas.
"you hit other car?"
"no"
ketua polis tersebut menunjukkan kesan hitam di hujung side mirror kanan kereta eric, eric ternampak kesan hitam sebesar syiling sepuluh sen tersebut dan beliau tau itu adalah kesan lama akibat di gesel oleh kenderaan lain di sekitar bandar jubail berbulan yang lalu.
polis-polis tersebut bercakap sesama sendiri dalam bahasa arab, dan mereka kelihatan seperti menunggu seseorang. ketua polis mundar-mandir diantara eric dan pasukan polisnya dengan muka yang bengis. pemandu-pemandu kereta lain yang melepasi checkpoint melihat-lihat dengan penuh tanda tanya. beberapa ketika kemudian sebuah pacuan empat roda yang masih baru dan berkilat, parking betul-betul di belakang kereta eric. seorang pemuda arab berjubah putih turun dari kenderaan dan ketinggia arab tersebut cuma pada paras bahu eric.
"haza honda civic?" (honda civic inikah?) tanya ketua polis kepada lelaki tersebut
"ai" jawab pemuda tersebut
"you see this? you hit this car with your side mirror?" kata ketua polis kepada eric dan menunjukkan kesan calar bewarna putih kesan dari kereta bewarna putih
"no, If I did I will realize it" kata eric sambil bersahaja mengosokkan kesan putih dengan hujung jari telunjuknya pada satu garisan calar yang sepanjang lebih satu meter tersebut.
kesan putih itu hilang serta merta apabila digosok dengan jari, cuma kesan cat putih sahaja yang tercalit pada kenderaan kelabu tersebut, tiada lekuk pun. perbuatan itu di saksikan oleh pemilik kereta tersebut termasuk ketua polis. tuan punya kenderaan dan seorang polis juga meniru membuat demikian dan kesan itu hilang. kelihatan pemuda arab itu agak lega kerana hanya kesan cat putih yang melekat di sisi SUV tersebut.
"what is your speed" tanya ketua polis gelap tu lagi
"hundred fifteen."
"hundred fifty?"
"no, hundred fifteen, one one five" jawab eric
"one one five? mustaheel.." kata ketua polis tidak percaya.
eric mula muak dengan gelagat mereka lalu berkata
"okay, if it is my mistake I am sorry, but I'm sure it was definitely not me".
"this guy must be crazy" kata tuan punye kenderaan dalam bahasa arab kepada ketua polis
eric buat tak tau seolah-olah beliau tidak faham walau beliau tahu berbahasa arab hasil pengajian arab semasa sekolah menengah.
"you drive pass the yellow line" kata pemuda tersebut
"what? i dont understand?" kata eric.
lalu arab tersebut menunjukkan line kuning dan mengatakan eric memandu laju dan memotong luar dari garisan kuning sebelah fast lane.
"no I did not, i drive in second lane" kata eric tegas
arab tersebut mengangkat kedua-dua tangannya seolah-olah sudah give-up.
eric buat muka selamba, walaupun tekaknya terasa perit.
"biar sahaja dia pergi" kata pemilik kereta tersebut dalam bahasa arab kepada ketua polis dan polis-polis yang berkerumun di situ, mungkin dia sendiri mula menyedari dia tersalah orang, dan eric mengagak kesan putih itu mungkin dari kereta camry putih yang di lihatnya sepuluh minit sebelum sampai ke checkpoint tersebut yang hampir menggesel keretanya juga.
(gambar Hiasan)this model |
"what is your speed?"
"one one five"jawab eric tegas
"the speed limit is 120." kata ketua polis lagi sambil mumbling entah apa dalam bahasa arab
" so? I am following the speed limit.." tetapi didalam hati eric menjawab "abis tu ko nak aku drive 150 ke?"
riak muka ketua polis itu menunjukkan seperti masih belum puas hati. di dalam hati eric pula berkata mentang-mentang la aku orang luar ingat senang-senang ke nak di perkotak-katik. entah mengapa hari itu eric lansung tidak berpeluh atau gerun dengan polis tersebut. mungkin kerana beliau tahu beliau memang berada pada pihak yang benar.
"are you sure you driving at hundred fifteen?"
"of course I am sure"balas eric
"you should drive at hundred twenty" kata ketua polis lagi. (aik gitu lak? bukan should not exceed that limit ke?)
agaknya ketua polis tersebut dah kehabisan modal pendakwaan dan tiada bukti sahih yang boleh menyalahkan eric.
"okay, just go" kata ketua polis membenarkan eric pergi. eric berjalan menuju ke keretanya tetapi menyedari kad pemilikan keretanya masih dipegang oleh salah seorang polis yang berada di dalam post polis berkenaan. lalu eric berpatah balik ke arah ketua polis
"my istimarah is still with one of your men"
ketua polis itu mengarahkan seorang pegawainya mengambil istimarah eric di dalam guard post. pegawai tersebut masuk ke guard post dan menyerahkan kad tersebut kembali kepada eric. eric kembali ke keretanya dan terus beredar dari tempat berkenaan. dalam perjalanan pulang eric terfikir, jika ketua polis tersebut lansung tidak tahu berbahasa inggeris pasti situasi menjadi berlainan malahan lebih buruk daripada situasi tersebut.
di negara ini, kereta yang bercalar atau kemik akibat bergesel jarang di hiraukan warga arab, di mana-mana sahaja boleh dilihat kenderaan demikian. pada pemikiran Eric mungkin tuan punya Lincoln Navigator tersebut baru membeli kenderaan tersebut tak sampai sebulan, tetapi telah tercalar.
Apa yang peliknya mengapa kereta eric yang di salah anggap sebagai kereta yang mencalarkan kereta lain? hampir lapan puluh peratus eric berada di lane tengah dan masuk ke lane laju cuma apabila memotong tanpa melepasi garisan kuning. bagaimana polis berkenaan boleh menahan kereta eric sebelum pacuan empat roda tersebut tiba di checkpoint? mungkinkah selepas di gesel camry putih, pemandu escalade cuba mengejar tanpa mengenalpasti kereta apa yang mengesel keretanya, lalu menelefon polis? camry tersebut dipandu terlalu laju dan agak mustahil untuk dikejar, dan pastinya escalade tersebut berada di fast lane, yang menyebabkan camry tersebut memotong diluar garisan kuning yang ruangnya agak limited.
apabila tiba di rumah eric sudah keletihan, tekaknya semakin pedih, badannya semakin panas. mungkin antibody eric hampir di kalahkan oleh virus pada malam itu. keesokannya eric demam panas dan kehilangan suara. and thats why cerita ni hanya diceritakan seminggu kemudian. (kalau eric sakit tekak, biasanya hari berikutnya eric loss his voice)
PS: ketika menulis blog ini eric masih mengalami batuk yang kronik (night time only). ubat batuk saudi memang tak berguna. ubat batuk Kementerian kesihatan malaysia gak yang power. How to cure this type of cough?
No comments:
Post a Comment