nuffnang

nuffnang LR

Friday, October 11, 2013

Doktor dan Nurse Syaitan di KBMC!

(Read Previous)
Tiba-tiba aku terdengar jeritan yang amat kuat dari dalam bilik yang membuat aku meremang!
"SAKIIIIIIIIIIIIIIIITTTTTTTTTTT!!!
tertanya-tanya siapa yang menjerit sedemikian, suara macam kenal, ye ke?

Kemudian terdengar suara bayi menangis. aku mula tak senang duduk, lalu menekan doorbell labor room. Nurse yang bertugas didalam menekan button untuk membuka magnetic lock pada pintu utama labor room. aku masuk sambil membawa bag baby.

"isteri encik yang mana?"
"yang buat caesarian"
"oh! caesarian dalam bilik operation, tapi cik tak boleh masuk operation room, cik boleh tunggu kat luar dulu"
jadi maknanya aku dah tersalah orang yang menjerit tadi rupa-rupanya orang lain.
"bag baby tu cik boleh tinggal kat sini, kejap lagi nak guna." kata nurse.


macam rambut Ronaldo cuma
lagi panjang kat tepi
aku menunggu lagi di ruang menunggu, kemudian salah seorang mak saudara datang menunggu di bilik menunggu. tak lama kemudian seorang nurse keluar dari operation room membawa seorang baby yang sedang menangis. rambut baby bahagian atas kelihatan seperti rambut yang digayakan oleh pemain-pemain bola The Red Warriors dan Ronaldo ala-ala ultraman gitu, dan kaki terjuntai.
"panjangnye kaki baby.. macam papa dia lah.." kata mak saudara berseloroh
"ya la kaki sampai terjuntai" kataku tersengih

Tak lama kemudian, nurse yang membawa masuk bayi tadi keluar dari labor room 
"encik boleh masuk untuk azankan baby"
aku masuk ke labor room bilik paling hujung seperti yang ditunjukkan oleh nurse. nampaknya baby dah siap dibersihkan dari darah dan ketuban dah siap berbalut dengan selimut pink. ketika itu baby sedang menangis, aku nampak ada kesan darah pada lelangit dalam mulut baby. is this normal? semasa dalam kandungan didalam mulut dan paru-paru baby dipenuhi dengan cecair (air ketuban) dan segala bekalan oxygen datang dari saluran darah dari placenta (uri). jadi aku agak darah dalam mulut adalah tidak normal.

aku azankan baby pada telinga kanan, ketika azan baby berhenti menangis, ketika berhenti seketika baby sambung menangis, dan berhenti menangis ketika mendengar iqamat pada telinga kiri. Setelah selesai azan dan iqamat baby menangis semula. aku mengambil masa beberapa ketika bersama baby sebelum baby dibawa ke bilik incubator. ketika keluar dari labor room, seluruh ahli keluarga sudah menunggu di bilik menunggu.

"Mana Baby?"
"Tengah tunggu untuk transfer ke bilik incubator" 
pada masa yang sama nurse dari dalam operation room mula membawa keluar satu-satunya ibu yang melahirkan bayi secara caesarian pada hari itu menuju ke lif seterusnya ke bilik. melihatkan keadaan demikian seluruh keluarga mula mengikut menuju kebilik. selepas dipindahkan katil, semua sedang menunggu untuk melihat baby di tingkat bawah, dan pada masa yang sama nurse memberikan aku satu plastik biohazard berisi uri untuk diuruskan.

beberapa ketika kemudian seorang doktor lelaki memanggil aku untuk masuk kebilik incubator. hanya aku seorang sahaja dibenarkan masuk oleh doktor R yang memperkenalkan diri sebagai doktor kanak-kanak di KBMC. Doktor R menerangkan bahawa bayi yang baru dilahirkan mengalami masalah pernafasan atau mengalami jangkitan paru-paru akibat di lahirkan bukan secara normal tetapi jarang-jarang berlaku.. (really? or you just covering some fault?) jadi tepat sekali sangkaan aku apabila mengesyaki sesuatu apabila ternampak kesan darah dalam mulut baby. secara logik tentu sekali kemungkinan besar berlaku demikian adalah kerana kesalahan procedure semasa pembedahan yang menyebabkan cecair yang tidak sepatutnya masuk ke peparu bayi berlaku!

dengan sayu aku melihat keadaan anak sulung didalam incubator, sekejap menangis sekejap berhenti yang mana bahagian leher ke atas di tutup dengan bekas lutsinar dengan salur oksigen dimasukkan ke bahagian atas tersebut. manakala empat bayi lain tidak pun memerlukan bekalan oksigen. baby akan di x-ray, diberikan antibiotik dan akan di monitor selama 48jam. monitoring hanya melalui percentage oxygen in blood! itu je ke yang hospital private ni ada? oh come on! kenapa takde mechanical ventilator, cardiac monitor, feeding tubes, suction pumps, takkan kau monitor oxygen level je?! dan lansung tak recommend untuk hantar ke hospital yang mempunyai peralatan lengkap!




Apa yang ditekankan oleh doktor mangkuk ayun ni cuma monitoring selama 48jam and off course the cost! dia kata kosnya cuma 300 ke 400 sahaja, kalau family tanya cakap aje ada masalah pernafasan. Apehal aku nak dengar kata kau bahlol! situasi macam ni lebih kurang macam yang berlaku last april to my mother. aku dululah yang mendapat berita, memang berat dan susah nak digest kes macam ni lebih-lebih lagi kepada anak pertama. jadi aku tanya my sister (a doctor) about this problem to know the real situation. ketika aku tiada di area tersebut seorang doktor yang dikenali oleh my sister and my mother keluar dan berkata
"If I were you I will transfer the baby to HKB" kata doktor A (ayat ini yang sepatutnya di katakan oleh Dr R, kenapa tidak? mungkin jika dia berkata demikian wang yang akan di terima berkurangan walaupun melibatkan nyawa sikecil?) too bad I was not there.

aku balik ke rumah untuk menguruskan uri (basuh dengan garam dan asam keping, basuh sehingga pucat, selawat, salut dengan dua bahan tadi, bungkus dalam kain , gali tanah at least 3 kaki bawah pokok pisang dan tanam). kemudian balik semula ke hospital. 

Oleh kerana semasa melahirkan baby my wife cuma dapat melihat sekilas sahaja baby selepas dilahirkan dan tidak dibenarkan bergerak kerana epidural injection (ubat bius yang di inject pada spinal cord) ketika proses caesarian. maka akupun turunlah kebawah membawa I phone untuk snap picture dan amik video. bila pintu lif terbuka aku terdengar bunyi tangisan baby hingga keluar dari kaunter incubator. di kaunter aku meminta seorang nurse untuk membuka tabir di bilik incubator supaya dapat melihat my baby. alangkah terkejutnya bila melihat tangisan itu datang dari bayi sendiri dan lansung tidak dihiraukan nurse di dalam bilik cermin tersebut, tetapi sedang feeding bayi lain yang tidak bermasalah. 

Hati ayah mana yang tidak susah hati dan sedih apabila melihat anaknya dalam keadaan sedemikian dan dibiarkan menangis begitu oleh nurse yang bertugas? aku bertanya dikaunter mengapa baby dibiarkan begitu. tetapi jawapan yang diterima
sungguh mengecewakan. dikatakan baby dibiarkan menangis supaya paru-parunya mengembang supaya lebih senang bernafas. (jawapan begini memang tak dapat diterima) sekali lagi aku melihat keadaan baby. darah mula mendidih, apabila kembali ke kaunter melihat staff nurse sedang bergayut di telefon seperti tiada apa terjadi, bagaikan jerami berapi yang disimbah dengan minyak petrol hati terbakar!

No More Mister Nice Guy! Deal with my DARKSIDE!!!
bersambung...

(Baca Sambungan)

Friday, September 27, 2013

Menabur Pasir Dalam Periuk

Assalamualaikum, 

(Perhatian: Adalah dinasihatkan ibu-ibu yang mengandung atau yang sudah menempah tempat di KBMC agar tidak membaca cerita ini kerana ia mengandungi unsur-unsur ganas yang mungkin mengganggu emosi ibu-ibu mengandung, biarlah suami anda yang membaca dan memberi nasihat as necessary. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas segala perkara yang berlaku selepas anda membaca cerita ini)

Based on true story...

Tujuan aku menulis kali ini adalah dengan sengaja untuk menabur pasir di dalam periuk nasi sebuah organisasi swasta yang mengaut keuntungan beribu-ribu ringgit dengan servis yang membahayakan dan boleh melibatkan kehilangan nyawa. Penulisan ini juga untuk memberi gambaran kepada para ibu-bapa atau mereka yang bakal bergelar ibu dan bapa yang ingin melahirkan anak di tempat tersebut khususnya di  pinggir bandar Kota Bharu agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Pada mulanya kami merancang untuk mendapatkan cahaya mata melalui recommendation orang yang pernah mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta tersebut. Kami mempertimbangkan untuk mendapatkan perkhidmatan dari doktor wanita untuk proses kelahiran. Jadi kami membuat keputusan untuk mendapatkan Doktor Suzi dari TMC Kota Bharu yang juga merupakan visiting doctor di Kota Bharu Medical Center (KBMC). jadi segala proses scan, konsultasi dan pemeriksaan dijalankan di TMC tanpa sebarang masalah dengan Doktor Suzi. Perwatakan doktor suzi yang agak alim dan pleasant itulah yang menarik kami untuk menggunakan khidmat beliau di KBMC nanti.

Selepas kandungan bulan ke-6 Doktor suzi menasihatkan supaya seminggu sebelum kelahiran (september) supaya datang lagi ke TMC untuk membuat penempahan tempat untuk kelahiran di KBMC. Tetapi kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan segalanya. Tinggal sebulan sebelum melahirkan kami mendapat berita bahawa kontrak doktor suzi dengan KBMC telah tamat. jadi kami terpaksa mencari alternative lain samada untuk kelahiran di hospital awam atau hospital swasta lain. 

Kalau hospital swasta seperti KBMC dan KPJ faham-faham sahajalah dengan kosnya. kedua-duanya hospital cekik darah terutamanya dengan pelanggan yang menggunakan medical insurance. setelah membuat survey akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk proses kelahiran di KBMC. aku mencadangkan untuk menggunakan perkhidmatan di USM, sebagaimana yang di gunakan oleh family sebelum ini, tetapi isteri tetap ingin melahirkan anak di KBMC berdasarkan pakej yang ditawarkan hospital tersebut dengan kos kurang dari RM2000. 

seminggu sebelum kelahiran (terpaksa di awalkan daripada due date atas recommendation doktor awam) kami membuat appointment dengan KBMC dan berjumpa dengan Doktor L (bukan nama sebenar) yang mengganti doktor suzy. semasa berada di dalam bilik doktor setelah di scan, doktor berkata "nak beranak bila? hari ni pun boleh!"

gila gelojoh punye doktor, ikut suka hati dia aje nak decide untuk beranak seminggu lebih awal dari recommendation doktor, yang ternyata membuat isteri yang akan melahirkan anak pucat lesi! dan bila di ambil tekanan darah, tekanan darah yang normal bertukar menjadi tinggi! (takut punye pasal) pada masa tu aku dah terasa lain macam dengan doktor ni. tetapi kami tetap dengan keputusan supaya bayi kami dilahirkan tiga hari sebelum due date, kerana selepas tarikh itu segala proses kelahiran akan dilakukan oleh doktor lelaki.(haram kalau bukan darurat)




Hari yang ditunggu telah tiba, oleh kerana ramai yang check-in awal di KBMC pada hari itu maka kami terpaksa menunggu di dalam labor room. oleh kerana tiada bukaan doktor memasukkan ubat induce. bila di beri ubat induce, para ibu terpaksa berbaring selama satu jam sebelum ubat itu memberi kesan terhadap kontrasepsi dan bukaan. kemudian barulah kami di benarkan masuk ke bilik yang telah di sediakan. 5 jam kemudian doktor lily datang kebilik untuk memeriksa bukaan dan kontrasepsi. tetapi bukaan hanya melepasi hujung jari. apa yang berbeza pemeriksaan bukaan yang dilakukan oleh doktor suzy tidak menyakitkan manakala dari Doktor L pula amat menyakitkan! dan jika seorang ibu yang aktif dalam karate dan mempunyai black belt dengan kesakitan demikian tidak mustahil ibu yang mempunya kemahiran karate itu boleh memberi tendangan padu hingga doktor L terpelanting dan melekat di dinding!! (oh!)

Ubat induce kedua dimasukkan dan terpaksa berbaring selama sejam lagi. doktor L menasihatkan untuk membuat pembedahan (caesarian) jika masih tidak berjaya yang mana ia bakal mengundang kos empat kali lebih mahal dari proses kelahiran normal. Lima jam kemudian nurse datang untuk mengambil bacaan kontrasepsi melalui mesin CTG. daripada graf yang dilakar mesin tersebut pada pukul 11 malam kontrasepsi naik ke 90% yang mana minima kontrasepsi adalah 80%, pinggang pun dah sakit tapi mana doktor L? dok tido kat rumah, esok pagi baru datang!
CTG- Cardiotocography plot
keesokan pagi kesan induce dah hilang, doktor L datang check bukaan lagi, this time dia punye sakit masa nak check bukaan lebih sikit dari kali pertama. memang sakit dan sememangnya patut ditendang badan doktor L dengan tendangan berapi hingga badannya menembusi dinding!

untuk kali terakhir, sekali lagi ubat induce di masukkan. selepas 5 jam (sepatutnya 6 jam) sekali lagi mesin CTG digunakan. tetapi agak mengecewakan kontrasepsi tidaklah sekuat induce kali kedua. second induce contraception 90% wasted macam tu je. aku pasrah ajelah caesarian in not insured. dah masuk waktu jumaat aku terus je pergi solat jumaat dengan masjid berdekatan. selesai solat jumaat Whatsapp mesage dari berryhitam aku berbunyi, said doktor decide nak buat caesarian pukul 2:30 petang, aku cuma berdoa untuk selamat semuanya dan terus keluar dari masjid dah tak tunggu berdoa bersama imam sebab panjang lak wiridnya.


sampai je di bilik nurse sedang membuat persediaan untuk membuat pemindahan ke labor room. tetapi selepas keluar dari lif, katil ditolak ke bilik surgery bukan labor room. aku tidak dibenarkan masuk dan diminta menunggu di ruang menunggu bersama ahli keluarga. oleh kerana semua belum lunch dan lapar, so tinggal la aku sorang-sorang menunggu sambil memegang baby bag dengan pampers dan segala kelengkapan untuk newborn baby. TV yang disediakan di ruang menunggu lansung tidak aku hiraukan begitu juga dengan perut yang hilang laparnya kerana fikiran melayang. 


Tiba-tiba aku terdengar jeritan yang amat kuat dari dalam bilik yang membuat aku meremang!
"SAKIIIIIIIIIIIIIIIITTTTTTTTTTT!!!
tertanya-tanya siapa yang menjerit sedemikian, suara macam kenal, ye ke?

Bersambung....
(Baca sambungan)

Monday, September 16, 2013

Latest News

Alhamdulillah.. selepas solat jumaat 13/09/13 telah dikurniakan seorang cahaya mata yang pertama. A new family member and Eric now dah jadi seorang ayah
First picture of my baby from Incubator Nursery 
sebab terlalu busy I will update later... wassalam..

Monday, August 19, 2013

Rabun?!! Oh Tidak!!

Pada suatu pagi
"Sebelum saya refer pada specialist, saya rasa elok kita buat test diabetes dahulu, kadang-kadang masalah ni ada kaitan dengan kencing manis. Pergi ke makmal untuk buat test kemudian datang sini balik" kata doktor sambil menyerahkan slip test diabetes.

Eric keluar dari bilik doktor menuju ke makmal, beberapa ketika kemudian namanya dipanggil.
"Pukul berapa sahur pagi tadi?" tanya pembantu makmal
"Pukul 5" jawab eric (baru 4jam manakala, tempoh berpuasa sepatutnya 8 jam)
Eric menghulurkan tangan kiri kepada pembantu perubatan, jarum dicucuk ke jari manis, maka keluarlah setitik darah, dan sekeping test sample digunakan untuk menyedut darah yang keluar. kemudian dimasukkan kepingan itu dalam alat satu alat untuk dianalisa. satu bacaan tertera dan dicatit pada slip yang dibawa eric.

eric masuk semula ke dalam bilik doktor dan menyerahkan slip tersebut kepada doktor.
"nampaknya test diabetes normal, tiada masalah kencing manis." kata doktor sambil membuat panggilan kepada specialist.

"Ok saya dah buat appointment dengan specialist dan serahkan surat ni di klinik specialist, selepas test dengan specialist jumpa dengan saya bulan depan."

(seminggu kemudian di Klinik Specialist...)

Eric baru sahaja melepasi ujian mata pertama , tiada apa-apa masalah pada ujian pertama. eric dipanggil untuk ujian laser. selepas hampir 45 minit ujian laser, specialist laser merumuskan tiada masalah pada blind spot dan saraf mata. kemudian eric diminta menunggu untuk dimasukan sejenis cecair yang akan di titiskan di dalam mata untuk ujian seterusnya. di sebelahnya duduk seorang nenek bersama cucu lelakinya yang berusia lebih kurang 5 tahun, nenek itu sedang memejamkan mata. manakala cucunya tidak berhenti dari bertanya neneknya itu dan ini dengan panggilan 'tok'. eric hanya menunggu sambil membaca email menerusi telefonnya.




beberapa minit kemudian seorang jururawat datang kepada eric dan meminta eric mendongak kepala supaya mudah untuk minitiskan sejenis cecair kedalam mata eric. 
"ubat ni nak bagi urat kat mata awak kembang sikit" kata jururawat.
pada mulanya memang mata terasa agak pedih tetapi jururawat tidak pula memberitahu eric untuk memejamkan mata seperti nenek disebelahnya. 
"tok, kenapa abang ni tak pejam mata pun?" kata cucu kepada nenek di sebelah eric.
"mana tok nak tau, kan tok tengah pejam mata"
ketika jururawat lalu di depan barulah eric tahu dia sepatutnya memejamkan matanya selepas ubat itu dititiskan setelah di beritahu oleh jururawat. 

eric menyimpan telefon bimbitnya dan memejamkan matanya, hanya bunyi tapak kasut jururawat berjalan kesana kemari dan juga keletah cucu nenek disebelahnya. kemudian kedengaran jururawat memeriksa nenek disebelahnya.

beberapa ketika kemudian...
"dik buka mata, saya nak check" kata jururawat (peh! rasa macam budak muda je dipanggil demikian)
Eric membuka mata dan lampu suluh disuluh pada matanya, tetapi jururawat berkata masih tidak kembang. prosedur menitiskan ubat mata dan pemeriksaan diulangi hingga tiga kali pun masih tidak mendapat apa yang diinginkan. perkara yang sama juga berlaku pada nenek disebelahnya.

eric harus melalui tiga jenis ujian mata , elektronik dan visual. Ujian visual yang menggunakan cahaya terang betul-betul memedihkan dan menyilaukan mata eric, tetapi walau berair mata sekalipun eric terpaksa menahan matanya daripada berkelip. setelah semua ujian dijalankan klinik sudahpun ditutup dan eric adalah yang terakhir meninggalkan klinik kerana paling lama diperiksa dengan kesemua ujian. keputusan yang diketahui hanya lah normal dan tiada apa-apa masalah.

selepas semua ujian mata eric mula terasa silau, dilihat jam di tangannya tetapi penglihatannya kabur nombor mahupun jarum jam sekalipun tidak nampak! di belek-belek telefonnya tetapi tulisan apapun tadak nampak dilihat melainkan cahaya dari screen! kenapa tahap penglihatan 6/6 seperti juruterbang sebelum ini tiba-tiba menjadi rabun? eric mula terbayang jika dirinya terpaksa memakai cermin mata kerana rabun dekat. atau mungkinkah rabun itu disebabkan oleh cecair yang dititiskan kematanya tadi? bagaimana untuk memandu pulang berseorangan dengan penglihatan sedemikian?

Selepas segala urusan dengan klinik itu selesai eric keluar dan mendapati cahaya matahari seperti berubah menjadi sangat terang dan amat menyilaukan matanya, maka eric memakai cap dan sunglassnya yang paling gelap dan bertawakkal sahaja memandu pulang. Nasibnya baik kerana pada hari raya keempat banyak kereta yang menuju ke bandar dan arah tujuannya pula ialah keluar dari bandar Kota Bharu.

apabila sampai dirumah penglihatannya masih sama. selepas tidur selama 2 jam barulah penglihatannya beransur semakin normal. rupa-rupanya rabun itu hanya kesan dari cecair untuk mengembangkan urat mata!  Dan keesokan harinya barulah penglihatan eric pulih sepenuhnya, alhamdulillah...

PS: lewat post entry kali ni, dua post yang lepas pun adalah scheduled post yg di karang sebelum bulan puasa,  sebenarnya mengalami masalah cached copy dan cuti sepenuh masa di bulan ramadhan dan Hari raya.
PS2: belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin jika terkasar bahasa dan ter'buat ketupat' dan mengata, mungkin tahun depan terbuat lagi!  :)

Thursday, July 25, 2013

Alamak!! Polis!! 2 (Kisah Benar)

Sambungan Alamak Polis (Klik Untuk baca bahagian pertama Alamak!! Polis!!)

Dua kilometer kemudian mereka tiba di lampu isyarat dan berhenti bersebelahan antara satu sama lain ketika lampu merah, yang mana kereta wira hitam itu berada disebelah kanan paling hadapan di lampu isyarat. Pemandu di sebelah kiri melihat keadaan kereta hitam itu yang diubahsuai dengan pelbagai aksesori dan body kit dan ngauman eksos besar. Tiba-tiba pemandu wira hitam itu menurunkan cermin kereta sebelah penumpang depannya seperti ingin berkata sesuatu. Lalu pemandu Honda juga menurunkan cermin keretanya.

"die dang amik nombor kete deme" dalam loghat terengganu yang pemandunya kelihatan sudah berumur lewat 50an.
"kerete deme pun sama la" kata pemandu honda dengan ketawa kecil. dan kelihatan pakcik yang memandu wira hitam itu tersengih dan menampakkan 'pagar' hadapan yang sudah hilang (gigi depan, empat batang gigi atas dan empat batang gigi bawah)

pemandu Honda menutup kembali cerminnya keretanya sebelum ketawa memberitahu penumpang sebelah bahawa pakcik yang memandu wira hitam dah tua dan tiada "pagar depan". tidak sangka kereta yang diubah suai sebegitu dipandu oleh seorang pakcik yang agak berumur. 




Lampu insyarat yang tadinya merah bertukar hijau, wira hitam itu meluru kedepan diikuti kereta honda dan kereta-kereta lain. laluan selebar dua lorong menjadi satu lorong sahaja menyebabkan pemandu honda terpaksa memberi jalan kepada sebuah kereta sebelum memasuki lorong utama 100meter selepas lampu isyarat. 400meter kemudian kenderaan depan memperlahankan kenderaan di selekoh kedua. selepas melepasi selekoh pertama kelihatan operasi sekatan jalanraya yang dijaga oleh pegawai berbaju seragam putih dan dua buah kereta polis.

"Alamak!! Polis!!"

Beberapa kenderaan mewah diarahkan ke laluan ladang kelapa sawit diikuti seorang polis yang memegang buku saman. kelihatan seorang polis trafik sedang memeriksa satu demi satu kenderaan dihadapan. dibahu polis trafik itu tersangkut sebuah walkie-talkie yang wayarnya bersambung dipinggang. pemandu honda membuka cermin automatik tetapi tersilap membuka cermin belakang sebelum membuka cermin di sebelahnya. 
Gambar Hiasan
(Nora Danish tiada kaitan dengan Kisah ini :P

giliran pakcik yang memandu wira hitam diperiksa. Namun pakcik itu dibenarkan meneruskan perjalanan! ketika polis tersebut memeriksa kenderaan dihadapan, beliau menarik walkie-talkie yang tergantung dan memegangnya tidak jauh dari telinga kirinya, kemudian menekan butang sambil berkata 
"kereta tu baru sahaja lepas". sambil melepaskan kereta kedua dan kata-kata itu didengari pemandu honda, sekarang tiba giliran keretanya. pemandu itu memberikan salam, salam dijawab dan polis trafik itu berkata
"ok jalan" ketika itu walkie talkie berbunyi! dan pemandu itu suda beredar
"kereta tu pun baru je terlepas..." didengari melalui cermin belakang yang terbuka ketika kereta itu sudah melewati polis yang sedang menahan kereta dibelakang. 
"Fuh! nasib baik lepas.." kata pemandu honda sambil melepaskan nafas lega. 

cuma satu sahaja lagi cara untuk memastikan beliau benar-benar terlepas. jika pembaharuan cukai jalan tiada masalah maka itu menandakan pegawai jpj tidak dapat mengenalpasti nombot plet ketika kejadian itu, atau tiada surat saman ekor yang sampai ke rumah.

beberapa bulan kemudian, memang tiada surat saman ekor dan pembaharuan cukai jalan dengan JPJ juga tidak mengalami sebarang masalah. yang pasti, itu bukanlah kejadian kali pertama! malah bukan juga yang terakhir! Mungkin ianya hanya kebetulan, membuat sesuatu yang salah, tetapi bernasib baik dengan situasi tersebut. Siapa tahu niat dan tujuan watak yang sedang bermusafir dipermudahkan Allah. 

PS: sekali lagi diingatkan penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda cuba meniru aksi watak yang diceritakan dalam kisah benar ini dan tertangkap. bak kata Aaron Aziz dalam Fear Factor "sesiapa pun dilarang meniru atau melakukannya walau dimana dan pada bila-bila masa pun!"

(HOME)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages