nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, May 24, 2011

Episod 38: Umrah V Final Part





Eric tiba di restoran tersebut lebih awal dari biasa, dan hanya enam orang sahaja yang sedang beratur membeli juadah untuk santapan tengahari. Tiba-tiba eric terpandang seseorang yang sedang beratur seperti seseorang yang amat di kenali tetapi eric tidak pasti lalu eric memberanikan diri menegurnya. apabila saling terpandang kedua-duanya tergamam seketika.
"macam mana boleh ada kat sini?" tanya eric
"buat apa kat sini?" eric pula ditanya kembali
"biasalah, datang buat umrah sambil jumpa family kat sini" jawab eric
mereka berbual seketika kerana tidak menyangka setelah sekian lama, ditakdirkan bertemu di tanah suci.

Pada petang tersebut selepas solat asar di masjidil haram, eric sekeluarga sekali lagi bercadang untuk mengerjakan umrah. ayah eric juga mahu pergi bersama, walaupun masih uzur, tetapi pada saat akhir ayahnya terpaksa membatalkan hasrat tersebut selepas turun semula ke lobby  hotel kerana belum betul-betul pulih.

Seperti sebelumnya, masing-masing bercadang untuk mengerjakan umrah bersendirian tetapi daripada lima orang, menjadi 2 berpasangan dan eric sendirian, mak eric bersama chik manakala kaklong dengan isteri eric. eric menyudahkan tawaf agak cepat. azan maghrib dilaungkan semasa eric dalam perjalanan kedua dari marwah ke safa, tetapi eric meneruskan saie sehingga perjalanan ke-empat apabila tiba kembali ke safa iqamat dilaungkan lalu eric berhenti seketika dan menunaikan solat maghrib dibelakang jemaah muslimah di dalam masjid bersama beberapa jemaah muslim yang belum menyelesaikan ibadah saie.

apabila selesai solat maghrib dan selesai perjalanan ke-7, eric menuju ke salah satu tong di bukit marwah untuk bertahallul. kelihatan seorang pakcik tua berbangsa turki sedang memotong kuku dengan menggunakan gunting. apabila melihat eric, sambil tersenyum pakcik tersebut menunjukkan isyarat dia akan menolong mengguntingkan rambut eric. pada mulanya rambut eric di potong sedikit demi sedikit, agaknya kerana rambut eric yang agak panjang tiba-tiba pakcik tersebut naik geram! (6 bulan tak trim rambut)

'Prap'! terkejut eric melihat agak panjang rambut yang di kerat pakcik tersebut walaupun niat sebenar eric memang mahu bercukur selepas selesai ibadah umrahnya yang ketujuh itu. tetapi pakcik tersebut masih tidak puas hati! dipotongnya pula rambut sebelah kanan eric,tetapi agaknya kerana gunting tersebut agak tumpul beberapa helai rambut yang berada di diatas sedikit daripada telinga kanan eric seperti ditarik dan ada beberapa helai yang tercabut ketika rambut digunting. (aduii! sakit beb). eric berundur dengan cepat dari pakcik tersebut yang sedang geram. (biar betul pakcik!)
"enough, I will continue with the barber" kata eric perlahan kepada pakcik tersebut.
pakcik tersebut menunjukkan isyarat dengan gunting di tangannya mahu menggunting lagi rambut eric. lalu eric berkata
"nevermind, thank you" lalu cepat-cepat eric meninggalkan bukit marwah menuju ke kedai gunting yang berada 70m dari masjid
"botak?" tanya tukang gunting arab 
"yes" jawab eric ringkas
"sepuluh riyal" pandai juga arab ni cakap melayu
"ok"
"malizia.. Indonezia?"  (malizia = malaysia)
"malizi"
"ooo.. malizi.."
Tidak sampai 5minit rambut eric yang panjang menjadi licin. sepanjang hidup eric, itulah kali pertama beliau memotong rambut sehingga botak. sebelum keluar eric membayar sepuluh riyal kepada tukang gunting arab tersebut dan berkata "ma'assalaamah" dan cepat-cepat menuju ke hotel untuk mandi dan menukar pakaian lalu bergegas menuju ke masjid untuk solat isya' 


Selepas solat isya' eric pulang ke hotel. eric terpaksa menunggu lift agak lama. lift tersebut agak bermasalah kerana sliding doornya yang kadang-kadang terbuka kembali sebelum tertutup sepenuhnya menyebabkan ramai yang menunggu giliran untuk turun dan naik di hotel tersebut. manakala dua lagi lift sering tersekat di tingkat kedua (dewan makan). ketika mahu memasuki lift, seorang pemuda malaysia yang baru keluar dari lift bersalaman sambil mencium tangan seseorang dibelakang eric dan menyebut "datuk". di dalam hati eric terfikir pemuda tadi bersalaman dengan datuknya kot. eric tidak menoleh tetapi terus memasuki lift diikuti oleh datuk pemuda tadi dan empat jemaah wanita. 


di dalam lift eric terfikir takkanlah pemuda tadi tiap-tiap kali berjumpa datuknya nak bersalaman sambil cium tangan. lalu eric menoleh untuk melihat siapa yang berada di sebelahnya. Oh! Rupanya Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din berada di sebelahnya lalu eric pun bersalam dengan beliau.
"tak perasan datuk dibelakang saya tadi" kata eric tersenyum dan datuk turut membalas dengan senyuman, dalam masa yang sama, beliau juga sempat berlawak dengan loghat utara dengan isteri beliau yang berdiri didepan beliau kerana lift yang dari tadi terbuka dan tertutup dengan tidak menentu. selepas beberapa ketika barulah lift tersebut naik ke tingkat  yang dituju.


malam itu eric tidak dapat melelapkan matanya. dia cuba juga untuk pejamkan mata, masa berlalu begitu pantas, hingga jam di tangan eric menunjukkan pukul 1 pagi. eric masih tidak dapat melelapkan matanya, tiba-tiba eric teringat niatnya untuk mengucup hajarul aswad dan bersolat dalam hijir ismail masih belum tercapai. malahan eric akan meninggalkan kota mekah selepas solat zohor keesokan harinya. malam itulah peluang terakhir untuk menunaikan niatnya, kerana pada waktu siang terlalu ramai yang berebut.  Lalu eric mengambil wudu' dan menukar pakaiannya dan terus ke masjid. keadaan dilobby yang biasanya sentiasa penuh, lengang tanpa seorang pun dan begitu sunyi sekali. 


Di dataran Kaabah, eric cuba untuk pergi berhampiran dengan hajarul aswad tetapi tolak menolak berlaku diantara jemaah india dan indonesia. eric membatalkan niatnya itu lalu masuk kedalam hijir ismail dan tidak disangka terus mendapat tempat betul-betul dihadapan kaabah dengan selesa didalam kawasan itu tanpa di tolak sesiapa. selepas selesai solat sunat eric keluar dari kawasan hijir ismail untuk cubaan kedua mengucup hajarul aswad.


kali ini eric cuba mempraktikkan cara yang diterangkan oleh ustaz dalam ceramah tempoh hari, eric menyentuh bucu permulaan rukun yamani dan berdoa "Ya Allah dan malaikat-malaikat yang mendoakan, permudahkanlah bagiku untuk mengucup hajarul aswad, dan tolong freezekan mereka yang dibelakangku walau selama 5 saat." (uii sempat tambah freezekan orang) eric berjalan menuju ke hajarul aswad, dia hanya menunggu dengan tenang 3 meter dari hajarul aswad dan berkali-kali membaca doa yang pernah dihafal iaitu doa permudah bagi perkara yang sukar.


semakin lama arus membawa eric bertambah dekat dengan bingkai hajarul aswad. selepas orang didepannya selesai dan mula bergerak keluar eric menggunakan peluang tersebut dan berjaya mengucup hajarul aswad! pada masa yang sama, seseorang dibelakang eric menolak belakang kepala eric menyebabkan pipi kanannya rapat ke permukaan dalam hajarul aswad. keadaan diam seketika, tiada jeritan, tiada pergerakan dibelakang eric. beberapa saat kemudian orang dibelakang mula bergerak dan kembali bising, barulah eric boleh menggerakkan kepalanya lalu di rapatkan pipi kiri pula.selepas hampir 5 saat pipi kiri rapat di permukaan hajarul aswad sambil mengucup hajarul aswad seseorang dibelakang menarik eric keluar. nasib baiklah hari itu eric tahallul sampai botak, kalau rambut panjang, sah-sah rambut pun diorang tarik.
Suasana malam tersebut
Eric berpuas hati kerana dapat mencapai niatnya tersebut malahan dapat mengucup hajarul aswad lebih lama dari biasa. jubah eric terasa agak lembab mungkin kerana agak lama berada dalam tempat yang sesak. eric mula menjauhi kelompok manusia yang sedang berebut lalu dia duduk bersandar pada dinding dihujung dataran. selepas penatnya mula reda  dan peluhnya kering eric bangun dan beransur keluar dari masjidil haram dan pulang semula ke hotel. jam menunjukkan pukul 2:30 pagi apabila eric tiba dibilik hotel. eric menukar pakaian tidurnya, tatkala membaringkan sahaja badannya eric tertidur keletihan.


keesokan harinya seperti yang dirancang mereka sekeluarga keluar untuk membeli-belah satu kilometer dari pintu masuk 'baabussalaam'. dalam perjalanan mereka sempat bergambar sebagai kenang-kenangan di hadapan masjidil haram. apabila berjalan melepasi baabussalaam, ayah eric duduk seketika kerana keletihan dan masih uzur. Eric mahu menyewa kerusi roda tetapi ayahnya tidak mahu. jadi eric menemankan ayahnya duduk di dataran tersebut sambil mendengar cerita pengalaman ayahnya semasa di madinah dan di mekah. manakala keluarga wanita meneruskan hajat untuk membeli-belah.
(setelah ditranslate dari loghat kelate)
"eric nak pergi ikut shopping pergilah, biar abah balik ke bilik hotel" kata ayah eric
"takpelah kalau nak balik hotel eric temankan" kata eric kerana risau ayahnya tersilap jalan lagi seperti yang diceritakan oleh kaklong eric sebelumnya.


Eric menemankan ayahnya hingga ke bilik hotel. ayah eric berbaring merehatkan badan.
"pukul berapa flight hari ni?"
"pukul lima, tapi lepas zohor kena tawaf wida' dan terus bertolak ke Jeddah airport" kata eric
"takpe lambat lagi, tidurlah dulu" kata ayah eric terbatuk-batuk
eric pun tidur.


Selepas hampir dua jam tertidur, jam menunjukkan pukul 10pagi, eric meminta diri dan pulang kebilik untuk berwudu' kemudian pergi ke masjid untuk solat sunat. apabila keluar dari masjid eric tercari-cari selipar kulit yang baru dibeli tak sampai seminggu, hilang dari tempat yang diletakkan. pada masa yang sama kelihatan dua orang warga india sedang mencuba sandal yang diletak di rak kasut. (hai, buat macam kedai kasut free). nasib baiklah eric tidak membeli sandal Timberland sebelum datang, kalau sandal tu hilang mau tak meraung.


eric meminjam selipar jepun dari seorang turki yang baru masuk kemasjid untuk mengerjakan umrah. eric pulang ke hotel, kelihatan isterinya sudah sampai kebilik dari  membeli-belah.
"masuk kejap je ke masjid, bila keluar balik selipar dah hilang. India tadi siap test selipar macam kedai kasut je" kata eric
"tu selipar sapa?"
"selipar pinjam, mana kedai kasut paling dekat?"
"kat bawah hotel sebelah kanan" 


eric terus keluar ke kedai kasut. membelek-belek selipar jepun di depan kedai, lalu tuan kedai berkata
"go upstairs"
pada mulanya eric sangka memang kedai tu jual kat tangga je, tetapi rupa-rupanya kat atas sikit punya besar dan banyak sandal kulit dijual di tingkat atas. Eric menunjukkan sepasang sandal kulit kepada penjaga kedai dan bertanya dalam bahasa arab. (setelah dialih bahasa)
"berapa sepasang?"
"seratus lapan puluh riyal, kulit unta, kualiti baik punye bro"
Eric terkedu, memikirkan duit didalam wallet lebih sikit dari seribu, nak buat tambang teksi, lunch kat airport, bayar parking kereta yang di tinggal di airport dammam dan anything just in case of emergency eric turun kembali dan mengambil selipar jepun.
"only this? lima riyal." kata tuan kedai
eric membayar lima riyal dan pergi ke masjid memulangkan selipar yang dipinjamnya kembali ke rak kasut masjid. di cari-carinya sandal kepunyaannya kalau-kalau orang yang mengambil sandalnya memulangkan kembali, tetapi hampa. datang dengan selipar kulit tetapi pulang dengan berselipar jepun! bak kata pendekar bujang lapok. Coba'an...!


Selepas solat Zohor dan selesai tawaf wida' barang-barang dibawa keluar untuk checkout. selepas checkout menunggu dilobi hotel keluarganya sebelum familynya turun dari bilik. eric bersalam dan memeluk kedua ayah dan ibunya. beberapa orang di lobby cuma terkebil-kebil melihat. 
"bila nak balik Malaysia?" tanya ayah eric
"Insya'allah tiga bulan lagi, cuti dari dua minggu sebelum raya hingga seminggu selepas raya kalau ikut tiket flight, 17 Ogos balik, bila ma balik?".
"11 haribulan, singgah rumah kak ngah semalaman baru balik Kota Bharu" kata ibunya


keluarganya mengiringi hingga ke tepi jalan besar untuk menahan teksi untuk ke jeddah airport. eric menahan sebuah teksi dan bertanya
"jeddah airport, isnain mia?" tanya eric
"aiwa, two hundred."kata pemandu teksi
setelah memasukkan bag kedalam ruang simpanan eric duduk disebelah pemandu di ikuti isterinya di seat belakang. 
"selamat jalan" kata keluarga eric
Eric memberi salam dan melambai tangan apabila teksi mula bergerak, salam di sambut dan perlahan-lahan teksi menghilang ditengah kesesakan jalan untuk keluar dari kota Makkah.

eric tiba dirumahnya hampir jam 10 malam selepas memandu selama sejam dari airport dammam. keluarganya pula tiba di Kuala Lumpur lima hari kemudian. The End.


PS: panjang? Dear readers, as I promise before I will complete in the last partkan?
PS2: seperti yang ditulis dalam episode yang lepas target kedua eric sudah tercapai. dalam masa yang sama target ketiga in progress. (tak tahu? sila baca episode retreat)
PS3: recommendation untuk bakal mengerjakan umrah dalam masa terdekat, sila bawa ubat batuk dan selsema paling power dari malaysia. ubat disini susah nak dapat yang power dan berkesan macam ubat Kementerian Kesihatan Malaysia.

2 comments:

  1. You remember every single detail eric. great job.impressed to read blog demo.

    ReplyDelete
  2. Thank you. Writing every single detail for dear readers, who knows, maybe some of the info is useful later rite?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages