nuffnang

nuffnang LR

Thursday, April 05, 2012

Kuwait Friday Market

Seperti yang eric tulis dalam entry lepas berkenaan dengan Souq Al-Jum'ah (Friday Market). Friday market ni adalah market arab yang paling besar pernah eric tengok. orang pun ramai berduyun-duyun hingga nak parking pun jadi masalah.

Friday market ni terletak 10km dari pusat bandar. Pasar ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Setiap satu bahagian menjual barangan yang berbeza dalam setiap tempat yang kelihatan seperti gudang terbuka dan berbumbung. dan kebanyakannya adalah barangan terpakai termasuklah pakaian. Pasar pakaian nampak lebih kurang macam kedai bundle Malaysia. Eric kalau bab pakaian situ memang tak berminat.

Selain Pakaian ada section, Langsir, perabot baru, Barangan electric terpakai, aksesori terpakai, aksesori baru, barangan kraftangan tempatan dan macam macam lagi. Apa yang pasti, kalau peminat langsir dan perabot terutamanya kaum wanita boleh 'terpaku' kat sini hahahaha... terlalu banyak choice! Ok guys, kalau takmo habis banyak duit silalah buat-buat tak jumpa tempat ni hahaha...

Friday market ni dibuka dari pagi hingga petang, tutup sementara waktu solat jumaat dan buka balik selepas habis solat jumaat. The best time to come awal pagi, terutamanya bila musim panas. Walaupun winter baru nak berlalu, pasar sini dah bertukar panas semacam. 
Section Pakaian (bundle)
Section aksesori (kanan) dan Section Electric terpakai di 'sinun'
picture taken semasa azan jumaat pertama
Curtain section
Arabic Sofa Design Section (lawa la purple ni)
gambar ni cuma 20% dari overall section. Big huh?
Budak kat tengah ni over excited tengok
Camera eric, siap suruh amik gambar (carpet section)
nampak je kecik, tapi quite expensive


Alrighty guys thats all for Kuwait. Terdengar ura-ura ada yang ajak jalan-jalan di Dubai for second time? am I going? stay tune!  ;)
(HOME)

Wednesday, April 04, 2012

Kuwait

As said in previous entry eric sediakan gambar-gambar sekitar kuwait dengan landmark-landmark yang sinonim dengan kuwait. Cuma gambar siang hari tak berapa jelas kerana suasana persekitaran yang berjerebu mungkin disebabkan sandstorm pada malam sebelumnya.
Kuwait Towers
Liberation Tower
The skyline of Kuwait
Souk Sharq Mall Area
Al-Hamra Tower (paling tinggi), 
Arraya Tower (Skyscrapper kanan),
yang terlindung tu tak tau nama


Al-Hamra Tower (other side view)


hmmm...






Ni adalah Water Tank atau juga
dikenali sebagai Tangki Air hehehe
Thats All for Now. next entry some information about Friday Market.
(Kuwait Friday Market)
(HOME)

Tuesday, April 03, 2012

Jalan-Jalan Di Kuwait Part II

(sambungan dari Part I klik)


Sekeping sijil (visa paper) di cetak oleh pagawai visa untuk setiap seorang pelawat dan diberikan kepada pembantu warganegara India. Pembantu itu menampal tiga keping stamp berharga 1dinar pada setiap visa dan di fotocopy untuk simpanan imigresen dan visa original diserahkan kepada pelawat. Eric meneliti visa tersebut. Rupa-rupanya visa tersebut valid untuk 3 bulan! Mungkin itulah sebab profession tertentu sahaja boleh memasuki sempadan Kuwait, mungkin untuk mengelakkan dari pendatang yang mencari kerja disana dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dalam visiting visa tersebut.

Mereka menyambung perjalanan, kereta dipandu melalui plaza insurance kereta kerana undang-undang kuwait hanya akan membenarkan kenderaan yang berinsurance sahaja untuk masuk. Lawatan untuk beberapa hari perlu membayar Insurance bernilai Sr50, dan semakin lama perancangan untuk menggunakan kereta di kuwait semakin tinggi harga insurance kereta. seriously the insurance is damn expensive!


Apabila melalui sekatan terakhir, seorang pegawai meminta pasport kesemua yang menaiki kereta. setiap passport di belek. 
"engineer?"
"yes"
"ok, khalas" kata pegawai itu sambil memulangkan passport.


Oleh kerana urusan yang agak lama di sempadan kuwait mereka semua mulai terasa lapar. dalam perjalanan menuju ke kota kuwait mereka mencari tempat yang sesuai untuk menikmati breakfast yang telah dibawa dari rumah. (breakfast pukul12?!). Selepas 10km dari sempadan barulah terjumpa masjid di tepi highway lalu eric memberhentikan kereta untuk breakfast. Dek kerana cuaca luar yang agak panas, mereka cuma bersarapan didalam kereta sahaja. 


Selesai bersarapan, perjalanan diteruskan untuk mencari tempat penginapan. asal ternampak rumah atau bangunan yang macam nak runtuh mereka menganggap itu mungkin bangunan yang kena bom semasa perang teluk dulu. banyak ke bangunan yang kena bom semasa perang teluk? eric sendiri pun tak tahu mungkin kebanyakannya telah dibaik pulih. 


Hotel yang dicari tidak juga dijumpai, dan tidak dilistkan didalam system GPS garmin. hotel yang dilistkan hanyalah hotel-hotel yang harganya above 50dinar! (above SR600). beberapa hotel di survey dan rata-rata averagenya 60dinar hingga 80dinar! sebenarnya tak perlu hotel yang mahal-mahal kerana mereka bukan nak spend masa dalam bilik hotel. Hotel hanya sekadar untuk bermalam sahaja kerana bila melancong mestilah keluar bersiar-siar mencari tempat menarik dan membeli souvenir di souq (pasar- bukan pasar basah yang jual ikan tu ye).








walaupun hotel yang di cari tidak di jumpai (koordinate yang di beri berlainan), mereka hanya check in di hotel yang harga agak berpatutan dan berhampiran dengan pusat bandar. Eric sempat mandi untuk menyegarkan badan dan bersolat sebelum keluar. destinasi yang dicari adalah yang ada nama souq dalam list GPS. semua souq di dalam list garmin di redah, namun satu ole-ole walau sekeping fridge magnet pun tidak dijumpai! mungkin benar kata-kata pembantu imigresen yang berwatak lelaki lembut  bila beliau mengatakan 
"Why are you coming to Kuwait? There's nothing here"


Akhirnya mereka end up di SOUQSHARQ atau dialih bahasa menjadi Pasar Timur (Mall yang agak besar di Kuwait). rupa-rupanya terdapat marina kapal layar dan bot mewah dihadapan Mall ini. selepas dinner dan membeli apa-apa yang patut, Eric mulamengeluarkan senjatanya untuk menembak pemandangan malam dengan bangunan yang di hiasi dengan cahaya warna-warni. 
Souq Sharq Mall
Entah kenapa malam itu eric terasa perutnya meragam, jadi tak banyaklah gambar pemandangan waktu semalam di kotaraya Kuwait. Malangnya juga kerana beberapa orang arab yang membawa anjing bersiar-siar di luar Mall. Eric tidak dapat 'menembak' dengan penuh konsentrasi kerana terganggu dengan binatang bernajis mughallazah yang dibela arab tidak jauh dari tempat eric berdiri. Hanya dua building close up dapat ditembak kerana 'the call of nature' (toilet!)
Kuwait City Night View (overall pic yang sempat eric snap)


Al-Hamra Firdaus Tower
lighting in Motion


Nama bangunan Eric tak tau


Eric: if I am an ultraman that night, lampu kat dada dah berkelip merah sampai habis battery, tu le tahap keletihan that night.. :) 
stay tune for more pictures!
(Photo of Kuwait)
(HOME)

Monday, April 02, 2012

Jalan-Jalan Di Kuwait

This week eric nak sambung lagi travelling story yang baru sahaja dilawati minggu lepas dalam program 'Le Tour De Middle East' kali ni di Negara Kuwait. seperti biasa ahli rombongan akan keluar bertolak dari rumah seawal pagi yang mungkin. bukan rombongan pun cuma satu kereta je empat orang. 

Perjalanan untuk sampai ke sempadan ArabSaudi - kuwait adalah sejauh lebih kurang 300km. eric cuma memandu mengikut speedlimit 120kmj. untuk mengelakkan ribut pasir seperti perjalanan sebelumnya (Klik: Jalan-Jalan Di Qatar),dan melindungi kereta, eric berhenti di stesen minyak untuk membeli spray sand protection. Eric menyemburkan ke bahagian hadapan keretanya, belum pun habis disembur tekanan gas didalam botol itu sudah berkurangan. jadi eric membeli sebotol sabun pencuci sebagai extra protection jika berlaku ribut pasir lagi. Tetapi hari itu cuaca agak baik dan tiada ribut pasir melainkan a clear sunny day.


Immigration Proses


setelah dua jam eric memandu keretanya, mereka tiba di sempadan dan melalui proses imigresen saudi seperti biasa. apabila mula memasuki Kuwait pegawai imigresen kuwait bertanya dalam bahasa arab yang lansung tidak dapat difahami eric lalu pegawai itu bertanya dalam english
"No Arabi? is this your first time to Kuwait?"
"yes"
"go to the office for Visa" (serius eric tak berapa paham apa dia cakap)


Oleh kerana kereta Eric berada di tengah plaza imigresen, eric terpaksa memandu meredah hingga ketepi dari lane kelima hingga ke tepi jalan dan kesemua mereka turun untuk membuat visa. eric menyangka urusan visanya semudah memasuki Qatar, namun jangkaan eric itu jauh meleset. 


sesudah mengisi borang visa, mereka disuruh menghantar borang ke kaunter pegawai visa. kelihatan seorang pegawai berpakaian tentera sedang menghisap rokok dengan selamba di dalam pejabat berhawa dingin dengan muka berkerut. passport dan visa application dihulur pegawai itu berkata
"give me your Iqamah" dengan tegas.
"to get my passport I have to give my Iqamah to my company"
"No!"
"can We give our Photocopy of Iqamah?"
"No! go an get your original Iqamah!" sungguh tidak beradap layanan mamat sengal ni.


Eric berpaling kepada orang yang bersamanya dengan wajah hampa sambil berkata dalam hati kepada pegawai (kepala hotak hang nak pi balik semula nak datang balik amik iqamah! bangang!)
"orang yang pernah melawat kuwait sebelum ni tak payah pakai Iqamah pun, agaknya mamat ni sorang je buat perangai sengal" kata salah seorang dari mereka
eric terduduk di kerusi, memikirkan terpaksa pulang dengan hampa. 


salah seorang dari mereka menelefon kenalan yang pernah ke kuwait untuk memastikan adakah mereka memerlukan Iqamah untuk memasuki kuwait. dan jawapannya iqamah tidak diperlukan.


Tiba-tiba ternampak seorang pembantu imigresen beperwatakan seperti lelaki lembut berambut panjang yang fasih berbahasa Inggeris, dan Eric meminta bantuannya.
"OK, follow me to see the major but you must speak with him on your own"
eric dan rakannya mengikut masuk kebilik major, kelihatan seorang pegawai sedang membelek-belek file tebal dengan muka serius. pembantu imigresen yang membawa ke bilik tadi memberi isyarat supaya bercakap dengan lelaki tersebut sebelum beliau beredar dari bilik major. apabila kami bercakap, rupa-rupanya major tersebut tidak tahu berbahasa inggeris lalu dipanggil pembantu tadi untuk menterjemah dan berkata:


"get your Iqamah copy quickly because I should already going home right now. quickly!" rupa-rupanya shift pembantu tadi sudah habis pada pukul 11 pagi, nasib baiklah beliau belum balik lagi kalau tak berkemungkinan mereka terpaksa balik kehampaan.


Eric dan rakannya berlari ke kereta yang di parkir diluar untuk mendapatkan salinan photocopy iqamah masing-masing dan kembali memasuki bilik major. 
"sit there, kata pembantu tadi and wait for the major" eric duduk disalah satu dari empat sofa, beberapa orang arab sedang menunggu di bilik itu, berhadapan dengan eric kelihatan dua orang berpakaian tentera berpangkat besar sedang berbual dalam bahasa arab yang tidak dapat eric fahami (mungkin bahasa arab kuwait mempunyai loghat yang berlainan).






beberapa lama menunggu pembantu tadi masuk semula kebilik major tetapi major masih belum muncul
"you better find him and talk with him, I will not talk to him because he is weird and a crazy guy!" eric dan rakannya keluar dari bilik major begitu juga dengan pembantu tadi. kelihatan major sedang berdiri di kaunter visa.
"there he is, go get him quick!" 
eric dan rakannya keluar berjumpa dengan major tetapi major itu sedang berurusan dengan salah satu dari pegawainya.


sambil menunggu major tersebut, eric dan rakannya sempat berbual dengan pembantu imigresen.
dengan gaya lelaki lembut dan suara hampir-hampir seperti mak nyah beliau bertanya
"why are coming to Kuwait? There's nothing here." katanya tertawa kecil dan tersenyum membuatkan bulu roma eric meremang!
"we just want to go and see how kuwait looks like"
"there's not much thing there."
kemudian major pula berjumpa mereka, mereka menghulurkan salinan iqamah dan semua dokumen. major memasuki biliknya dan mereka berdua hanya mengikut. setelah membelek file tebal yang sama dimejanya. kemudan beliau meminta segala dokumen dan menandatangani form visa dan menyuruh kami berurusan di kaunter visa.


kelihatan pegawai sengal yang merokok didalam pejabat sudah tiada di situ dan digantikan dengan dua pegawai yang baru masuk kerja. mereka beratur mengikut giliran. apabila tiba giliran eric banyak soalan yang di tanya termasuk pekerjaan, dan soalan yang yang paling utama ditanya ialah 
"Engineer?"
"yes"
"what Engineer?"
"Maintenance Engineer"


jika jawapan no, atau tertera di visa passport bukan engineer pasti pelawat itu tidak akan diluluskan visanya dan lupakan sahaja niat untuk memasuki kuwait. 


selepas beberapa soalan lagi di tanya visa mereka di print dan setiap pelawat perlu membayar 3dinar untuk 3 stamp (50riyal) dan wang baki tidak dikembalikan.


Bersambung...
(Sambungan Part II)
(HOME)

Saturday, March 31, 2012

Chat dialog BF vs GF

Maybe could / already happened

GF: Biasa everynight you online skype video conference dengan I apsal tadi takde?

BF: tadi I offkan notebook.

GF: Apsal you offkan notebook? Tadi mesti ada awek datang rumah you kan dan you takut I nampak who the girl is kan?

BF: La you tak tau ke malam ni kan last Saturday night of March?

GF: Last Saturday of March?! Is that you and your ex-girlfriend anniversary yang datang tadi sampai you offline, lampu bilik pun you offkan, you pun tau kan I boleh nampak light from apartment you from my house. nak kata apartment you blackout ade je apartment sebelah you buka lampu, cuma tadi lain sket ramai tak buka lampu maybe diorang gi keluar weekend. you buat apa dalam gelap? sapa ada dengan you baik you cakap?!

BF: I sorang-sorang je

GF: sejam tadi dengan sapa?!

BF: I sorang-sorang gak..

GF: You jangan nak tipu I ok, kalau I tau you dengan pompuan lain, you siap!

BF: Betul la sayang I sorang-sorang

GF: Don't sayang-sayang me!

BF: Ok la tak sayang...

GF: Tengok! Dah tak sayang?! nih mesti ada apa-apa! you belum lagi jawab lagi soalan I, whats with last Saturday night of March?

BF: Last saturday night of March kan Earth Hour, you tak tau ke?

GF: Earth Hour?

BF: ye la dari pukul 8 hingga 9 malam tutup lampu untuk support earth hour organized by WWF (World Wide Fund for Nature)

GF: I tak caya

BF: Tanak caya, sudah... wekkk :b 

GF: Eeee!!!

BF: wekkk :b (terus sign out)

(BF was offline your message will be sent when the user is online)

(panjang lak dialog hehehe...) bukan apa saja nak promote earth hour, by the time this entry was scheduled Posted Earth Hour in Malaysia already Past last 30minutes. For readers in Middle East, Europe and Western Area, please support Earth Hour! switch off your light at 8pm tonite!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages