nuffnang

nuffnang LR

Thursday, October 11, 2012

Kisah Benar Pekerja Asing


Cerita ini bermula betahun-tahun yang dulu, ketika mengetuai suatu organisasi untuk permulaan sebuah bisnes. Azman (bukan nama sebenar) ditugaskan untuk mengetuai salah satu cawangan kawasan yang bakal di operasi oleh syarikatnya. walaupun cawangan tersebut masih belum lagi beroperasi sepenuhnya beberapa pekerja baru telah ditempatkan di cawangan tersebut. cawangan tersebut berada jauh dari kesibukan kota melainkan padang tandus dan kelihatan beberapa bangunan yang sedang dalam proses pembinaan.

Kilang mereka ditempatkan bakal beroperasi 24jam sehari, 7hari seminggu apabila siap sepenuhnya. tetapi ketika itu kilang berada dalam proses ujian pada waktu siang dan tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan pada waktu malam melainkan jika aktiviti siangnya terpaksa disambung hingga kepagi keesokan harinya tanpa henti.

Pada waktu malam kilang tersebut akan dikawal oleh dua orang safety guard berbangsa asing. Pasa waktu siang, cuma seorang guard berbangsa pakistan yang agak berusia yang menjaga kilang tersebut. ini kerana beberapa jurutera, juruteknik dan operator akan berada di dalam kilang untuk ujian dan pemerhatian kecuali pada waktu malam.

Bila lunch hour semua pekerja terpaksa keluar menaiki kenderaan untuk makan kerana kedai makanan terdekat adalah bukan dalam jarak berjalan kaki ditambah lagi dengan cuaca yang panas. surau di dalam kilang tersebut pula masih belum dapat digunakan. jadi Azman dan pekerjanya terpaksa mencari surau berdekatan dengan tempat makan. 

setelah lebih seminggu terpaksa bersolat di tempat lain, mereka bertanya guard dimana boleh sembahyang di kilang tersebut. lalu guard tersebut menunjukkan ke arah bilik stor. Azman membuka pintu stor tersebut, kelihatan sejadah dan tikar dihampar di lantai stor berkenaan yang boleh memuatkan tiga orang untuk bersolat dalam ruang yang sama pada satu masa. oleh kerana tidak berlampu, untuk bersolat pintu stor terpaksa dibuka sedikit supaya cahaya dari luar dapat masuk.
Oleh kerana Azman adalah ketua di situ, beliau agak di segani oleh pekerja-pekerja yang baru. walaupun tidak pernah berlagak seperti orang yang garang cuma kadang-kadang berwajah serius apabila berurusan dengan kontraktor, walau bagaimanapun beliau tetap disegani. dan guard tersebut juga rupa-rupanya terikut-ikut dengan pekerja-pekerja baru di bawah seliaan Azman, dan cuba mengelak dari bertembung dengan Azman.

Pada Suatu hari, ketika Azman sedang membuat rondaan didalam kilang, kelihatan guard tersebut sedang duduk di kerusi di hujung kilang termenung memandang ke arah tanah lapang didepannya. Azman berjalan menuju kearah guard hanya untuk berbual. apabila menyedari kehadiran Azman guard terus bangun untuk beredar dari kawasan itu.

"bai, jangan takut, saya cuma mahu berbual"
guard tersebut tak jadi beredar dan kembali duduk apabila Azman tersenyum mempersilakannya untuk duduk, Azman juga duduk di kerusi tidak jauh dari kerusi guard tersebut dan memulakan perbualan
"jangan takut sama saya, saya juga macam pekerja saya yang lain, dah lama kerja kat sini?"
"sini baru kerja dua tahun"
asal dari mana?"
"pakistan"
"berapa lama kerja di Malaysia?"
"sudah lima belas tahun, sebelum ni kerja di Sabah" tambahnya (patut la cakap macam orang sabah)
"ok ke kerja kat sabah?"
"sana bagus harga makanan tak mahal macam sini"
"apa yang buat awak datang kerja ke sini?"
"di Pakistan ramai orang yang hidup susah, terpaksa berhutang untuk banyak perkara. tapi untuk mendapatkan pendapatan saya terpaksa berhutang untuk pertanian dan membeli tanah dan menyediakan rumah untuk keluarga." guard memulakan kisah hidupnya

"berhutang sebanyak tiga puluh ribu ringgit selepas beberapa lama berkahwin dan mempunyai anak. pertanian hanya cukup untuk menampung kehidupan keluarga sahaja, tetapi hutang mesti tetap dibayar hingga habis, jadi saya datang ke sini untuk menghantar wang kepada keluarga dan membayar hutang... bekerja disana bayaran terlalu rendah dan mungkin tak dapat membayar hutang hingga habis" 
(bersambung... Read Part II)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages