nuffnang

nuffnang LR

Thursday, December 29, 2011

Ep 54: Ku Berserah

"Biarlah ku relakan segala, walaupun hidupku sebuah tanda tanya, mengapa.. Biarpun tak mampu ku bertahan, tak akan pernah ku akui kalah"
Eric menghayati senikata lagu dari mp3 player kereta ketika sedang memandu pulang dari tempat kerjanya. Eric terasa seperti itulah yang sedang dialami dirinya sendiri. Mengenai  pekerjaannya, dilemma untuk move on in life... dilemma untuk pulang semula ke tanah air tercinta. dilemma mencari kerja baru, seperti mereka-mereka yang akan pulang di bulan january dan tidak mahu lagi menyambung kontrak kerja. setakat ini 12 orang yang confirm untuk pulang final exit, ada yang sudah menghantar family pulang terlebih dahulu. 

Begitu juga dengan eric, kontrak mungkin tamat bulan april atau july, tetapi eric perlu pulang di bulan january untuk menguruskan urusan penting. Terasa seperti mahu membeli tiket penerbangan sehala sahaja tanpa perlu datang semula ke negara padang pasir yang tandus ini. Seperti mereka yang bakal pulang, eric juga enggan untuk menyambung kontrak. sudah terlalu lama rasanya berada di negara padang pasir ini, cukuplah sampai disini. sebulan pun sudah dirasakan cukup lama, apatah lagi bertahun disini?

Seperti yang di ceritakan dalam blog lepas (Biarkan Aku Dengan Doaku) beberapa orang cuba untuk berdoa agar eric masih meneruskan pekerjaan disini. Tetapi eric juga pergi ke baitullah untuk berdoa untuk dirinya agar di beri petunjuk untuk membuat keputusan terbaik untuk hidupnya. 

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan IlmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan KekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedang kan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawa keputusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya. dan seandainya Engkau mengetahui bahawa keputusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun, kemudian redhailah aku dengannya, Amin..".


Dan ketika berdoa betul-betul dihadapan multazam, secara tiba-tiba terlintas bayangan bekerja jauh dari saudi, dan terlintas perasaan gembira dan tenang. eric tidak pernah merasai bayangan yang seakan-akan beliau benar-benar berada dalam bayangan tersebut dengan perasaan yang amat tenang. 






Setahun yang lalu Eric menolak tawaran kerja sebuah syarikat oil/gas demi untuk menyempurnakan rukun islam yang kelima, dan eric percaya jika menyempurnakan urusan agama, insya'allah bakal beroleh kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya dunia hanya sementara, dan alam selepas akhirat itu alam yang kekal nyata. Eric percaya pasti ada balasan kebaikan dari Allah jika kita mementingkan urusan agama lebih dari kenikmatan dunia yang bersifat sementara.


Setelah pulang dari mengerjakan umrah di baitullah minggu lalu, beberapa hari kemudian, eric mula terasa tawar hati untuk meneruskan pekerjaan di Saudi lagi, semakin hari semakin ketara dengan perasaan tersebut.. mungkin ini gerak hati sebagai petunjuk untuk meniggalkan pekerjaan sekarang. eric sudah memulakan pencarian kerja baru dengan penuh kesungguhan. mungkin orang lain mempunyai banyak rakan-rakan yang boleh dijadikan 'cable' tetapi mereka lupa akan 'cable' yang lebih besar, 'cable' yang di gunakan eric sejak eric tamat pengajian universiti kerana eric tidak mempunyai hubungan 'cable' seperti mereka, kerana 'cable' eric adalah dengan memohon kepada yang Maha Esa, berusaha dan bertawakkal.


kadangkala eric bertanya kepada dirinya sendiri sampai bila mahu bekerja makan gaji? untuk  menukar kerjaya, apa yang boleh dilakukan? do I love doing my current engineering job as an engineer here? bekerja dengan orang sampai bila pun kerja takkan habis. kalau kerja penyelenggaraan siap satu, lagi satu masalah datang begitulah bekerja di loji yang cuma 3 tahun lebih muda dari umur eric sendiri. gaya kerja 'fire-fighting'**


I will move on, I will end my Jubail life episode soon.. Insya'Allah..


Song ending: "Tuhanku ku relakan segala, Takkan pernahku akui kalah, Percayaku yakin padaNya, Dia yang menentukan semua, Ku berserah..."


klik untuk video lagu berserah 
**fire-fighting: maintenance mode dalam loji(plant) yang terlalu banyak equipment problem kerana wear and tear dan juga negligence. kerja maintenance biasanya hanya normal hour, tetapi disini terpaksa diadakan 2 shift maintenance shift siang dan malam!


eric: I dont like to be partner with environment criminal, I am members of wwf.. Protect our wild tigers! 

Wednesday, December 28, 2011

Umrah VII (Pictures)

Berikut adalah gambar-gambar terbaru dari kota mekah. ada new contruction project, macam biasalah company Saudi Bin Laden, nampak macam ada orang Malaysia kerja dengan Company ni, best la tengah-tengah kerja, masuk waktu solat, solat dalam Baitullah. Dua menara baru dalam pembinaan yang soon will be dataran yang agak besar berkiblatkan kaabah yang bakal menjadi kawasan masjid sebagaimana dataran berhadapan baabussalaam.




The Two Towers (outside)


Menara jam terbesar dunia siap sepenuhnya, bila azan bahagian
flashing light bergemerlapan mengalahkan Eifel Tower night time


tak pernah nampak perbarisan pengawal masjid


the scene after subuh

Cuma gambar dari berryhitam... 






Monday, December 26, 2011

Umrah VII


Beberapa hari lalu Eric pulang dari mengerjakan umrah, ini adalah trip umrah yang ke-7, juga ibadah umrah eric yang ke-9 dan merupakan umrah pertama selepas mengerjakan fardu haji pada musim haji 1432. Ini adalah kali kedua eric mengikut rombongan umrah melalui program KRMJ dengan menaiki bas. walaupun sebelum bertolak keadaan kesihatan eric yang tidak berapa baik, eric tetap meneruskan niat untuk menuju ke mekah. 

Rombongan kali kedua bersama krmj ni lebih kurang sahaja seperti kali pertama dulu, cuma tempat bas berhenti untuk solat dan makan tidak sama dengan gerombolan bas-bas lain. Jadi tiadalah kesesakan untuk menggunakan tandas, surau dan lain-lain. kami menaiki bas bersama dua lagi bas rombongan Indonesia. AJK umrah dah improve sikit siap booking awal bilik untuk persiapan berihram di miqat al-sail. cuma hotel yang di tempah adalah agak jauh dari hotel-hotel yang pernah eric duduki, bukan setakat itu je, siap kena turun naik bukit lak, nampak gaya nak kena buat repeat kat safwa hotel sebelum visa umrah dibuka semula. dan eric juga perasan kali ini driver bas tidak turut berihram seperti driver-driver bas lain.
memang jauh!

Apabila tiba di kota Mekah, lansung tidak dirasakan kedinginan musim sejuk. Seperti biasa, cuaca di kota mekah adalah just nice dan perbezaan suhu hingga 20 darjah dari kawasan lain di saudi contohnya jubail dan riyadh sekitar 5-10darjah celcius. dengan suhu sedemikian keadaan kesihatan eric bertambah baik, cuma eric tidak banyak bercakap kerana sakik tekak, melainkan sekadar tersenyum apabila berselisih dengan rakan lain di hotel.

Oleh kerana visa umrah untuk negara lain belum dibuka selepas semua jemaah haji pulang ke negara masing-masing, inilah musim jemaah umrah paling sedikit jika dibandingkan dengan musim lain. cuma orang yang bekerja di saudi, dan warga tempatan saudi sahaja yang mengerjakan umrah musim ini. weekdays adalah hari paling sedikit jemaah umrah berada di masjidil haram. malam jumaat dan hari jumaat adalah hari paling ramai orang mengerjakan umrah. masa yang digunakan untuk mengerjakan tawaf umrah sebelum waktu zohor pada hari khamis tidak melebihi 15 minit!





ada waktu malamnya kelihatan ramai yang berebut untuk mengucup hajarul aswad termasuklah kaum wanita. melihatkan keadaan demikian eric melupakan hasratnya. oleh kerana ramai yang berebut untuk menghampiri hajarul aswad, kawasan hadapan multazam pula yang menjadi lega, maka eric berdiri dan berdoa betul-betul dihadapan multazam melebihi setengah jam. berdoa agar di beri petunjuk samada untuk meneruskan atau meninggalkan kerja di Saudi, tidak lupa juga doa-doa lain untuk keluarga dan sebagainya.


Selepas tawaf wida' dan solat jumaat, semua jemaah krmj bertolak pulang ke jubail. dalam perjalanan pulang eric cuba untuk tidur tapi geng-geng wanita dibelakang hingga empat row sedang asyik dok berbual, dari satu topik hinga ke beberapa topik, apa saja yang dibualkan rasanya boleh la dengar dalam row yang berhampiran. eric lak boleh dengar setiap satu yang dibualkan, bukan setakat berkhemah padang pasir, ATV, Budu, laksa, Gua hofuf dan macam-macam. nasib baik tak ngumpat je. tapi rasanya kalau perempuan bab-bab 'menganyam ketupat' mau tak berhenti. yang topic macam-macam tu boleh berbual dari asar sampai maghrib! driver bas lak pasang lagu arab yang chorusnya berbunyi 'ya hussain'! patut la tak buat umrah dan tak nampak pun solat, puak110 (klik) rupanya.


kemudian bas berhenti untuk solat maghrib dan isya', diikuti dengan makan malam yang disediakan. setelah makan eric membeli susu supaya lagi cepat mengantuk bila bas berjalan semula. ketika meletak minuman didalam bas dua orang adik-beradik sedang bermain berlari-lari dalam bas, naik pintu depan, turun pintu belakang, kemudian naik balik, Eric perasan pernah bersama  dua beradik ni naik lift ketika nak mengerjakan umrah dari hotel, maka eric pun tanya
"sapa nama ni..?"
"Ain zulaika"
"uncle nak panggil apa?"
"zuzu" belum sempat eric tanya adik kakak menyambung lagi sambil diperhatikan adiknya
"Tu adik, yaya, nama dia bla bla bla..........." jawab zuzu dengan petah dan laju yang amat. eric confuse cuba replay balik jawapan tadi (aku yang lambat dengar ke... jawapan dia yang laju macam F1? tapi seriously memang laju mengalahkan auctioneer)  belum sempat eric tanya lagi dua-dua dah lari ke pintu belakang.


bila bas memulakan perjalanan, semua mula mengantuk, biasalah lepas makan... selepas eric menghabiskan susu segar yang dibelinya tadi, eric terlelap juga walaupun duduk di seat paling depan dengan silau lampu kereta yang datang dari arah bertentangan. tepat pukul 5 bas tiba di jubail. sesampai di rumah eric solat subuh dan terus bersiap untuk pergi kerja. otot kaki mula terasa sakit, jauh berjalan turun naik bukit agaknya dari hotel ke masjidil haram. memang confirm kena return dengan flight, dan mungkin ini third last trip sebelum back for good!

Tuesday, December 20, 2011

Ep 53: Biarkan Aku Dengan Doaku

(Cerita ini ada kaitan dengan penulis dan mereka-mereka di persekiran Jubail, Saudi Arabia)

Suatu hari di sewaktu lunch hour di sebuah kafeteria, beberapa orang Malaysia duduk semeja untuk Makan tengahari.
"Betul ke kau nak balik malaysia bila habis kontrak nanti?" eric yang ketika itu sedang mengunyah pasta terus menelan apa yang di kunyah untuk menjawab soalan.
"Insya'allah, tamat kontrak aku blah, tapi lepas dapat bonus dulu la, takdelah blah terus, kena ada tawaran kerja lain dulu baru boleh blah, macam tawaran kerja tahun lepas. Tahun lepas aku tolak pun sebab aku tak tunai haji lagi. kira sekarang ni haji dah settle, kalau ada tawaran aku dah tak kisah nak blah" eric menerangkan perancangannya. memang eric sudah tawar hati untuk menyambung kontak kerja disitu  lagi, bosan dengan karenah arab dan bosan dengan segala macam perkara yang jauh bezanya antara negara saudi dengan negara-negara lain. Negara berkerajaan yang suka menyusahkan orang!

Walaupun baru bertukar department baru, eric lansung tidak berubah dengan pendiriannya yang mahu meninggalkan saudi, samada mahu pulang ke tanah air atau berpindah kerja ke negara yang lebih dekat sikit dengan malaysia. dekat sikit hatta dikurang satu jam penerbangan balik ke malaysia dari 8 jam ke 7 jam sekalipun boleh jadi. Malaysian airline pun bakal menghentikan penerbangan ke Dammam. Tiada lagi penerbangan yang lebih mesra selain Qatar Airways yang agak mahal, nak harapkan kemesraan layanan dalam Gulf Air, Saudi Airline, Oman Air, Kuwait Airways? jangan harap! SriLankan Airways? Lagi la eric tak rela, tak sanggup lagi melihat perut pramugari Srilankan Airways yang memakai sari yang perutnya cuma 1 pack dan kekadang berlipat yang boleh menyebabkan eric pengsan! eric juga pening kepala bila bercakap dengan telefonis Srilankan Airways yang jenis tak faham bahasa bila ada pertukaran flight.
available flight

Tak banyak tempat yang menarik kat saudi, yang ok sikit pun cuma tempat menenangkan fikiran seperti makkah dan madinah je. di Saudi terlalu ramai orang tanah India (bawang), dan juga filipin (paray). Sakit jiwa dengan cara penduduk saudi memandu di jalanraya, kehidupan seharian cuma pergi kerja balik kerja, makan dan tidur macam takde life! bukan itu sahaja perbezaan hujung minggu hingga 2 hari berbeza dengan Malaysia. orang malaysia hujung minggu kita dah masuk kerja, kita hujung minggu orang malaysia tengah kerja. dan banyak lagilah alasan. Kalau nak seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih kan? "memmey aaa.."

Eric cuma datang dengan beberapa matlamat sahaja, bila matlamat tercapai, apa lagi mau tunggu? Lain la kalau yang dah rasa selesa dengan kerja kat sini, semua orang pun dapat  gaji yang besar atau bagi yang nak kumpul duit banyak-banyak boleh la kerja sampai tua. ni la manusia, duit memang tak pernah cukup, makin dapat makin tamak haloba, nak kumpul sampai juta-juta. bila dah pencen balik malaysia, kehidupan seharian terasa lain, seperti orang asing di bumi sendiri dek kerana sibuk mencari wang di negara orang. Bagi Eric Money is not everything, bukan boleh bawak masuk kubur! Duit tidak boleh membeli kebahagiaan, atau membeli kasih sayang, jika matlamat hidup cumalah untuk duit, hidup sudah tiada erti lagi. tetapi eric percaya, jika dunia yang kita cari, dunia yang kita dapat, dan jika bekalan akhirat yang di cari, dunia dan akhirat yang kita dapat.


Suatu hari eric mendapat tahu ada beberapa orang yang mahu berdoa dihadapan kaabah supaya eric kekal lebih lama di Saudi. Eric terkedu! doa untuk orang depan kaabah macam yang dipraktikkan sebelum ini yang sememangnya memberi kesan. ini tak adil! satu lawan dua tiga orang, kalau nak doa juga, boleh... biar eric dapat kerja dengan company bin laden yang kat sebelah masjidil haram tu, baru boleh jumpa time umrah dan haji! kalau ada kabel,  boleh tolong recommend! Tapi kalau nak kekal kat Jubail juga rentikanlah, doa je lah untuk bersama-sama bertukar ke Qatar ke, UAE ke baru la lebih kurang macam KL, sos cili dari malaysia pun berlambak kat sana! tak payah pergi kesana untuk shopping hahaha (saudi takde sos cili). 

Ketika memandu keluar dari al-khobar menuju ke jubail dihujung minggu, Eric terfikirkan perkara tersebut, hatinya panas, pedal minyak ditekan secukup rasa mentang-mentanglah baru tukar semua tayar dengan allignment dan balancing. mata dijalan, fikiran melayang, tiba-tiba ternampak dua Flash light seperti memancar direct kemuka eric ketika memotong beberapa kenderaan! Speed trap! eric mengerling ke speedometer dan dalam hatinya berkata "oh! crap! one sixty five!" kena la check online ada saman ekor ke tak. menyesal tak buat jari dengan simbol peace time tu.

Akan ku pergi lagi ke masjidil haram hujung minggu ni, akan aku doakan agar dapat kerja baru di negara berhampiran malaysia atau di malaysia. dan bagi orang yang mendoakan untuk aku kekal disini "Biarkan aku dengan Doaku..."




Sunday, December 18, 2011

Oh Bulan!

Hasil 'menembak' sehari sebelum Lunar Eclipse.
The Moon

Zoom In
Iklan: Nak puasa tengok anak BULAN, Nak raya pun tengok anak BULAN,  Nak gaji kena tunggu hujung BULAN, nak tuuuuut kena elak datang BULAN. Nak bersalin kena tunggu cukup BULAN. Semua Hal mesti ada BULAN. Tak cukup sempurna hidup tanpa BULAN, Hingga P.Ramlee pun menyanyi lagu "Engkau Laksana BULAN" tak ada lak dia nyanyi lagu 'Engkau laksana dacing!' Dalam pilihan raya pun ada BULAN! 
Eric: rasanya dah tak lama nak PRU13, 
walau jauh mana pun jarak kita, lama mana pun tak jumpa, kita tetap pandang bulan yang sama. :)

Wednesday, December 14, 2011

Biarlah Kita... (happy birthday Eric!!)

Jika mereka sibuk mencari cinta...
Biarlah kita sibuk mencari Iman...


Jika mereka sibuk mencari pasangan...
Biarlah kita sibuk mencari keredhaan...


Jika mereka mengangis kerana kecewa bercinta...
Biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam...


Jika mereka lebih cintakan Manusia...
Biarlah kita Cintakan Allah...


Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi...
Biarlah kita dambakan kebahagiaan di Akhirat...




Eric: Thank you for all the birthday wishes thru facebook, emails and sms's. and for myself selamat menyambut hari lahir yang ke- teeeettttt (eh kena cencored ke?) hehehe...  
Ps: harapnye tak macam tahun lepas celebrate dengan dua slice cake je sebab no idea.. dan mungkinkah tahun depan celebrate di negara lain atau di tanah air? jika umur masih panjang, we'll see... (^_^)

Menggatal kahwin Lelaki Arab Pt II



Sambungan dari bab kahwin dengan lelaki arab (baca Part I), belum lagi aku start taip blog  sambungan part II dah ada orang comment tak suka plak dengan pak arab. Gaya comment macam 'panas' dengan arab, katanya arab lebih banyak negative than positive. betul la tu kot..
Gambar hiasan je


(sambungan) Selepas urusan perkahwinan selesai, maka seorang isteri kepada suami arab mesti mengikut apa sahaja kehendak suami. apa sahaja means everything ok! best ke tak best ke diorang apa kisah! kalau orang malaysia lain.. kebanyakan lelaki malaysia (tak semua) jenis caring and loving jika dibandingkan dengan arab dan jepun (ye ke?). ok lets check out apa kelebihan dan kekurangan kahwin dengan lelaki arab. 


Kita start dengan good news dulu, arab banyak duit... barang-barang branded yang dijual kat saudi pun takdelah semahal di Malaysia. Sebab tu, bila korang tengok handbag, kasut dan women accessories minah arab yang dah kahwin ni boleh dikatakan takde yang murah semuanya branded dan mahal belaka. unless kalau korang tengok minah pengemis kat tepi jalan, (tapi ada pengemis yang pakai handphone mahal tau). 


Bukan itu saja, malah setiap tahun boleh ikut husband melancong ke serata dunia, di ulangi, setiap tahun! dan favorite vacation location arab ialah, Kuala Lumpur, Penang dan Langkawi (tempat wajib kot). Lagi? Boleh selalu pergi mekah, lagi-lagi kalau rumah dekat dengan area mekah atau Jeddah. apa lagi yang best? hmm tu je la kot. kalau ada yang terkurang boleh la tolong tambah k?


Bad news is, perempuan akan lebih banyak terperuk kat dalam rumah, nak keluar pun cuma bila suami balik keje. Tak banyak boleh keluar means not much exercise, dan secara automatik badan naik secara mendadak setiap tahun dari s-m-l-xl-xxl-xxxl or more! selain dari itu isteri juga secara automatik menjadi kilang baby production most probably every year sorang baby!


Ok, tu macam takde biasa-biasa aje kan? The bad news bila bercuti, korang sepatutnya tahu kemana suami arab anda pergi ketika dia keluar berseorangan atau bersama rakan tanpa isteri, normally 'rumah urut'.. ops! dan tempat yang lebih korang tak suka melebihi dari rumah urut.. memang diorang selalu tanya orang malaysia pasal tempat-tempat macam ni, macam la orang Malaysia ni perangai macam diorang!! pantang boleh hidup bebas sikit dari undang-undang saudi, terus cari maksiat! ish.. ish.. ish..


Ok tu baru dua bad news. ada banyak lagi, nak hak kerakyatan? Jangan harap! Saudi adalah negara yang paling susah nak bagi taraf kerakyatan, sehingga ada satu cerita seorang warga palestine yang tinggal di saudi selama 80 tahun pun tidak mendapat kerakyatan sampai mati.


Nak lagi? foreigners tiada hak untuk memiliki tanah atau rumah di saudi. Ianya hanya khas kepada warga saudi dan mereka-mereka yang berhubungan baik dengan wasta arab yang berpengaruh besar. Begitu juga dengan keturunan atau anak-anak, walaupun dilahirkan di Saudi ia tidak semudah negara-negara lain. Contohnya, rakan sekerja eric, ibunya berasal dari filipina tetapi ayahnya dari saudi, dilahirkan di saudi, abang dan adiknya yang mempunyai nama keturunan arab yang agak terkenal di kawasan jubail tetapi tidak dianggap sebagai orang saudi kerana wajah yang menyerupai warga asia timur. nasib baiklah member ni wajah dan kulitnya menyerupai ayahnya. (arab memang kuat perkauman, very racist).


Jika melakukan kesalahan contohnya kesalahan jalanraya, warga separa saudi senang-senang je kena saman unless kalau bagi pegawai besar polis deal dengan wasta. cuma apa yang Eric Musykil, ibunya masih kristian, dan ketika umurnya baligh keputusan ditangannya untuk memilih islam atau kristian. oleh kerana beliau sering bersama datuknya yang juga islam, alhamdulillah beliau memilih islam dan akhirnya mendirikan rumahtangga dengan warga saudi. (honeymoon kat malaysia)


Dalam cerita P.Ramlee Nujum Pak Belalang yang menjadi Ahlil nujum Negara ada teka-teki berbunyi "terdapat satu masalah. Satu, banyak-banyak... Dua, sikit-sikit... Tiga, jarang-jarang! Empat, kaddang-kaddang! apakah ia?" dan kaki tengok cerita P.ramlee mesti tau jawapannya ialah kahwin. teka-teki ni maybe masih boleh pakai di malaysia, tapi di saudi, satu, dua, tiga dan even empat semuanya banyak-banyak! hehehe...
Pak belalang dan puteri sibujur sirih
Kat saudi, mana ada perlu sign kebenaran kahwin lagi dari isteri, asal cukup syarat kira ON! aku terfikir gak apa yang di katakan oleh isteri saudi kepada suaminya bila nak 'buka cawangan'. 
A) "tima kasih kerana bagi saya payung emas free"?
B) "yang ni baru tiga bang, kalau nak yang keempat saya boleh rekomen member saya, nak?"
C) "nak tambah satu? Maafii musykila* dan memang fitrah lelaki (dalam hati: fuh! ringan sikit beban nak 'melayan' laki aku ni)"
D) semua yang diatas atau banyak lagi (tak larat nak tulis banyak lagi)
Jadi tak payahlah suami-suami saudi ni nak 'bohong sunat' macam filem P.Ramlee 'madu tiga'! (mana ada bohong sunat beb)


Kalau isteri malaysia... pantang dengar suami nak pasang lagi satu, siap mintak cerai atau tunggu mati dulu. katanya tak rela di madu, atau pilih mana satu, melayang periuk sudu garpu, tak cukup dengan itu, kejar dengan batang penyapu!


kalau dengar je pasal dimadukan sahaja pun wanita malaysia rasa dah cukup dalil untuk tak jadi pilih suami saudi. melainkan bila dah jatuh cinta, benda lain pun dah buta. kalau nak jugak suami dari kalangan lelaki arab, pilihlah yang bukan saudi. cuma jangan tersalah pilih dari kalangan puak 110.


Jika ke KLIA, dan ternampak pasangan saudi, cuba observe dan fikirkan, apabila pasangan suami-isteri saudi mahu pulang dari melancong di malaysia, anda berkemungkinan nampak si isteri akan menangis, walaupun negara asal si isteri adalah saudi. kenapa? kerana layanan baik dan keramahan orang kita amat jauh jika dibandingkan dengan negara mereka sendiri. dan kalau boleh mereka mahu berada lebih lama di Malaysia. why?



ps: Arab negara lain, I don't know, tengok la kalau ada rezeki untuk bekerja negara arab lain akan diceritakan.
*Maafii musykila: no problem

Sunday, December 11, 2011

Menggatal Kahwin Lelaki Arab?

Sebelum ni aku post blog menggatal kahwin dengan perempuan arab. Berikutan post tersebut ada lak seseorang yang malu nak letak nama (anonymous) bagi soalan "cam ne plak kalau nak kahwin lelaki arab??? susah gak nak jawab soalan ni sebab aku tak pernah lak selidik macamana nak kawin dengan lelaki arab sebab memang aku tak interested. tapi bagi memenuhi kehendak 'cik anon'(singkatan bagi anonymous, tu la orang suh letak nick name, awat ketegak** tak letak?) yang bertanya, tapi sebelum itu aku rasa aku perlu menyelami sedalam-dalamnya hati para wanita dulu... jap!
(menyelam dan mengahayati kejap..)
...
...
...
ok setelah di selami
"hmmm agak sukar untuk diterangkan..."
Apesal la banyak lelaki-lelaki dalam dunia ni arab jugak yang ko pilih cik anon? adakah kerana tergoda dengan kehenseman cucu Raja Faisal seperti gambar di bawah? oleh kerana tadi aku baru menyelam bila aku tengok gambar ni dalam hati aku berkata "peh! memang ensem" (hoi! jangan salah anggap, I'm straight ok!)

Top 5 most handsome man cucu Raja Faisal (Saudi)

So camne nak kawen? Mula-mula pandai-pandai la pikat dengan teknik sendiri, bab pikat lelaki please don't ask me ok? lagi-lagi kalau nak pikat lelaki arab yang lebih kurang ketegak! bila dah dapat lelaki arab yang di idam-idamkan macam ni prosesnya:

merisik dan meminang
pihak lelaki akan bertandang di rumah pengantin perempuan, datang tengok sendiri rupa paras bakal isteri yang ingin dinikahi. rupa paras yang sedap dipandang mata, menyejukkan hati bakal suami. melihat ini adalah sunah (rujuk note1 kat bawah). dan yang penting awek yang dirisik bukanlah tunangan orang.

jika bakal suami berkenan maka cincin disarungkan sebagai tanda pertunangan. mahar perkahwinan ditentukan. standard minimum price ialah SAR 50K and above. Tapi ingat Rasulullah mengingatkan bahawa perkahwinan yang paling berkat adalah yang rendah nilai maharnya walaupun dengan sebentuk cincin besi. (bukan macam nak jual anak). tapi arab duit banyak, setakat 50K tu kacang butir je, sebab tu ramai letak 100K and above!oh!

Ijab/kabul
Bila dah cukup segala syarat setelah ijab kabul, maka pasangan pun sah menjadi suami isteri (lebih kurang je macam orang kita akad nikah)

Hari meraikan perkahwinan
selepas 'mencekik' nasi kabsah bersama lauk unta dan lauk kambing, pengantin tak pun meraikan bersama saudara mara tapi yang meraikan ialah seperti berikut:

saudara mara lelaki: termasuk bapa dan bapa mertua menari meloncat-loncat dengan pedang diikuti dengan paluan gendang. kalau ayah cik anon ni melayu ada lak keris 15 luk* boleh la ikut sama melompat-lompat, gerenti pak arab yang tengah meloncat tu terkesima tengok 'pedang' ayah yang berlekuk 15 tu.

saudara-mara perempuan: termasuk mak dan mak mertua bergossip dalam dewan khas untuk kaum wanita sambil memperagakan pakaian berwarna-warni yang dipakai didalam abaya masing-masing.

pengantin: dok diam-diam dalam bilik, pandai-pandai sendiri la ye! memang takde bersanding-sanding. kat Saudi, Haram! (ni kalau pompuan yang gedik melayuwiyah mesti cakap "eee tak suke, tak suke") hehehe... 
padan muka! gatai sangat nak kawen dengan arab!

kehidupan berumah tangga saudi
isteri tak boleh keluar rumah suka-suki kena minta kebenaran suami kebanyakan masa terperuk kat rumah. isteri tak boleh drive kereta lansung. tak boleh pergi kerja, kalau keluar jalan-jalan cuma boleh nampak mata je macam ninja. kalau makan kat tempat awam kena selak purdah setiap kali suapan (leceh). Ni kat KLCC pun korang boleh tengok sendiri.(hanya jika suami saudi yang tak mengamalkan prinsip liberal, liberal? jangan harap!)

eric: amacam? best?
awek gedik: "Eeee, tak suka, tak suka!" 
eric: haaa amik nak sangat kawen arab, hahaha
ok then the best part what happen after that? yang ni panjang sket, jadi bersambung in Menggatal kahwin lelaki arab part II! tunggu...

Note1: 
Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada rasulullah). "Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan"
click to read (part II)

ketegak** = degil dalam loghat utara
*luk: bilangan lekuk pada sebilah keris




Saturday, December 10, 2011

kenapa aku tak bela lembu

gambar di bawah adalah bukti kenapa aku tak bela lembu. kalau seekor lembu nak kondo juta-juta kalau jenis ni beranak pinak boleh bankrap tuan punye lembu. 
Buat-Buat Bodo Specialist
hahaha saja melawak




Thursday, December 08, 2011

memori zaman kecik: Panjat Pokok

Beberapa minggu lepas aku tertengok satu gambar kat facebook, gambar ular besar macam anaconda atas  pokok kelapa. seriau gak tengok gambar ular tu dan teringat cerita zaman kecik-kecik dulu. 
gambar ni hanyalah satu hoax
Selalunya kalau cikgu suruh buat karangan mengenai hobi, memang ramai yang terbiasa dengan mengumpul setem. tapi hobi aku lain, hobi aku memanjat pokok dan apa-apa tempat tinggi yang boleh dipanjat. tapi bila cikgu suruh tulis karangan pasal hobi, aku tetap tulis hobi mengumpul setem, walau itu cuma part time hobby. takkan la nak tulis hobi memanjat pokok, nanti habis cikgu bantai gelak, lagi tak rela kalau disuruh baca dalam kelas. mau riuh satu kelas gelak. lagipun bila sama hobi senang la nak curi idea member, zaman tu manalah ada playstation atau internet, tak macam budak-budak zaman sekarang.

Aku rasa hobi ni akibat terpengaruh dengan cerita-cerita ninja bersiri yang dialih bahasa dari jepun dan tidak kurang juga pengaruh daripada spiderman. cakap je pokok apa semua aku boleh panjat, termasuklah pokok kelapa. tapi ada juga pokok yang aku tak berani panjat, contohnya pokok pinang, pokok salak (palma duri berbisa, orang gile pun tak berani rapat tengok duri pokok ni), pokok durian (tunggu buah jatuh je), pokok bunga, pokok pisang (haha) dan pokok-pokok yang orang lain tak panjat. 

keliling rumah aku, zaman tu ada macam-macam pokok kayu, langsat, duku, rambutan, llimau bali, limau manis, nangka, cempedak, jambu batu, jambu air, bermacam pokok mangga, dan banyak lagi pokok hatta pokok avocado pun ada (dari umur aku 10 tahun sampai sekarang pokok avocado ni tak pernah berbuah!). pokok yang bergetah macam cempedak dan nangka aku tak panjat sebab pokok ni cuma berbuah kat bawah je lagipun banyak getah melekat-lekat.

pokok yang selalu aku panjat ialah, pokok rambutan depan rumah(dah takde), pokok langsat belakang rumah, pokok kelapa (dah takde). pokok rambutan depan rumah tu boleh kata hari-hari aku panjat walaupun bukan musim rambutan, tapi aku tak panjat pokok jambu batu yang cuma 5 meter dari pokok tu sebab banyak kerengga. pokok langsat belakang rumah lak, selalu aku panjat bila musim langsat atau operasi menyelamatkan kucing yang takut nak turun dari bumbung rumah. pokok langsat ni sangat dekat dengan rumah sebab tu jadi 'main entrance' untuk aku naik ke atas bumbung rumah dan menyelamatkan kucing yang berani panjat keatas bumbung tapi takut nak turun balik.


begitu jugalah dengan pokok kelapa depan rumah, aku biasanya panjat setiap petang jumaat (kelantan cuti jumaat) untuk petik kelapa muda, buat apa lagi kalau bukan untuk air kelapa muda. pokok kelapa adalah antara pokok yang agak susah untuk dipanjat. kelapa tiada dahan macam pokok lain, kena panjat hingga sampai ke pelepah, baru boleh berpaut pada pelepah muda. ia memerlukan kekuatan kedua belah kaki dan tangan. 


nak panjat pokok kelapa memang susah, nak turun pun boleh tahan gak susah, tersilap langkah boleh free fall ke bawah! ada orang yang boleh panjat tapi tak reti nak turun, kalau dah terlampau tinggi tak boleh turun takkan nak minta tolong bomba hulur tangga! mau riuh sekampung. tapi aku tak pernah lak terjatuh ketika panjat pokok kelapa. memanjat pokok kelapa ada bahayanya kerana banyak serangga berbisa suka bersarang termasuklah lipan. semut juga banyak bersarang diatas pokok kelapa. 


jom main polis sentri!
pada suatu petang jumaat seperti biasa aku nak panjat pokok kelapa depan rumah, hajat tersekat kerana ayah eric memberitahu beliau ternampak seekor ular hitam melilit naik ke atas pokok kelapa tersebut. kalau ular hitam kat area tu tidak lain tidak bukan pastinya ular tedung. dan species ular tedung kat kampung tu semuanya ular-ular gangster, pantang nampak orang mesti nak kejar. eric sendiri pun dah beberapa kali kena kejar ular jenis ni. entah urat otak manalah yang putus yang membuatkan ular-ular itu sewel mengejar siapa sahaja orang yang dijumpainya. sepatutnya ular yang lari masuk semak! tapi terbalik, bila nampak ular semua berlari tak cukup tanah. dah la tu siap anak-anak ular pun mewarisi tebiat cari pasal dari mak dan bapak ular tu. Dan diakhir cerita, biasanya ular tedung yang mengejar ni confirm mati kena ketuk atau kena cantas dengan parang panjang. bila dah arwah barulah budak-budak kampung 'menziarahi' bangkai ular yang baru menghembuskan nafas terakhir.. hehehe


Sejak hari itu aku dah tak panjat pokok kelapa lagi. dan terus meninggalkan 'hobi' ni bila dah masuk asrama. kalau nak minum air kelapa kena upah pak mat yang memelihara beruk yang telah di latih untuk memetik kelapa atau membeli kelapa muda yang dijual ditepi jalan.


apa yang best sangat bila panjat pokok? apa yang aku suka, boleh nampak aerial view dari altitude yang agak tinggi. merasa tiupan angin yang segar walaupun pokok yang dipanjat terasa berayun. the best place to spent your time alone. dan banyak kelakuan aneh orang lain yang lalu lalang dan menyangka tiada siapa melihat mereka sedangkan kita berada lebih dari 7meter diatas pokok hehehe... boleh me'rasmi'kan buah-buahan dari atas pokok.  the best thing is, i like the scene of the village from above, maybe tu antara sebab antara banyak cita-cita, aku nak jadi pilot. 


PS: zaman tu jarang jumpa budak kampung yang tak pandai panjat pokok, kecuali pokok kelapa. tapi kalau pokok kelapa yang tingginya above 10meter, aku pun tak berani dowh, kena tiup angin kuat berayun lain macam!

Tuesday, December 06, 2011

Cerite Lawak Orang Terengganu

(cerita lama tapi apa salahnya share kan?-  kisah bagi sape-sape hok master doh loghat Tganu)

Sini ade satu  cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade  niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar  ni tau bukang rekaang!!!

Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah  kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barulah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilih tu ade tige kawang kite dari Tranung telah  dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah  peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang  nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat  terengganu!) .......

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... "mapuh  kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".

Dang bersuare la pulok  kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut  bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu  bahang gi la jawap bende pun..... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu  tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi".

Tibe  mase yang ditunggu-tunggu, make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor  lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang!  menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???". awang nombor satu tadi  pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die  tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... pengerusi TNB yang baru  sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawang nombor  due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane  nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni.. Ah! aku tulih kat tangan je la  awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu sapok le  pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo  sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu napok mu  tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu die tanye, mu selok la  sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit  name pengerusi TNB tu".

Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la  dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor  tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang  mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil... . Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die  tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang  muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang  kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang  pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang  interbiuw tok nampok aku selok tadi".

Kawang nombor tige ni pong  panik la. "Ah sudoh awang! aku pong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk  name pengerusi TNB tu".

Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade  getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Kawan no tige pulok jawap,"  Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"

Ape lagi kelang kabut  le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi  bagi idea..... "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu  kat die kejap."

Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk  berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong  dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confideng yang amat  sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu.. Tok sapa 10 minit  kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang.  Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?

Kata  kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap  je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel suke sampai kang ade  yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la,  mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang  confideng die bagitahu dengan kuat dan lantang..... ......... ... "Datuk  Calvin Klien"..


Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang,  yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda  tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi  tu.....Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!  



Sunday, December 04, 2011

Mentari Muncul Lagi di...

Just sharing sebahagian gambar ketika 'Menembak' di area lautan Saudi Arabia ketika sunset. (Malaysian time 9:45 pm, saudi time 4:45pm) Tripod takde so main belasah je la amik gambar, pemandangan masa tu memang, I just can say "Wow!". Di hujung horizon kelihatan tiang-tiang di teluk seberang, itu sebenarnya adalah chimney kilang dan tiang pencawang elektrik. Kenapa tajuk mentari muncul lagi? (kan ada dot dot tu which means) muncul lagi di benua 'Ameriki' (Los Angeles kot)

Gambar biasa je, well, I am not a Photographer, I just have an overpriced camera!


100%


75%


50%

25%

Telah masuk waktu solat Fardu Maghrib bagi pantai ini dan
kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya
PS: Walau berapa jauh manapun kita berada di bumi ini, kita tetap disinari mentari yang sama.

Sunday, November 27, 2011

Ep 52: Kajang Pak Malau




Dalam episode 30 (read episode 30) dulu aku ada cerita aku tukar tempat daripada plant styrene keluar ke admin building. Lepas bertukar tu banyak perkara yang berlaku, hingga satu tahap aku tengking project leader sendiri. well that's an old story, kalau leader tak buat keje kena tengking, in my opinion memang patut pun. 

up to this point, mamat tu adalah superior yang paling teruk yang aku pernah jumpa sepanjang karier aku. memang aku tak respect orang yang ikut ajaran sesat (syiah) atau arab sunni called as  Puak 110 (lagi pasal puak 110). kenapa mamat ni tak puas hati dengan aku? adakah kerana aku ni kelihatan seperti geng-geng mutawwa yang memang puak 110 ni tak suka?

lama gak aku rasa tak tulis blog sejak dapat berita pertukaran. sebelum bertukar, ada buat department farewell. mamat tu yang buat ucapan pembukaan dan aku.. aku malas nak buang suara buat ucapan, aku cuma sekadar bertukar department balik ke department asal aku, bukannya blah terus. dan aku tau, pertukaran ni maybe kerana aku ni agak rebel dan di takuti oleh leader sendiri hingga bila nampak aku ada dalam bilik, membuatkan dia agak 'goyang' untuk masuk bilik aku. Bila nampak mamat ni, I show no respect, and I show no friendly face. berselisih pun aku boleh buat tak tau. 

Nak dapat apa-apa approval dari mamat ni memang susah dan banyak soal dan banyak cekadak, walaupun sebelum kejadian dia kena tengking. dan minggu lepas ada satu document yang mamat ni tak nak sign, lepas tu buat tak tau. at first aku kira nak let go je, tapi at last aku pergi jumpa dengan contract administrator. bila aku cerita about this,terus je dia call secretary pakai phone speaker
"where is the manager?"
"the manager was on business trip sir" jawab secretary dalam speaker phone
"when will he return?"
"after middle of next week"
"who is the person in charge to replace him?"
"Mr mangkuk ayun sir" (bukan nama sebenar tetapi, perangai sebenar)
bila dapat extension number mamat tu dia bagitau
"get the signature of this guy and I will sign verify for approval"
"thank you." ketika aku keluar terus je dia call mamat mangkuk ayun tu.
aku balik ke bilik aku dan buat kerja macam biasa, sesaja je malas nak jumpa mamat tu, tak sampai 5 minit kemudian mamat tu berdiri depan bilik aku.
"can you come to my room for a minute"
aku pun pergi kebilik mamat tu, aku tau mamat ni dah kena 'tiaw' sama contract administrator dalam telefon. dah kena 'tiaw' baru nak menggelabah. lepas bincang seminit dua terus dapat signature. siap bagitau perkara ni boleh settle tak perlu bawak ke atas. (tau  takut) aku buat muka selamber je. Loser.. game over!


So last week aku pun start masuk dalam plant area, bukan styrene plant tapi ethylene Dichloride plant, plant terbesar dalam process area affiliate ni. berapa besar plant ni aku sendiri pun tak pasti sebab sepanjang aku kerja sini aku tak pernah menjejakkan kaki pun dalam area ni, mula-mula aku masuk area caustic, area caustic nak sama besar dengan styrene, cuma tak kena panjat platform tinggi-tinggi.


hari seterusnya aku masuk area lain. lalu satu kawasan brine aku terbaca satu warning sign "cancer hazard, authorized personnel only" lemah betul bila tengok sign tu. masa aku lalu depan pintu dari luar ternampak wap berasap sakan kat dalam tempat macam warehouse tu. ni le tak bestnye kerja petrochemical, mesti ada je chemical yang boleh buat sakit kronik, kat styrene lagi la, brain damage beb!


Jalan punye jalan, baru tersedar rupa-rupanya aku dah termakan buah langsat (sesat!), where the hell am I? sampai la aku terjumpa pagar plant paling belakang, baru aku boleh detect bearing GPS, lepas dua tiga kali buat plant walkabout barulah ok. well, walau kena tukar tempat at least aku gain experience berlainan petrochemical job, boleh masuk CV, boleh blah cepat. CV aku dah tak muat tiga mukasurat dowh! asyik tukar tempat je, dah boleh buat pantun kajang pak malau ni.


Kajang pak malau, kajang berlipat,
kajang hamba mengkuang layu,
kejang urat, bertukar tempat,
baik pulang ke Tanah Melayu!


PS: counting days, bila dapat bonus, dapat job baru, boleh la ca-alif = ca, ba-wau-ta = bot hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages