Selepas solat zohor eric terus ke safwa tower untuk lunch. pada masa yang sama Eric telah berpakat dengan family untuk menunaikan umrah sekali lagi selepas waktu isya'. selepas waktu zohor pula eric mengajak familynya untuk minum petang di D'saji. cuma ibu dan ayah eric sahaja yang tidak ikut bersama. selepas berbual sambil minum petang, Kaklong eric mengajak untuk mendengar ceramah mengenai umrah di hotel keluarganya. apabila memasuki dewan rupa-rupanya ibunya telah berada dalam dewan ceramah itu lebih awal.
di dalam ceramah itu banyak perkara yang diterangkan berkaitan dengan umrah dan sebagainya. antaranya mengenai sejarah pembinaan kaabah oleh Nabi Ibrahim (AS), hajarul aswad dan perkara-perkara yang perlu dijaga ketika berada di kota Makkah.
Sesungguhnya segala niat dan amalan baik yang dilakukan dikota makkah ganjarannya amatlah besar, termasuklah dengan niat yang baik. Bagaimana pula dengan niat yang buruk? sebagai contoh, jika seseorang berniat untuk mencuri, niat tersebut tidak dicatat sehingga orang itu melakukannya. tetapi jika berada di makkah, apabila berniat untuk mencuri, niat itu sahaja sudah mendapat laknat apalagi jika melakukannya! jadi sentiasalah kita berniat yang baik sahaja dan menjaga perilaku ketika berada di sana.
Sesungguhnya segala niat dan amalan baik yang dilakukan dikota makkah ganjarannya amatlah besar, termasuklah dengan niat yang baik. Bagaimana pula dengan niat yang buruk? sebagai contoh, jika seseorang berniat untuk mencuri, niat tersebut tidak dicatat sehingga orang itu melakukannya. tetapi jika berada di makkah, apabila berniat untuk mencuri, niat itu sahaja sudah mendapat laknat apalagi jika melakukannya! jadi sentiasalah kita berniat yang baik sahaja dan menjaga perilaku ketika berada di sana.
Diceritakan mengenai sejarah Hajarul aswad dimana batu tersebut bercahaya pada mulanya dan dari cahaya tersebutlah malaikat menandakan sempadan kota makkah. batu yang pada asalnya putih bercahaya tetapi bertukar hitam akibat dosa-dosa manusia. Hajarul aswad juga pernah pecah menjadi 8 bahagian kecil, dan apabila mengucup hajarul aswad salah satu dari batu tersebut pasti akan bersentuhan dengan wajah. dan ia akan menjadi saksi apabila Allah membangkitkan Hajarul Aswad pada hari perhitungan (akhirat) kepada orang yang pernah menyentuhnya. tambah ustaz lagi, bagi sesiapa yang meminta tolong untuk mengucup hajarul aswad dengan bayaran walau sedikit pun, maka perbuatan itu hanyalah sia-sia dan tidak mendapat sebarang ganjaran (ada sindiket yang meminta bayaran hingga 1000riyal)
didalam makam Ibrahim |
Ustaz juga ada menyebut tentang tempat tempat doa istijab antaranya di hajarul aswad, Multazam, didalam hijir ismail dan bucu rukun yamani ke hajarul aswad (doa keampunan dan kesejahteraan).
eric berazam untuk berdoa di kesemua tempat tersebut, dan akan mencuba untuk mengucup hajarul aswad buat kali kedua walau beliau pernah mengucupnya hajarul aswad ketika kunjungan umrah yang pertama. selepas solat isya' hari itu eric menghubungi kaklongnya supaya dinner terlebih dahulu kerana pakej keluarganya menyediakan dinner selepas solat isya' dan sempatlah eric untuk mandi sunat ihram dan memakai ihram. malam itu selepas tiba dari miqat mereka bercadang untuk berumrah secara sendirian untuk tidak mengambil masa yang agak lama. eric adalah antara yang terawal menyudahkan ibadah umrah walaupun agak tersekat ketika sa'ie kerana kerja-kerja pembersihan dilakukan pada kedua-dua arah antara safa dan marwah.
kesesakan kerana kerja pembersihan |
Apabila selesai solat jumaat, eric cepat-cepat keluar untuk mengelakkan beratur dan menunggu lama untuk keluar dari pintu masjid seperti sebelumnya, especially selepas solat jumaat. agenda seterusnya adalah lunch, nampaknya tiada choice lain kalau nak makan masakan malaysia selain makan di D'saji lagi.
Bersambung lagi...
PS: tak suka sambung-sambung ni tapi panjang-panjang kang liat lak nak baca, so next is last part for this episode.. FREEZE!
PS2: please correct the fact if I'm wrong, just tulis apa yang ustaz cakap.
No comments:
Post a Comment