nuffnang

nuffnang LR

Monday, July 25, 2011

Menggatal Kahwin Arab? (dah kahwin SX)





Seminggu je lepas Eric post entry Menggatal Kahwin Arab?  sekali terbaca lak kat online paper juga berkenaan seorang pelajar Malaysia di mesir yang berkahwin dengan orang tempatan di sana. Antara keratan akhbar yang melaporkan seperti berikut


KAHERAH: Dek kerana sayangkan isteri dan ingin menyelamatkan rumah tangganya dengan gadis Mesir, seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah kelamin selepas empat hari berkahwin semata-mata untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan negara berkenaan.


Segala-galanya bermula apabila Mohd Haisol Shaari, 28, (bukan nama sebenar) terkejut dengan permintaan keterlaluan isterinya pada tiga hari pertama melayari bahtera perkahwinan.

Mohd Haisol berkata, dia terpaksa buat begitu kerana sayangkan isterinya berusia 25 tahun, selain mengakui kejantanannya tercabar.
“Saya terpaksa lari dari rumah dan bersembunyi di asrama rakan menjelang malam pada hari keempat perkahwinan kerana tidak tahan kehendak batin isteri.

“Bukan mahu mengaibkan isteri atau sesiapa, tetapi saya rasa perkara ini perlu diketahui umum, terutama lelaki yang mungkin menyimpan hasrat memperisterikan wanita Arab... saya nasihatkan mereka supaya lebih bersedia,” katanya.

Menurutnya, pada hari pertama perkahwinan, dia mengadakan hubungan kelamin 16 kali dan masih mampu memenuhi tuntutan itu, mungkin kerana usianya masih muda dan menganggap ia sebagai perkara biasa.

“Walaupun terkejut dengan permintaan itu (16 kali sentuhan), saya menganggap ia perkara biasa dalam hubungan suami isteri... maklumlah, kata orang pantang bersentuh pada awal perkahwinan,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, perkara itu berlanjutan beberapa hari dan dia mula berasa kurang selesa kerana tidak banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran atau berehat panjang, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah sewa mereka.

Menurutnya, dia kembali ke rumah sewa bujang, menyebabkan isterinya mencari di rumah didiami rakannya, namun gagal menemuinya kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah didiami lima pelajar lelaki itu. 

The rest of the story Tak perlulah include. Banyak iklan ubat kuat yang entah apa-apa. bila terbaca berita ni terkata dalam hati... APA?! 16 KALI SEHARI?! gila dowh! kalau  lima enam tujuh kali tu still boleh terima akal (malam pertama). tapi 16 kali... tak pernah tercapai dalam neuron-neuron otak untuk memikirkannya

16 kali beb... yang lelaki tu alahai... 
eric A: Eric! i know what u r thinking, u better stop now..
eric B: baikkk.. (nasib baik stop) kalau tak.. heh heh heh.. 

Dan sesungguhnya antara perkara yang melemahkan tenaga, menumpulkan fikiran dan cepat tua adalah terlalu banyak melakukan jimak.

Saturday, July 23, 2011

Perjumpaan Melepas Rindu







Perjumpaan Melepas Rindu?! apa sebenarnya yang berlaku disebalik tajuk yang lain macam kali ni? sebenarnya rindu lama tak jumpa ni adalah tajuk gathering Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) yang baru sahaja di anjurkan di Ibnu Zahr Beach Camp. kenapa lama tak jumpa? biasalah cuti sekolah dan sibuk dengan kerja masing-masing.

bermula beberapa minggu yang lalu, international school di saudi telah masuk ke pertengahan tahun pembelajaran, dan bermulalah cuti musim panas yang hanya berakhir hingga selepas hari raya. maka dengan cuti yang agak lama ini, ramailah yang mengambil peluang untuk pulang ke tanah air yang tercinta. yang tinggal cumalah para suami yang terpaksa bekerja dan hidup membujang sementara semua ahli keluarga pulang ke Malaysia. namun tidak kurang juga yang pulang terus ke malaysia kerana para suami tidak mahu melanjutkan kontrak untuk bekerja disini lagi.

hampir sebulan yang lalu juga ahli kelab krmj selalu mengadakan program tazkirah dan ceramah agama kepada ahli krmj berminat, dan diadakan setiap malam khamis (hari rabu) oleh ustaz undangan. maka setiap minggulah ahli krmj berjumpa. tetapi ketika program di jalankan, rupa-rupanya segala pergerakan kami sedang diperhatikan! kerajaan saudi rupa-rupanya memasang mata-mata! (hoh konspirasi)
Kuliah agama

apa?! mata-mata?! kalau tengok cerita melayu hitam putih, kalau cerita polis tau la apa makna mata-mata. eric sendiri pun tak tau sehinggalah eric sendiri yang terserempak dengan salah seorang dengan mereka. memakai pakaian sama macam orang malaysia tetapi muka arab gelap. memang takde muka melayu lansung, memang tak bleh blah! hahaha...

eric cuma buat tak tahu sahaja kerana  menyangka beliau adalah guard penjaga beach camp, tapi ternyata anggaran eric jauh meleset, rupa-rupanya itu adalah pegawai rahsia saudi. segala pergerakan di teliti secara senyap-senyap dan yang paling membuat wajah beliau kelihatan suspicious bila krmj mula mengutip derma untuk tabung krmj. 

setelah kuliah agama terakhir kami mendapat berita acara kuliah seperti ini tidak dapat diteruskan atas alasan-alasan tertentu. dan antara yang membuat kami kelihatan seperti saspek yang mempunyai agenda tersembunyi adalah part mengutip wang ikhlas dari ahli krmj. kerajaan mereka memang sensitive dalam bab begini antaranya kalau dilihat di kaca tv iklan-iklan menentang keganasan yang sering dipaparkan pada waktu perdana. eric juga pernah menulis tentang iklan tersebut sebelum ini (last post)


amaran di keluarkan mengenai acara ini, maka terpaksalah ajk merayu agar majlis ini masih boleh diteruskan. tetapi setakat ini masih belum ada apa-apa berita tentang perkara ini. 


kebiasaannya, setiap kali gathering diadakan di ibn Zahr beachcamp kedua-dua dewan digunakan, satu dewan untuk ladies dan satu dewan untuk lelaki, tetapi kali ini hanya satu dewan digunakan, yang datang cuma separuh daripada dewan sahaja. yang bermakna yang datang cuma 1/4 sahaja. mana lagi yang lain? rupa-rupanya ada yang tak tahu tentang gathering ini kerana mesej yang disampaikan agak last minute. dan ramai juga yang berada di malaysia. 

Thursday, July 21, 2011

Last Month Paris Air Show







Last month ada Paris air show rite? buat I'm not there la, bila tengok paper arab, tengok cartoon, wah! tertengok satu icon yang agak familiar. so I just want to share here.
sejak bila Tan sri Tony ada misai pakai songkok?
seems like there will be new Air Asia aircraft eh? Go Holiday!

Tuesday, July 19, 2011

Anjakan Paradigma


Biasanya kalau nak tingkatkan kualiti kerja, pengurus akan cakap kena buat anjakan paradigma dalam organisasi kita. Pernah dengar tentang anjakan paradigma atau 'paradigm shift' sebelum ni? boleh kata selalu kan?

Anjakan paradigma biasa disebut untuk membuat pembaharuan dalam sesuatu organisasi tak kiralah bidang perniagaan ke, politik ke, industri dan banyak lagi. Begitu juga dengan bidang eric iaitu kejuruteraan (memang selalu jadi). Tahu ke apa itu Paradigma? Meh kita tengok bagaimana paradigma terbentuk.

Begini ia bermula...

Sekumpulan saintis mengurung lima ekor monyet di dalam satu sangkar. Di tengahnya diletakkan sebuah tangga. Manakala sesikat pisang diletakkan diatas tangga tersebut.

Setiap kali ada monyet yang cuba memanjat tangga tersebut, para saintis akan menyembur monyet-monyet lain dengan air yang amat sejuk hingga basah kuyup dan menggigil kesejukan.


Selepas beberapa ketika, kerana takut dibasahkan lagi dengan air sejuk, monyet-monyet lain akan membelasah mana-mana monyet yang cuba memanjat tangga.


Sejak dari itu, tiada seekor monyet pun yang berani memanjat tangga itu walaupun terpaksa menahan diri dari cuba mengambil pisang yang amat 'menggoda' itu. (hahaha)


Para saintis kemudiannya membuat keputusan untuk menukar salah seekor monyet dengan seekor monyet yang baru. Perkara pertama yang monyet baru cuba lakukan ialah memanjat tangga tersebut. Maka monyet baru itu terus menjadi mangsa belasahan monyet lain. selepas beberapa kali di belasah, monyet baru itu sedar dia tidak patut memanjat tangga itu walaupun tidak mengetahui sebab sebenarnya mengapa ia di belasah monyet lain.


Kemudian, monyet baru kedua pula digantikan, perkara yang sama berlaku. monyet pertama juga turut mengikut monyet lain memukul monyet kedua. Monyet ketiga ditukar dan perkara sama berlaku (dibelasah). Begitu juga dengan yang ke empat, hinggalah monyet terakhir iaitu yang kelima di tukarkan.


Yang tinggal cumalah sekumpulan lima ekor monyet yang tidak pernah terkena semburan air sejuk, mereka tetap mengulangi perbuatan membelasah mana-mana monyet yang cuba memanjat tangga itu.

Jika kita boleh ditanya monyet-monyet itu, kenapa mereka memukul monyet yang cuba memanjat tangga itu... yang pasti jawapannya adalah..

"tak tau, memang dari dulu lagi buat gitu" (rasa macam selalu je dengar alasan camni kan?)

Kadang-kadang mungkin kita bertanya kenapa ia harus dilakukan sebegitu sedangkan banyak cara lagi boleh dilakukan. Bak kata mat salleh "think out of the box". Bila kita melakukan perubahan menggunakan yang lebih baik dari cara 'tradisi' yang biasa kita lakukan, itulah yang dinamakan sebagai anjakan paradigma. 

Sunday, July 17, 2011

Lepak Rumah Makan-Makan







This time takde jalan-jalan cari makan macam blog lepas, yang ni lepak rumah makan-makan. Naper ek? sebab menu ni takde kat mana-mana restaurant samada di Jubail, Dammam, Dahran dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. as I wrote a story before in Jubail episode 42, ada soalan 'nakal' yang mengganggu konsentrasi di subuh hari mengenai makanan seperti ayam percik dan sebagainya.. tetiba ada lak orang yang nak 'test power' skill masak, yang untung eric jugak yang dapat makan hehehe...

ayam percik kelantan made in Jubail.
Walaupun ayam percik ni bakar dalam oven je, kuah percik power buat pengubat sebelum balik ke Malaysia (kelantan). walau macamana pun yang bakar atas bara dengan suasana kampung halaman tetap dalam ingatan. Ayam percik Kampung sireh.. Tungguuuu... 30hari je lagi, (tapi kena tunggu buka puasa, tengah bulan puasa tu!)

Kepah kot.
Yang ni kepah kot. Eric tidak arif dengan jenis-jenis kerang kecuali kerang, tiram (oyster), etak dan lala. rasanya seperti 'lala' (jenis kerang yang ada pattern kat cengkerang)

Mentang-mentang la tengah musim kurma, ni pun masuk menu sekali. kurma muda beli kat stesen minyak je. lebih kurang 20riyal untuk 2kilo. ni la cara arab makan time breakfast. 
try it... kurma muda with fresh cream

Yang paling special, ketupat sotong! terjumpa lak sotong fresh kat pasar, besar lak tu, saiz yang paling best ialah saiz sederhana. kalau ketupat sotong saiz macam ni kat pasar ramadhan KL mau RM3.50 seekor. makan je 3 ketul terus cancel dinner, siap kena sambung time supper lagi. Fuh!!
Ketupat sotong (recommended di bulan puasa) hahaha

Rib eye steak
Yang last ni menu sesat. Tidak termasuk dalam kategori lepak rumah makan-makan sebab yang ni makan kat Intercontinental Mexicana Restaurant. Chili's dah try, Applebees dah try, special event... try la sekali kat Intercontinental lak. Chili's steak (taste boleh bagi 4 star*), Applebees (taste 3 star), Mexicana Intercontinental (taste 4 star, service 5 star)

*star: Aiyaaa itu pun lu talak tau ka moi? star itu bintang ma! macam itu lagu twinkle-twinkle little star... itu budak-budak kicik pun tau nyanyi ma!




tidak di taja oleh chili's

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages