nuffnang

nuffnang LR

Saturday, July 21, 2012

Terrrr Beli Kereta

Kat brunei ni kalau nak rely to public transport, kalau setakat kat bandar seri begawan mungkin ok, tapi yang luar daripada tu memang agak tak reliable. jadi untuk pergi dan balik kerja eric dah pun menyewa kereta on monthly basis. at least takde la berjalan menghabiskan beberapa jam harian dengan berjalan sahaja.

lain la kalau saudi, nak berjalan? musim panas? musim sejuk? huh tak daya beb. this is brunei, the climate is the same as malaysia cuma banyak hujan sket at my area now. banyak kali gak eric berjalan dalam hujan masa takde kereta. walaupun eric tak tentu lagi nak kerja berapa lama kat sini, ada juga plan untuk membeli kereta.

harga kereta di bandar agak berbeza dengan harga luar bandar yang mana harga luar bandar lebih sikit daripada di bandar. dan harga kereta di sini memang jauh bezanya dengan Malaysia. jarang boleh jumpa kereta yang lebih dari 100K bila di convert ke ringgit malaysia melainkan kereta-kereta sport seperti nissan skyline GTR35, 370Z, subaru impreza WRX, STI, EVO10 dsb. 


hajat di hati eric cuma nak membeli Honda CRZ je, tapi oleh kerana pusat servis Honda jauh sangat terpaksa membatalkan hajat untuk membeli apa-apa jenis Honda pun. salesgirl pun macam tak berapa expert pasal kereta yang di jual.. lagi la payah untuk meyakinkan eric...

member baru eric kat brunei ni ada membawa eric ke hampir seluruh showroom kereta di sekitar bandar seri begawan, sampai naik pening kepala eric bila melihatkan harga-harga kereta kat sini. bukan sebab harga tinggi, tapi harga rendah. gi tengok proton? sorry beb not in my list...


harga proton kat sini lebih kurang hingga 40% lagi murah dari Malaysia. Kesian rakyat Malaysia bila terpaksa beli harga lagi tinggi dari luar negara. kat luar negara kereta yang sama dengan quality lebih tinggi sedikit berbanding yang di jual secara local, high spec lak tu. agak-agaknya jualan luar negara boleh untung a few percent. tapi kalau jualan tempatan boleh dapat berpuluh percent. tapi quality? tengok lah apa yang jadi kepada pembeli kereta proton preve yang bermasalah? apa proton buat? keep quiet only? sampai bila? opsss terlari topik... 



Ni masa mileage baru 42.3 km, kereta dulu display biru
tapi sekarang merah, kalau ada 'hijau' lagi bagus hahaha..

minggu berikutnya jalan-jalan cari kereta, buat survey showroom around the area. terjumpa lak satu pengeluar kereta yang menawarkan best price siap dengan diskaun raya! puasa belum lagi kereta dah harga hari raya. Brunei ni bila dekat raya memang harga akan di letak diskaun tak kira lah kain untuk baju raya ke, perabot ke termasuklah kereta memang harganya agak unbelievable...


balik rumah fikir punye fikir, bawak semua document, passport, driving license, surat pengesahan company, agreement offer letter... done! 2 hari loan approved, lagi 2 hari kereta registered dengan jabatan pengankutan darat, hari keempat boleh angkat ini kereta! tahun ni baru 2012 tapi beli model 2013 yang ni eric sendiri pun confuse..

4 comments:

  1. Replies
    1. kalau harga mahal macam malaysia, memang tak terbeli, tapi kat sini..maybe thats why orang brunei ada byk kete agaknya...

      Delete
  2. salam eric...owh terrr beli yg x tahan tu...ok la tu...mmg dari dulu lg dah tau yg harga proton dlm Malaysia lg mahal dr luar negara... nak wat camane,...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. tu la dah terbeli, kalau nak blah kena jual balik hehhehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages