nuffnang

nuffnang LR

Monday, May 20, 2013

Lost..

assalamualaikum,

Dah lama nak post entry baru, kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan segalanya. pada hari yang sepatutnya hari mengarang, tetiba keadaan kesihatan tidak mengizinkan. boleh tahan berhari jugak suffer walaupun tanpa medication akhirnya pulih juga. 

Demam kalah pilihanraya ke? sapa kata kalah? Popular vote sapa yang dapat? dan parti yang aku pangkah memang menang pun KEKAL jugak bahagian negeri, cuma tak puas hati bahagian federal, pilihanraya dan suruhanjaya yang tidak BERSIH telah mematikan demokrasi. Blackout merata-rata. 

Ah jib Gor pun pucat lesi bila kira empat kali kalah, tapi bila blackout menang majoriti beratus tapi undi rosak sampai lebih 900! unbelievable! yang berjanji nak potong telinga pun pun dah pucat lesi, semua dah bersorak nak pilih lauk telinga masak tempoyak tak pun sup telinga, tetapi blackout merosakkan semua rancangan saji misteri telinga masterchef.


ingatkan kat luar je yang dok masuk ballot box lepas blackout, rupanya kat dalam negeri sendiri pun ada. seorang mat rempit mengaku di suatu pagi ketika sedang breakfast di kedai, dengan bangganya mengaku "aku panjat pagar bawak kertas undi masuk dewan" bila di tanya siapa yang suruh, jawapannya "Dato yang suruh"





Kalau nak cakap pasal putrajaya, just think the similarity between Putrajaya to umno, and Stalingrad to Soviet? by hook or by crook they must win in the battle. walau pakatan kalah, kalah yang bermaruah, apa gunanya menang tanpa maruah dengan unfair game? dan kemudiannya membuat statement yang racist! 

Cukuplah pasal politik, tulis sampai esok pun tak habis. project long term yang sepatut aku execute habis punah berkecai. nak tunggu 5 tahun lagi adalah satu masa yang lama tanpa jaminan pisang berbuah tiga kali. kalau SPRING jadi, Insyaallah aku turun!

PS: just wondering how if there is politics in Fairy Tale, if the princess is BN and the prince charming is Pas.. will the end sounds Happily Ever After?
PS2: maybe bulan ni bulan politic? wait and see for next entry before ending of this month Insyaallah..

Sunday, May 05, 2013

PRU-13 Undilah Dengan Bijak!

Seperti yang telah di umumkan dalam entry yang lepas, entry akan di post sebelum PRU13 bermula. tetapi sekarang cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum pusat-pusat mengundi dibuka. banyak cerita yang diputar belit media yang berat sebelah yang mengelirukan rakyat bukan sahaja dari berita melalui akhbar utama, malahan television, radio dan internet.

Tetapi pakatan rakyat hanya menggunakan social network melalui internet sahaja, adakah ini adil? anda sendiri mengalaminya dan anda sendiri melihatnya jadi anda sendiri yang mampu menilainya. 

Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin pakatan dengan membuatkan video-video lucah, malah dengan bangga mengedarkan salinan kepada rakyat. Apa yang lagi dahsyat, mereka sanggup memaparkan video tersebut di halaman masjid semasa ceramah kepada rakyat tidak kira umur termasuk kanak-kanak. adakah parti yang mengamalkan budaya fitnah ini yang menjadi pilihan?

bukan sekadar fitnah malah mencaci maki para ulama, menolak hukum Allah swt dan mempersendakan agama. menggunakan harta rakyat untuk kepentingan diri sendiri dan menganjurkan pesta maksiat. 

masih ingatkah selepas PRU-12 harga petroleum dinaikkan secara mendadak, begitu juga dengan tol dan tarif elektrik. kemudian ditambah pula dengan AES. 

ps: I am taking this personally because they steal from my family. 
AKU MENYOKONG KEPIMPINAN ULAMA.

PS2: kepada penyokong Parti Cap dacing:
"Mereka" kata TAK NAK bila kita tawarkan untuk hapuskan AES;
"Mereka" kata TAK NAK bila kita tawarkan untuk hapuskan PTPTN ganti dengan biasiswa;
"Mereka" kata TAK NAK bila kita tawarkan untuk hapuskan TOL;

Patutlah TAK NAK rupanya mereka ini:..... paham-paham sendiri dengan troll dibawah

UNDILAH DENGAN BIJAK
INI KALI LAH!!!
ALLAHUAKBAR!!!

Saturday, April 20, 2013

Emergency Case: Hikmah Di Sebaliknya Part II


Baca dari mula (Read)

ambulance tiba di klinik hospital tersebut tetapi segala alat monitoring terpaksa disambungkan satu persatu ke katil pemindahan. setelah semua sambungan selesai, ibunya dipindahkan kedalam ambulance bersama alat bantuan pernafasan dan alatan monitoring yang menggunakan banyak ruang dan eric tidak dapat menaiki ambulance itu kerana ruang yang tidak mencukupi.

Oleh kerana eric tidak dapat menaiki ambulance tersebut, eric bergegas menuju ke kereta dan menuju ke unit kecemasan yang cuma 750meter dari klinik tersebut. oleh kerana kereta yang diletakkan agak jauh, eric tidak dapat mengejar ambulance yang melawan arus jalan sehala. terpaksalah eric melalui jalan yang agak jauh sebelum dapat parking di tengah kesesakan lalulintas pada waktu lunch hour. setelah hampir 15 minit memandu barulah eric dapat sampai ke tempat biasa untuk parking di hospital. manakala pada masa yang sama ayah eric baru sahaja tiba dan park di seberang jalan bertentangan kerana telah menempuhi kesesakan jalan raya selama hampir sejam.

sesampai sahaja ke wad, adik eric yang juga doktor di hospital itu sudah berada disisi katil ibunya. wad ini amat berbeza dengan wad tempat eric menjaga ayahnya sebelum ini. semua pesakit tidak sedarkan diri, memakai alat bantuan pernafasan, banyak tiub yang di masukkan ke beberapa anggota badan pesakit dan satu alat untuk observe denyutan jantung, kandungan oxygen dan beberapa perkara lain macam yang korang tengok dalam cerita yang mengeluarkan bunyi beep, beep dan beep, dan wad itu pastinya tidak akan sunyi dari bunyi beep dari setiap pesakit yang berada di dalamnya. 
eric cuma memerhati apa yang dilakukan oleh nurse yang mengikat kedua-dua tangan ibunya ke palang kiri dan kanan katil kerana khuatir jika tersedar tiub bantuan pernafasan ditarik keluar. dan diberikan sedatif. kemudian eric di soal oleh doktor yang bertugas tentang apa yang terjadi di dalam klinik tersebut. untuk mengenalpasti apa masalah sebenar. pihak hospital meminta kebenaran untuk membuat CT Scan pada bahagian kepala dengan meminta waris terdekat untuk menandatangani satu dokumen kebenaran. 

selepas waktu lunch hour CT Scan dijalankan, apabila dibawa masuk kembali ke tempat wad. eric terpaksa mununggu diluar kerana tidak dibenarkan masuk selepas waktu melawat tamat walaupun waris terdekat sekalipun. mujurlah ayah dan adik eric dapat menemani didalam wad. sebenarnya doktor tidak kisah pun waris terdekat untuk berada di dalam wad cuma nurse sahaja yang nampak melebih-lebih. 

petang itu begitu ramai sekali saudara-mara yang datang melawat di hospital. dan semua adik beradik sampai ke Kota Bharu pada waktu malam. ayah eric menemani didalam wad hingga malam. dan adik beradik terpaksa bergilir masuk ke wad kerana hanya dua orang sahaja yang di benarkan melawat pada satu-satu masa mengikut peraturan yang dibenarkan oleh pak guard.

sehari kemudian barulah ibunda beransur-ansur pulih. selepas seminggu dan result CT Scan di kaji, satu ketumbuhan kecil ditemui di bahagian kanan kepala, yang mana ketumbuhan ini mungkin pada peringkat level 1. ketumbuhan ini biasanya tidak di sedari sehinggalah ia memberi kesan kepada pesakit. ibu eric tidak sedarkan diri bukan kerana ketumbuhan ini, tetapi kerana komplikasi sedatif dan menyebabkan kekurangan bekalan oksigen disalurkan ke bahagian otak, lantas menyebabkan minor stroke dan pesakit tidak sedarkan diri atau koma (I'm not a doctor, tapi doctor tau la apa yang sebenarnya terjadi secara detail) itulah hikmah yang telah dizahirkan.

oleh kerana ketumbuhan terlalu kecil pembedahan tidak akan dilakukan kerana melalui pembedahan berkemungkinan sel ketumbuhan tidak dapat ditemui. melainkan dengan cara membunuh sel tersebut dengan rawatan radiotheraphy dan diikuti dengan rawatan kemotheraphy. tetapi ibunda eric sudah serik dengan rawatan kemo dan enggan melalui rawatan kemo sekali lagi. Selepas lebih sepuluh hari barulah ibu eric dapat pulang kerumah, dan menunggu untuk dimasukkan ke wad sekali lagi untuk MRI. 

Ps: untuk saudara mara yang datang melawat di hospital dan membaca entry ini, Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik. juga kepada Datuk Husam Musa walau menjenguk sekejap semoga memenangi parlimen Putrajaya. Beliau datang ke hospital untuk melawat ibunya (dalam wad sama) dan pesakit lain. my uncle tanya buat apa kat sini datuk, dengan selambe beliau menjawab 'melawat rakyat jelata' 

Ps2: spending time dalam unit rawatan rapi memang menginsafkan, lebih-lebih lagi bila melihat pesakit yang sedang nazak, tengok pulse rate menurun, beeping semakin lemah, oxygen level turun dari 90% setiap 5 minit turun 10% sampailah innalillahiwa inna ilaihi rajiuun dan monitor mendatar dengan bunyi beeeeep yang panjang bersama warning alarm..

well guys thats the full story setelah di pendekkan secara maksimum. Musim pilihanraya ni busy sket, berkempen.. insyaAllah ada new entry sebelum 5 May. INI KALI LAH!! 

Tuesday, April 09, 2013

Emergency Case: Hikmah Di Sebaliknya


Assalamualaikum,

Alhamdulillah segala puji kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang akhirnya memberi kekuatan dan kesihatan kepada kedua ibubapa yang kini berada dirumah. Dua minggu yag lepas telah berlaku satu kejadian yang megejutkan. tidak pernah terfikir perkara sebegini boleh terjadi. ianya berlaku keatas ibunda  eric sendiri. 

Ibu eric sebagai seorang yang pernah bertarung nyawa selama bertahun-tahun dengan cancer, tiga tahun lalu semua sel cancer telah dibuang dan terpaksa melalui semua peringkat chemotheraphy, adalah sesuatu yang amat menyiksakan, apabila melalui proses chemo, ia bukan sahaja membunuh sel-sel barah yang masih ada tetapi ia juga membunuh sel-sel yang tiada kaitan dengan barah tersebut. apalagi dengan side effect yang amat teruk. tetapi akhirnya apabila semuanya selesai badan adalah tidak sekuat seperti sebelumnya.

selalu di serang demam dan batuk-batuk kerana kurang daya tahan. dan batuk yang berpanjangan, hingga terpaksa berjumpa dengan doktor pakar paru-paru. appoinment tersebut dilakukan dua minggu lalu. dah lah terpaksa berpuasa sejak dari malam, ujian pula mengambil masa yang lama dan orang yang telah di test sebelumnya memberitahu beliau merasa pening-pening selepas ujian dilakukan. maka ibunda eric menelefon supaya datang menemani di klinik, tetapi malangnya tiada satu ruang parking pun yang kosong. 

eric terpaksa melalui jalan sehala yang sama berkali-kali dalam pusingan yang berkilometer jauhnya untuk mencari parking. eric menelefon ibunya untuk memberitahu masih belum mendapat parking. tetapi telefon tidak berjawab. akhirnya eric terpaksa parking dikawasan yang agak berbahaya dan bergegas kedalam klinik, tetapi cuma ada empat orang yang sedang menunggu dan berpuluh-puluh kerusi kosong didalam klinik tersebut tetapi ibunya tidak berada disitu. ketika itu pasti pemeriksaan sedang dijalankan keatas ibu eric didalam bilik doktor. 
eric kembali ke kereta untuk memeriksa kawasan parking sambil menelefon, tetapi masih tidak berjawab. Tiba-riba telefon eric berbunyi dan nombor ibunya tertera di screen, dan eric menjawab tetapi bukan ibunya yang menelefon tetapi suara wanita yang tidak eric kenali berkata
"ini saudara kepada puan Siti"
"ya saya anaknya"
"boleh datang ke klinik sekarang ada hal kecemasan"

eric terus berlari menuju ke klinik hospital tersebut dan bertanya di kaunter, dan nurse di kaunter menyuruh eric memasuki bilik hujung koridor sambil menghubungi doktor. sebelum eric sampai kepintu bilik seorang doktor wanita keluar. 
"Encik ni anak puan siti?"
"ya"
"saya sebenarnya baru selesai melakukan pemeriksaan kepada mak awak tetapi tiba-tiba mak awak tidak sedarkan diri dan mengalami kekejangan, sila ikut saya dan saa harap encik bersabar"

apabila masuk kebilik tersebut, seumur hidup eric tidak pernah terkejut dan terdiam melihat keadaan ibunya yang sedang diberi bantuan pernafasan dengan oksigen dan tiub-tiub berselirat yang disambungkan kepada pelbagai peralatan untuk mengetahui jumlah oksigen, nadi dan sebagainya dan bunyi alarm yang tidak eric ketahui apa yang tak kena. dan kadangkala diperhatikan ibunya yang terbaring di atas katil pemeriksaan mengalami kekejangan. dan beberapa orang doktor cuba menyedarkan dengan menepuk bahu sambil memanggil nama ibu eric

"saya tahu encik masih terkejut tetapi kalau ada apa-apa pertanyaan encik boleh tanya saya, ambulance akan memindahkan mak encik ke unit kecemasan, ICU atau CCU" kata doktor wanita itu lagi.
eric masih terkesima, kemudian menelefon ayahnya menceritakan keadaan tersebut, dan juga kepada seluruh ahli keluarga. Dan berdoa dan berharap sepenuhnya kepada Allah agar Ibunya diberi kekuatan dan pulih kembali dari keadaan tersebut.

ambulance tiba di klinik hospital tersebut tetapi segala alat monitoring terpaksa disambungkan satu persatu ke katil pemindahan. setelah semua sambungan selesai ibunya dipindahkan kedalam ambulance bersama alat bantuan pernafasan dan alatan monitoring yang menggunakan banyak ruang dan eric tidak dapat menaiki ambulance itu kerana ruang yang tidak mencukupi.

bersambung...

Baca sambungan (Read)

Sunday, March 24, 2013

Iman Seekor Semut

Untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan...

Nabi Allah Sulaiman AS adalah seorang Nabi yang di Kurniakan oleh Allah dengan keupayaan mampu memahami bahasa binatang walaupun dari seekor semut. selain dari memahami bahasa binatang baginda juga adalah Seorang Raja yang amat kaya dan memerintah, jin, manusia dan juga haiwan. dan terdapat tiga peristiwa yang melibatkan antara baginda dengan semut. 

Dan salah satunya berlaku satu peristiwa di tengah-tengah padang pasir, apabila Nabi Allah Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu. Lalu Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: 
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya
"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, Nabi angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".




Jawab semut
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

Dan satu peristiwa lagi ketika kerajaan Nabi Allah Sulaiman mengalami musim kemarau panjang yang menyebabkan kebun-kebun tanaman dan sungai-sungai kering. Lalu umatnya meminta baginda berdoa kepada Allah supaya menurunkan hujan. Lantas Baginda memerintahkan pengikutnya dari kalangan Jin dan manusia berkumpul di satu kawasan untuk Memohon kepada Allah agar diturunkan hujan dan menamatkan kemarau tersebut.

Apabila sampai di sana Baginda ternampak seekor semut yang sedang kehausan. Dan ketika itu Baginda mendengar sang semut berdoa memohon kepada Allah SWT. 
"Ya Allah Pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada Mu, aku berhajat akan air Mu, Tanpa air Mu kami akan kehausan, dan kami semua kekeringan. Ya Allah, aku berhajat sepenuhnya pada Mu akan air Mu. Kabulkanlah permohonanku"

Tatkala mendengar doa dari semut itu Baginda Sulaiman AS memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang dan berkata:
"Kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujanNya. Allah telah mengabulkan doa seekor semut."
Lantas Baginda AS dan rombongannya Pulang.

Itu Doa Semut!

Daripada dua kisah diatas cuba kita muhasabah diri. Adakah Iman kita sekuat seekor semut? Adakah kita percaya sepenuhnya kepada pertolongan Allah atau kita sentiasa berharap dengan pertolongan mereka yang berpangkat dari kalangan manusia atau yang biasa kita dengar sebagai 'memakai cable'? 

Mencari keredhaan Allah itu lebih utama dari memenangi hati pemimpin dan menggembirakan orang-orang munafik.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.


PS: kisah yang ketiga semua orang tahu kot. (lembah semut & tentera Nabi Sulaiman.
PS2: orang takde cable macam aku... berusaha dan berserah sahaja kepada Allah, redha dan bersyukur dengan segala rezeki yang di kurniakan...
(HOME)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages