nuffnang

nuffnang LR

Sunday, June 26, 2011

Wasta


wasta? hapekemendenya tu? kadang-kadang orang arab tanya "siapa wasta kamu" maka korang pun tercengang dan suruh pak arab yang tanya tadi sebut lagi sekali pun korang tercengang. orang yang kerja kat region middle east biasanya tahu apa itu wasta. tak tau? meh aku cerita.

Apa itu wasta? wasta adalah perkataan arab "واسطة" atau bila di translate yang membawa maksud pengaruh atau yang anda 'kenal'. atau dalam bahasa yang kita selalu guna sekarang sebagai 'cable'. cable ini termasuklah cable untuk mendapatkan pekerjaan ke kena saman ke, apa-apa je lah yang memerlukan pengaruh seseorang untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah. ini juga sering dipraktikkan dalam politik kotor di malaysia dan perkataan yang sinonim dengan wasta ialah Kroni!

wasta memerlukan orang tengah yang berpengaruh sebagai perantara. apa sejarah di sebalik wasta? wasta pada asalnya digunakan untuk mengekalkan struktur sosial suku atau kabilah, ye lah arab ni banyak kabilah banyak bersikap asabiyah. perlu di ketahui memang jarang-jarang untuk menjumpai syarikat arab yang tidak mengamalkan kroni.

meh aku bagi satu contoh wasta arab: ada dua orang pemuda arab, Salim seorang yang berpelajaran tinggi dan berkemahiran, dan seorang lagi Khalid lepasan kolej yang pemalas, pass kolej pun kerana bapanya seorang yang berpengaruh di kawasan tersebut. mereka berdua pergi interview untuk cuma satu jawatan yang kekosongan di sebuah syarikat oil and gas. 

setelah di interview, panel interviewer berpuas hati dengan salim. kini khalid pula di interview, rupa-rupanya salah satu dari panel interviewer adalah dari kabilah sama dengan khalid. akhirnya, kedua-duanya di terima bekerja walau cuma terdapat satu kekosongan. kalau cuma satu yang boleh di ambil maka khalid berkemungkinan besar lebih berjaya dari salim. 

setelah 3 tahun bekerja salim adalah seorang yang rajin, manakala khalid pula acuh tak acuh sahaja dalam pekerjaan, tetapi khalid sangat pandai 'coverline' mengular dan sering berpura-pura sibuk tetapi menjaga hubungan dengan bosnya. dan akhirnya Khalid di naikkan pangkat di dalam syarikat tersebut. (bukan sahaja sektor swasta, Gomen pun sama) kerana itulah memang susah berurusan dengan puak-puak diorang. kerja yang boleh di siapkan seminggu boleh drag sampai sebulan!

Wasta banyak digunakan di negara arab seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait, UAE dan sebagainya. ia juga sering digunakan untuk melepaskan diri dari membayar saman which means terus tak payah bayar kalau ada wasta baekk punye! dan jika berlaku kemalangan kerana seorang yang berwasta melanggar lampu isyarat merah, lampu merah pun boleh di'hijau'kan.

dan biasanya nombor plet kereta mereka adalah kurang dari nombor tiga digit. kena speedtrap pun mungkin tak kena saman.believe it or not, wasta masih di gunakan secara meluas di rantau ini. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages