nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, July 19, 2011

Anjakan Paradigma


Biasanya kalau nak tingkatkan kualiti kerja, pengurus akan cakap kena buat anjakan paradigma dalam organisasi kita. Pernah dengar tentang anjakan paradigma atau 'paradigm shift' sebelum ni? boleh kata selalu kan?

Anjakan paradigma biasa disebut untuk membuat pembaharuan dalam sesuatu organisasi tak kiralah bidang perniagaan ke, politik ke, industri dan banyak lagi. Begitu juga dengan bidang eric iaitu kejuruteraan (memang selalu jadi). Tahu ke apa itu Paradigma? Meh kita tengok bagaimana paradigma terbentuk.

Begini ia bermula...

Sekumpulan saintis mengurung lima ekor monyet di dalam satu sangkar. Di tengahnya diletakkan sebuah tangga. Manakala sesikat pisang diletakkan diatas tangga tersebut.

Setiap kali ada monyet yang cuba memanjat tangga tersebut, para saintis akan menyembur monyet-monyet lain dengan air yang amat sejuk hingga basah kuyup dan menggigil kesejukan.


Selepas beberapa ketika, kerana takut dibasahkan lagi dengan air sejuk, monyet-monyet lain akan membelasah mana-mana monyet yang cuba memanjat tangga.


Sejak dari itu, tiada seekor monyet pun yang berani memanjat tangga itu walaupun terpaksa menahan diri dari cuba mengambil pisang yang amat 'menggoda' itu. (hahaha)


Para saintis kemudiannya membuat keputusan untuk menukar salah seekor monyet dengan seekor monyet yang baru. Perkara pertama yang monyet baru cuba lakukan ialah memanjat tangga tersebut. Maka monyet baru itu terus menjadi mangsa belasahan monyet lain. selepas beberapa kali di belasah, monyet baru itu sedar dia tidak patut memanjat tangga itu walaupun tidak mengetahui sebab sebenarnya mengapa ia di belasah monyet lain.


Kemudian, monyet baru kedua pula digantikan, perkara yang sama berlaku. monyet pertama juga turut mengikut monyet lain memukul monyet kedua. Monyet ketiga ditukar dan perkara sama berlaku (dibelasah). Begitu juga dengan yang ke empat, hinggalah monyet terakhir iaitu yang kelima di tukarkan.


Yang tinggal cumalah sekumpulan lima ekor monyet yang tidak pernah terkena semburan air sejuk, mereka tetap mengulangi perbuatan membelasah mana-mana monyet yang cuba memanjat tangga itu.

Jika kita boleh ditanya monyet-monyet itu, kenapa mereka memukul monyet yang cuba memanjat tangga itu... yang pasti jawapannya adalah..

"tak tau, memang dari dulu lagi buat gitu" (rasa macam selalu je dengar alasan camni kan?)

Kadang-kadang mungkin kita bertanya kenapa ia harus dilakukan sebegitu sedangkan banyak cara lagi boleh dilakukan. Bak kata mat salleh "think out of the box". Bila kita melakukan perubahan menggunakan yang lebih baik dari cara 'tradisi' yang biasa kita lakukan, itulah yang dinamakan sebagai anjakan paradigma. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages