nuffnang

nuffnang LR

Sunday, June 05, 2011

Episode 39: The Rock






Petang itu eric tidak tahu kemana arah yang dituju, tetapi memandu dengan agak laju, eric melalui jalan yang jarang-jarang dilaluinya. di selekoh jalan itu eric membelok ke kanan. 
"batu!"
"Gedebuk!" kedengaran bunyi yang agak kuat dibahagian bawah keretanya di ikuti sekali lagi bunyi di bahagian bawah body keretanya. muka eric berkerut seolah-olah beliau yang menanggung kesakitan kerana melanggar batu yang kecil sedikit dari sebiji kelapa itu. budak arab gila manalah yang sengaja meletakkan batu tersebut di tengah-tengah selekoh.

mata eric terpaku pada meter suhu digital di keretanya, takat suhu turun satu level daripada suhu biasa, eric kehairanan kalau batu tersebut terkena pada radiator keretanya pasti suhu digital akan naik mendadak. apabila tiba di simpang empat tidak berapa jauh dari selekoh itu eric membelok ke kanan menuju kearah persisiran pantai jubail kerana mengubah fikiran mahu membersihkan bahagian dalaman keretanya di sebuah bengkel berhampiran pantai tersebut. didalam fikirannya masih memikirkan kerosakan apa yang boleh disebabkan oleh batu tersebut.


apabila tiba di bengkel, seorang pencuci kereta mengarahkan eric meletakkan kereta di satu sudut di dalam pusat servis dan pusat perkhidmatan mencuci kereta tersebut. beberapa kereta mewah sedang dibersihkan dan beberapa kereta lain sedang di servis. eric mematikan enjin dan keluar dari keretanya. seorang arab menghampiri eric lalu berkata.
"there's a trace of oil coming out from your car"
eric melihat kesan minyak yang ditunjukkan dari jalan hingga ke dalam bengkel dan berakhir di bahagian bawah keretanya. eric mula merasa tidak sedap hati.


"did you hit a bump nearby?" tanya arab itu lagi
"no, but I did hit a coconut sized rock not far from here." jawab eric yang turut di saksikan oleh pemilik bengkel.
"bring your car here" kata tuan bengkel pula sambil menunjukkan suatu sudut yang berlubang sedalam lima kaki di bahagian tengah.
lalu eric mengalihkan kenderaan 5 meter dari tempat vacuum cleaning. eric mengikut seorang mekanik india kedalam ruang tersebut dan ternampak minyak menitik dari satu sudut dibawah ruang simpanan minyak hitam. kelihatan beberapa bahagian lain dibelakang minyak menitik tersebut dengan sedikit kesan calar. minyak yang yang menitik kelihatan kekuningan kerana eric baru sahaja menukar oil filter dan minyak hitam beberapa hari sebelum itu.


apabila minyak telah habis ditadah, eric melihat bahagian yang bocor tersebut kelihatan satu lubang terbentuk sekecil mata ballpen sahaja. 
"you need to top up the oil if you want to drive the car to a welding workshop. I can use a temporary seal for now." kata tuan kedai
eric gusar memikirkan hal berkenaan, seorang pemuda arab mendekati eric dan berkata sesuatu dalam bahasa arab seperti mahu membantu, tetapi apa yang diucapkan olehnya eric lansung tidak faham kerana loghat arabnya agak pekat. arab yang menunjukkan kesan minyak sebelum itu pula menghampiri eric.


"may I help you?"
"yes, please" jawab eric
"I can bring you with my car to get a tow truck and bring your car to a welding shop"
kerana kesungguhan kedua-dua arab tersebut eric menganggap mungkin mereka mempunyai workshop mereka sendiri.
"you have your own workshop that can fix this?" tanya eric
"no, I just can help you to bring your family home and get a tow truck, come to my car"kata arab tersebut.
"ok" kata eric sambil menyerahkan kunci kereta kepada tuan punya workshop disitu lalu mengikut pak arab tersebut menaiki SUVnya. setelah menghantar isteri ke rumah, pak arab meneruskan perjalanan ke arah kawasan perindustrian/membaiki kereta. didalam perjalanan mereka berbual seketika.
"my name is Majid Hamad and you?"
"I am Mohamad Eric (hehehe), you live around here?"
"no, I live in King Faisal street the other way back" (rumah jauh dihujung jalan yang sedang dilalui bertentangan dengan arah yang sedang dituju)
"you have your own workshop?" tanya eric.
"no, i work in navy, I am the first officer in the ship, I am the navigator" (besar jugak la pangkat majid dalam tentera laut saudi).
"normally how long you go sailing out?" tanya eric lagi
"three days" jawabnya ringkas
"only three days? in Malaysia I dont know how long malaysian navy sailing out from the base,but for normal sailors they go sailing for 6 months and get a holiday for a month.
"6 months was too long, I cannot live like that, if I go sailing for 6 days I will get 3days off.


setelah beberapa minit berbual, mereka tiba di satu kawasan berhampiran dengan pusat pembaikan kereta, beberapa lori tunda sedang menunggu di tepi jalan. SUV di hentikan di sebelah salah satu tow truck. pemandu tow truck berbangsa pakistan turun dari trucknya untuk menawarkan harga dalam bahasa arab (setelah di alih bahasa dari bahasa arab)
"berapa harga untuk membawa kereta dari pantai ke bengkel welding?" tanya majid
"lima puluh riyal."
"lima puluh riyal tu untuk orang saudi je lah, aku cuma tolong lelaki disebelah aku ni je, cuma kereta sederhana bukan SUV macam ni, dia pun tak banyak duit, bagi harga murah la sikit beb" tambah majid sambil eric sempat buat muka seposen sambil terkebil-kebil memandang pemandu truck pakistan tersebut.
"empat puluh lima riyal"
"tiga puluh riyal sudahla" tawar majid
"ok last price empat puluh riyal"
"forty riyal is it ok for you" tanya majid kepada eric
"yes, fair enough" jawab eric
"Ok you can follow him" 
"jazaakallah hu khairan, assalamualaikum" eric berterima kasih kepada majid
"you're welcome wa'alaikummussalaam" jawab majid dan memandu SUVnya meninggalkan kawasan itu.


dalam perjalanan menaiki tow truck, pakistan tersebut cuba bercakap dengan eric dalam bahasa pakistan, tetapi sepatah haram pun eric tak faham apa yang dikatakan olehnya. walaupun begitu eric kekadang cuba buat-buat faham, tetapi bila terlebih banyak cakap, 
"sorry I dont understand, can you speak english?"kata eric
"mafii injelisia"
eric terdiam, sampai sahaja di bengkel berhampiran pantai, eric dan beberapa pekerja didalam bengkel terpaksa menolak keluar kereta eric dari bengkel yang kemudiannya di tarik dengan motorized mechanism keatas truck tersebut. tuan bengkel menerangkan masalah kereta eric kepada driver truck, tetapi driver tersebut seperti mahu memandai-mandai mahu meninggalkan kereta eric di pusat servis Honda. tetapi nasib baik tuan bengkel menafikannya kerana kerosakan itu hanya perlu di welding sahaja.
gambar hiasan (macam ni le kena naik tow truck)


dalam perjalanan menuju ke bengkel welding, tow truck driver menelefon seseorang kekadang terdengar perkataan welding, cuma perkataan welding sahajalah yang eric tahu, perkataan lain, hampeh tak tau. apabila sampai di kedai welding, seorang mekanik berbangsa pakistan atau india atau yang sama waktu dengannya sedang menunggu. sekali lagi kereta eric terpaksa di tolak kedalam bengkel welding. (mana boleh start enjin, minyak enjin takde, hancus la piston beb)


mekanik itu memeriksa bahagian bawah kereta, eric juga turut sama turun kedalam ruang bawah. mekanik tersebut menerangkan dalam bahasa isyarat bahawa dia perlu membuka bahagian bawah simpanan minyak, membuat power brushing dan welding di dalam dan diluar kerana bahagian tersebut adalah dari aluminium alloy. 
"how long will you take to repair this?" tanya eric
"tomorrow at this time you come."
"how much is the cost?"
"five hundred"
"Ok tomorrow at this time, I will come" kata eric
hari bertambah gelap, azan maghrib mula berkumandang.
"huk aloh, cemana nak balik rumah ni?" kata eric di dalam hatinya sendirian, nak menapak balik rumah lima kilometer? kang baru setengah kilometer dah kena kejar anjing liar. eric terpaksa minta tolong driver tow truck untuk menghantar balik kerumah.


apabila tiba di jalan besar berhampiran rumah eric, eric bertanya berapa yang harus dibayar termasuk harga membawa kereta ke bengkel, dan driver itu meminta seratus riyal. eric buat-buat terkejut besar dengan mata terbeliak seperti mata ikan sardin dalam tin. tow kereta 40 riyal hantar eric sorang balik rumah 60 riyal? sekali lagi eric buat-buat muka seposen, buat-buat tunggu lama nak keluarkan duit dari wallet seperti keberatan. dilihatnya terdapat sekeping note seratus bersama cuma tujuh keping note lima ratus didalam walletnya. 
"sixty riyal?" tawar eric
"no."
"seventy?" tawar eric lagi
"ok" kata driver termakan umpan (oh!)
lalu eric menghulurkan note seratus, dan baki tiga puluh riyal dipulangkan, lalu eric terus berlalu pulang ke rumahnya. (kalau di Malaysia tow kereta selain dari tow truck insurance company seperti AAM, confirm tak kurang Rm200 kena ketuk)


Malam itu eric menelefon encik J kerana keesokan hari terpaksa menumpang kereta ke tempat kerja. oleh kerana Encik J terlibat dengan Projek turn around (TA) maka terpaksalah eric turun dari rumah seawal 5:45pagi.


keesokan harinya eric yang biasanya tiba di pejabat tepat jam 7:30pagi adalah orang yang terawal masuk ke pejabat di admin building seawal jam 6:20pagi. orang yang biasanya sampai terlebih dulu daripada orang lain juga terkejut melihat eric sudah berada didalam biliknya.
"Good morning, waa.. so early 7am you already in the office"
"yes, I have to come with my friend, because my car in the workshop, he involved in the TA"


petang itu eric terpaksa menunggu hingga shift siang TA berakhir sebelum mengambil semula keretanya di bengkel. Oleh kerana hari sudah gelap, eric bercadang memeriksa ada kesan bocor atau tidak cuma pada keesokan harinya. apabila diperiksa, tiada lagi kesan minyak. bukan setakat fizikal, kelajuan  maksima pun di hentam test.. ish.. ish.. ish.. tak habis-habis!



ni kalau suhu biasa

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages