"amacam cuti panjang.. best?"
Dear readers, lama menunggu new blog published? Sepanjang balik memang tak berapa sempat nak jenguk blog, sempat post dua blog je dengan menggunakan blackberry.
Tiga minggu balik Malaysia rasa macam kejap je. Walaupun 3 minggu, hingga hari terakhir pun masih sibuk lagi. Sepanjang 3 minggu eric terpaksa 3 kali ulang alik Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Sambil-sambil nak settlekan beberapa perkara penting sempat juga melepaskan geram pada makanan-makanan yang memang tiada di saudi. Cuba check list dalam blog sebelum balik hari tu. Semua dapat dan hampir kesemuanya terpublished dalam facebook melalui foursquare.
Dah dua hari sampai balik ke saudi, terpaksalah off balik blackberry service. sampai je airport dammam, blackberry dah stop functioning walaupun belum set blackberry off lagi. kalau nak pakai saudi punye blackberry service memang tak berbaloi, dah lah service teruk, mahal lak tu 4kali ganda dari malaysia.
Bila check-check balik blog statistic, dua hari terakhir sebelum tiba di saudi nampak page visited statistic meningkat. aku tau kenapa meningkat dan visitors are mostly from saudi. aku tau apa yang diorang sedang cari. hari ni aku tak nak cerita pasal ni dulu, hanya aku yang tau tentang perkara ni dan beberapa kenalan rapat sahaja. kalau nak tau kenalah tunggu next post atau post seterusnya, tu pun kalau aku ada interest nak menulis cerita tu. or should i keep it as secret? tengok la cemana nanti.
kalau ikutkan hati mahu je balik terus dan tak datang balik. memang dah ada barang yang dibawa balik terus dan aku tak nampak aku akan masih berada disini selepas bulan july. ini antara doa aku ketika mengerjakan haji dulu. bukan di company yang sama. not anymore, and it is really happening. alhamdulillah tak perlu lagi aku tengok muka arab-arab haprak yang perangai macam abu lahab dan abu jahal! (seems like I'm on fire.. or I better stop now before other bad words explode)
No comments:
Post a Comment