nuffnang

nuffnang LR

Friday, March 23, 2012

Jalan-Jalan Di Qatar

The Journey


Semasa dalam perjalanan ke Qatar, selepas melepasi Dammam, berlaku ribut pasir yang agak teruk, jarak penglihatan pada hari perjalanan adalah antara 100 ke 150 meter sahaja. Kelajuan  terpaksa dikurangkan apabila jarak penglihatan semakin berkurangan. Eric terpaksa memandu dengan berhati-hati kerana ribut pasir yang melanda kadangkala menyebabkan kereta tidak stabil dan bergoyang. 

Apabila ribut bertambah buruk, eric terpaksa memasang lampu dan menyalakan lampu kecemasan. Bunyi biji-biji pasir yang menghentam sisi kereta begitu jelas kedengaran. Ketika berhenti di stesen minyak eric terlihat seorang arab yang melumurkan cecair pencuci pinggan dan mangkuk kebahagian hadapan dan sisi keretanya. Rupa-rupanya itulah cara untuk mengelakkan pasir dari memasuki bahagian dalaman kereta dan mengelakkan kerosakan komponen sensitif di dalam enjin kenderaan.

Oleh kerana eric sudah lama tidak meng'update' map didalam GPSnya, maka beberapa perubahan jalan juga tidak up to date. Ada beberapa kali jugalah eric terpaksa berpatah arah untuk mencari jalan yang betul. Sebelum memasuki sempadan, eric memenuhkan dahulu tangki minyak keretanya kerana tidak mengetahui harga minyak di Qatar (rupa-rupanya tak jauh pun beza). ketika mengisi minyak, seorang India tua menawarkan untuk melumurkan cecair untuk protect kereta dari pasir dengan bayaran sebanyak Sr20, dan eric menerimanya.
Cecair hijau campur debuan pasir di bumper depan,
atas hood, plet number dan depan side mirror
Apabila tiba di pusat imigresen saudi, terkejut sekejap, ler buruk cam gini je ke pusat imigresen? sempadan kelantan-siam jauh lagi bagus daripada ni! bila masuk ke bahagian imigresen Qatar, kena bayar QR230 untuk apa?  eric pun tak tau. Campur dengan insurance lagi dah berapa, giler mahal nak masuk Qatar, nasib baik tiket flight lagi mahal hehehe..
nampak je kecik.. dari hujung teluk ke Doha
lebih 80km!
Dah masuk sempadan Qatar, kena drive lagi 80km melalui Safwa Highway hingga ke hujung timur, di tengah-tengah semenanjung Qatar barulah sampai ke Doha (sila tengok map). masuk sahaja highway safwa, tiada lagi ribut pasir harapnya bila time 'menembak' dengan kamera nampak la bangunan. Apa yang lagi best? masuk aje highway setiap 5km ada speedtrap! setiap traffic light ada kamera! setiap roundabout ada CCTV! 


Kalau kena saman berapa kena bayar? QR1000 babe! 1K! Maka secara automatik eric menjadi pemandu berhemah (eceh-eceh ye ye jer!) lepas speedtrap eric pecut, jumpa speed trap drive 120 balik, pastu pecut balik hahaha... tapi traffic light.. eric terpaksa follow the rule, not to cross the white line!








Tanya harga hotel di beberapa lokasi, huiii gila harga ketuk orang kaw-kaw punye. nasib baik lah encik miza (member eric) bagi info hotel mana harga berpatutan dan dekat dengan souq dan pusat bandar Doha. seperti di recommend, chekked-in di hotel Lavilla Palace. 


Qatar 


Beribu kota di Doha, Qatar adalah negara semenanjung arab yang dikelilingi oleh lautan teluk parsi bersempadan dengan arab saudi di bahagian selatan semenanjungnya. Dahulunya menjadi negara naungan British yang terkenal dengan sumber Mutiara sos tiram. Juga sekutu besar amerika seperti Saudi. 
Replika tiram, perusahaan Qatar dulu-dulu.  Kini?
Mana la eric tau, aku bukan penduduk sini!
Dengan pendapatan perkapita terbesar dunia dan perkembangan ekonomi hampir 20 peratus! (patut la bangunan unik bersepah-sepah, tak kuasa eric nak 'tembak' satu persatu). Negara yang kaya dengan sumber minyak dan gas asli. juga kaya dengan export dari industri minyak, gas dan petrokimia. Jumlah penduduk tempatan Qatar adalah kurang dari 300,000 orang iaitu cuma 20 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan populasi yang dipenuhi dengan expatriate dan pekerja india, pakistan dan negara-negara yang sewaktu dengannya. Pekerjaan penduduk tempatan adalah landlord, landlord rumah mewah dan apa saja industri yang menghasilkan kemewahan. huh 


Aktiviti semasa berkunjung kesini adalah sightseeing, window shopping di villaggio, shopping di souq. Cari lampu ajaib aladin, gosok-gosok takde pun bunyi "I am genie of the lamp! your wish is my command hahaha..". Dan semestinya menembak gambar-gambar sekeliling kawasan yang dilawati. kebetulan pula ada pameran powerboat yang di adakan di kawasan yang dinamakan The Pearl.


to see the picture please Click (Pictures of Doha)

6 comments:

  1. Qatar one of the most rich country in the world....

    ReplyDelete
  2. hye eric.. :) been a silent reader for a while..
    ur life seems interesting..ble jln2 smbil keje..n dah tunaikn haji..that's awesome!
    me working as doctor..life is quite dull actually..maybe sbb junior doc lg kot.. :) nk travel pun susah.bile dpt cuti,time tu la nk rehat.so xnk travel..huhu..
    welcome back to msia nway.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye doc, Thank you for reading my blog. interesting life? maybe only in weekends, but its different on weekdays at work, thats why i travel on weekend to relief everything. not yet in msia I have around 50days left to be back :)

      Delete
  3. at least u hv ur weekend to be spent! i dun hv any.. :( weekend n weekdays seems to be similar je..ok,welcome back soon! :) u'll be working in msia after this is it?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah there will be a time.. belum ada rezeki kerja malaysia, balik for visa, will work somewhere near south china sea.. :)

      Delete
  4. bestnye bole keje at so many places..i envy u..me loving my job,working with people,the satisfaction when patient back to their usual self,but still,takde rezeki lg kuar dr msia for work..nak travel mcm u jugak! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages