nuffnang

nuffnang LR

Saturday, December 29, 2012

Interviewer Yang Bangang


Baru-baru ni eric ada menghadiri satu interview untuk sebuah company yang ada kaitan dengan government atau yang biasanya disebut sebagai GLC. oleh kerana tidak berapa familiar dengan kawasan Petaling Jaya, Selangor (Orang PJ cakap PJ kat Selangor bukan KL) maka eric terpaksa batalkan plan untuk drive kesana pada hari interview, and take a ride on LRT. giler lama tak naik LRT dowh!

malang tidak berbau, nak dipendekkan cerita LRT ada masalah teknikal, budget sampai sepuluh minit sebelum start jadi 30minit selepas exam start. orang lain yang amik exam ada kelebihan setengah jam berbanding eric. orang lain dah jawab page lain kita baru nak start first page. 

apa yang buat eric terkejut bila melihat semua calon lain agak berumur dan beruban kecuali seorang berbangsa cina yang duduk disebelah kanan eric dan seorang lagi yang bersebelahan dengan cina tersebut. most of the question macam add math plus modern math. dah lama tinggal form 4 and 5. nasib baik la beli scientific calculator. kalau calculator biasa ternganga la jawabnya. 

ada gak essay question tapi eric cuma buat 3 paragraph dan 3 ayat setiap paragraph. engineer.. apa barang nak tulis meleret-leret just write straight to the point macam tulis report jer la. kan? bila tengok orang sebelah dan sebelahnya punya essay full satu page, fuh! apa benda la diorang goreng tu.
selesai exam semua keluar untuk lunch sebelum keputusan di maklumkan pada pukul 1 tengahari. selesai lunch, keputusan dimaklumkan di dalam bilik yang sama tepat jam 1 tengahari.
"nama yang di panggil perlu tunggu sebelum sessi temuduga, manakala nama yang tidak di sebut anda dikira tidak berjaya dan boleh meninggalkan bilik ini." kata penjaga exam
selepas diumumkan 40% calon yang gagal meninggalkan bilik termasuk yang duduk di sebelah eric. macam tak caya je orang sebelah fail. 
"nama-nama yang telah disebutkan tadi sessi temuduga akan bermula jam 2:30 nanti, jadi yang mana nak solat zohor boleh turun ke tingkat bawah."

setelah selesai solat zohor eric keluar mencari atm machine, dan selepas selesai urusan terjumpa dengan kenalan lama sedang merokok dan berbual bersama dua rakan lain.
"eh bukan kau pergi ke middle east ke"
"aku dah lama balik" jawab eric ringkas
and it ends there, diorang sambung perbualan sesama mereka, macam takde orang lain kat situ. jadi orang seperti ini tidak patut dijadikan member seolah-olah mereka orang yang besar dan orang lain tiada kaitan dengan mereka. not respectful...

eric naik semula ke ruang menunggu sebelum interview sambil membaca suratkhabar. calon lain yang pernah berurusan dengan syarikat tersebut sedang rancak berbual di sofa berhadapan dengan eric. selepas dua orang di temuduga, eric adalah orang yang ketiga dipanggil untuk di temuduga.
apabila memasuki bilik temuduga.. well.. well.. salah seorang dari tiga orang yang berbual sambil merokok dibawah yang tak pandai respect orang tadi adalah satu dari dua panel yang menjadi interviewer.

"Ok, encik eric beritahu kami tentang diri anda."
pada masa ini dalam hati eric berkata "ok thats weird, interview dalam bahasa malaysia? first time!" tetapi tetap memulakan seperti biasa tetapi ada juga terselit English, ye la istilah engneering nak translate ke bahasa malaysia tak ke lucu bunyinya. tak caya? apakah yang dinamakan sebagai 'aci engkol'? tahu? aci engkol tu 'piston' dalam english. aci tu rasa macam tuan kedai runcit bangsa india je. 

selepas beberapa soalan ditanya soalan lain pula ditanya apa equipment yang pernah di selenggara ketika bekerja di middle east. eric menjawab, pumps, vessel, compressor, reactor, column, centrifugal compressor, burner, turbine pump dan sebagainya. dan boleh lak ditanya 
"reactor? column?" 
dengan cara pertanyaannya, eric dah tau this irritating guy tak tahu apa benda reactor dan column. 

orang yang tak pernah kerja oil and gas mungkin akan ingat kalau reactor tu macam nuclear reactor, cuma nuclear reactor a bit complicated tapi mudah untuk diterangkan manakala reactor untuk petrochemical process dan RX RG memang susah nak diterangkan untuk orang-orang yang tidak tahu, tetapi buat-buat tahu! toksah kata reactor, column pun tak tahu! Oh! (untuk para pembaca yang tidak mempelajari basic engineering its ok)

oleh kerana dia tak berapa tahu dan tak mahu kantoi, ditanya lak soalan HR, padahal HR manager ada kat sebelah. macamana nak stop pekerja daripada berhenti dan join company lain. eric tersenyum dengan penuh sarcasm, macam nak kenakan mamat bongok ni. eric jawab je as experienced before. tapi mamat ni tetap tak puas hati. ditanya lagi dan lagi pasal hal sama. makin ditanya makin confident sambil bleh jawab cool je. cuma didalam hati membuak-buak untuk menjawab dengan jawapan kurang ajar, tetapi eric membatalkan niatnya demi menjaga tatasusila dan kredibiliti (eceh hahaha...)

nak tau apa jawapan yang sebenar eric nak bagi? ni kalau dia dengar mau berdesing telinga kedua-dua ekor interviewer kalau eric cakap
"IF YOU WANT LOYALTY... GET A DOG!!!"


PS: kalau anjing dibagi tak cukup makan pun tuan punya anjing pun boleh anjing tu jadikan makanan. (sila fahami maksud tersirat)
PS2: bagi eric kalau dapat kerja ni alhamdulillah dan kalau tak dapat pun alhamdulillah tak payah kerja dengan engineer berlagak tapi useless! 

Friday, December 14, 2012

14 December

Its my birthday!!! I think it is my first time celebrate birthday in hometown after years abroad and far from home! 

still young, even younger in my heart. seriously? hehehe...

ps: Warm thanks to birthday wishes in whatsapp, facebook, sms, cakes and yogurt Ice-cream!

Wednesday, December 05, 2012

Famous In The Sky

(cerita agak panjang dan ambil masa untuk dibaca, berbaloi jika diambil iktibar darinya)
Assalamualaikum readers sekalian, Title kali ni lain macam sket, sebenarnya kisah zaman dulu-dulu dan baru-baru ini baru eric dapat recall balik cerita yang pernah diceritakan oleh ustaz eric suatu ketika dulu sewaktu eric masih belajar di salah sebuah sekolah arab yang terkenal di Kota Bharu. bleh recall balik pun bila dapat forwarded email dan sharing dalam facebook network.

Kat sekolah arab ada sesetengah ustaz akan bercerita tentang cerita untuk relatekan dengan subjek arab. (subjek arab sahaja terdapat 8 subjek tidak termasuk subjek akademik sekolah kerajaan). kalau ustaz tanya nak dengar cerita tak? siapa yang tak suka dengar cerita dalam kelas kan?


ada yang pernah dengar tentang Uwais Al-Qarni, mungkin ada juga yang tidak pernah kenal dengan beliau. Siapa Uwais Al-Qarni?



Pada Zaman Nabi Muhammad SAW, Uwais Al-qarni adalah seorang pemuda berasal dari Yaman, seorang yatim yang kematian ayahnya sejak kecil. mengalami penyakit sopak pada kulitnya sejak dilahirkan. beliau adalah ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendang, tiada orang yang menghiraukannya, tidak dikenali oleh penduduk bumi. Beliau taat dan mengambil berat keatas ibunya yang telah tua dan buta malahan tidak berdaya. Uwais menyara kehidupannya dan ibunya dengan mengambil upah mengembala kambing dan Unta.



Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung hidup sehariannya bersama ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.  Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya. 

Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk syurga, dia terus dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan syurga tak ada yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenali ramai orang dan juga miskin, ramai orang suka mentertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai orang meminta minta, mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, kerana hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata

“Aku khuatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari meminta pasti dari mencuri”.


apabila ibunya menyatakan hasrat untuk mengerjakan haji, Uwais mendukung ibunya hingga ke kota mekah dari yaman kerana tidak berkemampuan untuk membeli seekor unta sebagai tunggangan. hingga selesai ibadah haji ibunya bertanya

"apakah yang kamu doakan ketika berada di kota Mekah?"
"berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa ibu"
"bagaimana pula dengan dosa kamu?"
"Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk Syurga, cukuplah dengan ibu redhai saya, maka saya juga masuk syurga"
"ibu inginkan kamu berdoa agar Allah pulihkan penyakit sopak kamu"
"maaf saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan, kalau tidak redha dengan kejadian ini seperti saya tidak bersyukur dengan Allah"
"kalau ingin masuk syurga kamu kena patuhi perintah ibu, ibu mahu kamu berdoa"

lalu Uwais mengangkat tangannya dan berdoa, tapi takutmasih ada dosa pada dirinya maka uwais berdoa
"Tolonglah ya Allah, kerana ibuku aku berdoa hilangkan putih pada badanku melainkan tinggalkan sedikit."

Dengan izin Allah hilanglah penyakit putih sopak pada badannya melainkan tinggal bulatan putih kecil di belakang lehernya. maka inilah pengenalan yang disebut Rasulullah SAW kepada Saidina Umar dan Saidina Ali
"Tandanya kamu nampak dibelakangnya ada satu bulatan putih, Bulatan sopak. kalau kamu berjumpa dengan tanda itu, maka itulah Uwais Al-Qarni."

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur.  Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.  Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan kekasih Allah itu , tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi.


Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah Baginda dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian dan jagaannya dan tidak sampai hati meninggalkan ibunya sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.  

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.  Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Berangkatlah Uwais menuju ke Madinah yang jauhnya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.  perjalanan yang jauh dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya di lalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. 

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata Nabi SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hatinya, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, bilakah Baginda pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. 

Kerana ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon undur diri kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirim salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan sedih.

Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa hamba Allah yang mencari itu ialah Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit. Mendengar perkataan baginda Rasulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya terpegun.

Lalu Rasulullah saw menceritakan kembali akan peristiwa Israk Mikraj, ketika di syurga dia telah mendengar satu suara dan bertanyakan kepada Malaikat suara siapakah itu.."Itulah suara orang yang berbakti kepada kepada ibubapanya dan dia masih lagi hidup di bumi"

Menurut sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan uzur  sehingga dia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di belakang lehernya.” Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga pemerintahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di gantikan dengan pemerintahan Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka.  Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.




Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. 

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. dan ketika itu Khalifah Umar ternampak tanda putih dibelakang lehernya membuktikan kebenaran tanda putih, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar! Dia penghuni langit. 


Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,  

"siapakah nama saudara?" 
“Abdullah”, jawab Uwais. 
Mendengar jawapan  itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan 
“Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” 
Uwais kemudian berkata 
“Nama saya Uwais al-Qorni”. 


Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahawa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah 

“Sayalah yang harus meminta do’a daripada kalian”. 
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata 
“Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”. 
Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata 
“Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya. Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba ramai orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. 


Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya untuk memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian ramainya orang yang tak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.


Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. 


Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. 

Dari saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qarni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.

Tuesday, November 27, 2012

Middle East: Offer Letter Pt II

dari episod lepas (baca Offer Letter)lama eric merenung screen notebooknya membaca agreement dan melihat offer letter. tanpa berfikir panjang eric terus menekan butang reply dari emailnya. keputusan telah lama di buat dari solat istikharah, eric telah mendapat gerak hati apa yang harus dilakukan. 
"bagi ayat sopan sket.. 'I regret that I..'
eceh... eceh... sopan la sangat"

eric mula merangka email. dan antara ayat penting yang menjadi keputusan muktamad tanpa talian hayat ialah "I regret that I have decided not to accept the offer..." 
gambar hiasan: who wants to be a millionare
Huh! Apa?! Ko tolak?! yes... eric tolak... mungkin ada yang berkata amat rugi menolak offer sebegitu, tetapi segala aspek telah eric fikirkan dengan mendalam. sebelum interview, satu sessi briefing telah di buat. tetapi apa yang di perkatakan di dalam briefing lansung berbeza dengan beberapa perkara yang di tawarkan dalam offer letter. contohnya, salary akan dibayar dalam US Dollar, tetapi tidak didalam offer letter. (kalau nak kata typo error takkan semua pun typo error). ini baru peringkat offer letter, kalau dah sampai sana entah apa lak yang dikelentongnya nanti. 

bukan itu sahaja faktornya, jika seseorang itu membuat solat istikharah, tetapi gerak hati terus menunjukkan tanda-tanda tidak berminat untuk bekerja didalam organisasi tersebut. takkan nak buat keras hati nak pergi gak kan? yelah, dah dua kali terkena, takkan nak biarkan pisang berbuah tiga kali? mungkin jantung pisang boleh dibuat ulam, jangan sampai bila dah berada disana hari-hari 'makan hati berulam jantung'. oh!
Bukan gaji berpuluh ribu yang di cari tetapi mencari kerja yang kita cintai. pernah korang jumpa kerja yang korang suka? actually i have, but i have to leave it to move on with my life. position yang ditawarkan di middle east kali ni pula terlalu specific, very specific into stationary equipment. untuk jangka pendek selama 3 tahun mungkin ada pekerjaan, tetapi bila dah terlalu specific selepas tamat kontrak, kemana mau pergi? sebab tu lah eric selalu mencari position secara general dan tidak terlalu specific semoga mudah untuk masuk melalui mana-mana cabang mechanical engineering tak kira sama ada dalam sektor oil and Gas, Petrochemical, Utility dan Power.

ditambah lagi dengan keadaan parent eric, tanggungjawab sebagai seorang anak tidak sepatutnya diabaikan. nak pergi jauh-jauh dengan situasi begini? seorang anak yang pergi dalam keadaan begini tidak akan dapat pergi dengan perasaan yang tenang. tapi ada pula yang berkata, 
"kena fikirkan diri sendiri juga", 
well it was not easy as it was said. let me ask you, will you be happy going far away while your parent are not well and need your assistance? If that makes you feels nothing in your heart, (sorry to say) I don't know from which hell you're coming from or what type of animal people you are. oh! (tidak ditujukan kepada sesiapa, jika terasa itu cuma kebetulan sahaja)

sebenarnya banyak sebab lagi mengapa eric menolak. jika melalui job agreement yang telah di review, banyak amendment yang perlu di buat. antara agreement yang pernah eric buat amendment adalah ketika mendapat tawaran di brunei. dan apa jadi akhirnya? word of mouth apa pun boleh cakap, tapi dalam black and white kalau tak review betul-betul kelak memakan diri sendiri. 

apa yang lagi tak best dalam offer letter kali ni? hehehe ada 'special' allowance. allowance apa tu? RURAL Area Allowance... rural area? kat negara padang pasir? biar betik? oh!

Mungkin belum lagi rezeki untuk aku...

Friday, November 23, 2012

Middle East, Offer Letter!

Hi all, dalam entry yang lepas (surgery and warded), ada eric cerita rasa macam nak demam, dan memang tepat sekali selepas balik dari hospital eric telah diserang dengan demam panas selama 5 hari berturut-turut. the worst fever ever siap tinggal side efect sampai sekarang. Nasib baik la kat Malaysia kalau kat Saudi dah entah apa dah jadi. sekarang ni keadaan kesihatan masih belum pulih seperti semasa menulis dua entry yang lepas...

seperti yang diceritakan dalam dua entry sebelum ni, setelah berjaya diterima untuk bekerja di middle east, cuma hati je yang masih ragu-ragu. bila bertanya dengan rakan, ramai yang berkata "just go for it!" ada juga kata 
"Nak Ikut!" cuma ada satu yang kata 
"Please Don't go" kata sapa? kata hati eric sendiri!
offer letter yang ditunggu tidak kunjung tiba, hati yang terasa tawar semakin menebal. Eric menghantar mesej melalui whatsapp kepada group adik beradiknya mengenai berita tersebut. dan jawapan  dari kaklong
"wah! so soon? bolehlah berjalan ke sana pula, anyway congratulation!"
"Insyaallah, tapi tak decide lagi"
dalam diam-diam rupanya form untuk eric telah diproses untuk visa walaupun eric tidak membuat sebarang feedback. hinggalah eric mendapat offer letter dan form untuk medical check-up. 

mungkin bagi sesetengah orang bila melihat kepada figure yang diberikan mungkin akan berasa excited dan keluar tanda '$' kat kedua-dua biji mata dengan sound effect 'TING!'. bila dikira-kira dengan duit untuk membeli kereta dan sebagainya, dengan rumah yang telah disediakan dengan angka permulaan hampir kepada 6 angka! ia lansung tidak berjaya membuat eric excited atau terkeluar tanda '$' dimatanya! malah eric siap mengeluh...

eric masih teringat kali pertama kesana untuk bekerja, dari dalam kapal terbang kelihatan warna padang pasir ditepi pantai dan berkata dalam diri sendiri "oh crap! this is where I gonna work?" ketibaan untuk transit di lapangan terbang Doha disambut dengan cuaca ribut pasir. eric merenung jauh dari dalam dinding kaca lapangan terbang Doha ketika menunggu penerbangan seterusnya...

tangki air pun di cat dengan warna pasir, rumah pun warna pasir, apa takde warna lain ke kat negara padang pasir ni? polis pun pakai pakaian warna tu. nasib baiklah pak arab reti gak pakai jubah putih, dan mak arab pakai jubah hitam.

lama eric merenung screen notebooknya membaca agreement dan melihat offer letter. tanpa berfikir panjang eric terus menekan butang reply dari emailnya. keputusan telah lama di buat dari solat istikharah eric telah mendapat gerak hati apa yang harus dilakukan. apa keputusan eric akhirnya? 
bersambung...
(click to read Part II)

Tuesday, November 13, 2012

Surgery and Warded


Tetiba je senyap tanpa berita lebih dua minggu blog menyepi. Dah beberapa hari plan nak update blog tapi apakan daya life is too busy. Dah lebih seminggu keluar masuk hospital termasuk tidur dalam wad hospital. What happened? 
Source: Artimage (Help save the turtle wwf)

Sebenarnya bukan eric yang buat pembedahan sebab eric memang bukan pakar surgery! dan eric juga bukan orang yang telah dibedah dalam bilik pembedahan. abis tu apehal dengan tajuk surgery dan warded? sebenarnya ayah eric yang terpaksa menjalani pembedahan urology.

dua lubang terpaksa ditebuk beberapa sentimeter dari kedua-dua buah pinggang menuju ke prostat. dan dua tiub dimasukkan kedalam lubang yang ditebuk tersebut. dan semestinya menebuk lubang kedalam badan ini mengeluarkan banyak darah. 

sehari sebelum pembedahan dilakukan pesakit akan di tahan di dalam wad dan mesti berpuasa. pada hari pembedahan pesakit akan dibius separuh badan dari pinggang ke bawah. pembedahan yang dilakukan keatas ayah eric memakan masa lebih kurang dua jam hanya untuk menebuk lubang. selepas siap ditebuk pesakit akan dibawa ke bilik menunggu hingga ubat pelali hilang dan pesakit mulai sedar. apabila pesakit sedar barulah pesakit dibawa kembali ke dalam wad. 




selepas beberapa jam, kesan bius mulai hilang dan pesakit akan mulai terasa kesakitan. itulah kali pertama eric melihat kerutan ayahnya menahan kesakitan yang amat. hari pertama memang tidak dapat banyak bergerak, minum pun sambil berbaring. dan malam itulah buat pertama kali eric berjaga didalam wad hospital dari pukul 9malam hinggalah pukul 7:30 pagi keesokan harinya apabila mak eric menggantikan shift pagi. 

tiga hari pertama, dua drip air dimasukkan satu liter di tangan dan tiga liter di tiub yang memasuki lubang yang ditebuk. kedua-dua drip mesti digantikan sebaik sahaja air didalamnya habis. air dari drip yang mengalir kedalam tiub yang memasuki lubang yang ditebuk akan keluar dari satu lagi tiub output dan di salurkan ke discharge bag. hari pertama hingga hari kelima, outlet bag mengumpulkan beberapa baldi air bercampur darah yang keluar dari luka pesakit. dan kebiasaannya darah akan banyak keluar apabila ada pergerakan badan. dan jika pesakit buang air kecil pasti keluar bersama darah yang pekat.

Dan hari ni, badan terasa lain macam, tanda-tanda nak kena fever. hope it never come at this time

PS: the update about the middle east as in previous entry job will be posted later. adios!

Sunday, October 28, 2012

Temuduga Middle East Lagi?

Hi guys and gals, tengok tajuk aje dah tau apa cerita yang nak di ceritakan kan? Interview ni lah yang paling last, paling lama dan paling susah. kenapa paling lama? dalam sejarah sendiri, interview paling lama ialah dari 8 pagi hingga 7:30 malam ketika pertama kali mendapat kerja di saudi dulu (termasuk waktu menunggu untuk interview session kedua). tapi yang ni sehari setengah hingga ke hari berikutnya kena datang lagi.

Kenapa Paling susah? cuba bayangkan kena lalui satu exam kemudian dua sessi interview termasuk technical interview. dan hari berikutnya technical exam lagi sekali baru final technical interview. this is how its started after the first day end.

"The manager likes you, however you have to come again tomorrow morning for another technical exam. then we see how's it going to be"
"what time tomorrow?"
Senior HR arab yang beruban itu bertanya kepada pembantunya
"7:30 morning"
"ok I'll see you again tomorrow, Thank you"
balik dari interview hari itu semalaman eric terasa jiwa kacau. makan pun tak lalu, tidur pun tak lena, tetapi mandi tetap basah!
keesokan harinya awal pagi lagi eric dah pun berada di tempat yang sama, kelihatan beberapa warganegara India yang flight dan hotel mereka di sponsor oleh company tersebut sedang menunggu untuk di temuduga. selepas hampir sejam menunggu eric memasuki bilik exam dan kemudian masuk seorang arab muda yang juga berjawatan senior HR masuk kedalam bilik dan menyerahkan kertas peperiksaan.

"owh! Its you again"
dalam hati eric mulai terasa panas hati, mamat arab mangkuk ni apehal tak puas hati dengan aku ke lepas interview semalam? Hari sebelumnya, boleh dikatakan hampir kesemua candidate tak puas hati dengan soalan-soalan yang di utarakan oleh mamat arab muda yang berlagak ni. selepas interview ada juga yang memaki hamun mamat arab ni ketika 'mengumpat' berbual dengan candidate lain. contohnya "si mamat arab tu perangai memang macam lahanat" (not me, I just listen)

"you start at 8:25 and stop exactly after one hour." kata mamat mangkuk ayun tu serius
tapi eric buat selamber je, terus tulis nama dan mula menjawab soalan. soalan terbahagi kepada 7 bahagian soalan technical termasuk, objective, subjective dan bahagian terakhir soalan essay. semua soalan dijawab dengan tenang kecuali... soalan essay. 4 soalan essay tetapi satu pun bukan dalam bidang eric! tapi ok la kalau dapat that position susah gak hidup, position yang biasanya position paling banyak kerja setiap hari!

selepas mununggu untuk di interview technical lagi sekali, eric ternampak kertas exam sendiri di atas meja pembantu semasa berbincang dengannya. section 1 sampai 6 ditanda pada box excellent, tetapi section 7 tidak. tak lama selepas itu giliran eric dipanggil interview. selepas beberapa banyak soalan technical ditanya dan berjaya dijawab, Eric memberitahu kepada encik interviewer memang tiada pun position yang ditawarkan untuk interview tersebut bersesuaian dengan pengalaman kerja sebelumnya. langsung tiada engineer position melainkan trainer, supervisor dan technician. pening interviewer memikirkan hal tersebut.

encik interviewer meminta dihulurkan file certificate eric kepadanya, satu persatu sijil dan recommendation letter eric di bacanya.
"you have been working with petronas before"
"It was more than seven years ago"
"I don't know what position that i could give you, do you really want to work with us?"
"yes"
"okay let me think...." lama juga eric menunggu position yang akan diberikan
"do you know about this equipment?"
"yes, this is common equipment in any plant"
"I need you to supervise the work on this equipment in the plant, lead the work and train the worker in the plant, can you do this?"
"inshaallah I will try" jawab eric jujur
"I give you this position but remember.. you must study about measurement, tools and equipment before you accept this position"
"okay, I try" jawab eric walau sedang confuse
"good luck"
"Thank you."

beberapa minit selepas keluar dari bilik interview, nama eric dipanggil
"encik eric, sebenarnya you dah dapat, cuma position ni lain dari position yang ditawarkan."
"masalahnya salary pun takde pun dibincangkan dalam interview dengan HR, jadi macamana?" tanya eric.
"beginilah, encik balik dulu, kami akan email document yang perlu encik isi, tapi jangan buat medical check-up dulu hingga dapat offer letter. bila dapat offer letter kalau encik setuju baru proceed"
"okay" kata eric sambil bersalam dengan pembantu tersebut.
Jiwa Kacau

semasa dapat kerja dengan company saudi dulu Eric gembira. tetapi mendapat kerja semula di timur tengah kali ini perasaan agak berlainan, nak kata gembira pun tak, sedih pun tak, bila memikirkan position baru risau pun ada la sikit, dengan tak tahu berapa basic gaji, walaupun menyedari gaji minimum yang ditawarkan memang lebih dari engineer di Saudi dan dibayar dalam matawang US Dollar. Buat masa ini eric betul-betul rasa blur...

Saturday, October 20, 2012

Heroes Of Islam (Sallahudin Al-Ayyubi)


Seperti yang dijanjikan, kita akan memperkatakan pula tentang tokoh perang Salib, tidak lain dan tidak bukan iaitu Sallahudin Al-Ayyubi Pedang Allah yang kedua.

Sallahudin berbangsa Kurdish (mereka bertutur dalam bahasa kurdish tetapi menggunakan karakter arab utk menulis). Ibunya pernah bermimpi yang anak dalam kandungannya itu bakal menjadi Pedang Allah. Beliau seperti mana kanak-kanak dizaman itu menghafaz Alquran sejak dari kecil. Minat beliau lebih kepada menjadi seorang ulama', namun pakciknya melihat beliau mempunyai bakat yang hebat untuk menjadi pemimpin yang gemilang. 

Beliau lahir dizaman Jerusalem sudah dibawah taklukan tentera salib Pada ketika itu, umat Islam berada dalam keadaan yang sangat lemah dan hina Masing-masing hidup mementingkan diri sendiri, menjadi barua kepada tentera salib, kerana takut diserang. Tiada siapapun memikirkan untuk merampas kembali Jerusalam dari jajahan Tentera Salib, yang diketuai oleh sekumpulan panglima yang kononnya tidak akan kalah dalam perang, iaitu the knights of templar.


terdapat tiga kerajaan Islam yang utama, kerajaan Seljuk Islam di Eropah, Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dan kerajaan Fatimayyah di Mesir. Kesemuanya dalam keadaan yang sangat lemah kerana ketua kerajaan yang tidak berkaliber dan memntingkan keduniaan
Tugasan pertama beliau ialah menjadi ketua polis di Damascus, pada usia yang muda, beliau telah membawa kembali keamanan di Damascus. kemudian atas permintaan kerajaan fatimayyah sendiri, beliau dihantar ke mesir utk menjadi ketua di sana...dari situlah mulanya gerakan utk menyatu-padukan orang-orang Islam. Beliau mengambil masa 10 tahun berperang semata-mata untuk menyatukan orang Islam disekeliling Jerusalam. Dan seperti diketahui dalam sejarah, beliau akhirnya merampas Jeruslam dari tenteta salib selepas hampir 90 tahun dibawah jajahan mereka,

sifat peribadi Sallahudin Al-Ayyubi ialah seorang yang sgt merendah diri, beliau tidak pernah megabaikan peminta sedekah, dan sangat menyayangi orang miskin. Pegawai kerajaan dikatakan terpaksa menyembunyikan sedikt harta kerajaan kerana jika diketahui oleh Sallahudin, beliau akan terus mendermakan nya kepada fakir miskin.Beliau juga seorang genius dalam peperangan, malah diiktiraf sendiri oleh orientalis barat. Beliau akan memastikan dalam setiap peperangannya, kematian dipihak muslim adalah paling minima. malah Richard the lion heart, yang dianggap panglima terhebat dari eropah sendiri mengaku, selepas pertempuran yang ketiga, bahawa mustahil jerusalem dapat dirampas selagi sallahudin ada disana.

Dan seperti juga pedang Allah yang pertama, Sallahudin juga wafat bukan dalam peperangan. Sudah ditakdirkan, pedang2 Allah tidak akan mati dalam medan peperangan. 

Semoga kita mndapat iktibar daripada cerita one of the great heroes in Islam ini. Insya-Allah. 

Minggu depan, Insyaallah tokoh yang seterusnya ialah Sultan Muhammad Al-Fatih (The great Conqueror)!

Credits to my friend Reduan for sharing this story

Thursday, October 18, 2012

Kisah Benar Pekerja Asing - Part II


(sambungan dari PART I)
guard memulakan kisah hidupnya
"berhutang sebanyak tiga puluh ribu ringgit selepas beberapa lama berkahwin dan mempunyai anak. pertanian hanya cukup untuk menampung kehidupan keluarga sahaja, tetapi hutang mesti tetap dibayar hingga habis, jadi saya datang ke sini untuk menghantar wang kepada keluarga dan membayar hutang... bekerja disana bayaran terlalu rendah dan mungkin tak dapat membayar hutang hingga habis" 

"walaupun kos hidup di sabah lebih murah, malangnya bayaran gaji juga lebih murah, ditambah pula dengan kos penerbangan yang lebih jauh untuk pulang ke kampung dengan tiket yang lebih mahal."
"anak perempuan saya akan kahwin tak lama lagi jadi saya mesti simpan wang untuk membeli tiket penerbangan balik ke pakistan."

lama juga Azman berbual dengan Guard tersebut sambil menunggu suhu paip sementara turun sebelum menyambung ujian keatas beberapa buah mesin. Banyak yang Azman tahu mengenai kehidupan penduduk miskin di pakistan, mungkin tidak semua, mungkin hanya di sesetengah tempat sahaja. bayangkan dengan hanya pinjaman 30 ribu guard tersebut terpaksa bekerja hingga lebih 20tahun untuk melangsaikan hutang..





Azman tahu gaji guard asing pada masa itu jauh sekali untuk mencecah 4 angka. dengan wang gaji itulah yang digunakan untuk segala-galanya, sara hidup, bayar hutang dan tiket penerbangan pulang. 

selepas perbualan petang itu kelihatan guard itu lebih senang didekati dan tidak lagi mengelakkan diri malah bertegur bila berselisih dengan Azman. di tepi kilang itu terdapat sebuah bilik kontena yang disediakan untuk guard-guard dan cleaner warga bangladesh yang bekerja di situ. kontena itulah yang dijadikan sebagai tempat tinggal mereka. 

tetapi atas sebab yang tak dapat di elakkan Azman terpaksa meninggalkan kilang tersebut. di hari-hari terakhir sebelum meninggalkan kilang tersebut baru Azman tersedar rupa-rupanya mereka yang tinggal di dalam kontena tersebut berkongsi wang untuk membeli beras dan keperluan dapur. 

Mereka hanya makan dengan lauk ikan sekali sehari pada waktu tengahari dan apa yang lebih menyedihkan apabila ternampak mereka cuma nasi dengan telur atau cuma dengan kicap. jika diberi nasi dengan lauk ayam dan sayur, itu sudah cukup mewah bagi mereka. Alangkah bertuahnya kita tidak menghadapi masalah seperti mereka. 

PS: sorry sambungan cerita lambat di post. coming up next... tunggu...

Thursday, October 11, 2012

Kisah Benar Pekerja Asing


Cerita ini bermula betahun-tahun yang dulu, ketika mengetuai suatu organisasi untuk permulaan sebuah bisnes. Azman (bukan nama sebenar) ditugaskan untuk mengetuai salah satu cawangan kawasan yang bakal di operasi oleh syarikatnya. walaupun cawangan tersebut masih belum lagi beroperasi sepenuhnya beberapa pekerja baru telah ditempatkan di cawangan tersebut. cawangan tersebut berada jauh dari kesibukan kota melainkan padang tandus dan kelihatan beberapa bangunan yang sedang dalam proses pembinaan.

Kilang mereka ditempatkan bakal beroperasi 24jam sehari, 7hari seminggu apabila siap sepenuhnya. tetapi ketika itu kilang berada dalam proses ujian pada waktu siang dan tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan pada waktu malam melainkan jika aktiviti siangnya terpaksa disambung hingga kepagi keesokan harinya tanpa henti.

Pada waktu malam kilang tersebut akan dikawal oleh dua orang safety guard berbangsa asing. Pasa waktu siang, cuma seorang guard berbangsa pakistan yang agak berusia yang menjaga kilang tersebut. ini kerana beberapa jurutera, juruteknik dan operator akan berada di dalam kilang untuk ujian dan pemerhatian kecuali pada waktu malam.

Bila lunch hour semua pekerja terpaksa keluar menaiki kenderaan untuk makan kerana kedai makanan terdekat adalah bukan dalam jarak berjalan kaki ditambah lagi dengan cuaca yang panas. surau di dalam kilang tersebut pula masih belum dapat digunakan. jadi Azman dan pekerjanya terpaksa mencari surau berdekatan dengan tempat makan. 

setelah lebih seminggu terpaksa bersolat di tempat lain, mereka bertanya guard dimana boleh sembahyang di kilang tersebut. lalu guard tersebut menunjukkan ke arah bilik stor. Azman membuka pintu stor tersebut, kelihatan sejadah dan tikar dihampar di lantai stor berkenaan yang boleh memuatkan tiga orang untuk bersolat dalam ruang yang sama pada satu masa. oleh kerana tidak berlampu, untuk bersolat pintu stor terpaksa dibuka sedikit supaya cahaya dari luar dapat masuk.
Oleh kerana Azman adalah ketua di situ, beliau agak di segani oleh pekerja-pekerja yang baru. walaupun tidak pernah berlagak seperti orang yang garang cuma kadang-kadang berwajah serius apabila berurusan dengan kontraktor, walau bagaimanapun beliau tetap disegani. dan guard tersebut juga rupa-rupanya terikut-ikut dengan pekerja-pekerja baru di bawah seliaan Azman, dan cuba mengelak dari bertembung dengan Azman.

Pada Suatu hari, ketika Azman sedang membuat rondaan didalam kilang, kelihatan guard tersebut sedang duduk di kerusi di hujung kilang termenung memandang ke arah tanah lapang didepannya. Azman berjalan menuju kearah guard hanya untuk berbual. apabila menyedari kehadiran Azman guard terus bangun untuk beredar dari kawasan itu.

"bai, jangan takut, saya cuma mahu berbual"
guard tersebut tak jadi beredar dan kembali duduk apabila Azman tersenyum mempersilakannya untuk duduk, Azman juga duduk di kerusi tidak jauh dari kerusi guard tersebut dan memulakan perbualan
"jangan takut sama saya, saya juga macam pekerja saya yang lain, dah lama kerja kat sini?"
"sini baru kerja dua tahun"
asal dari mana?"
"pakistan"
"berapa lama kerja di Malaysia?"
"sudah lima belas tahun, sebelum ni kerja di Sabah" tambahnya (patut la cakap macam orang sabah)
"ok ke kerja kat sabah?"
"sana bagus harga makanan tak mahal macam sini"
"apa yang buat awak datang kerja ke sini?"
"di Pakistan ramai orang yang hidup susah, terpaksa berhutang untuk banyak perkara. tapi untuk mendapatkan pendapatan saya terpaksa berhutang untuk pertanian dan membeli tanah dan menyediakan rumah untuk keluarga." guard memulakan kisah hidupnya

"berhutang sebanyak tiga puluh ribu ringgit selepas beberapa lama berkahwin dan mempunyai anak. pertanian hanya cukup untuk menampung kehidupan keluarga sahaja, tetapi hutang mesti tetap dibayar hingga habis, jadi saya datang ke sini untuk menghantar wang kepada keluarga dan membayar hutang... bekerja disana bayaran terlalu rendah dan mungkin tak dapat membayar hutang hingga habis" 
(bersambung... Read Part II)

Tuesday, October 09, 2012

Imam Ahmad Bin Hanbal


Kali ini just sharing some stories about Heroes Of Islam posted from my friend in Australia.

Imam Ahmad Bin Hanbal, imam kepada mazhab Hambali yang kini menjadi ikutan dikebanyakan negara2 arab.

Imam Ahmad dikenali sbg seorang yang sangat merendah dirinya, petah berbicara,cerdas pemikirannya dan teguh pendirian. Menghafaz 1 juta hadis (termasuk sanadnya) dan menurut Imam Abu Daud (anak muridnya) beliau tidak pernah langsung berbicara tentang dunia semasa beliau mengajar, sehinggakan mereka merasakan yang mereka sedang hidup di alam akhirat..

 Beliau hidup dizaman fahaman mu'tazilah begitu berleluasa sehingga mempengaruhi khalifah. Khalifah A-lmakmun pada ketika itu telah arahkan ulama' yang menetang fahaman mutazilah agar ditangkap dan diseksa sehingga ramai yang mati. Namun selama 28 bulan Imam ahmad telah diseksa dgn begitu teruk, beliau tetap dgn fahaman golongan sunnah waljamaah. Akhirnya pada zaman Khalifah Almu'tasim, imam Ahmad telah dibebaskan, itupun setelah penduduk Baghdad mula menunjukkan kemarahan akibat kejamnya Khalifah.
Untuk pengetahuan, fahaman muktazilah bermula apabila seorang anak murid Imam Hasan Al Basri bertanyakan kepada gurunya, apakah hukumnya jika seorang mukmin melakukan dosa, maka dijawab Hasan Al Basri, bahawaorg itu masih lagi islam dan tidak kafir. Namun, akibat dari pengaruh Khawarij (puak yang suka mengkafirkan muslimin temasuk sahabat) yang kuat, muridnya itu idak dapat menrima jawapan gurunya lalu keluar dari kumpulan itu dan mula menyebarkan fahaman muktazilah.
Sekadar gambar hiasan sahaja

Fahaman ini makin berkembang sehinnga ramai para khalifah yang terpengaruh, sehinggalah Khalifah Al Makmun yang begitu keras, telah mula membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang tidak menerima fahaman muktazilah.

persoalan sama ada Al-quran itu makhluk atu tidak, menentukan sama ada rakyat itu bebas atau ditangkap. Bagi fahaman sunnah waljamaah, Alquran ialah kata-kata Allah dan ia bukanlah makhluk, namun muktazilah berpendapat sebaliknya.

Imam Ahmad terus teguh dalam pendiriannya, walaupun diseksa selama 28 bulan setiap hari dgn seksaan yang berat..Pada ketika hari kematiannya, dikatakan jenazah Imam telah disolatkan oleh 600,000 penduduk Baghdad, malah 20000 org buka islam yahudi dan nasrani turut keluar memberikan penghormatn terkahir kepada Imam Ahmad Bin hanbal, 

Keteguhan Imam Ahmad Bin Hanbal, secara tidak langsung menyumbang kepada kekalnya dan suburnya amalan dan fahaman ahli sunnah waljamaah yang kita anuti sehingga ke hari ini....Wallauhalam. 

PS: Berlaku beberapa masalah teknikal berkenaan dengan spam menyebabkan 7 comments bounce dan auto deleted sejak 2 minggu lalu. harap maaf di atas segala kesulitan...

Saturday, September 29, 2012

20 Amalan Murah Rezeki


Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…

1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: "… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.





11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: "Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
(HOME)

Source: Majalah Anis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages