nuffnang

nuffnang LR

Saturday, July 23, 2011

Perjumpaan Melepas Rindu







Perjumpaan Melepas Rindu?! apa sebenarnya yang berlaku disebalik tajuk yang lain macam kali ni? sebenarnya rindu lama tak jumpa ni adalah tajuk gathering Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) yang baru sahaja di anjurkan di Ibnu Zahr Beach Camp. kenapa lama tak jumpa? biasalah cuti sekolah dan sibuk dengan kerja masing-masing.

bermula beberapa minggu yang lalu, international school di saudi telah masuk ke pertengahan tahun pembelajaran, dan bermulalah cuti musim panas yang hanya berakhir hingga selepas hari raya. maka dengan cuti yang agak lama ini, ramailah yang mengambil peluang untuk pulang ke tanah air yang tercinta. yang tinggal cumalah para suami yang terpaksa bekerja dan hidup membujang sementara semua ahli keluarga pulang ke Malaysia. namun tidak kurang juga yang pulang terus ke malaysia kerana para suami tidak mahu melanjutkan kontrak untuk bekerja disini lagi.

hampir sebulan yang lalu juga ahli kelab krmj selalu mengadakan program tazkirah dan ceramah agama kepada ahli krmj berminat, dan diadakan setiap malam khamis (hari rabu) oleh ustaz undangan. maka setiap minggulah ahli krmj berjumpa. tetapi ketika program di jalankan, rupa-rupanya segala pergerakan kami sedang diperhatikan! kerajaan saudi rupa-rupanya memasang mata-mata! (hoh konspirasi)
Kuliah agama

apa?! mata-mata?! kalau tengok cerita melayu hitam putih, kalau cerita polis tau la apa makna mata-mata. eric sendiri pun tak tau sehinggalah eric sendiri yang terserempak dengan salah seorang dengan mereka. memakai pakaian sama macam orang malaysia tetapi muka arab gelap. memang takde muka melayu lansung, memang tak bleh blah! hahaha...

eric cuma buat tak tahu sahaja kerana  menyangka beliau adalah guard penjaga beach camp, tapi ternyata anggaran eric jauh meleset, rupa-rupanya itu adalah pegawai rahsia saudi. segala pergerakan di teliti secara senyap-senyap dan yang paling membuat wajah beliau kelihatan suspicious bila krmj mula mengutip derma untuk tabung krmj. 

setelah kuliah agama terakhir kami mendapat berita acara kuliah seperti ini tidak dapat diteruskan atas alasan-alasan tertentu. dan antara yang membuat kami kelihatan seperti saspek yang mempunyai agenda tersembunyi adalah part mengutip wang ikhlas dari ahli krmj. kerajaan mereka memang sensitive dalam bab begini antaranya kalau dilihat di kaca tv iklan-iklan menentang keganasan yang sering dipaparkan pada waktu perdana. eric juga pernah menulis tentang iklan tersebut sebelum ini (last post)


amaran di keluarkan mengenai acara ini, maka terpaksalah ajk merayu agar majlis ini masih boleh diteruskan. tetapi setakat ini masih belum ada apa-apa berita tentang perkara ini. 


kebiasaannya, setiap kali gathering diadakan di ibn Zahr beachcamp kedua-dua dewan digunakan, satu dewan untuk ladies dan satu dewan untuk lelaki, tetapi kali ini hanya satu dewan digunakan, yang datang cuma separuh daripada dewan sahaja. yang bermakna yang datang cuma 1/4 sahaja. mana lagi yang lain? rupa-rupanya ada yang tak tahu tentang gathering ini kerana mesej yang disampaikan agak last minute. dan ramai juga yang berada di malaysia. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages