nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, February 26, 2013

Nak Lembu Gemuk Atau Kambing Kurus?


Amin (bukan nama sebenar) memang malas jika ayahnya mengajak ke masjid. Jadi, Amin sering memikirkan alasan untuk tidak mengikuti ayahnya ke masjid, atau biarkan ayahnya jugak tidak pergi ke masjid. Antara ingatan yang lucu dalam hal ini adalah apabila Amin mengeluarkan alasan yang ketika itu dia fikirkan agak logik dan tepat.

“Abah, kenapa susah-susah hendak ke masjid? Baik kita solat Jemaah di rumah sahaja. Pahalanya 27 kali ganda juga. Sama saja, solat Jemaah di masjid pun 27 kali ganda juga.”

Masa itu, memang Amin fikir dia bijak sebab dapat bagi idea yang disangkakan bernas. Waktu itu Amin masih budak lagi. Ayah amin terdiam. membuatkan Amin sudah rasa dia yang menang.

Kemudian ayah Amin berkata, “27 ekor lembu gemuk, dengan 27 ekor kambing kurus, mana yang lebih baik?”

Amin terdiam. Tanpa penerangan panjang, ayah Amin terus ke masjid. Pastinya ketika itu Amin harus ikut sama. Budak kecil, kalau melawan padah jawabnya. Apabila sudah besar, memang banyak makna kata-kata itu.

Apabila kita solat fardhu berjemaah di rumah, satu suasana untuk menambah amal itu tidak mudah untuk wujud. Apabila habis solat, doa-doa sedikit, kemudian habis. Biasanya, manusia apabila solat di rumah, sukar untuk die melaksanakan solat rawatib, memanjangkan istighfar, membaca sedikit dari Al-Quran dan sebagainya selepas solat.

Jarang wujud di rumah itu, satu suasana kondusif yang menenangkan jiwa seperti di masjid. Pendek kata, rumah tetap rumah.





Berbeza dengan solat berjemaah di masjid. Apabila kita melangkah sahaja untuk ke masjid, kita sudah mendapat pahala. Setiap langkahan kita akan dikira oleh Allah SWT. Biasanya, masjid mestilah lebih jauh dari bilik tidur kita. Jadi, biasanya, pahala langkahan ke tempat solat apabila kita ke masjid adalah lebih banyak. 

Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang pergi ke masjid pagi dan petang, maka Allah akan menyediakan untuknya hidangan di syurga setiap kali dia pergi pagi dan petang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Masjid pula menyediakan satu suasana yang menyenangkan. Suasana masjid yang biasanya bersih dan indah, bersama orang-orang di dalamnya yang berpakaian bersih. Ada pula mereka yang banyak beramal, membuatkan hati kita lebih lembut untuk turut serta menambah amal. Kadang-kadang apabila tamat sahaja azan berkumandang, sama ada kita perasan atau tidak, secara automatik, kita akan solat sunat tanpa diajak atau disuruh.

Apabila masih ada sedikit masa selepas solat sunat, kita tidak pula isi dengan bersembang-sembang, sebaliknya kita bermuhasabah, berzikir atau membaca Al-Quran. Gerakan tanpa paksaan ini biasanya hanya wujud di masjid. Semuanya kerana masjid menyediakan satu bi’ah (persekitaran) yang istimewa, membangkitkan kecintaan untuk beramal di dalam jiwa.

Itu baru hal sebelum solat. Kita sudah mendapat banyak kebaikan jika kita solat berjemaah di masjid. Apabila solat berjemaah, dapat pula mendengar bacaan imam yang pastinya bukan hanya surah al-Kautsar atau surah al-Ikhlaas yang biasa kita baca apabila solat di rumah. Secara tidak langsung, kita mendapat kebaikan daripada mendengar bacaan imam.

Biasanya kalau kita solat di masjid, kita tidak akan terus bangun begitu sahaja. Semalas mana pun, kita akan beristighfar sebentar sebelum meninggalkan masjid. Lazimnya manusia akan tetap duduk, menunggu wirid selspat solat habis. Kemudian, tubuh akan bergerak sendiri, bangun untuk solat sunat selepas solat fardhu.

Itu semua dalam satu waktu solat fardhu. Bayangkan jika kita bergerak untuk solat berjemaah di masjid lima kali sehari? Masya-Allah! Dalam sehari banyak kebaikan yang kita Berjaya raih. Cuma kita tidak lihat dengan mendalam sahaja akan hal ini. Memang benar-benar 27 lembu gemuk, berbanding solat berjemaah di rumah yang pahalanya ibarat 27 kambing kurus.

Jujurnya, saya agak segan hendak sebut tentang solat berjemaah di masjid ini, sebab saya juga bukanlah seorang yang istiqamah dalam hal ini. Tetapi harapnya, dengan berkongsian  ini, kita sama-sama dapat bermuhasabah diri. Moga Allah berkati diri kita, dan memperkuatkan kita untuk berusaha beribadah secara berjemaah di ‘rumah’-Nya.

Mari, ubah persepsi diri. Sungguh! Segala arahan Ilahi itu ada hikmahnya yang tersembunyi lagi tersendiri.

Creditss to my friend who shared this story
(HOME)

Sunday, February 17, 2013

Rancang Keperluan Kewangan.


Kita boleh simpulkan keperluan merancang untuk empat peringkat kehidupan.

Cuba banding-bandingkan adakah kita mengalami keperluan yang sama dalam fasa kehidupan kita?

FASA 1 - awal 20-an sehingga awal 30-an

Fasa ini dikenali dengan tahun permulaan. Inilah titik permulaan bagi ramai di antara kita yang mulai masuk ke dunia pekerjaan. Tidak kurang juga yang mungkin akan memasuki alam perkahwinan. Jika difikirkan banyak juga keperluan kewangan kita di tahap ini, antara lain:
* Pembelian kereta
* Pembelian rumah
* Memilih corak pemakaian untuk pekerjaan
* Membayar hutang pendidikan
* Memberi wang ihsan pada ibu bapa
* Menyumbang kepada ahli keluarga yang memerlukan

Hati-hati supaya tidak terjebak dengan hutang kad kredit sewaktu awal pekerjaan. Dari segi pelaburan pula, masa inilah kita harus bersedia menerima risiko dan mencuba pelaburan dalam amanah saham yang berbentuk ekuiti. Pembelian polisi takaful tabungan juga digalakkan untuk menyediakan ‘payung sebelum hujan’.


FASA 2 - awal 30-an hingga awal 40-an

Waktu ini, insya-Allah pendapatan kita sudah mulai meningkat. Jika kenaikan gaji purata 5% setahun dan kita mulai bekerja sejak awal 20-an, besar kemungkinan gaji kita sudah naik sekurang-kurangnya 50%.

Dari segi keperluan kewangan pula, antara lain ianya mungkin meliputi:-
* Penyusunan semula hutang
* Pembelian kereta yang lebih mewah
* Pengubahsuaian rumah atau pembelian rumah baru
* Peruntukan untuk melancong/mengerjakan haji/umrah

Dari segi pelaburan, mereka yang di peringkat ini masih boleh menerima risiko tetapi tidak seperti pada fasa pertama tadi. Jika pemilihan saham amanah, mungkin yang berbentuk ‘balanced’ atau potfolio yang mengandungi 50% bon dan 50% saham. Bagus juga kita mulai membeli tanah atau hartanah yang lain untuk pendapatan tambahan.

Pembelian polisi takaful pula mungkin pada fasa ini terfikir tentang kesihatan. Jadi ramai mula mengambil polisi ‘critical illness’ atau mulai menabung untuk pendidikan anak-anak.






FASA 3 - awal 40-an hingga awal 50-an

Kita sudah pun masuk waktu senja/asar! Ya, puan-puan pembaca yang dirahmati Allah. Jadi bersikap berhati-hatilah. Jika sewaktu muda itu belanja agak keras – pantang ada ‘sale’ mesti kita ada, waktu ini banyakkan hadir diri ke majlis ilmu atau membuat kerja amal.

Keperluan kewangan pula berbeza sedikit:-
* Penjelasan hutang - wang KWSP akaun 2 boleh dikeluarkan sewaktu umur 50.
* Penabungan untuk pencen kelak
* Pembelian aset baru mungkin berkurangan sebab takut mengalami beban hutang yang berlebihan.
* Perbelanjaan untuk kesihatan diri

Pelaburan pula mungkin berkurangan tetapi lebih banyak pemantauan yang harus dibuat ke atas pelaburan yang dahulu. Kita pula sudah lebih mengetahui tentang risiko dan pulangan melalui pengalaman. Pembelian polisi takaful yang baru juga berkurangan tetapi terfikir untuk menjadi wakil takaful untuk mendapat pendapatan yang lebih. Kita juga mulai berjinak dengan dunia perniagaan untuk menyiapkan diri menempuh tempoh persaraan nanti.


FASA 4 - awal 50-an akhir usia

Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan umur kita dan memberi kesihatan, satu nikmat yang tidak ternilai harganya. Ramai di antara kita sudah memulai perancangan pencen kelak (walaupun waktu ini sudah lewat untuk merancang).

Antara lain, keperluan kewangan adalah:
* Kesihatan
* Penjelasan hutang yang berkos tinggi - jangan mati meninggalkan hutang; bukan harta.
* Memulakan hobi baru seperti memancing, bersukan/bersenam, menjahit dan lain-lain.
* Memasuki kelab-kelab

Alam pelaburan baru mungkin hanya yang tidak berisiko tinggi seperti, Bon Merdeka untuk warga emas. Eloklah ambil peluang ini untuk memberi sedekah secara berterusan kepada yayasan-yayasan tertentu. Semoga Allah memberkati setiap FASA kehidupan kita yang serba singkat ini.

PS: Tak semua keperluan seseorang itu sama.. berbeza bagi yang pernah bekerja luar negara, yang bekerja dengan profession yang berbeza. yang penting bersyukur dengan apa yang ada rite?

Source: ANIS (Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir - Hijrah Strategic Advisory Group)

Tuesday, February 05, 2013

Soalan Yang Malas Kita Nak Bagi Jawapan


Assalamualaikum, ketika ini eric mengarang entry dari dalam hospital. follow up operation of my father earlier today. Bila semua orang dah tidur, biasalah bila shift malam takde apa nak dibuat. macam la tak biasa jadi batman kan? nak karang time lain.. rasa life agak busy. ok lets get straight to the point.

aku rasa dalam masyarakat melayu ni banyak soalan yang sering ditanya oleh jiran, atau saudara mara sejak dari kecik lagi. sebagai contoh
bila nak bersunat?
dapat nombor berapa kat sekolah?
berapa A dapat dalam SRP? PMR? SPM?
Masuk universiti mana?
pandai ke memasak?
dan sesetengah soalannya bunyi macam menyindir atau agak sarcastic

dan soalan yang eric rasa paling popular yang amat tak disukai oleh ramai orang yang belum berkahwin ialah
"Bila nak kahwin?" (this does not apply untuk orang yang terlalu memilih atau jenis main-main)
OK ni soalan yang paling aku menyampah sebelum aku kahwin dulu, lebih tiga tahun macam nak berdarah telinga bila orang tanya soalan gini. dan jawapan popular yang selalu aku jawab dengan member adalah
"bulan dua belas tapi tak tahu tahun berapa" atau
"esok pun boleh tapi tolong le bawa calonnya" atau
"insyaallah calon tu akan jadi awek nanti" dan sebagainya, memang macam-macam jawapan bila dah selalu sangat kena tanya seperti seorang pahlawan 'jedi' menepis tembakan laser dengan 'light saber'nya.

dan bila dah kawen do you think it will stop? apa? stop? ko berangan ke apa?
dan soalan seterusnya bila dah kahwin
"bila nak dapat anak?"
dulu aku selalu jawab "belum ada rezeki lagi" tapi sekarang boleh la jawab 
"insyaallah bulan september atau october nanti."

dan korang ingat it will stop there? nope! definitely not
soalan seterusnya, anak lelaki ke perempuan?
takkan sorang je kot? pastu takkan dua orang je kot, pastu takkan tiga orang je kot? dan seterusnya. dan adakah bila dah ramai semua soalan-soalan akan stop? jangan harap! it will get even worse.
"Berapa A anak kau dapat?"
"Universiti mana anak kau dapat?"
"bila nak dapat menantu?"
"bila nak timang cucu?" 
ni la sikap masyarakat kita yang terlalu busy body, generally malaysian, specifically melayu. sebenarnya dari soalan-soalan yang ditanya ada soalan yang sedikit sebanyak mengguris hati orang yang ditanya dan memberi tekanan. toksah kata tak terasa la, mesti ada soalan dari saudara atau rakan yang buat hati kita terasa. 

contohnya soalan "bila nak kahwin?" soalan ini biasanya menyebabkan orang yang belum kahwin tu tak berapa nak menghadiri majlis kahwin, walaupun majlis saudara mara kerana tak tahan nak menepis soalan yang bakal dilemparkan. yang dah ada pasangan tapi belum cukup duit macamana rasanya? apatah lagi yang masih belum mempunyai calon. yang bertanya soalan ni tak reti ke nak fikir perasaan orang? pendek kata tidak sensitive.

kenapa soalan-soalan ni selalu di tanya dalam masyarakat kita? kenapa masyarakat yang lebih maju kurang bertanya seperti kita bertanya? kerana mereka kurang busy body daripada masyarakat kita. mereka lebih open dan berfikir dulu tentang sensitivity sebelum bertanya. Kita tak pernah cuba untuk mengubah cara hidup masyarakat kita yang terlalu busy body dan sarcastic. cubalah tanya soalan macam ni kat sana dan aku rasa korang akan dapat banyak jawapan "Mind Your Own Business!" (MYOB).

nak diorang ni senyap terus dari bertanya senang je, bila diorang tanya soalan cuba cakap. "mind your own biznez!" (maybe diorang akan kata kita emo) atau
"yang ko nak tanya aku ni kenapa? macam la aku kawen pakai duit kau!"
makin pedas jawapan korang, makin kurang la diorang nak bertanya lagi... 

PS: penulis tidak akan bertanggungjawab jika apa-apa perkara yang terjadi sekiranya korang guna jawapan diatas.
(ada lagi 3 jawapan lagi pedih tapi aku delete je, lain kali ajelah)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages