nuffnang

nuffnang LR

Monday, December 26, 2011

Umrah VII


Beberapa hari lalu Eric pulang dari mengerjakan umrah, ini adalah trip umrah yang ke-7, juga ibadah umrah eric yang ke-9 dan merupakan umrah pertama selepas mengerjakan fardu haji pada musim haji 1432. Ini adalah kali kedua eric mengikut rombongan umrah melalui program KRMJ dengan menaiki bas. walaupun sebelum bertolak keadaan kesihatan eric yang tidak berapa baik, eric tetap meneruskan niat untuk menuju ke mekah. 

Rombongan kali kedua bersama krmj ni lebih kurang sahaja seperti kali pertama dulu, cuma tempat bas berhenti untuk solat dan makan tidak sama dengan gerombolan bas-bas lain. Jadi tiadalah kesesakan untuk menggunakan tandas, surau dan lain-lain. kami menaiki bas bersama dua lagi bas rombongan Indonesia. AJK umrah dah improve sikit siap booking awal bilik untuk persiapan berihram di miqat al-sail. cuma hotel yang di tempah adalah agak jauh dari hotel-hotel yang pernah eric duduki, bukan setakat itu je, siap kena turun naik bukit lak, nampak gaya nak kena buat repeat kat safwa hotel sebelum visa umrah dibuka semula. dan eric juga perasan kali ini driver bas tidak turut berihram seperti driver-driver bas lain.
memang jauh!

Apabila tiba di kota Mekah, lansung tidak dirasakan kedinginan musim sejuk. Seperti biasa, cuaca di kota mekah adalah just nice dan perbezaan suhu hingga 20 darjah dari kawasan lain di saudi contohnya jubail dan riyadh sekitar 5-10darjah celcius. dengan suhu sedemikian keadaan kesihatan eric bertambah baik, cuma eric tidak banyak bercakap kerana sakik tekak, melainkan sekadar tersenyum apabila berselisih dengan rakan lain di hotel.

Oleh kerana visa umrah untuk negara lain belum dibuka selepas semua jemaah haji pulang ke negara masing-masing, inilah musim jemaah umrah paling sedikit jika dibandingkan dengan musim lain. cuma orang yang bekerja di saudi, dan warga tempatan saudi sahaja yang mengerjakan umrah musim ini. weekdays adalah hari paling sedikit jemaah umrah berada di masjidil haram. malam jumaat dan hari jumaat adalah hari paling ramai orang mengerjakan umrah. masa yang digunakan untuk mengerjakan tawaf umrah sebelum waktu zohor pada hari khamis tidak melebihi 15 minit!





ada waktu malamnya kelihatan ramai yang berebut untuk mengucup hajarul aswad termasuklah kaum wanita. melihatkan keadaan demikian eric melupakan hasratnya. oleh kerana ramai yang berebut untuk menghampiri hajarul aswad, kawasan hadapan multazam pula yang menjadi lega, maka eric berdiri dan berdoa betul-betul dihadapan multazam melebihi setengah jam. berdoa agar di beri petunjuk samada untuk meneruskan atau meninggalkan kerja di Saudi, tidak lupa juga doa-doa lain untuk keluarga dan sebagainya.


Selepas tawaf wida' dan solat jumaat, semua jemaah krmj bertolak pulang ke jubail. dalam perjalanan pulang eric cuba untuk tidur tapi geng-geng wanita dibelakang hingga empat row sedang asyik dok berbual, dari satu topik hinga ke beberapa topik, apa saja yang dibualkan rasanya boleh la dengar dalam row yang berhampiran. eric lak boleh dengar setiap satu yang dibualkan, bukan setakat berkhemah padang pasir, ATV, Budu, laksa, Gua hofuf dan macam-macam. nasib baik tak ngumpat je. tapi rasanya kalau perempuan bab-bab 'menganyam ketupat' mau tak berhenti. yang topic macam-macam tu boleh berbual dari asar sampai maghrib! driver bas lak pasang lagu arab yang chorusnya berbunyi 'ya hussain'! patut la tak buat umrah dan tak nampak pun solat, puak110 (klik) rupanya.


kemudian bas berhenti untuk solat maghrib dan isya', diikuti dengan makan malam yang disediakan. setelah makan eric membeli susu supaya lagi cepat mengantuk bila bas berjalan semula. ketika meletak minuman didalam bas dua orang adik-beradik sedang bermain berlari-lari dalam bas, naik pintu depan, turun pintu belakang, kemudian naik balik, Eric perasan pernah bersama  dua beradik ni naik lift ketika nak mengerjakan umrah dari hotel, maka eric pun tanya
"sapa nama ni..?"
"Ain zulaika"
"uncle nak panggil apa?"
"zuzu" belum sempat eric tanya adik kakak menyambung lagi sambil diperhatikan adiknya
"Tu adik, yaya, nama dia bla bla bla..........." jawab zuzu dengan petah dan laju yang amat. eric confuse cuba replay balik jawapan tadi (aku yang lambat dengar ke... jawapan dia yang laju macam F1? tapi seriously memang laju mengalahkan auctioneer)  belum sempat eric tanya lagi dua-dua dah lari ke pintu belakang.


bila bas memulakan perjalanan, semua mula mengantuk, biasalah lepas makan... selepas eric menghabiskan susu segar yang dibelinya tadi, eric terlelap juga walaupun duduk di seat paling depan dengan silau lampu kereta yang datang dari arah bertentangan. tepat pukul 5 bas tiba di jubail. sesampai di rumah eric solat subuh dan terus bersiap untuk pergi kerja. otot kaki mula terasa sakit, jauh berjalan turun naik bukit agaknya dari hotel ke masjidil haram. memang confirm kena return dengan flight, dan mungkin ini third last trip sebelum back for good!

2 comments:

  1. salam....sgt jeles kan eric sbb leh wat umrah berkali2...bila la agaknya noorfa nak jd tetamu Allah kan...doakan sy k...

    ReplyDelete
  2. asal ada kemahuan, harga umrah ok lagi dari malaysia, simpan sikit-sikit insya'allah dapat sampai.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages