Pak Abu seorang yang tamak harta. Dia menawarkan anak dara suntinya yang cun melecun kepada golongan yang kaya raya sahaja. Suatu hari datang le Leman, seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Abu. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas sembahyang. Setelah 3 hari berkahwin, Leman masih tinggal kat rumah mentuanya. Setelah azan Maghrib berkumandang, Pak Abu mengajak Leman untuk menunaikan Solat Maghrib berjemaah. Leman gelabah.
Sebelum ini dia tak pernah sembahyang. Lalu Leman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "Yang..camner ni..abang tak penah sembahyang ni.."
"Takpe bang..abang ikut je ape yang ayah buat," isterinya berbisik perlahan.
Leman pun keluar untuk sembahyang bersama Pak Abu. Setelah Pak Abu takbir, Leman ikut takbir...lalu Pak Abu pun membaca surah Al Fatihah.." Bismillahirrahmanirrahim..."
Leman pun turut membaca bismillah dengan lantang. "Bismillahirrahmanirrahim..."
'Aisyh! pelik menantu aku ni. Mazhab mana yang dia ikut? Setahu aku imam je yang baca kuat.' Getus hati Pak Abu.
Pak Abu buat selamba. Dia terus membaca surah
Al-Fatihah. Leman pun turut membaca surah Al-Fatihah dengan kuat seolah-olah seorang budak yang baru nak belajar mengaji.
Pak Abu semakin pelik lalu dia terus berpaling ke belakang untuk melihat Leman. Leman pun turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Abu.
"Ish! Gila ke menantu aku ni??" Pak Abu berjalan ke depan untuk menjauhkan diri dari Leman. Leman juga turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Abu. Pak Abu terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Leman yang tak tahu apa-apa pun terus berlari mengejar Pak Abu hingga sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Abu tergelincir lalu jatuh ke dalam petak sawah padi. Leman yang melihat akan insiden itu pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Sambil menyeringai menahan sakit, Pak Abu pun terus bertanya kepada Leman.
"Leman, apesal yang ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
"Ayah...susah ye nak sembahyang Maghrib ni. Baru saya tau sampai kena berlari macam ni.."
No comments:
Post a Comment