nuffnang

nuffnang LR

Monday, July 30, 2012

He's The Engineer


pernahkah anda memandu kereta lumba? Kalau tak pernah memandu kereta lumba, Pernahkah kamu menonton perlumbaan kereta? Kalau tak pernah pun bolehkah kamu bayangkan yang kamu sentiasa mengikuti perkembangan seorang pelumba formula 1 yangterkenal.

Baiklah, katakanlah anda seorang peminat F1 sejak berbelas tahun dahulu. anda sentiasa menonton sessi perlumbaan seorang pemandu muda. selepas beberapa perlumbaan kelihatan semakin ramai yang meminati pelumba tersebut. dan pemandu tersebut semakin selesa dengan perlumbaan yang memerlukan kecekapan secara fizikal dan mental, juga aliran adrenalin didalam darahnya. 
Kenaper? Tak percaya?

beliau dapat bertahan hingga ke tahap 5G apabila memecut hingga melebihi 310kmj dan membelok di selekoh dengan penuh kelajuan. sorakan peminat dan peningkatan skill pemanduan membuatkan beliau mencintai pekerjaannya sebagai seorang pelumba. apatah lagi apabila berjaya meraih beberapa kejuaraan dan menjadi juara selama beberapa musim perlumbaan dan menempa nama dimata dunia. tidak lupa juga beliau ditawarkan kontrak bernilai jutaan ringgit. 

selepas mencapai umur persaraan pelumba tersebut bersara, tetapi dipilih menjadi seseorang yang penting didalam pasukan perlumbaannya dan kariernya berkembang hingga menjadi seorang ketua pasukan dan orang terpenting didalam organisasi pasukan tersebut.
bagaimana pula jika situasinya berlainan? bagaimana jika selepas beberapa lama memandu didalam perlumbaan tiba-tiba dijadikan hanya test driver atau memandu secara virtual? tiada terasa pecutan adrenalin, tiada merasakan daya 5G, tiada sorakan peminat, tiada saingan, tiada kejuaraan dan hanyalah imaginasi virtual semata-mata. apatah lagi tawaran kontrak jutaan ringgit? dan selepas bersara tidak dapat menceburi dan meningkatkan karier didalam bidang perlumbaan yang menjadi darah dan dagingnya? adakah beliau akan mencintai kerjaya barunya itu? tentu sekali tidak bukan?

sekarang cuba anda bandingkan kedua-dua situasi diatas dengan seorang jurutera mekanikal yang hapir sepuluh tahun bekerja di dalam plant atau site. bagaimana perasaan seorang engineer itu apabila tiba-tiba terperangkap di dalam pekerjaan yang hanya terperuk didalam pejabat dengan paperwork dan hanya dapat membayangkan jenis-jenis enjin hanya melalui drawing dan data teknikal. tidak dapat merasakan vibration dan bunyi mesin melainkan perbualan beberapa 'ekor' jurutera lain yang seolah-olah mengetahui segalanya yang ternyata amat menjengkelkan dan membosankan. 

kenapa entry kali ni lain macam? kerana eric lah jurutera yang menjadi mangsa sedemikian... sigh...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages