nuffnang

nuffnang LR

Saturday, May 14, 2011

Episode 38: Umrah V





Hi dear readers! this week terlewat sikit post blog, kerana baru pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga di makkah dan keadaan kesihatan yang diluar jangkaan, bukan itu sahaja tetapi blogger tak dapat di edit kerana under maintenance.


Sebagaimana yang telah di ceritakan dalam episode 36 eric mempunyai 3 target untuk dicapai sebelum pulang semula bekerja di tanahair ataupun other region around the world. Dari yang di ceritakan, target kedua eric adalah fully sponsor parentnya untuk mengerjakan ibadah umrah. pada 27 April tibalah kedua ibubapa eric bersama dengan dua daripada adik beradik Eric (Kak Long dan Chik) di Kota Madinah.


Kali ini eric memilih untuk terbang ke kota Makkah untuk berjumpa dengan keluarga di sana sambil mengerjakan ibadah umrah. Keluarga eric juga turut membawa barang yang di pesan oleh eric. Cargo yang paling penting adalah ubat batuk Kementerian Kesihatan (KK) hehehe. (eric bukan penagih ubat batuk k!) kenapa ubat batuk KK? takde ubat batuk ke kat saudi? Ada, cuma ubat batuk saudi memang tak boleh diharap! Eric masih batuk-batuk hingga 3 minggu berturut-turut walau memakan ubat batuk yang diberi oleh hospital saudi. mungkin korang tau, ubat batuk KK memang power, makan je 2 hari terus hilang batuk. dan biasannya kalau mengikuti rombongan umrah, pihak pengurusan akan menyarankan untuk membawa sendiri ubat-ubatan dari malaysia.


Eric tiba di lapangan terbang Jeddah tepat jam 10 malam selepas 2 jam penerbangan saudi Airline dari dammam bersama dengan satu couple malaysia juga dari jubail. bagi orang (lelaki) yang pertama kali mengerjakan umrah melalui penerbangan, mungkin akan terasa agak janggal kerana terpaksa memakai ihram dari rumah hinggalah selesai ibadah umrah tersebut. apa taknya cuma dua helai ihram yang menyaluti badan, no boxers or undies ketika menaiki kapal terbang hehehe. Ini kerana apabila pesawat melalui miqat masa tulah jemaah umrah mesti melafazkan niat dalam masa kurang dari 5saat apabila juruterbang mengumumkan ketibaan di miqat atau screen display countdown-timer ketika pesawat terbang melepasi miqat. Kot ye pun takkan nak pakai ihram dalam pesawat, sekali terkena air pocket mau pengsan pramugari terpandang accidental 'tiger show'. jadi, it is recommended untuk berihram dari rumah dan niat ihram mengerjakan umrah ketika pesawat terbang melepasi miqat.


dari jeddah international airport mereka ber-4 berkongsi teksi untuk menuju ke kota mekah dengan menaiki teksi MPV dengan tambang sebanyak SR200. selepas satu jam perjalanan mereka tiba di hadapan safwa tower, kelihatan begitu ramai orang yang memenuhi dataran masjidil haram.
"tengah-tengah malam macam ni pun ramai lagi orang" kata En. Zahirrudin ketika teksi membuat U-turn berhampiran safwa tower.
"macam ni barulah happening" celah isterinya berseloroh


selepas menurunkan bag dari ruangan bagasi teksi tersebut, mereka membawa haluan masing-masing. family eric yang telah tiba di Makkah beberapa hari lebih awal ditempatkan dalam satu bilik, di hotel yang terletak kira-kira 250m dari masjidilharam. Ibu eric yang sebelumnya turun mencari eric di hadapan safwa tower pulang semula ke hotel kerana kali kedua eric menelefon, eric telah tiba di hotel tersebut dan tidak perasan dimana berselisih kerana terdapat dua lorong berlainan untuk ke hotel tersebut. beberapa minit kemudian barulah eric bertemu dengan ibunya di hadapan bilik keluarganya. lama tak lama sudah 5bulan eric tidak bertemu keluarganya,lalu eric bersalam dan mencium tangan ibunya. eric tidak mengejutkan ayahnya kerana diberitahu tidak berapa sihat. kadangkala ayah eric terbatuk-batuk dalam tidurnya. di dalam bilik barulah kaklong dan adik eric terjaga dari tidur. mereka berbual sementara sebelum eric masuk ke tandas dan berwudu' untuk menunaikan tawaf dan menyelesaikan ibadah umrah.


eric cuma sekadar menumpang meletakkan bag di dalam bilik keluarganya kerana biliknya ditempah hanya pada keesokan pagi. apabila selesai saie dan tahallul eric dan isterinya berehat sebentar di dalam masjid sementara menunggu waktu subuh, oleh kerana keletihan, mereka tertidur disitu hinggalah kedengaran azan yang pertama di laungkan pada pukul 3:30 pagi. apabila terjaga eric agak terkejut kerana ruangan tersebut yang sebelum itu kosong, hampir separuh daripada ruangan solat sudah dipenuhi beberapa orang jemaah.


mereka bangun dan berwudu' di basement di luar baitullah. apabila kembali semula ke dalam masjid, hampir segenap pelusuk masjid dipenuhi jemaah yang sedang menunggu waktu subuh. agak lama eric menunggu waktu subuh tiba sehingga tersengguk-sengguk mengantuk sebelum azan subuh dilaungkan. walaupun bacaan surah oleh imam ketika solat subuh agak panjang, tetapi perasaan tenang menyelubungi kerana sekali lagi dapat bersolat subuh di masjid yang lebih afdal dan besar ganjarannya. 


apabila pulang dari masjid, dalam pakaian ihram eric berbaring di salah satu katil antara lima katil di dalam bilik keluarganya sebelum keluarganya keluar bersarapan lantas tertidur. selepas  ibunya pulang dari sarapan dan membawa roti untuk eric sebelum ibu dan adik eric keluar untuk menunaikan umrah untuk kali kelima, eric menukar pakaian dan menyambung tidur, sekali sekala terdengar ahli keluarganya berbual didalam bilik itu. 


pada pukul 9 pagi kedengaran telefonnya berbunyi, rupa-rupanya ustaz helmi yang menelefon memberitahu bilik untuknya sudah kosong di hotel hijjaz palace. eric bertemu dengan ustaz untuk urusan pembayaran bilik di hotel yang telah di'booking' hasil pertolongan ustaz. booking dibuat selepas eric memohon pertolongan ustaz menerusi telefon seminggu sebelum tiba di kota makkah.


Selepas check in dibiliknya, eric berbaring dikatilnya beberapa ketika sebelum mandi dan memakai jubah untuk solat zohor di masjid. ketika itu orang ramai sudah memenuhi ruang sembahyang yang berkarpet, eric juga sempat solat sunat di situ bersebelahan dengan ruangan solat wanita yang terpisah dengan rak Al Quran. Di kiri kanan eric semuanya pakcik-pakcik dari berlainan negara.


tiba-tiba datang seorang pengawas wanita bersama seorang rakan menghalang jemaah wanita yang ingin memasuki ruang solat wanita tanpa apa-apa sebab sambil menjerit "yallah hajji" dan menghalau jemaah wanita untuk pergi ke tempat lain tanpa mengira tua atau muda. semua jemaah lelaki disitu berpaling kebelakang melihat gelagat pengawas tersebut, rakannya pengawas tersebut pula merakam video melalui telefon bimbit sambil memberi bahasa isyarat seperti orang bisu. pengawas itu seolah-olah sengaja menghalang jemaah wanita dari memasuki ruang sembahyang wanita sambil menunjukkan seolah-olah beliau yang berkuasa di kawasan itu. jemaah lelaki berhampiran mula terasa gelagat pengawas tersebut agak menjengkelkan dan mengganggu ketenteraman masjid. 


mengapa menghalang orang yang ingin memenuhi saf solat, mengapa orang arab sahaja di benarkan masuk? jaraknya diantara eric cuma 5 meter, oleh kerana terganggu dengan jeritan dan gelagat wanita itu. eric terasa seperti mahu kebelakang pengawas tersebut dan menarik  tudung labuhnya biar wajahnya di kenali orang yang dihalangnya. tetapi eric tidak meneruskannya kerana menghormati masjid. beberapa polis arab mula mengawal pintu masuk dan menghalang jemaah yang baru sampai dari memasuki masjid. 


tiba-tiba seorang arab yang memakai ihram tidak puas hati kerana di halang polis. seorang polis muda cuba menghalang tetapi dengan pantas lelaki tersebut menepis dan menolak polis dengan kasar sambil menengking polis tersebut. keadaan menjadi riuh-rendah, beberapa orang polis datang membantu rakannya sambil cuba di tenangkan oleh seorang polis yang berbadan gempal. lelaki arab itu masih tidak berpuas hati tetapi menengking lagi polis-polis dihadapannya.  keadaan kembali tenang apabila Iqamat dilaungkan untuk memulakan solat zohor. 


bersambung.. 
PS: part II ada cerita sejarah pembinaan kat mekah sket. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages