nuffnang

nuffnang LR

Sunday, June 12, 2011

Episode 40: Its A Hot Hot Summer


selepas ribut pasir semalam, habis kereta berabuk pasir halus. Hoh! lama juga eric tak mengupdate laporan kaji cuaca persekitaran Jubail, Dammam dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. selepas beberapa ribut pasir melanda kawasan persekitaran nampaknya suhu persekitaran meningkat dengan amat cepat sekali. tiada lagi angin sejuk yang berhembus kecuali angin-angin suam yang tidak membantu menyejukkan badan. secara average suhu persekitaran adalah dalam lingkungan 43C hingga 48C. 

Oleh kerana suhu persekitaran yang panas begini, semua orang pun sepanjang masa pasang air cond full blast. tidak kurang juga dengan kota makkah pada waktu sekarang. kalau di perhatikan pada kaca tv siaran lansung di masjidil haram, fuh penuh! maklumlah.. cuti sekolah.. yang paling ramai, jemaah malaysialah. 

biasalah kalau cuti sekolah, cikgu-cikgu dan yang bukan cikgu bolehlah menunaikan umrah. tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mendirikan rumahtangga, sesetengahnya mendapat jemputan kenduri kahwin hingga lima ke enam rumah sehari, tambah lagi kalau hujung minggu. sanak saudara setakat yang di ketahui satu pasangan berkahwin dan satu pasangan lagi bertunang selang sehari. member campus dulu lak, dua orang juga sudah join the club, tinggal lagi tiga yang entah bila nak mengakhiri zaman bujang diorang. (ops! terlari topic)

Dan seperti biasa musim panas di arab saudi (timur) siangnya semakin panjang dan malamnya semakin pendek yang mana siang sepanjang 15jam dan cuma 9jam malam. dan waktu subuh adalah seawal jam 3:15 pagi (4:11 makkah). makin panjang waktu siang maka makin panaslah suhu persekitaran. 

Dengan lebihan pancaran matahari begini, banyak tenaga haba yang di serap. bukan sahaja kereta yang parking di tempat tidak berbumbung, malah tangki air rumah juga tidak terkecuali (tangki di saudi di pasang di roof rumah). jadi adalah lebih baik jangan meninggalkan barangan electronic didalam kereta kerana barangan electronic yang sensitif pasti mengalami kerosakan akibat suhu terlalu tinggi. begitu juga dengan tin pewangi bertekanan tinggi. (boleh meletup beb!)
tin spray wangian meletup dalam kereta seorang warga tempatan saudi
kalau nak mandi tengahari kerana panas, lupakanlah sahaja hasrat itu kerana suhu air tangki adalah lagi panas. kalau terkena air direct, terasa macam nak melecur kulit dibuatnya. makin mandi makin berpeluh lak tu. kalau lepas melepaskan hajat then nak cuci.. 'ok apa guna air panas', gerenti kuman mati punyelah!hahaha.. jadi macamana nak mandi? senang sahaja caranya, cari tong/baldi besar yang boleh diisi dengan beratus-ratus liter air, isi air didalamnya sejak pagi, jadi jika ingin mandi tengahari air yang di simpan sudah sedia untuk digunakan.


seseorang yang tak boleh terkena panas terlalu lama maybe mendatangkan kesan yang jarang-jarang sekali berlaku di malaysia. contohnya eric (eceh! sempat amik diri sendiri) setiap pagi bangun mesti ada kesan darah dalam nostril. tidak terkecuali juga ramai yang cepat mengalami dehydration kerana bukan sahaja panas, malahan amat kering terutama bulan may dan jun, tetapi bulan july dan august pula humidity meningkat lantas menjadikan keadaan bertambah panas (himidity meningkat kerana berhampiran dengan persisiran pantai). oleh itu jika nak mengekalkan rehydrate minumlah minuman isotonik. (saudi mana ada isotonik, gatorade je lah) atau minum air dengan kuantiti yang mencukupi. 


bersyukurlah bagi orang yang berada di tanahair, walaupun panas disana boleh mencecah 40C, petang kadang-kadang hujan, angin pun dingin je. malam lak pasang kipas pun dah cukup.  kalaulah malaysia tu padang pasir macam sini tambah lak dengan kerajaan (pak jib) cekik darah petrol dengan tariff elektrik melampau memang 'Masak' nak bayar bil. bukan aje badan kering, poket lagi bertambah kering. tolonglah tukar kerajaan time PRU-13 aku nak balik tahun depan ooiii..


Ps: kalau tak tukar kerajaan aku kerja kat negara dekat-dekat sikitlah. yang kena naik flight tak lebih 4 jam kira oklah tu.

Friday, June 10, 2011

Jalan Jalan cari Tembok (Riyadh 9 pictures)

Dear readers, dalam previous post ada beberapa gambar al-mamlaka towers ketika lawatan ke Riyadh, jadi takkan pegi situ je kan? Ni lagi satu tarikan ketika lawatan ke riyadh, tembok atau pagar yang masih utuh yang dibina beberapa abad yang lalu.

Kota lama

Kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah


Tembok lama dan ladang kurma

tembok lama

Masjid

dari jauh


peserta rombongan

eric ada ke dalam ni?
actually, banyak cerita-cerita bersejarah mengenai tempat ini yang boleh diceritakan. antaranya mengenai pngembaraan Ibnu Batutta (tokoh seni & pengembara), Negara saudi pertama,  Negara saudi kedua dan Negara Saudi Ketiga(sekarang). saudi satu-satunya negara yang dibina-diserang-dibina-diserang-lagi hinggalah Negara sekarang yang nampaknya sedikit-demi sedikit diserang secara halus. samada eric nak mengulas lanjut tentang semua ni dalam bentuk siri-siri chronicles atau tidak mungkin bergantung kepada para pembaca sekalian. Agak panjang ceritanya, lagipun eric ni memang tak suka subject sejarah sejak zaman mrsm lagi.


sejarah negara saudi adalah unik dan agak complicated kerana terlalu banyak perebutan kuasa antara kabilah, penaklukan dan sebagainya. 

Tuesday, June 07, 2011

Pick On Someone Your Own Size!


kejadian ini heboh pada bulan march yang lalu melalui facebook, date kejadian berlaku 19Feb 2011. tetapi hasil dari laporan akhbar minggu lepas (regarding the cctv tapes) makes me want to write about this. 

muka wanted sial punya iblis
Ramai yang tahu cerita this psycho satanic bitch cat killer chow xiao wei (21). perbuatan menyeksa tiga ekor anak kucing dan memijaknya hingga mati, bukan setakat tidak berhati perut, malah mungkin si jahanam ini boleh di ibaratkan sebagai syaitan iblis ifrit yang bertopengkan perempuan tomboy laknat. pembunuhan kejam di Serdang ini di saksikan oleh si ibu kucing dengan penuh sayu kerana tubuhnya yang lemah dan tidak berdaya menahan perbuatan kejam si jahanam xiou wei terhadap anak-anaknya. 


dua laporan polis telah dibuat oleh (Selangor department of Veterinary Services) disokong oleh beberapa NGO including SPCA (Society for Prevention of Cruelty to Animals). walaupun si jahanam ini telah meminta maaf, aku rasa Animal Act 1953 (pindaan 2006) perlu di ubah supaya kejadian sama tidak berlaku lagi. Setakat minta maaf sahaja dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini memang tidak memadai.

Animal Act 1953: mereka yang melakukan kesalahan dikenakan denda RM200 (tu je?!) atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali. (sejak dilaksanakan cuma dua hukuman penjara selama maksimum 2 hari untuk seorang perempuan yang menyimbah anjingnya dengan air panas). Tetapi mengikut pindaan 2006, mungkin dikenakan denda RM10,000 atau 6 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

pick someone your own size asshole!
akta diatas pun tidak memadai dengan kekejaman si jahanam durjana ini lakukan.  dengan bukti cctv sepatutnya si jahanam laknat ini dikenakan hukuman keatas tiga kesalahan menyiksa haiwan, dan hukuman keatas tiga kesalahan membunuh haiwan. which means Rm60,000 (still tak memadai) dan 36 tahun penjara dengan kerja-kerja berat. kalau hukuman gantung mandatori pun aku sokong.
Permohonan maaf si pembunuh di NTV7

surat memohon maaf si pembunuh
dan akhirnya si pembunuh kejam jahanam ini cuma dikenakan denda rm200! that's it?! what the hell was that?! Gila wa tak puas hati dowh! macam ni je ke? maybe lu terlepas di dunia, di hari pembalasan semua mangsa bakal membelasah lu balik sampai lu lembik dan pijak lu lagi teruk dari lu pijak diorang dulu. wa harap lu mati kena gilis tiga treller 24-wheeler!


PS: aku memang seorang yang sukakan kucing, Teringat zaman sekolah rendah dulu (mid 80's). seorang classmate menyepak seekor kucing seperti bola, lalu aku stopkan that act sambil kata "pick on someone your own size!" (terikut dialog filem hollywood) walaupun badan aku sedikit kecik pada masa tu. mulalah berlaku tolak menolak followed by epic fight. tetapi pergaduhan dileraikan oleh rakan sekelas yang lain. nobody win, nobody lose, tapi aku tak sempat tendang perut dia macam dia tendang kucing tu, saja nak bagi dia rasakan kesakitan yang di alami kucing tersebut. Ia tidak berhenti disitu, di ikuti dengan dua lagi pergaduhan pada tahun tahun berikutnya hingga aku dapat tendang perutnya dengan kuat. and if you read this Zamani I just want to say "Who Cares! Padan muka lu!" 

Monday, June 06, 2011

Maghrib Pertama Menantu Baru

Pak Abu seorang yang tamak harta. Dia menawarkan anak dara suntinya yang cun melecun kepada golongan yang kaya raya sahaja. Suatu hari datang le Leman, seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Abu. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas sembahyang. Setelah 3 hari berkahwin, Leman masih tinggal kat rumah mentuanya. Setelah azan Maghrib berkumandang, Pak Abu mengajak Leman untuk menunaikan Solat Maghrib berjemaah. Leman gelabah.



Sebelum ini dia tak pernah sembahyang. Lalu Leman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "Yang..camner ni..abang tak penah sembahyang ni.."


"Takpe bang..abang ikut je ape yang ayah buat," isterinya berbisik perlahan.

Leman pun keluar untuk sembahyang bersama Pak Abu. Setelah Pak Abu takbir, Leman ikut takbir...lalu Pak Abu pun membaca surah Al Fatihah.."Bismillahirrahmanirrahim..."

Leman pun turut membaca bismillah dengan lantang. "Bismillahirrahmanirrahim..."

'Aisyh! pelik menantu aku ni. Mazhab mana yang dia ikut? Setahu aku imam je yang baca kuat.' Getus hati Pak Abu.

Pak Abu buat selamba. Dia terus membaca surah
Al-Fatihah. Leman pun turut membaca surah Al-Fatihah dengan kuat seolah-olah seorang budak yang baru nak belajar mengaji.

Pak Abu semakin pelik lalu dia terus berpaling ke belakang untuk melihat Leman. Leman pun turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Abu.

"Ish! Gila ke menantu aku ni??" Pak Abu berjalan ke depan untuk menjauhkan diri dari Leman. Leman juga turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Abu. Pak Abu terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.

Leman yang tak tahu apa-apa pun terus berlari mengejar Pak Abu hingga sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Abu tergelincir lalu jatuh ke dalam petak sawah padi. Leman yang melihat akan insiden itu pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.

Sambil menyeringai menahan sakit, Pak Abu pun terus bertanya kepada Leman.

"Leman, apesal yang ko ikut aku sampai ke sawah ni?"

"Ayah...susah ye nak sembahyang Maghrib ni. Baru saya tau sampai kena berlari macam ni.."

Sunday, June 05, 2011

Episode 39: The Rock






Petang itu eric tidak tahu kemana arah yang dituju, tetapi memandu dengan agak laju, eric melalui jalan yang jarang-jarang dilaluinya. di selekoh jalan itu eric membelok ke kanan. 
"batu!"
"Gedebuk!" kedengaran bunyi yang agak kuat dibahagian bawah keretanya di ikuti sekali lagi bunyi di bahagian bawah body keretanya. muka eric berkerut seolah-olah beliau yang menanggung kesakitan kerana melanggar batu yang kecil sedikit dari sebiji kelapa itu. budak arab gila manalah yang sengaja meletakkan batu tersebut di tengah-tengah selekoh.

mata eric terpaku pada meter suhu digital di keretanya, takat suhu turun satu level daripada suhu biasa, eric kehairanan kalau batu tersebut terkena pada radiator keretanya pasti suhu digital akan naik mendadak. apabila tiba di simpang empat tidak berapa jauh dari selekoh itu eric membelok ke kanan menuju kearah persisiran pantai jubail kerana mengubah fikiran mahu membersihkan bahagian dalaman keretanya di sebuah bengkel berhampiran pantai tersebut. didalam fikirannya masih memikirkan kerosakan apa yang boleh disebabkan oleh batu tersebut.


apabila tiba di bengkel, seorang pencuci kereta mengarahkan eric meletakkan kereta di satu sudut di dalam pusat servis dan pusat perkhidmatan mencuci kereta tersebut. beberapa kereta mewah sedang dibersihkan dan beberapa kereta lain sedang di servis. eric mematikan enjin dan keluar dari keretanya. seorang arab menghampiri eric lalu berkata.
"there's a trace of oil coming out from your car"
eric melihat kesan minyak yang ditunjukkan dari jalan hingga ke dalam bengkel dan berakhir di bahagian bawah keretanya. eric mula merasa tidak sedap hati.


"did you hit a bump nearby?" tanya arab itu lagi
"no, but I did hit a coconut sized rock not far from here." jawab eric yang turut di saksikan oleh pemilik bengkel.
"bring your car here" kata tuan bengkel pula sambil menunjukkan suatu sudut yang berlubang sedalam lima kaki di bahagian tengah.
lalu eric mengalihkan kenderaan 5 meter dari tempat vacuum cleaning. eric mengikut seorang mekanik india kedalam ruang tersebut dan ternampak minyak menitik dari satu sudut dibawah ruang simpanan minyak hitam. kelihatan beberapa bahagian lain dibelakang minyak menitik tersebut dengan sedikit kesan calar. minyak yang yang menitik kelihatan kekuningan kerana eric baru sahaja menukar oil filter dan minyak hitam beberapa hari sebelum itu.


apabila minyak telah habis ditadah, eric melihat bahagian yang bocor tersebut kelihatan satu lubang terbentuk sekecil mata ballpen sahaja. 
"you need to top up the oil if you want to drive the car to a welding workshop. I can use a temporary seal for now." kata tuan kedai
eric gusar memikirkan hal berkenaan, seorang pemuda arab mendekati eric dan berkata sesuatu dalam bahasa arab seperti mahu membantu, tetapi apa yang diucapkan olehnya eric lansung tidak faham kerana loghat arabnya agak pekat. arab yang menunjukkan kesan minyak sebelum itu pula menghampiri eric.


"may I help you?"
"yes, please" jawab eric
"I can bring you with my car to get a tow truck and bring your car to a welding shop"
kerana kesungguhan kedua-dua arab tersebut eric menganggap mungkin mereka mempunyai workshop mereka sendiri.
"you have your own workshop that can fix this?" tanya eric
"no, I just can help you to bring your family home and get a tow truck, come to my car"kata arab tersebut.
"ok" kata eric sambil menyerahkan kunci kereta kepada tuan punya workshop disitu lalu mengikut pak arab tersebut menaiki SUVnya. setelah menghantar isteri ke rumah, pak arab meneruskan perjalanan ke arah kawasan perindustrian/membaiki kereta. didalam perjalanan mereka berbual seketika.
"my name is Majid Hamad and you?"
"I am Mohamad Eric (hehehe), you live around here?"
"no, I live in King Faisal street the other way back" (rumah jauh dihujung jalan yang sedang dilalui bertentangan dengan arah yang sedang dituju)
"you have your own workshop?" tanya eric.
"no, i work in navy, I am the first officer in the ship, I am the navigator" (besar jugak la pangkat majid dalam tentera laut saudi).
"normally how long you go sailing out?" tanya eric lagi
"three days" jawabnya ringkas
"only three days? in Malaysia I dont know how long malaysian navy sailing out from the base,but for normal sailors they go sailing for 6 months and get a holiday for a month.
"6 months was too long, I cannot live like that, if I go sailing for 6 days I will get 3days off.


setelah beberapa minit berbual, mereka tiba di satu kawasan berhampiran dengan pusat pembaikan kereta, beberapa lori tunda sedang menunggu di tepi jalan. SUV di hentikan di sebelah salah satu tow truck. pemandu tow truck berbangsa pakistan turun dari trucknya untuk menawarkan harga dalam bahasa arab (setelah di alih bahasa dari bahasa arab)
"berapa harga untuk membawa kereta dari pantai ke bengkel welding?" tanya majid
"lima puluh riyal."
"lima puluh riyal tu untuk orang saudi je lah, aku cuma tolong lelaki disebelah aku ni je, cuma kereta sederhana bukan SUV macam ni, dia pun tak banyak duit, bagi harga murah la sikit beb" tambah majid sambil eric sempat buat muka seposen sambil terkebil-kebil memandang pemandu truck pakistan tersebut.
"empat puluh lima riyal"
"tiga puluh riyal sudahla" tawar majid
"ok last price empat puluh riyal"
"forty riyal is it ok for you" tanya majid kepada eric
"yes, fair enough" jawab eric
"Ok you can follow him" 
"jazaakallah hu khairan, assalamualaikum" eric berterima kasih kepada majid
"you're welcome wa'alaikummussalaam" jawab majid dan memandu SUVnya meninggalkan kawasan itu.


dalam perjalanan menaiki tow truck, pakistan tersebut cuba bercakap dengan eric dalam bahasa pakistan, tetapi sepatah haram pun eric tak faham apa yang dikatakan olehnya. walaupun begitu eric kekadang cuba buat-buat faham, tetapi bila terlebih banyak cakap, 
"sorry I dont understand, can you speak english?"kata eric
"mafii injelisia"
eric terdiam, sampai sahaja di bengkel berhampiran pantai, eric dan beberapa pekerja didalam bengkel terpaksa menolak keluar kereta eric dari bengkel yang kemudiannya di tarik dengan motorized mechanism keatas truck tersebut. tuan bengkel menerangkan masalah kereta eric kepada driver truck, tetapi driver tersebut seperti mahu memandai-mandai mahu meninggalkan kereta eric di pusat servis Honda. tetapi nasib baik tuan bengkel menafikannya kerana kerosakan itu hanya perlu di welding sahaja.
gambar hiasan (macam ni le kena naik tow truck)


dalam perjalanan menuju ke bengkel welding, tow truck driver menelefon seseorang kekadang terdengar perkataan welding, cuma perkataan welding sahajalah yang eric tahu, perkataan lain, hampeh tak tau. apabila sampai di kedai welding, seorang mekanik berbangsa pakistan atau india atau yang sama waktu dengannya sedang menunggu. sekali lagi kereta eric terpaksa di tolak kedalam bengkel welding. (mana boleh start enjin, minyak enjin takde, hancus la piston beb)


mekanik itu memeriksa bahagian bawah kereta, eric juga turut sama turun kedalam ruang bawah. mekanik tersebut menerangkan dalam bahasa isyarat bahawa dia perlu membuka bahagian bawah simpanan minyak, membuat power brushing dan welding di dalam dan diluar kerana bahagian tersebut adalah dari aluminium alloy. 
"how long will you take to repair this?" tanya eric
"tomorrow at this time you come."
"how much is the cost?"
"five hundred"
"Ok tomorrow at this time, I will come" kata eric
hari bertambah gelap, azan maghrib mula berkumandang.
"huk aloh, cemana nak balik rumah ni?" kata eric di dalam hatinya sendirian, nak menapak balik rumah lima kilometer? kang baru setengah kilometer dah kena kejar anjing liar. eric terpaksa minta tolong driver tow truck untuk menghantar balik kerumah.


apabila tiba di jalan besar berhampiran rumah eric, eric bertanya berapa yang harus dibayar termasuk harga membawa kereta ke bengkel, dan driver itu meminta seratus riyal. eric buat-buat terkejut besar dengan mata terbeliak seperti mata ikan sardin dalam tin. tow kereta 40 riyal hantar eric sorang balik rumah 60 riyal? sekali lagi eric buat-buat muka seposen, buat-buat tunggu lama nak keluarkan duit dari wallet seperti keberatan. dilihatnya terdapat sekeping note seratus bersama cuma tujuh keping note lima ratus didalam walletnya. 
"sixty riyal?" tawar eric
"no."
"seventy?" tawar eric lagi
"ok" kata driver termakan umpan (oh!)
lalu eric menghulurkan note seratus, dan baki tiga puluh riyal dipulangkan, lalu eric terus berlalu pulang ke rumahnya. (kalau di Malaysia tow kereta selain dari tow truck insurance company seperti AAM, confirm tak kurang Rm200 kena ketuk)


Malam itu eric menelefon encik J kerana keesokan hari terpaksa menumpang kereta ke tempat kerja. oleh kerana Encik J terlibat dengan Projek turn around (TA) maka terpaksalah eric turun dari rumah seawal 5:45pagi.


keesokan harinya eric yang biasanya tiba di pejabat tepat jam 7:30pagi adalah orang yang terawal masuk ke pejabat di admin building seawal jam 6:20pagi. orang yang biasanya sampai terlebih dulu daripada orang lain juga terkejut melihat eric sudah berada didalam biliknya.
"Good morning, waa.. so early 7am you already in the office"
"yes, I have to come with my friend, because my car in the workshop, he involved in the TA"


petang itu eric terpaksa menunggu hingga shift siang TA berakhir sebelum mengambil semula keretanya di bengkel. Oleh kerana hari sudah gelap, eric bercadang memeriksa ada kesan bocor atau tidak cuma pada keesokan harinya. apabila diperiksa, tiada lagi kesan minyak. bukan setakat fizikal, kelajuan  maksima pun di hentam test.. ish.. ish.. ish.. tak habis-habis!



ni kalau suhu biasa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages