nuffnang

nuffnang LR

Monday, April 02, 2012

Jalan-Jalan Di Kuwait

This week eric nak sambung lagi travelling story yang baru sahaja dilawati minggu lepas dalam program 'Le Tour De Middle East' kali ni di Negara Kuwait. seperti biasa ahli rombongan akan keluar bertolak dari rumah seawal pagi yang mungkin. bukan rombongan pun cuma satu kereta je empat orang. 

Perjalanan untuk sampai ke sempadan ArabSaudi - kuwait adalah sejauh lebih kurang 300km. eric cuma memandu mengikut speedlimit 120kmj. untuk mengelakkan ribut pasir seperti perjalanan sebelumnya (Klik: Jalan-Jalan Di Qatar),dan melindungi kereta, eric berhenti di stesen minyak untuk membeli spray sand protection. Eric menyemburkan ke bahagian hadapan keretanya, belum pun habis disembur tekanan gas didalam botol itu sudah berkurangan. jadi eric membeli sebotol sabun pencuci sebagai extra protection jika berlaku ribut pasir lagi. Tetapi hari itu cuaca agak baik dan tiada ribut pasir melainkan a clear sunny day.


Immigration Proses


setelah dua jam eric memandu keretanya, mereka tiba di sempadan dan melalui proses imigresen saudi seperti biasa. apabila mula memasuki Kuwait pegawai imigresen kuwait bertanya dalam bahasa arab yang lansung tidak dapat difahami eric lalu pegawai itu bertanya dalam english
"No Arabi? is this your first time to Kuwait?"
"yes"
"go to the office for Visa" (serius eric tak berapa paham apa dia cakap)


Oleh kerana kereta Eric berada di tengah plaza imigresen, eric terpaksa memandu meredah hingga ketepi dari lane kelima hingga ke tepi jalan dan kesemua mereka turun untuk membuat visa. eric menyangka urusan visanya semudah memasuki Qatar, namun jangkaan eric itu jauh meleset. 


sesudah mengisi borang visa, mereka disuruh menghantar borang ke kaunter pegawai visa. kelihatan seorang pegawai berpakaian tentera sedang menghisap rokok dengan selamba di dalam pejabat berhawa dingin dengan muka berkerut. passport dan visa application dihulur pegawai itu berkata
"give me your Iqamah" dengan tegas.
"to get my passport I have to give my Iqamah to my company"
"No!"
"can We give our Photocopy of Iqamah?"
"No! go an get your original Iqamah!" sungguh tidak beradap layanan mamat sengal ni.


Eric berpaling kepada orang yang bersamanya dengan wajah hampa sambil berkata dalam hati kepada pegawai (kepala hotak hang nak pi balik semula nak datang balik amik iqamah! bangang!)
"orang yang pernah melawat kuwait sebelum ni tak payah pakai Iqamah pun, agaknya mamat ni sorang je buat perangai sengal" kata salah seorang dari mereka
eric terduduk di kerusi, memikirkan terpaksa pulang dengan hampa. 


salah seorang dari mereka menelefon kenalan yang pernah ke kuwait untuk memastikan adakah mereka memerlukan Iqamah untuk memasuki kuwait. dan jawapannya iqamah tidak diperlukan.


Tiba-tiba ternampak seorang pembantu imigresen beperwatakan seperti lelaki lembut berambut panjang yang fasih berbahasa Inggeris, dan Eric meminta bantuannya.
"OK, follow me to see the major but you must speak with him on your own"
eric dan rakannya mengikut masuk kebilik major, kelihatan seorang pegawai sedang membelek-belek file tebal dengan muka serius. pembantu imigresen yang membawa ke bilik tadi memberi isyarat supaya bercakap dengan lelaki tersebut sebelum beliau beredar dari bilik major. apabila kami bercakap, rupa-rupanya major tersebut tidak tahu berbahasa inggeris lalu dipanggil pembantu tadi untuk menterjemah dan berkata:


"get your Iqamah copy quickly because I should already going home right now. quickly!" rupa-rupanya shift pembantu tadi sudah habis pada pukul 11 pagi, nasib baiklah beliau belum balik lagi kalau tak berkemungkinan mereka terpaksa balik kehampaan.


Eric dan rakannya berlari ke kereta yang di parkir diluar untuk mendapatkan salinan photocopy iqamah masing-masing dan kembali memasuki bilik major. 
"sit there, kata pembantu tadi and wait for the major" eric duduk disalah satu dari empat sofa, beberapa orang arab sedang menunggu di bilik itu, berhadapan dengan eric kelihatan dua orang berpakaian tentera berpangkat besar sedang berbual dalam bahasa arab yang tidak dapat eric fahami (mungkin bahasa arab kuwait mempunyai loghat yang berlainan).






beberapa lama menunggu pembantu tadi masuk semula kebilik major tetapi major masih belum muncul
"you better find him and talk with him, I will not talk to him because he is weird and a crazy guy!" eric dan rakannya keluar dari bilik major begitu juga dengan pembantu tadi. kelihatan major sedang berdiri di kaunter visa.
"there he is, go get him quick!" 
eric dan rakannya keluar berjumpa dengan major tetapi major itu sedang berurusan dengan salah satu dari pegawainya.


sambil menunggu major tersebut, eric dan rakannya sempat berbual dengan pembantu imigresen.
dengan gaya lelaki lembut dan suara hampir-hampir seperti mak nyah beliau bertanya
"why are coming to Kuwait? There's nothing here." katanya tertawa kecil dan tersenyum membuatkan bulu roma eric meremang!
"we just want to go and see how kuwait looks like"
"there's not much thing there."
kemudian major pula berjumpa mereka, mereka menghulurkan salinan iqamah dan semua dokumen. major memasuki biliknya dan mereka berdua hanya mengikut. setelah membelek file tebal yang sama dimejanya. kemudan beliau meminta segala dokumen dan menandatangani form visa dan menyuruh kami berurusan di kaunter visa.


kelihatan pegawai sengal yang merokok didalam pejabat sudah tiada di situ dan digantikan dengan dua pegawai yang baru masuk kerja. mereka beratur mengikut giliran. apabila tiba giliran eric banyak soalan yang di tanya termasuk pekerjaan, dan soalan yang yang paling utama ditanya ialah 
"Engineer?"
"yes"
"what Engineer?"
"Maintenance Engineer"


jika jawapan no, atau tertera di visa passport bukan engineer pasti pelawat itu tidak akan diluluskan visanya dan lupakan sahaja niat untuk memasuki kuwait. 


selepas beberapa soalan lagi di tanya visa mereka di print dan setiap pelawat perlu membayar 3dinar untuk 3 stamp (50riyal) dan wang baki tidak dikembalikan.


Bersambung...
(Sambungan Part II)
(HOME)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages