nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, August 03, 2011

Ziarah Madinah II Part II

Kemudian kami dibawa pula melawat sebuah telaga yang dinamakan telaga cincin. sekarang telaga ni dah berubah menjadi kolam air pancut. telaga cincin ini juga merupakan salah satu sejarah dimana rasulullah memberi perkhabaran syurga kepada para sahabat yang ingin bertemu dengan beliau melalui pengawal yang mengawal pintu masuk ke kawasan telaga itu termasuklah saidina Uthman bin affan. 

ketika rasulullah dan para sahabat duduk di sisi telaga dengan kaki menghala ke dalam telaga, saidina Uthman bin affan diperkhabarkan mengenai satu fitnah yang besar yang bakal berlaku pada penghujung zaman pemerintahan beliau. dan ketika itulah cincin yang dipakai oleh saidina uthman terjatuh kedalam telaga tersebut. lantas saidina uthman menyuruh askar beliau mencari cincinnya tetapi gagal. dari situlah telaga tersebut dinamakan telaga cincin.

kemudian kami dibawa pula melawat bukit uhud buat kali keduanya. dalam ziarah yang lalu eric cuma naik atas bukit uhud sambil mengambil gambar, tapi kali ini bila ada orang yang arif mengenai sejarah barulah perasan rupa-rupanya ada perkuburan ahli yang syahid dalam perang tersebut termasuklah bapa saudara rasulullah yang di makamkan yang dikelilingi batu. di dalam kawasan perkuburan yang agak luas berhampiran dengan masjid.
gambar kini bukit pemanah tentera islam
ketika perang uhud
penerangan dari pelajar universiti Madinah
di hadapan perkuburan uhud 
sekali lagi kami dibawa ke masjid khandak, yang juga dikenali dengan masjid tujuh. jika melawat kemasjid ini sekarang, cuma lima sahaja masjid kecil yang tinggal kerana dua daripada masjid kecil telah di robohkan. masjid, masjid ini adalah merupakan tempat perteduhan para sahabat rasulullah ketika perang khandak. 


Ketika itu masa sedang menghampiri waktu zohor maka kami terus ke hotel elaff taiba untuk meletakkan bag sebelum check in. oleh kerana semua peserta hanya boleh check in selepas jam 2:30 maka semua peserta bersolat zohor di masjid nabawi dan lunch terlebih dahulu. Elaff Taiba hotel terletak kurang dari 100m dari pagar masjid nabawi. Pemandangan dari tingkap bilik hotel menampakkan keseluruhan kawasan masjid nabawi. tidak sia-sia mengikut rombongan ini apabila mendapat bilik yang sedemikian rupa.
Pemandangan selepas solat Asar
Masjid Nabawi diterangi cahaya pada waktu malam
Pada sebelah malam pula kami mengikuti satu lagi sessi lawatan di sekeliling masjid nabawi, termasuklah:-
A. Saqeefah bani Sa'idah (Balai pertemuan diceritakan tentang kewafatan rasulullah dan perlantikan Abu bakar sebagai khalifah kepimpinan islam selepas Rasulullah saw)
Kehijauan dalam Saqeefah Bani Sa'idah
B. Masjid Ghamamah berhampiran masjid Saidina Umar dan Masjid Saidina Ali (masjid yang digunakan untuk solat hari raya (rasulullah memilih tanah lapang) dan solat istisqa' (minta hujan)
Masjid Ghamamah
C. Makam Rasulullah dan sahabat berhampiran mimbar
D. Perkuburan Baqi'
Plan Masjid Nabawi dan kawasan yang dilawati
Banyak kisah yang di ceritakan oleh pelajar Universiti Madinah ketika ziarah termasuklah kisah kewafatan nabi dengan detail sekali dengan penuh perasaan sehingga beliau sendiri menangis. Oleh kerana terlalu banyak kisah, mungkin akan di ceritakan kemudian.




Monday, August 01, 2011

Episode 43: Ziarah Madinah II






semenjak dua menjak ni memang banyak idea untuk update episode macam biasa, tapi bila dah eric tak sempat update lalu terlebih banyak flowing out macam tu je. sepatutnya eric dah start semalam, tapi lepas solat isya' semalam terus tido. oleh kerana terlalu letih dan tak cukup rehat, tak biasa tertido that early. letih? why aaa? ye la baru balik dari ziarah madinah mengikut trip Kelab Rakyat Malaysia Jubail (krmj) dan macam biasa naik bas. biasanya satu bas je, tapi oleh kerana permintaan yang amat menggalakkan last-last jadi rombongan dua buah bas.

ini adalah kali kedua eric ziarah madinah, tak macam fisrt time dulu boleh kata sempat la solat sunat di semua masjid-masjid bersejarah di kota madinah. tapi this time sempat solat sunat hanya di masjid quba'. dan dikatakan barang siapa yang berwudu' sebelum memasuki kota madinah kemudian bersolat satu atau dua rakaat maka pahalanya adalah umpama pahala melakukan umrah. what ever it is, eric lebih prefer pahala buat umrah sendiri di kota makkah baru ada feel sket kan?


berhampiran dengan masjid Quba' biasanya ada banyak jenis kurma dan banyak jenis kacang yang dijual kepada para pengunjung. dan kurma yang paling famous kat sini ialah kurma ajwa. kurma ajwa adalah kurma paling mahal jika dibandingkan dengan buah kurma yang lain. terdapat dua jenis kurma ajwa iaitu kurma ajwa yang di tanam di tanah halal, dan kurma yang di tanam di tanah haram (kawasan tanah haram madinah) dan yang pastinya kurma ajwa tanah haram adalah kurma yang paling mahal. kalau datang sini elok sangatlah beli sebab boleh dikatakan disini semua pun dijual lebih murah dari biasa terutamanya berhampiran masjid Quba dan bukit uhud.

kedai kurma depan masjid Quba kat pintu kaca di tampal - "disini
Tersedia macam2 korma"

kali pertama dulu ikut rombongan melawat bukit uhud, masjid quba', masjid dua kiblat, dan masjid masjid lain tak ada tourist guide pun, tapi kali ni krmj menjemput dua orang pelajar masjid madinah sebagai seorang yang arif tentang sejarah-sejarah setiap tempat yang di lawati. biar eric ceritakan setiap satu sejarah pendek yang di ceritakan ketika lawatan tersebut sebagai refresher subjek arab sejarah islam zaman sekolah arab dulu. 


sesuatu yang tidak di ceritakan masa lawatan pertama dulu baru di ketahui apabila diterangkan dan di tunjukkan oleh salah seorang pelajar universiti madinah. salah satunya masjid dua qiblat. pada asalnya masjid ini berqiblatkan mengikut masjidil aqsa iaitu kearah utara, maka puak-puak yahudi mengejek dan mempersoal kerana masjid itu arah qiblatnya kearah kiblat mereka, ketika rasulullah ingin menunaikan solat zohor. ketika itulah wahyu diturunkan kepada rasulullah untuk menukar kiblat kearah kaabah di masjidil haram iaitu 180 darjah ke selatan. maka dari situlah masjid tersebut dikenali sebagai masjid dua kiblat atau kiblatain..


To Be Continued...

Wednesday, July 27, 2011

Kelebihan Istighfar







Pada suatu hari, Imam Ahmad Bin Hambal sedang mencari tempat untuk berehat di waktu malam selepas permusafirannya di siang hari. Baliau pergi ke masjid untuk solat dan berniat untuk bermalam di masjid tersebut. Namun tindakannya itu dihalang oleh orang tempatan kerana takut-takut apabila orang lain melihat beliau berehat dan tidur di situ, orang lain akan berbuat perkara yang sama.

Maka Imam Ahmad Bin Hambal pun akur dan dia keluar dari masjid tersebut dan mencari tempat untuk berteduh. Sedang beliau berjalan, seorang pemuda terlihat akan beliau. Pemuda tersebut menawarkan Imam Ahmad Bin Hambal untuk bermalam di rumahnya setelah melihat Imam Ahmad Bin Hambal seolah-olah sedang mencari tempat untuk bermalam.Pemuda tersebut lalu membawa Imam Ahmad Bin Hambal ke rumahnya. 

Pemuda itu merupakan seorang pembuat roti. Rumahnya agak selesa kerana kehangatan pembakar roti. Selepas mempelawa Imam Ahmad Bin Hambal untuk berehat, pemuda tersebut meneruskan kerjanya membuat roti. Sedang pemuda tersebut membuat roti, Imam Ahmad Bin Hambal duduk di sebelahnya.Imam Ahmad Bin Hambal memperhatikan gerak geri pemuda tersebut menguli tepung untuk dijadikan roti. Sambil pemuda tersebut menguli tepung, dia beristighfar. Istighfarnya selari dengan tangannya yang menguli adunan tepung." Astaghfirullah al-azim. Astaghfirullah al-azim. Astaghfirullah al-azim."
Imam Ahmad Bin Hambal pun bertanya kepada pemuda tersebut.
"Sejak bilak kau melazimi dirimu dengan perkara ini (istighfar) ?"
"Sejak aku mula membuat roti," jawab pemuda tersebut.
"Sejak bila kau mula membuat roti?," tanya Imam Ahmad Bin Hambal lagi.
"Sejak aku baligh, aku menolong ayahku membuat roti. Sehinggalah kini," pemuda itu menjawab sambil menguli adunan.
"Adakah kau juga berdoa?," tanya Imam Ahmad Bin Hambal.
"Ya.. Aku berdoa pada Allah agar aku ditemukan dengan Imam Ahmad Bin Hambal,"jawab pemuda tersebut.
Imam Ahmad Bin Hambal pun berkata, "Akulah Imam Ahmad Bin Hambal..

PS: moral of the story is : Antara kelebihan istighfar adalah, hajat atau doa kita akan dimakbulkan dengan izin Allah.

going to travel to madinah today for 3 days

Tuesday, July 26, 2011

Cara Bersalam Yang 'Betul'





Jawatankuasa kabinet mengenai Istiadat telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai adab dan cara bersalam yang betul mengikut norma keMalaysianan.



  1. badan perlu di bengkokkan 90 darjah.
  2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang di salam
  3. Sengetkan kepala sedikit untuk mendapat 'feel' yang lebih.
  4. Mulut cium tangan perlu di muncungkan lebih kurang 1 inci.
Contohnya adalah seperti di bawah:






Salam ini dinamakan BONAMA (BOdek NAk MAmpos!!!)- hanya untuk ahli "Alif Mim Nun Wau" atau sarkis sahaja! 

Nak Tukar MIG-29? Udah-udah la tu...



Hari ni sekali lagi menteri pertahanan memperkatakan tentang menggantikan sepenuhnya pesawat MIG-29N milik TUDM dengan pesawat tempur pelbagai guna atau Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) dengan pesawat MRCA Typhoon Eurofighter Buatan empat buat syarikat European Aerospace seperti yang dilaporkan dalam malaysiakini.
MIG-29N

Zahid Hamidi sedang membuat uji nilai terhadap pesawat MRCA lain yang berada dalam pasaran termasuk Sukhoi SU-35 buatan Rusia, FA-18 Super Hornet dari USA dan Jas Gripen buatan Sweden.
Typhoon Eurofigter
MIG29 (Nato reporting name: Fulcrum) adalah pesawat tempur generasi keempat yang direka oleh kesatuan Soviet dan dimajukan oleh biro Mikoyan pada tahun 1970an. pesawat ini digunakan untuk mengatasi pesawat buatan Amerika seperti F-15 Eagle dan F-16 Falcon. Malaysia mempunyai 10buah MIG-29 yang dibeli sekitar tahun 90an dan masih belum digunakan melebihi 20 tahun.

suka-suka hati je nak replace MIG29 ni padahal banyak lagi negara lain yang pakai MIG29 ni contohnya:

  1. Jerman - 22 unit
  2. Algeria - 51 unit
  3. Iran - 18 unit
  4. India - 81 Unit
  5. Korea Utara - 58 Unit
  6. Russia - beratus-ratusan
  7. Ukraine - juga beratus-ratusan
duit sapa? rakyat yang membayar cukai gak yang nak digunakan. kenapa nak tukar kalau negara lain siap nak beli tambah lagi. kalau dah gatal sangat nak tukar pesawat, ganti je helicopter Nuri, beli helicopter Chinook atau V-22 Osprey, tak pun beli attack chopper macam apache atau cobra.
V-22 Osprey

ke nak ikut jejak langkah PM sekarang? beli kapal selam tapi tak boleh nak menyelam? nanti model kecantikan negara mana lak yang si Zahid ni nak letupkan dengan bom C4? sapa lak yang bakal jadi kambing hitam? aku ada satu perasaan yang mengatakan 'orang tengah' yang sedang menunggu nak ngap duit berbillion-billion ringgit semasa urus-niaga pembelian pesawat baru ni nanti. 

oh Malaysia ku ku!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages