nuffnang

nuffnang LR

Thursday, September 30, 2010

Have you ever imagined

Have you ever imagined about our world and universe?

Earth if compared with smaller planet
Earth if compared with Jupiter and Saturn
we realized how small the earth, and we are living in it
If compared with the sun
Now you see the size of earth, how small....
If compared with Arcturus 
At this scale, the earth was no longer visible, and the sun is just as a size of pebble 
Compared with Antares
At this scale the sun is just a size of a dust
Antares is the 15th star and the brightest in the universe. the distance was about 1000light years from earth. of all this who we are?
what is the purpose of our life?
what makes our life valuable? 
and we are thinking we are very powerful in this world!
but the truth is we are too small and even nothing if compared to Allah S.W.T the creator of the whole universe...

Wednesday, September 29, 2010

Suatu Hari di bangsar





one of my previous blog but one of the blog page is closing so i put it in here...

I was looking for an empty space to park my car at Bangsar when suddenly
there's a knock on the glass




"Encik ah..tanya sikit ah..itu Cimpeng
mana ah..?"
"Apa?" 
"Cimpeng, Cimpeng...saya sudah tanya
itu guard ah.. dia cakap sini ada satu
Chimpeng..."
"Sorrylah Apek. Saya tak tau
woh...Apa tempat itu Chimpeng?"
"Aiyah...itu Cimpeng balu punya..Saya
mau pigi angkat wang la..."
"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa?
Along ka?"


"Cimpeng bukan kedai ma..lu itu pun
tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu
Maypeng, Public Peng, RHB Peng...itu
balu punya Peng.."

Adoi...bengap punya apek..buat aku
pening je..dia actually cari CIMB
Bank ..

Monday, September 27, 2010

Because He's A Muslim

To all my friends, maybe you have received this email before, but maybe some have not. thus, I just posted this to my blog. 















Sunday, September 26, 2010

Jubail Episode XIII (balik kampung!!)

Highway to Dammam Airport
this week cuma nak cerita pasal balik beraya di kampung dari saudi. mengikut episode 12 akhirnya dapat jugak balik kampung setelah settle hal nak balik on the last minute. oleh kerana transporter rakan2 yang lain tak mau datang ke rumah untuk menghantar ke airport, terpaksa la cari transporter on my own. cuba  call sorang transporter india charge ke airport SR120, jadi lak call transporter nasar yang charge cuma SR100, jadi set la untuk pergi ke airport dengan nasar. 

actual flight time was 2040hours. tapi set time dengan nasar pukul 1400hours, jarak airport from my house was about 100km plus. perjalanan mngambil masa hampir sejam. 1500hours sampai di airport terus scan bag yang penuh dgn buah kurma madinah & juga kurma belum masak, jubah & sejadah (boleh tahan berat gak la 30kg tu). setelah scan, duduk dibangku menunggu betul-betul depan flight board so boleh tahu bila opening for check in untuk Oman air.


sejam berlalu, tiba-tiba nampak Encik K, Encik A, dan Maulana(bukan nama sebenar) masuk ke airport. kenapa diberi gelaran maulana? sebab maulana punye mulut macam murai tercabut ekor. buat la apapun mulut dia memang takkan berenti bercakap. kalau sepuluh dia cakap, semua sepuluh takyah percaya, semuanya kelentong belaka. tiada yang tidak kelentong melainkan kelentong-kelentong belaka. bukan itu sahaja, kerana hasutan dialah seorang dari kami balik malaysia terus tak datang balik! dan kerana hasutan dialah yang lagi sorang kena buang kerja! tapi, siapa yang maulana tak berani tegur? Encik F & myself, kenapa? bila dia bercakap kami buat macam takde orang tengah bercakap dengan kami atau pun lebih tepat dikatakan "buat derkk je". atau bila dia nak bukak mulut je kami buat muka serius giler ala-ala arnold scwartzeneger yang tiada perasaan lagi ganas dalam filem terminator, hingga maulana tertelan air liur dan terus senyap! hahaha...


Encik K dan Encik A duduk bersebelahan dalam row yang sama, manakala maulana bila nampak muka serius ni, terus duduk di row ketiga yang agak jauh dari tempat kami bertiga duduk. setelah kami bertiga bergilir jaga bag untuk solat zohor dan asar, check in counter dibuka, Encik K dan Encik A beratur di lane pertama, tapi ternampak maulana beratur betul2 dibelakang. kalau macam ni chances duk sebelah dia dalam flight tu memang tidak boleh dielakkan unless I do something about it.


bila tiba giliran check-in ada masalah sket dengan e-ticket, jadi ambik masa lama untuk proses. tapi bila dah ok, bermulalah satu plan hehehe...
"can u give me a place far from the guy behind me" dengan nada suara yang agak perlahan sambil menunjuk isyarat dengan ibu jari ke belakang.
"ooo this guy" katanya sambil bangun tengok maulana yang tengah duduk atas trolley beg.
"if you can, give him a seat far from me"
"Okay, you want far from him, now i know" kata jurukaunter sambil tersenyum. 
apa maksud dia 'now I know tu' aku sendiri pun tak paham, maybe sebab sebelum beratur behind me, maulana ada buat problem dengan kaunter ketiga. 


selepas check-in kami terus masuk ke departure area & beratur untuk scan hand luggage dan urusan passport dengan kastam arab. semasa beratur seorang pembantu kastam berbangsa india memeriksa dokumen perjalanan kami.tiba-tiba Encik K naik angin entah apa yang berlaku antara dia dengan india tersebut. Encik K memarahi india tersebut dengan agak kasar, nampak gayanya encik K seolah-olah cuba membalas dendam setelah apa yang berlaku dalam blog bertajuk Kisah Benar yang lalu.



selepas selesai kami duduk di kawasan cafe untuk berbuka puasa. nasib baiklah maulana tak duduk semeja dengan kami bertiga. setelah selesai berbuka & solat jamak maghrib dan Isya' kelihatan encik K dan Encik A berbual dengan maulana di meja lain, yang pasti maulana memang tak solat dari asar sampai waktu Isya'. umur dah dekat pencen tapi... malas nak cerita buang karan je. tanpa mengendahkan mereka bertiga I just proceed to gate 23 waiting for departure another 1 and half hours, sempat gaklah buka notebook check email & facebook.


kebanyakan penumpang hari tu adalah warga India yang juga mengambil kesempatan bercuti sempena cuti umum hari raya selama seminggu. setelah sejam setengah menunggu barulah semua penumpang memasuki pesawat, yang pasti I dont even see maulana and have no idea where he was. cayalah, aman je flight ke muscat. cuma on that flight tersilap minum kopi yang disangka teh pekat. apabila tiba di muscat kami cuma mempunyai masa selama 15minit untuk transit. dan semua yang berada dalam bilik menunggu rata-ratanya warga malaysia dari seluruh tanah arab dan juga eropah.


apabila menaiki pesawat ternampak maulana duduk bersebelahan dengan Encik A, and my seat was beside encik K just in front of them. macamana boleh jadi begitu, sah la yg print tiket tu cuma arrange untuk flight ke muscat je. tapi nasib baiklah pakai headphone pasang kuat2 tengok movie sampai empat cerita tapi tak ngantuk, ni mesti kopi punye pasal, dah bertahun tak minum kopi kecuali yg decaff, mata terang je  hingga tiba di KLIA. 



selepas beberapa jam penerbangan, breakfast di serve oleh stewardess, cuma semua window blind tertutup dan tak semua sedar subuh dah lama terlepas.
"are u fasting sir" tanya stewardess
"yes" kataku ringkas
jadi breakfast tidak di hidangkan untuk yang berpuasa.
bila tiba turn encik A dan maulana, stewardess lansung tak tanya dan terus je serve breakfast. Encik A bertanya kepada encik K, sempat lagi ke bersahur? lalu encik K membuka window blind. apabila dibuka masuklah cahaya seterang-terangnya, menandakan waktu puasa sudah bermula beberapa jam yang lepas, lalu tak jadilah Encik A menjamah hidangan di hadapannya. lain pula dengan si Maulana yang sedang 'mencekik' hidangannya sampai licin walau tahu hari sudah siang. astaghfirullah.. lansung tak tau menghormati bulan ramadhan..


apabila tiba di KLIA tepat 12 tengahari, maulana masuk ke tandas dan tertinggal Aerotrain pertama, jadi kami bertiga proceed untuk mengambil beg. this time my beg keluar paling awal. selepas bersalam dengan Encik A & Encik K, directly I proceed to scanner machine.
"nak kena scan ke cik?"
kastam memberikan isyarat menandakan tak payah scan sambil tersenyum
"terima kasih, selamat hari raya!" kataku tersenyum dan terus berjalan keluar dari ruang ketibaan dan terus menuju ke lift untuk ke level ERL untuk pulang kerumah di KL


later that night beberapa jam setelah berbuka, tepat pukul 1 pagi mula drive dari kl balik kampung. terperangkap dalam kesesaKan di highway karak selama 2 jam dan selepas itu the road is clear, co-pilot & pembantu co-pilot direct tido sampai waktu bersahur, siap sambung balik tido lepas solat subuh hingga sampai ke kota bharu jam 10pagi. power betul kesan Kopi dalam flight, bertahan lebih 12 jam, bila sampai rumah barulah terasa mengantuk dan tertidur hingga pukul 6petang. selepas solat jamak sempatlah berbuka untuk hari puasa ke-30 di kampung halaman. 


Raya next year? I should take early vacation leave dan cuti lama sket biar sempat puasa beberapa hari di kota bharu.

Thursday, September 23, 2010

Kisah Benar II

"show me your passport"
Encik X(bukan nama sebenar) memberikan passportnya kepada pegawai arab yang sedang x-ray scan beg besarnya dari Malaysia.
"hmm Malizia"(malaysia dlm bahasa arab) kata pegawai tersebut dan meletakkan passport diatas screen X-ray.

Tiba-tiba mesin scan di 'pause' dan beg besar Encik X betul-betul terpampang di tengah screen mesin x-ray. dan satu objek yang kelihatan agak menyerlah pada screen tersebut dan Encik X betul-betul tahu apa objek yang terkandung didalam begnya.

"What is this? Open your bag!" macam pernah dengar je ayat macam ni beberapa bulan sebelum ni...
lalu Encik X membuka begnya di depan mesin X-ray.

"Don't open it down there, open it on this table" kata pegawai tersebut sambil menunjukkan meja besi di sebelahnya.
kelihatan Encik X mula berdebar.apa bila beg dibuka pegawai tersebut memegang botol berisi air dari beg Encik X.

"what is this? wine? alcohol? liquor?"
"no this is just cabonated drink"
"wiski? wine?"
"no no this is isotonic drink, 100plus"
"alcohol tonic?"
"no no this is carbonated drink, it is same like coca cola, mafii alcohol, see the ingredient" kata encik X sambil menunjukkan ingredient kat botol.
"same like coca cola?"
"yes same like coca-cola"
"and what is this" sekotak DVD plak mamat tu jumpa, nasib la encik X bawa DVD kosong kalau DVD pirated memang silap besar la kalau dia jumpa, boleh masuk lokap tu.

"Blank DVD?"
"all blank DVD"
setiap satu kepingan mamat tu check & ternyata semua DVD adalah DVD baru yang belum digunakan. apabila semua DVD di pastikan DVD kosong pegawai tersebut menunjukkan isyarat boleh pergi.
"and my passport?"
dan pun passport dipulangkan kepada Encik X
"syukran"
"afwan"kata pegawai arab tu sambil tersenyum

tu la senario di airport dammam, sendiri mau ingat la kalau nak smuggle barang pirated & arak ke negara macam ni memang silap besar la, masuk lokap tu dah tentu, hukuman seterusnya tu maybe lagi teruk daripada lokap.

and who was Mr. X?
its me!
kenapa this time bawak 100 plus?
kat saudi mana ada 100 plus cakap 100plus pun pegawai airport tak tau. cakap same like coca cola baru dia percaya. mana ada coke warna putih macam 100plus hahaha. in next trip tobat tak bawak 100plus lagi dah. and guess what sampai sekarang that 100plus ada dalam peti ais buat tukun.

coming up next.. jubail




Monday, September 20, 2010

I wish for a tall chick with long leg

A man walks into a restaurant with a full-grown ostrich behind him. The waitress asks them for their orders.

The man says, 'A hamburger, fries and a coke,' and turns to the ostrich, 'What's yours?'  

'I'll have the same,' says the ostrich.  

A short time later the waitress returns with the order 'That will be $9.40 please,' and the man reaches into his pocket and pulls out the exact change for payment.

The next day, the man and the ostrich come again and the man says, 'A hamburger, fries and a coke.'  

The ostrich says, 'I'll have the same.'  

Again the man reaches into his pocket and pays with exact change.

This becomes routine until the two enter again. 'The usual?'  Asks the waitress.

'No, this is Friday night, so I will have a steak, baked potato and a salad,' says the man.

'Same,' says the ostrich.

Shortly the waitress brings the order and says, 'That will be $32.62.'  

Once again the man pulls the exact change out of his pocket and places it on the table.

The waitress cannot hold back her curiosity any longer. 'Excuse me, sir. How do you manage to always come up with the exact change in your pocket every time?'  

'Well,' says the man, 'several years ago I was cleaning the attic and found an old lamp.  When I rubbed it, a Genie appeared and offered me two wishes. My first wish was that if I ever  had to pay for anything, I would just put my  hand in my pocket and the right amount of money  would always be there.' 

‘That’s brilliant!' says the waitress. 'Most people would ask for a million dollars or something, but you'll always be as rich as you want for as long as you live!'

'That's right.  Whether it's a gallon of milk or a Rolls Royce, the exact money is always there,' says the man..  

The waitress asks, 'What's with the ostrich?'

The man sighs, pauses and answers, 'My second wish was for a tall chick with a big ass and  long legs who agrees with everything I  say.'

Sunday, September 19, 2010

kisah benar di lapangan terbang



“OPEN THE BAG! There’s a knife in the bag!” Jerit polis kat lapangan terbang Saudi.
Encik K (bukan nama sebenar) terkial2 untuk Cuba membuka hand luggage yang telah siap berbalut dengan plastik.
“why are you bringing knife into the flight?”
“this is not my bag, this bag is his” kata encik K sambil menuding jari kearah Encik A (bukan nama sebenar)


sebenarnya Encik A membawa 3 bag untuk dibawa balik ke malaysia, satu bag yang beratnya genap 32kg telah di transfer masa check in, cuma tinggal 2 bag sahaja yang beratnya hampir 16kg setiap satu. tapi seorang penumpang cuma boleh membawa satu hand luggage sahaja yang beratnya tidak melebihi 7.5 kg. oleh kerana encik K membawa hand luggage yang agak kecik, jadi encik K bermurah hati untuk menolong encik A membawa lagi satu hand luggage. malangnya hand luggage yang di bawanya terdapat pisau pemotong daging!
maka pucatlah muka encik A dan encik K bila semua pengawal airport mula kecoh di depan mesin scan, jerit sana, jerit sini, encik F (bukan nama sebenar) telah melepasi gate terakhir dan dipaksa menunggu diatas buggy with me. banyak lagi persoalan yang berlaku antara encik K dan Encik A di depan mesin scan bersama pengawal airport & polis. I don't know the detail because I was already on the buggy 30m from the both.


“why are you coming at this time? The cabin crew was about to close the door!” kata sorang mamat India kepada encik K dan Encik A.
mamat ni yang kejenya check list penumpang yang masuk pesawat, dia terpaksa keluar untuk mencari 4 orang penumpang yang belum menaiki pesawat setelah check in lebih awal dari penumpang lain. semua terdengar apa yang tukang check tu cakap, pengawal gate terus merampas hand luggage yang mengandungi pisau dan menyuruh encik K dan Encik A cepat-cepat bagi passport untuk di check oleh pegawai imigresen. Selesai urusan imigresen Encik K dan Encik A menyertai kami di atas buggy. biasanya buggy ni hanya digunakan untuk VIP atau penumpang first class & business class. tapi that day kami berempat terpaksa naik sebab emergency case. Yang nyata semua terdiam kerana kejadian tersebut.


Apabila tiba di gate, e-ticket diperiksa dan kami terus diarah masuk ke pesawat. Tak sampai 30saat selepas masuk, pintu pesawat pun ditutup. We are the last to enter the aircraft! Tak pernah lagi masuk selewat macam ni.


Memang hari tu kami berempat check in paling awal di airport untuk penerbangan tapi kami terlebih lepak kat luar dan tak masuk-masuk ke dalam ruang menunggu lebih awal. Dan hari itu menjadi pengajaran buat kami untuk masuk ke kawasan bilik menunggu untuk departure lebih awal.

Apabila tiba di airport transit di bahrain Encik A meminta maaf kepada rakan-rakan kerana kesulitan yang terjadi di airport saudi. Apabila tiba di KLIA I am the last to receive the baggage claim and was the last to found air zam-zam yang dibawa balik dari makkah. Apabila keluar dari gate arrival semua 3 orang dah hilang, maybe sebab 3 bulan tak balik malaysia… ish ish ish… I then proceed to ERL to head back to KL.



Kisah ini berlaku pada penghujung bulan julai 2010. Bag bersama pisau pemotong daging dan juga uniform kerja Encik A kena yang dirampas sampai sekarang encik A tidak berkesempatan untuk menuntut kembali bag tersebut. Mungkin jika Encik A check in lebih awal lagi banyak soalan yang di tanya, silap-silap boleh dituduh sebagai pengganas! Kalau mamat India tak bagitau pintu dah nak tutup, sah-sah terlepas flight.


Tu baru satu cerita, satu lagi kisah benar coming up dalam sehari dua juga di airport yang sama. Kita lihat sapa yang kena.

Monday, September 06, 2010

Jubail Episode XII (visa untuk beraya)

Sekali lagi ramadhan terasa begitu cepat berlalu. semoga di kurniakan Allah dengan umur yang panjang agar kita dapat bertemu kembali dengan bulan ramadhan tahun depan. Warga kota mulai bercuti untuk beraya dikampung, begitu juga dengan warga Malaysia yang bekerja di Saudi, ramai yang mulai pulang ke Tanahair.

Ada juga yang terpaksa bertugas terutamanya yang bekerja shift. Bagaimana perasaan untuk beraya jauh dari tanahair? Pernah juga tak dapat balik beraya kerana kerja, pada tahun 2001 dan 2005 kerana bertugas. Tapi tahun 2005 lah yang paling terasa bila hanya dapat pulang pada hari raya yang keempat, bila dah sampai di rumah suasana raya sudah tidak semeriah hari raya. Hari raya pertama Cuma beraya di control room berhadapan pula dengan plant trip (total blackout).

Solat terawih di Saudi berlainan dari malaysia. Hampir semua masjid bersolat terawih lapan rakaat, termasuklah di Jubail, Dammam dan al-Khobar.  Satu masjid yang berhampiran dengan sempadan antara Saudi dan Bahrain di imamkan oleh imam hafiz dengan bacaan surah seperti masjidil haram, satu jam baru habis 8 rakaat!

Dua puluh malam pertama solat witir diikuti dengan doa qunut yang amat panjang,  jauh sekali berbeza dengan Malaysia. Doa qunut sahaja mengambil masa 5 minit! Sepuluh malam terakhir Imam Cuma mendirikan 4rakaat sahaja solat terawih! Mana ada solat terawih 4 rakaat sahaja, sambungan lagi 4 rakaat bermula pukul 1 pagi (kena buat qiamullail la). Oleh kerana kerja, terpaksalah sambung terus yang lagi empat rakaat tu sendirian berhad (hehehe)

Tahun ini hampir-hampir tak balik raya, minggu lepas lah yang menentukan segalanya. Hari-hari yang penuh debaran sepanjang minggu lepas.

Semuanya bermula dengan satu panggilan telefon yang memberitahu visa permanent & exit entry dah siap, memang dah di jangka siap pun. Tapi bila sampai office on the first day agak terkejut bila baca email. Visa ready for all except for ME! Oh my god! Tersentak baca e-mail tu! Tuhan sahaja yang tahu perasaan masa tu, tiket dah beli, member2 yang lain memang dah confirm balik. Nak beraya berseorangan kat sini? Mungkin tidak! Dalam kepala mula memikirkan untuk solat raya di masjid nabawi dan berjumpa kawan di kota Madinah atau di Yanbu.

Following day dapat email lagi

“The delay was that the Medical Insurance Company them self have forgot to issue your medical card because once the medical insurance card is issued then after that it’ll be activated in 24 hours at the Passport Dept.
 However this morning I’ve been following up with issuing your medial card, which was issued but as I mentioned before  it’ll be activated in 24 hours at the Passport Dept.  This is for your information.”

 Apa?! Another 24 hours?  Cuma tinggal 3 hari saja lagi sebelum pejabat kerajaan arab saudi bercuti selama tiga minggu untuk akhir ramadhan dan aidilfitri. Terasa seperti berada di dalam terowong gelap yang tiada berpenghujung. Nak berbuka pun tiada selera, nak tidur pun tak lena, Cuma mandi je gerenti basah, sempat lagi buat lawak.

Hari ke empat “follow up” dapat email lagi:

“I regret to inform that the process is on hold because of the Border Entry Number which cannot be activated in Passport Dept. due to conflict between our company and Azmeel Border Entry Numbers.  However I’m still following up the case, if this issue cannot be solved by tomorrow (01.09.2010) then there is only after Eid to solve it.   This is for your information.”

It looks like I’m getting deeper into the tunnel of darkness. Tomorrow is the last day last chance for me to go back to Malaysia. And i reply

“If I cannot get it, is there any other procedure for me to still go back to Malaysia during the eid? I hope you could experdite the process by tomorrow.”

Balik kerja hari tu memang dah down habis. Esok saja penentuannya. Cuma solat hajat dan doa sahaja yang dapat menenangkan sikit perasaan yang gundah gulana. Dan zikir para nabi apabila di timpa musibah **“laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzalimiin” zikir itulah yang sentiasa di sebut setiap masa sehingga ke jam teraknir beberapa minit sebelum masa kerja tamat pada hari terakhir minggu lepas.
Pada hari terakhir 5 jam sebelum pejabat government mula bercuti, satu lagi e-mail diterima:

“Up to now we are still trying to solve this issue,  I’ll keep you posted.”

Beberapa jam berlalu hingga tiba waktu asar pukul 1525hours satu lagi email diterima, ayat pertama pada outlook display, kalau bahasa melayu boleh di bezakan dengan sukacita atau dukacita, Cuma in english begini yang diterima:

“I would like to inform you that yours has been issued and your visa Exit-Re-entry is under process. We sincerely apologize for the delay.”

Lega dapat e-mail tu, urusan dengan government dah selesai, Cuma tinggal exit-re-entry je yang boleh di proses di Riyad Bank yang mengambil masa sehari. Pada masa tu barulah ternampak cahaya dihujung terowong yang gelap itu. KLIA HERE I COME! *Namshi! Malaysia... I'm coming home...

*namshi = lets go! (dalam bahasa arab daa)

**

Sunday, September 05, 2010

American and Their Lame Stereotype

A man is taking a walk in Central park in New York. Suddenly he sees a little girl being attacked by a pit bull dog.


He runs over and starts fighting with the dog.He succeeds in killing the dog and saving the girl's life. A policeman who was watching the scene
walks over and says:
"You are a hero!"


Tomorrow you can read it in all the newspapers:
"Brave New Yorker saves the life of little girl "

The man says: "But I am not a New Yorker!"


It will be said in newspapers in the morning:
"Brave American saves the life of little girl"
"But I am not an American!" says the man.
"Oh, what are you then? " Police asked.
The man says: "I am an Iranian ! "


The next day the newspapers says:
"Islamic extremist killed innocent American dog!"

Saturday, September 04, 2010

Kisah Seram Kaki Pancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.


Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.


Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.


tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.


Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.


Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Wednesday, September 01, 2010

Penjual Kereta Malaysia Vs Penjual Kereta Saudi

I know most of u pernah pergi galeri kereta untuk beli kereta baru, nak kereta apa? Honda? Toyota? Nissan? Or BMW?! Ok cuba bayangkan bila kita mula melangkah masuk ke galeri kereta tersebut, tentunya di sambut dengan selamat datang oleh jurujual kereta dengan senyuman. Amoi-amoi, aweks-aweks & lelaki berbaju formal atau berbaju berlambang logo kereta yang mereka jual.


Kita pun tengok-tengok, buka pintu kereta cuba merasa bagaimana memandu kereta yang kita idam-idamkan, sudah terbayang bagaimana kita memandu kereta tersebut dengan gah. Kemudian datanglah amoi atau aweks atau balaks jurujual kereta.


“Encik nak mencuba test drive? Kami ada test drive unit di luar sana, biar saya sediakan document dulu”


Kita pun tersenyum dapat testdrive kereta yang kita idam-idamkan. Selepas menandatangani document insurance, kunci diberikan. Kita pun ikut belakang jurujual hingga ke kereta dan di bukakan pintu ke ruang pemandu. Kemudian jurujual duduk seat sebelah. Dan kita terus memandu, kalaulah aweks atau amoi yang duduk kat seat sebelah, lagi la bangga bawak kereta tu. (ops! Tu baru kereta testdrive)


Selepas testdrive kita tersenyum sendiri dan berasa puas hati dengan prestasi kereta tersebut. Selepas testdrive, kita masih meneliti kereta-kereta didalam galeri, Kemudian jurujual tadi menghampiri kita dengan membawa sesuatu dalam paperbag.


“kami ada sedikit saguhati untuk customer yang testdrive kenderaan kami” lalu memberikan hadiah berupa T-shirt, topi atau cenderamata.
“berapa pinjaman bulanan yang boleh saya buat untuk kereta ni?”
“biar saya bawa encik untuk berbincang dengan pihak account kami”
Di dalam bilik perbincangan Kita dihidangkan dengan minuman sambil diterangkan tentang pembayaran ansuran mengikut downpayment yang di persetujui. Jika kita bersetuju, kita akan diterangkan bila kita akan mendapat kenderaan tersebut setelah membuat ‘booking payment’. Kita pun keluar dari galeri sambil tersenyum.


Setelah sebulan membuat pembelian, kita menghantar kereta untuk servis & inspection, kita mengambil nombor giliran dan di layan dengan senyuman. Self service untuk minuman juga disediakan. Jika kita hantar servis waktu lunch hour kadang-kadang kita dipelawa untuk pergi makan tengahari oleh jurujual yg berurusan dengan kita tempoh hari. Kita pun bertanya
“takpe ke cik keluar time kerja, bos tak marah ke?”
“takpe. Saya bagitau bos, saya bawak customer pergi tengok aksesori kereta” peh! Siap tipu bos tu!


Itu Cuma beberapa babak jualan kereta di Malaysia…


bagaimana pula babak jualan kereta di saudi?


Macamana? Fuh! Tak tau la macamana nak cakap. Begini ceritanya, empat orang dari malaysia masuk galeri kereta, kami Nampak pak arab salesperson duduk kat meja diorang buat tak tau je dengan kehadiran kita yang dok membelek2 kereta dalam galeri tu. Mula2 kami masuk Toyota, muka pak-pak arab dalam tu semua serius, kami lak rasa umpama rusa masuk kampung. Kita yang terpaksa menghampiri dan duduk di kerusi berhadapan dengan pak arab tu untuk bertanya mengenai ansuran kereta yang kita idamkan.
“you want full accessory or basic car?”
“How much is the full accessory and how much is the basic”


Pak arab tu mengambil satu kertas bersaiz tapak tangan dan menulis harga perbezaan antara full accessory dan basic sambil menekan2 calculator didepannya.
“this is the price”
Ketika kami tengah melihat2 kereta yang lebih besar kami ternampak ramai orang sedang menunggu kereta mereka yang sedang di servis, seorang rakan yang baru selesai menservis keretanya mununjukkan harga servis, sambil berkata
“harga alat ganti ok je, tapi upah servis aje beratus!”
Memang tertera harga workmanship untuk servicing yang tak sampai sejam tu hampir SAR200. giler mahal!
Honda showroom -right wing civic type-R & Accords


Kemudian kami ke kedai Honda, pak arab ni muka bukan aje serius tapi bengis macam singa! Seorang rakan bertanya mengenai sebuah kereta kemudian pak arab tu Tanya
“what is your salary?!”
“my salary is private and confidential” katanya sambil menulis jumlah gaji di atas sekeping kertas
“oh! ****** thousand! Kata pak arab tu kuat-kuat dengan sengaja sambil menulis harga ansuran diatas sekeping kertas.


Tengok kepada air muka rakan tadi memang dalam hati menyumpah2 pak arab tadi yang agak menyakitkan hati. Oleh kerana kejadian tersebut semua yang lain melupakan hasrat untuk bertanya mengenai harga kereta Honda yang lain.
“How much is the price of Honda Civic?” I ask
“we don’t sell that model now unless you want that Civic type-R!”
Civic Type-R  - the price SR 110K je tapi di Malaysia MYR 200K
Bongok betul la pak arab ni, memang la type-R tu Nampak mengancam, harga pun tak kurang mengancam poket kita SAR 110K, dua pintu lak tu. Kita pun mula la rasa dah boring and not interested to ask or getting to know further about the car they are selling.

Kemudian, lagi tiga rakan berminat nak tengok kereta kat gallery Nissan, Chevrolet & GMC, I just sit at the sofa and watch the TV, malas nak layan. Maybe I should think of buying a second hand car, cuma kena tengok condition kereta yang nak dibeli. Or if I found a respectful salesperson elsewhere. Amoi-amoi & aweks-aweks? Jangan mimpi! Unless you are in Dubai or Bahrain!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages